Tuesday, September 20, 2011

Minda yang senantiasa mahu meneroka~

Itulah Rayyan Ariff. Membesar dan membangun di dalam fasanya yang tersendiri, namun ada sahaja eksplorasi darinya.. Sayang kerana keadaan mama tidak mengizinkan untuk melakukan banyak aktiviti bersama anak ini. Waktu malam, hanya mampu berbaring di katil sahaja.. Kasihan kamu nak..
.
Kalau ke pasaraya, sudah tahu meminta untuk menaiki kereta atau permainan lain.. Kalaulah ruang di rumah mencukupi, pasti sahaja kami belikan sebuah untuknya.. Takpelah, lain kali mungkin.. :-) 




Ingin sekali kami menyambung kembali persekolahannya yang terputus.. Kasihan melihat dia yang kebosanan di rumah. Persekolahannya tempoh hari terhenti kerana En.Hubby yang menjalani pembedahan yang mana dia mengambilmasa selama 2 bulan untuk kembali berjalan walaupun jalanannya masih tidak sempurna. Untuk tempoh itu, terpaksa saya harapkan bibik untuk menguruskan keperluan dia di rumah.
.
Apabila bibik berada di rumah, persekolahan Rayyan Ariff terpaksa dihentikan sementara kerana saya tidak yakin untuk menghantar Rayyan Ariff ke sana seorang diri. Tambahan pula ada seorang kanak-kanak autisme yang hyperactive dan pernah beberapa kali hampir terpijak Rayyan Ariff yang masih belum mampu berjalan sendiri. Di saat yang sama, guru kelas Rayyan Ariff berhenti dan melepaskan tanggungjawabnya kepada seorang guru muda yang baru bertugas.. Kelam kabut cikgu itu mahu mengawal anak-anak yang masih baru dibawah jagaannya. 
.
Atas dasar itu, saya tidak yakin.. Tambahan pula, mereka tidak membenarkan saya meletakkan carseat di dalam van sekolah yang membawa Rayyan Ariff pulang. Hanya bergantung kepada seorang guru pengiring di dalam van tersebut. Lagilah saya rasa tidak sedap hati..
.
Apabila saya menyatakan mahu menghentikan Rayyan Ariff untuk seketika, saya diminta agar terus membayar yuran bulanan yang bukan sedikit walaupun Rayyan Ariff tidak ke sekolah. Pada saya permintaan itu adalah  tidak wajar namun alasan yang diberikan ialah, Rayyan Ariff datang atau tidak, gaji cikgu masih perlu dibayar. Pelik.. Pada saya, sama ada Rayyan Ariff bersekolah di situ ataupun tidak, gaji cikgu tetap sama jumlahnya.. 
.
Semenjak hubby kembali ke pejabat awal Ramadhan lalu, saya masih berkira-kira mahu menghantarnya Rayyan Ariff kembali ke sana atau tidak. Kalau mahu, mungkin perlu membayar yuran selama 3 bulan yang mana pada tempoh itu, Rayyan Ariff tidak bersekolah. Tambahan pula, saat itu sudah ada hint bahawa bibik mahu pulang terus ke Indonesia. Lantas kami memutuskan untuk tidak menghantar Rayyan Ariff ke sekolah setelah mengambilkira beberapa faktor iaitu jumlah yuran 3 bulan itu, bersekolah hanya sebulan, cuti hari raya dan kemungkinan ketiadaan bibik selepas hari raya, siapa yang boleh diharapkan untuk melihat keadaan Rayyan Ariff di sekolah?  
.
Namun kini, hati ini begitu meronta untuk Rayyan Ariff kembali bersekolah. Bukan tidak ada sekolah baru, tapi bak kata Ina Ibu Nabila, kasihan juga pada Rayyan Ariff.. Bersekolah untuk tempoh hanya sebulan lebih dan kembali bercuti selama 2 bulan kerana mama bersalin, bukankah lebih baik jika dimulakan kembali sesi persekolahan pada tahun hadapan sahaja.. Hmmm.. Memang ada benarnya. Tapi sangat kasihan melihat dia bermain sendirian..
.
Mungkin, saya akan kembali menghantar Rayyan Ariff ke sekolah lamanya.. Mungkin.. Sangat mungkin.. Biarlah hanya untuk tempoh sebulan lebih sahaja.. Sekurang-kurangnya, ada sesuatu untuknya.. Mungkinnn.. Walaupun tidak memenuhi standard yang saya inginkan.. :-)
.
P/s - Terima kasih untuk setiap pendapat yang diberikan pada entri sebelum ini.. :-)

3 comments:

Unknown said...

biarkan rayyan arif explore dunia dengan sendiri.he can do it

UmmiAQs said...

Salam,
Kak jiey, malam tadi kita mimpi Ian Chumell lagi. masuk kali ni dah 2 kali kite mimpi die.. sangat chumel.. teringin nk jumpa secara live... apepun harap kak jiey n Ian sihat2 selalu.. Peluk cium kite utk Ian..

Tika said...

apa kata jiey hantar dia pergi weekend playskol sahaja. Rugi nak gi kelas sebulan tapi bayarannya berganda². Tapi kalau duit bukan masalah.. apa salahnya kan hehe. Apa pun moga Rayyan semakin maju..amin