Tuesday, September 13, 2011

Chenta hati mama, buah hati ayah, cucu manja atuk..

Nama pun cucu sulung kan, harus la attention lebih.. :-)
.
Honestly, saya memang tak percaya bila orang kata yang anak ni bila nak dapat adik, dia akan jadi manja extra.. Tapi sekarang ni dah 50-50. Sebabnya, tuan kecik ni, cranky yang amat.. Manja yang hoverrr.. Sampai rasa phobia nak balik rumah nak ngadap dia.. Bolehh?? Hahahah..
.
Maybe sebab lama dok bertempek dengan mama.. Ialah, cuti sampai 2mgg dari before raya sampai kelmarin, so dia nyer level of clingy tu memang to the max la..
.
Tinggal nak gi toilet pun nangis air mata leleh-leleh stok kena pukul or kena cubit.. Pastu kalau dia nak apa2, dan dan tu jugak kena ikut yang dia nak, kalo tak, Subhanallah.. Meraung kalah apa! Kalau kata dia nak gi naik kereta, silalah bawak.. Kalau dia nak naik motor.. Silalah ikut..
.
Huhuhuhu.. Tensi.. Last Sunday, masa kitorang nak gi beli barang dapur, bawak kejap dia pusing-pusing pastu bawak naik rumah balik coz nak tinggal dia dengan nenek dia jer.. Masa nak hantar tu, boleh dia pegang gril besi pintu tu kuat-kuat taknak lepas sebab taknak masuk rumah..
.
Ialah, kalau nak angkut dia sekali, shopping ntah ke mana, sibuk nak kena layan dia yang asyik nak sentuh semua benda.. Lagipun, ayah dengan lutut yang tak OK lagi, memang hazabb la kalau nak dukung dia lama-lama.. Mama yang dah makin sarat ni lagi la.. Nak bawak diri pun senget2, mana la terdaya nak dukung budak 13kg tu..
.
Dengan orang lain taknak, yang dia nak dengan mama jer.. Pastu asyik nak berdukung.. Just imagine, lepas mandi, taknak dah kita pimpin and dia jalan sendiri, mesti nak dukung.. Pastu dari  dalam bilik nak menapak 3, 4 langkah je ke living room pun nak berdukung jugak.. Hadoii la, memang ada yang terberanak awal..
.
Kalau kita duduk kat bawah, dia sibuk nak panjat-panjat badan kita.. Panjat perut, panjat bahu.. Hadoiii.. Bila pikir balik, nyesal tak pregnant awal2.. Masa dia kecik-kecik n tak pandai buat peel lagi.. Harus senang sket.. Muahahahha.. :P

Tengok la, selamba jer dia landing kat atas perut Mama yang selambak.. Sakit okkk!!
.
Ayah dalam sakit-sakit lutut tu, memang layan jugak la budak ni.. Bila dia mintak nak naik kereta or motor, bawak jugaklah walaupun kena dukung quite a distance before sampai kat parking kereta.. Siyan pun ada tapi kalau mama nak melayan dia sorang-sorang, harus ada yang terberanak awal..
.
Masa kat kampung itu hari jer tenang sket kitorang.. Sebab dia dok sibuk jadi bayang-bayang atuk.. Mana atuk pergi, mesti dia mengekor.. Pantang atuk jauh sket, mula la jerit-jerit panggil atuk.. :P
.
Ni contoh bayang-bayang atuk.. Atuk tido this side, dia akan baring another side.. Kalau dia bangun tido pagi2, dia la jadi alarm clock atuk.. :-)
.
Mana la atuk bleh tido lena.. Hahaha.. *Atuk seksi sket, tapi takpe.. Nampak belakang jer.. :P
.
Ni masa kat rumah onyang sedara dia.. Tengok, tak habis-habis ngadap Atuk.. And atuk memang takleh pegang baby lain, ada orang jeles.. :P
Bila atuk borak ngan orang lain, dia pun sibuk terjerit-jerit.. Takmo bagi atuk cakap, kalau bleh, cakap ngan dia jer..
.
Ni plak, intai atuk.. Nak tengok atuk gi mana.. Harus la make sure atuk tak gi jauh..
.
Rasa tak sabar nak balik berpantang kat kampung, sebab kat kampung atuk ada leh melayan budak ni.. Takde la dok mengekor mama jer.. :-)

11 comments:

Marsha~ said...

mcm mana nak jadi abang long ni?? manja sangat.... hehehe tp rayyan mesti jadi abang paling penyayang kan???

Mama Kembar 3 said...

hahaha! cute laa perangai Rayyan nih hehe. Manja betul ngan atuk yer, sure atuk pun rindu bila rayyan balik kl. mesti bila atuk bangun pagi terus teringat kat 'alarm clock' dia hehehe

zaidah said...

bila dah dapat baby nanti dah susah nak bermanja sebab tu dia bermanja sepuas2nyer.....jadik bebayang atok pun ok jugakkan rayyan...

zura_habib said...

hehe...habib pun suka berkepit ngan atuk dia jugak tp kt kg ramai yg sudi nk melayan dia...sbb tu sy suka blk kg...

Kak jiey n family,sy jemput dtg open house sy 25 sept ni dr jam 2-7ptg ye...

harz... said...

Salam....
Slmt Hari Raya Mama Jiey n Rayyan...
saya pun mengandung anak kedua masa anak yg sulung umur 3 tahun.... Mmg manja yg amat masa tu... Bila dah bersalin, dia mcm jeles2 skit dgn adik dia... Smp dia pernah ckp "semua org x sayang akak, semua syg adik je"....Sedih gak masa dgr dia ckp...
Tp bkn la kita abaikn dia, cuma perhatian tu kena bahagi 2 plak...

yatie chomeyl said...

cucu kesayange atuk la abe Ian ni hehe

noorshafila said...

Hahaha..sama lah dengan perangai my daughter, Alisha sekarang ni. Sangat cranky, asyik nak berdukung saja. Tak dapat apa yang dia nak, menangis macam kena pukul jek. Tengah masak pun dia minta dukung je. Lagi pulak bila dah masuk minggu ke-32 ni. Lepas cuti raya dua minggu, dia asyik menangis setiap kali hantar ke Taska. Adoi yaa.... ibu dah pendek nafas melayan.
Kalau dengan Atuk dia dah macam BFF aje. Semuanya "akok" :)

alyyani said...

wei jgn dukung selalu, kang terberanak awal. aku lak rasa nak teberanak baca entry ko ni. hahahaha..

Jiji said...

hebat laa anak bujang ni!! hahaha anis pon gitu jiey pantang aku duduk je.. aku ni mcm busut (okeh maybe bukit) di panjat nya bahu leher segala! naik gilaa jugak sampai kadang tu terpaksa jerit bila dibuatnye kita mcm dahan bergayut.

rizalhana said...

Hehehe..Jiey, perangai Ian sama cam Aisy. Mungkin sebab adik mereka dah nak keluar. Sampai tak larat nak melayan dah ni

littlehumblelynn said...

Jiey

bwk bersabar ok.kang baby dah keluar lg jenuh tuh.apapun ian sgt comel :-P