Thursday, September 8, 2011

Tentang permintaan si anonymous dan hati yang berlagu~

Kebelakangan ini, tiada daya untuk berbelog sebenarnya.. Sudah tiada lagi blogger tegar dengan satu entry sehari.. Badan ini terlalu penat untuk bekerjasama walaupun otak punya idea yang mencurah.. Lantas banyak waktu, segalanya berlalu begitu sahaja..
.
Dua hari yang lalu, saya menerima satu 'request' dari pembaca anonymous. Permintaan yang simple namun penuh makna..
Namun jawapan saya adalah se simple permintaannya juga, iaitu, maaf saya tidak boleh.
.
Lagi pula, PC dan laptop kita kan bisa dikawal sendiri.. Apa kata klik sahaja butang mute pada komputer masing-masing sekiranya lagu PadaMu Kubersujud yang berkumandang di belog ini tersangat depressing pada telinga anda.. Bukankah itu mudah?
.
Saya tidak tahu bagaimana dengan anda semua, namun hati saya sering berlagu apabila berbicara tentang kehidupan.. Bersama-sama Rayyan Ariff, hati saya berdendang dan berbicara melalui lagu Seribu Tahun, Hanya Engkau Yang Mampu, Tercipta Untukku, Ayat-Ayat Cinta, PadaMu Kubersujud, Tafakur, Tahajjud Cinta, Maha Melihat dan KebesaranMu..
.
Ini adalah lagu-lagu yang menghuraikan Rayyan Ariff di mata saya. Maaf andai lagu-lagu ini begitu depressing di telinga sesetengah pihak.. Memang ianya bukanlah penghujung kepada sebuah kehidupan and my world wont come to its end just because I have a special needs child, tapi ada lagu yang menceritakan jatuh bangun dan ada lagu yang bagaikan penyuntik semangat..
.
Bersama Rayyan Ariff, ada waktu diri ini bagaikan berada on top of the world.. Contohnya apabila dia berpaut dan berdiri di meja makan yang tinggi semalam, dalam usaha mencapai jag air.. Di dalam hati terucap kesyukuran kerana sering diberi peluang menyaksikan perkembangan Rayyan Ariff.. Perkembangan pada seorang anak yang dilahirkan tanpa sel otak dan berkemungkinan yang tinggi untuk pergi sebaik dilahirkan..
.
Sering kami teruja dengan 'bonus' yang Dia berikan kepada kami. 
.
Namun ada waktu, diri ini terasa bagai ditendang ke sudut bumi yang paling dalam.. Contohnya, peristiwa pada Aidil Fitri yang lalu.. Seiring dengan perkembangan usianya, Rayyan Ariff sudah punya sifat ingin bersosial dan berkawan.. Di rumah seorang teman abah dan mommy, dia menghampiri cucu teman itu dengan penuh keterujaan.. Merangkak dengan penuh bertenaga dan senyuman yang meleret ke sana ke mari mengekori kanak-kanak itu untuk 'berkawan'..
.
"Eeii.. Eiii.. Taknaklah.. Gelilah.. Eiii.. Geliii.." Ucap kanak-kanak itu kepada Rayyan Ariff sambil beberapa kali melarikan diri.. Gelinya dia pada Rayyan Ariff bagaikan anak itu penuh kudis dibadannya.. Bagaikan air liur tak henti meleleh dari mulutnya.. Padahal semua itu tidak ada.
.
Mungkin dia geli pada lirikan mata Rayyan Ariff yang jelas kelihatan julingnya.. Mungkin dia geli pada bentuk kepala Rayyan Ariff yang jelas panjang dan lonjongnya..
.
Wajah Abah berubah tatkala mendengar kata-kata kanak-kanak itu.. "Biarlah dia taknak kawan dengan Ian, Ian kawan dengan atuk yea.." Pujuk abah walaupun Rayyan Ariff masih tersengih-sengih pada kanak-kanak itu. 
