Wednesday, September 28, 2011

Sisi indah dalam diari seorang ibu.. :-)

Putera sulung yang sentiasa menjadi kebanggaan Mama & Ayah.. Cinta hati terindah kerna melalui senyumannya, segala permasalahan bisa terungkai pergi.. Dia jiwa, dia cinta.. Tiada titik tiada noktah kerna kasih sayang untuknya terlalu luas berarus..
.
Rayyan Ariff, hadirnya dengan seribu satu cerita.. Mengundang sejuta air mata dan menggamit sejuta keinsafan.. Dia keajaiban yang dikirim tuhan untuk hadir ke dalam keluarga kecil kami.. Segalanya.. Itulah satu perkataan yang cukup untuk menggambarkan erti kehadirannya di dalam kehidupan kami..
.
Setiap waktu, anak ini berkembang dengan kadarnya yang tersendiri.. Fasa yang seringkali mengujakan, namun memerlukan kesabaran yang bukan sedikit.
.
Kini, dia semakin aktif meneroka.. Di mana sahaja dia akan bangun berdiri.. Di meja makan, di pintu almari, di rak TV dan sebagainya.. Dia juga mula memanjat gril besi di pintu cermin sliding.. Menidurkan dia setiap malam juga mula menjadi tugas yang mencabar.. Di kepala katil, dia akan berpaut dan bangun berdiri.. Melompat-lompat di tilam spring vono mama yag sudah berusia 2 tahun.. Lasak dan penuh tenaga.. Seringnya, mama yang terlelap dahulu sebelum dia terlena..
.
Namun manjanya juga bukan sedikit.. Sering sahaja kepalanya terlentok di bahu Mama dan Ayah dalam menzahirkan kemanjaannya itu.. Setiap kali penat bermain, dia akan datang kepda Mama untuk memberikan senyuman dan ciuman sayang.. Penuh cinta.. Sungguh, hidup mama penuh terisi dengan kasih sayang setelah kehadiran kamu..
.
Semalam, sewaktu terjaga pada jam 2am, BB Mama di tangannya.. Apabila di buka bahagian Blackberry Messenger, dua tiga mesej sudah di hantar.. Salah satunya kepada Mama Biey.. Penuh smiley dan pastinya Mama Biey menerima BBM itu dengan rasa kehairanan.. Putera mama, tidak habis-habis meneroka..
.
Aktiviti wajib setiap hari, kemas rak TV..
.
Tengok TV dekat-dekat pun aktiviti wajib jugak.. Haihhh la anak, ada yang kena hang TV kat dinding ni..
.
Setiap satunya perkembangan Rayyan Ariff juga mendapat perhatian daripada Sarjit, physiotherapistnya.. Kata Sarjit, langkah Rayyan Ariff semakin cantik tersusun.. Kadar keseimbangan badan juga semakin bertambah, terutamanya apabila perlu dipimpin hanya pada sebelah tangan sahaja apabila berjalan.. :-)
.
Bersama Speech Therapist, Ms Tey juga Rayyan Ariff menunjukkan kemajuan yang tersendiri.. Kata bijak  tidak pernah terlucut daripada mulut Ms Tey walau ungkap degil dan keras kepala sering datang bersama perkataan itu.. Respon yang diberikan oleh Rayyan Ariff juga baik walaupun kadarnya tidaklah begitu cepat.. Sebabnya hanya satu, sehingga sekarang Rayyan Ariff tidak sukakan Ms Tey kerana baginya, Ms Tey begitu memaksa di dalam pemakaian hearing aid..
.
Sesi terapi pertuturan..
.
Apabila kata bijak pandai itu terluah untuk Rayyan Ariff, saya bersetuju bukan kerana saya ibunya.. Namun untuk seorang anak yang melalui trauma kelahiran yang bukan sedikit, tentu sahaja dia bijak di mata mereka yang berpegang pada fakta sains..
.
Melihat secara holistik juga, bagi seorang insan yang dilahirkan dengan sel otak yang terlalu minima pada kadar kurang daripada 5% berbanding manusia normal, memang saya berbangga memiliki anak genius yang tetap berstatus OKU di mata dunia ini..
.
Rayyan Ariff, terima kasih kerana hadir menghiasi kehidupan Mama..
Dan tuhan, syukur Alhamdulillah kerna mengurniakan kesihatan dan perkembangan yang baik untuk anak ini.. :-)

6 comments:

Tika said...

Bangga dengan Rayyan Ariff.. Kagum.. SUbhanAllah.. betapa besar keagungan Allah SWT..

Sama peel ngan Aimy.. berdiri depan tv, berpaut pasa kabinet tv..berjalan menyusur kabinet tv..menonton tv dekat² gitu... menyelerakkan apa yg ada dikabinet tv...semua itu rutin hariannya hahaha...

Comel tul rayyan.. nanti ada rezeki leh jumpa dan join ngan Aimy sesama punggah kabinet TV ok! haha

Lynn Abd Latib said...

JIEY

dlm 1001 kekalutan pg nih..rushing here and there..hubby yg jatuh sakit..kita yg x berasa nak sihat..

ini antara sbb yg mampu mengukir senyuman..

congrats to u jiey..
he is not a miracle baby but he has a miracle mommy like you,

take care beb :)

Papa, Mama & Azra said...

Alhamdulillah...

Rizziela said...

Alhamdullilah...

Semoga Rayyan membesar dengan sempurna... AMIN

mama ADAMAN said...

Mama Adaman alway kagum ngan progress Ian... membaca cerita Ian sentiasa menimbulkan keinsafan dna kesyukuran Mama... i hope one day dapat jumpa Jiey dan Ian.... chaiyok Ian!!!!

Liebe said...

Jiey,

Hilang segala stress saya bila tgk gambar2 Ian...he's a miracle...sejuk hati...

Thanks for sharing your great journey with Ian...Letak gambar Ian banyak2...