.
"Mommyh tak pernah jumpa budak yang lantang macam tu.. Dari awal lagi mommy rasa tak sedap, taknak bawak Ian.. Tapi Abah mana boleh tinggal cucu dia.. Orang luar tak sama dengan saudara mara kita.."
Rawan hati seorang ibu mendengar cerita ini.. Menyembunyikan Rayyan Ariff dari orang luar bukanlah jawapan kepada peristiwa ini.. Jauh di sudut hati ini, saya berasakan bahawa saya gagal sebagai seorang anak kerana memberi cucu yang 'defect' kepada abah dan mommy.. Saya berasa gagal di mata adik beradik saya kerana memberikan anak saudara yang tidak sesempurna insan lain kepada mereka..
.
Namun minda mengajar diri untuk terus bermuhasabah tentang hakikat kejadian Rayyan Ariff. Apa yang ada padanya mungkin menggelikan pada sesetengah mereka, namun saya melihat dia sebagai satu keajaiban yang tak terungkap dek minda manusia.. Dia menolak fakta sedia ada pada dunia perubatan..
.
~ Suatu masa dahulu.. ~Hanya bahagian yang putih adalah sel otak 
.
Mungkin ada yang berkata, huh, dengan anak kecil pun mahu terasa hati.. Bukanlah begitu.. Saya sudah terbiasa dengan pertanyaan seperti "Kenapa dia macam tu?", "Kenapa kepala dia tinggi?" "Eii.. Kepala dia pelik la.." "Kenapa dia tak boleh jalan?".. Ada waktu, pertanyaan itu diajukan terus kepada saya.. Seringnya juga, pertanyaan itu dilontarkan kepada ibubapa mereka sendiri, namun di dalam nada yang masih bisa ditangkap telinga ini.. Saya sudah terbiasa dan hanya mendengar sepi.. Biarlah, kanak-kanak kan penuh dengan rasa ingin tahu..
.
Namun ini kali pertamanya saya dihadapkan dengan hakikat Rayyan Ariff adalah makhluk yang menggelikan di mata sesetengah kanak-kanak.. Saya tidak pasti bagaimana minda anak itu berfungsi atau bagaimana didikan ibu dan ayahnya.. Saya tidak tahu anda bagaimana, namun seingat saya, pada usia 4/5 tahun, saya sudah ada rasa empati di dalam diri..
.
Masih segar di ingatan, sewaktu ke Pasar Siti Khatijah di dalam usia itu, saya terpandang seorang pengemis tidak berkaki yang duduk di bangku kayu beroda. Ada satu rasa sedih dan kasihan yang menyelinap ke ruang hati.. Saya berdoa pada tuhan agar mommy mendermakan sedikit wang pada lelaki itu kerna saya sendiri tidak punya apa, walau sesen pun.. Alhamdulillah, mommy bersedekah padanya walaupun saya tidak membuka mulut dan hanya berdoa di dalam hati..
.
Pernah juga, di kaki lima Pasaraya The Store Kota Bharu, saya memberikan wang seringgit kepada pengemis Myanmar yang duduk beribakan anaknya di situ.. Nilai RM1 adalah tersangat besar bagi anak kecil seperti saya.. tambahan pula, ianya adalah sebahagian daripada duit raya yang saya kumpul hasil dari menjelajah rumah ke rumah.. 
.
Dua kanak-kanak berbeza, di zaman yang berlainan namun pada usia yang sama.
.
Saat-saat seperti ini, dan juga di dalam saat-saat yang menggembirakan, hati saya sering ditemani lagu-lagu yang depressing ini.. Maaf, namun ini hakikat..
.
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertaubat..

Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud..

Mungkin ada yang berkata, "Oh, baru nak ingat tuhan.. Kalau takde Rayyan Ariff, takde la macam ni eh??"
.
Bukan begitu. 
.
Memetik kata-kata ibubapa Arwah Damya Farhana, teman seperjuangan Rayyan Ariff di Neonatal Intensive Care Unit pada tahun 2008 dahulu, "Sebelum ini, kita kenal tuhan.. Tapi sekarang, kita lebih kenal tuhan.."
.
Ya, saya lebih mengenal keajaiban tuhan dan bersyukur dengan nikmatNya melalui Rayyan Ariff..
.


30 comments:

Marsha~ said...

masa Ariq dan Qila kena chicken pox, ade org dewasa tak kira bangsa memandang anak2 sy dgn penuh jijik dan rasa takut kalau berjangkit. ada yg berbisik dan ade yg bercakap dgn kuat anak2 membawa virus.. sedih sgt hati ni..... manusia mmg paranoid dgn byk benda dalam duni padehal tak kena pun kat batang hidung diorg sendiri... menyampah tgk manusia paranoid ni....

yatie chomeyl said...

laaa ado jugop deh stail nk suruh tukar lagu gitu. kalu x suko gak, tekan jah la stop kat situ ataupun mute mace jiey oyat.

btw, kalu ore pun kecik hati la kalu budok oyat geli gitu, geli gapo nyo buke nyo abe Ian tu air liur jebok 2 or mutoh ko dio pon.

takpo abe ian hensem, aunty ttp anggap abe Ian yg terhensem dale dunio ni..sayangggggg abe Ian ketat2 :)

Bicara hati ibu aisya said...

Jiey...ayu suka semangat jiey ;)
Abaikan semua itu kerna mereka memang xpernah malah xakan paham kita melainkan mereka berada dalam situasi yang sama.Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.Ayu suka jer lagu-lagu tuh.Setiap lagu tu ada penceritaannya yang tersendiri yang kadangkala mungkin sama dengan kisah kita.Terpulang pada yang mendengar untuk menilai dan menghayati maksud tersiratnya.Bak kata jiey, kalau xsuka....klik saja butang mute.Kan mudah tuh.

Anonymous said...

berlinang air mata membacanya..serasa seperti sedang menginsafi diri..
persetankan pandangan org lain..pedulikkan mata yg jijik memandang..kerna kamu punya ketabahan yang tiada taranya..blom tentu pandangan yg jijik dan jelik itu bisa setabah kamu kalo diberikan keadaan yg sama..biarkan mereka teros berkata-kata kerana tidak mungkin kita mampu menutup mulut manusia..
syukuri dan hargai setiap moments dan keajaiban yg dianugerahkan..kerana bersama RAYYAN ARIF begitu istimewa..

Nailofar said...

Semoga banyak lagi keajaiban yang Allah akan kurniakan pd Ian yang comel ni..Ameeenn..:)

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

salam syawal jiey.Manusia ada berbagai ragam.Biarkan aja.

Aisy Nasiha said...

bykkan bersabar ye....Allah sentiasa merahmati orang2 yang bersabar....

Eray Majid said...

ian is such a miraculous boy....calon syurga. kata2 memang boleh melemahkan kita, tapi Allah sentiasa ada untuk kita bercerita & membalut luka....take care jiey

Mama Kembar Tiga said...

Jiey, from the first time Mama dtg blog jiey ni and tgk pics rayyan, langsung tak pernah terdetik apa apa rasa yg tak elok. Instead everytime i look at him, trasa kagum, rasa sayang, rasa alahai comelnya budak ni cam nak cubit cubit je pipi tu, esp bila ada pics gaya dia yg cheeky hehehe.

I don't see any imperfections, all i see is a beautiful, perfect child who feels your heart with love. And i'm sure many other readers and your family members feels the same way too.

Jiey, Allah's miracles comes in many ways, shapes and form, and I think Rayyan is one of His many great miracles :-)

ummi nia said...

be strong kak jiey..ignore jer apa org kata..diorg xrasa apa yg kita rasa..apapn akak mmg seorg ibu yg tabah..

Lynn Abd Latib said...

jiey

im hate to read this..this entry make my tear drop one by one :(

dulu..anak kita beria tapaukan kek coklat ke sekolah..malangnya seorang budak pun x mau..bila balik tgk bekal masih penuh..tanya kak ain kenapa kwn2 x makan..dia dgn sedih bagitau..sumer kwn xnak..

kaloler boleh dibeli harga sebuah persahabatan utk seorang anak..lyn sanggup bayar..sedih betul!!lyn lagi emo..

apapun ian mmg good boy kan..smg banyak lg miracle slps ini..dtg umah aunty tau..

ttg anonymous...abaikan aje :(

zura_habibhaariz said...

sy pun kdg2 alami ape yg kak jiey alami tp bkn sbb rupa habib tp sbb air liur dia yg xleh nk dikawal...kadang2 sy tegur je budak2 tu sbb mak ayah dieorg bukan perasan pun anak2 duk ckp bukan2 kt anak kita...tp xleh nk tegur lebih2 sbb mak ayah zaman skrg sentap lebih lau anak ditegur2... tp jalan terbaik kdg2 sy angkat je Habib duduk jauh2...

mama adaman said...

sabar lah jie... pada saya takde apa yg jijiknya pada IAN..he so adorable for me muka dia cam anas my baby cute2 gitu.... takpe laa sabr yeaa..

lynncd said...

pd anonymous yg meminta lagu tersebut ditukar, sekadar mendengar lagu itu sudah buat anda depressed? mcm mane dgn tuan punya blog ni yg byk menghadapi dugaan dlm membesarkan Ian? terlalu jauh bezanya tahap ketahanan masing2. jgn mencari kelemahan orang sebelum menilai dr sendr. tiada salahnya lagu tersebut. cuma anda yg terlalu lemah dalam mengawal dr.

mama_kimey said...

jiey,
mata yg memandang xkn same dgn bahu yg memikul

ketabahan jiey menyuntik sesuatu agar diri ini lebih kuat

syg kimey utk ian

insan kerdil said...

hidup umpama permukaan 'kanvas'....biar bagaimana pun ianya 'terlakar'....'tercoret'....tetap 'terkandung' rahsia...yang tidak 'terjangkau' dek 'ilmu'...tidak 'terzahir' dek 'deria'....selagi tidak 'terpasak'nya percaya dan yakin.....tidak 'terpandu'nya iman....pada-Nya yang Maha Esa....

'tertulis' cerita meski ada ketikanya....'terbaca' dengan 'kesakitan'....'terlihat' dengan 'keperitan'....namun tetap terselit pada tiap satu daripada nya... nikmat...pada mereka yang 'merasai'.....syukur pada mereka yang menginsafi.....pabila terus percaya dan yakin pada-Nya.....yang Maha Mengetahui...Maha Mengasihani....

perjalanan kehidupan....dalam kembara ke alam abadi....selagi 'belum tercerai nya jiwa dari jasad'....yang menandakan terjadinya......'penghancuran segala nikmat'.....tidak kan pernah kenal putus asa.....biar pun bisa lemah...

kerana tetap percaya dan yakin....ketentuan...ketetapan...adalah hak mutlak Penentu...Pencipta...Pemilik...Pemutus...

Dia yang sama sekali tidak akan memungkiri janji....dan Dia juga sama sekali tidak akan menzalimi....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

oren said...

dear, my kid, esp yg boys, mmg jenis outspoken..bukan tak ajar beradab, tapi tak taulah mana silapnya..pernah depa gelakkan seorang gadis kerdil di klinik..puas saya nasihatkan anak2 saya, utk tak ketawakan gadis itu, tapi masih gagal..saya cuma mampu meminta maaf andai gadis tu berkecil hati dengan kelakuan anak2 saya..

justeru, saya mohon, jiey jgn buat anggapan bhw some parents tak ajar anak2..we did but didn't know why that thing still happen..

biarlah org lain pandang semacam pd anak2 kita, janji kasih sayang kita pada mereka adalah kasih sayang yg tiada taranya, tiada syarat, tiada bertepi...

Ahliacikgukhairul said...

really admire your spirit.. keep it up!

Yunne Osman said...

just ignore the anon jiey. i love the songs especially padamu kubersujud. we can't always please everybody. kalau dia tak suka, pandai2 dia la

me suya said...

biar lah kak jiey anon tu.. kalau tak suka tak payah singgah.. banyak cr untuk die tak dengar lagu tu.. saja nak bebankan emosi kak jiey.. jgn hold sgt yer kak.. be positive and keep move foward.. u know what u need.. so ignore je..

Noina said...

Jiey..ina pun dapat mesej yang sama cam jiey..tapi dia tepek kat shoutmix ina..huhu..jap ina tepek apa yang dia tulis..

"saya nak baca page page lain lagi..tapi terbantut sebab music asyik on play. disablekan atau play on demand boleh tak? mekaseyyy..." mesej pada 27/8 jam 5.26 am

huh..geram sungguh..!! tapi ina ignore sebab maybe org tu mental problem..nak delete tak leh sebab kat shoutmix tu..klu jiey leh lagi tak approve..tah hapa sakit jiwa agaknya org tuh..huhu..org tak suruh singgah pun blog kita nih....

Mama Naveed said...

Dear Jiey,

Sayu je dengar citer Jiey, setakat ni Naveed sangat excited kalau jumpa kawan baru, mungkin kalau berpeluang bertemu Ian, dia akan becok bertanya, kenapa dan kenapa.. Sebab memang itu yang selalu terjadi pun, tapi harapnya kalau diberi kesempatan untuk jumpa Ian, Naveed tak berperangai macam tu..

Selamat hari raya untuk Jiey dan family..

Mayyonnizz said...

slm ..jiey selamat hari raya..jeles jiey dpt mkn nasi dagang...

btw..lagu2 kat umah alanna pun semua depressing... hihihi...

Anonymous said...

Salam...izinkan saya copy balik ayat-ayat yang jiey post baru -baru nie.."Saya berasakan bahawa saya gagal sebagai seorang anak kerana memberi cucu yang 'defect' kepada abah dan mommy.. Saya berasa gagal di mata adik beradik saya kerana memberikan anak saudara yang tidak sesempurna insan lain kepada mereka.."
Bila saya baca ayat-ayat jiey di atas..saya terfikir..takkan jiey dah menyerah kalah. Bagi saya..awak adalah seorang pemenang di mana awak berjaya menjaga dan mendidik seorang insan yang dijangkakan pendek hayatnya sehingga sekarang...ALLAHUAKBAR. Teruskanlah bimbing Abang Rayyan sehingga puncaknya.

Abang Rayyan..anda seorang anak yang istimewa pada saya. Walaupun mama fyeza hanya membaca kisah-kisah Rayyan di alam maya..tetapi..mama sayang pada anda seperti anak mama sendiri. Mama doakan..Rayyan sentiasa dilindungi ALLAH SWT selalu. Teruskan berjuang dan berusaha ya nak..pedulikan pandangan orang yang tak pandai menilai kebesaran TUHAN.

Anonymous said...

salam jiey, akak suka sangat dengan lagu2 tu ... kalau sebelum ni akak x pernah dgr lagu2 tu tapi bila baca blog Jiey ni terus akak jatuh hati dgn lagu2 tu sampai terus google nak tahu siapa penyanyi dia ... mmg menginsafkan lagu2 tu... salam saya buat abg ian yang hensem tu ye... take care ye Jiey..

cik tudung senget said...

salam kak.saya tak pernah depressed pun baca blog akak..in fact sgt kagum melihat apa yg seorang ibu sanggup/mampu/boleh buat utk seorang anak.dan buat saya sedar kuasa allah.dan saya nk tuju ucapan pada anonymous tu,,so what kalau dgn kelahiran rayyan buat akak lebih kenal tuhan?itu kan adalah blessing dari allah.mcm ada certain people mungkin kenal tuhan bila nyaris maut ke kan,tapi ye saya doakan anoy tu diberi hidayah sebab hidayah tu hanya allah je yg mampu bagi.

Jiey^Mien said...

Salam anon@mama fyeza..

Thanks a lot for your support and love.. Sejujurnya, dari sudut hati yang paling dalam, sangat-sangat berterima kasih kerana sudi menyayangi Rayyan Ariff.. :-)

Mama Fyeza, takmo ah copy sekerat-sekerat.. Tak sampai makna tu.. hehehe.. Cuba sambung copy next line, baru cukup haul..

"Namun minda mengajar diri untuk terus bermuhasabah tentang hakikat kejadian Rayyan Ariff. Apa yang ada padanya mungkin menggelikan pada sesetengah mereka, namun saya melihat dia sebagai satu keajaiban yang tak terungkap dek minda manusia.."

:-)

Jiey^Mien said...
This comment has been removed by the author.
ibuhana said...

You are such a good & selected mother of course!! :)

nureen safwa said...

Hi Jiey, I think u're strong enough to ignore those feeling... Jiey, I'm having a boy yang agak lasak dan suka usik orang... u know what, most of my friends and sedara sendiri feel uneasy with him... dan i selalu menangis bila balik rumah... sbb diorang akan marah dia kaw2 even though bukan salah dia... bila dalam doa i menangis, i mengadu pada Allah yang i sentiasa bersyukur dgn anak i tak kiralah orang suka atau tak... yang penting, i sayang dia, Allah sayang dia dan i selalu doa suatu hari nanti dia akan jadi anak yang soleh dan dikagumi semua orang... i harap u doakan benda yang sama macam ni untuk rayyan... bukan u saja jiey, ibu yang biasa2 macam i ni pun ada ujian untuk anak2 kecil macam ni... sama2 kita syukur dgn ujian Allah, tanda Allah sayangkan kita... insya-Allah...