Monday, September 19, 2011

Persediaan menyambut Baby RA~

Before ada yang kata macam-macam, saya cuma ada satu permintaan, please let me enjoy this moment as we will never know what will take place in the future.. Sememangnya ada ketakutan apabila berhadapan dengan seribu satu ketidakpastian, same goes to this pregnancy.. But I'm taking the stand that I want to enjoy this moment as much as I could.. Dengan Rayyan Ariff, we dont have the chance to prepare things for him.. Only the most basic things; baju 4 helai, towels 2 helai, diapers, a few pairs of mittens/booties and 2 feeding bottles. Dia anak sulung yang sepatutnya diladeni dengan pelbagai barangan, namun kami takut untuk membuat persiapan untuk kehadirannya kerana kami terlalu ditekankan bahawa dia tidak akan hidup lama..
.
Dan untuk Baby RA, kami tidaklah berbelanja sakan.. Kebanyakan barangan seperti baju, carseat cum carrier, baby cot dan barangan besar yang lain, diwarisi dari abangnya.. Mungkin kami akan mendapatkan stroller baru untuknya, itu sahaja.. Diam tak diam, rasanya barang-barang untuk Baby RA rasanya sudah 80% siap.. Baju baru cuma 3 pasang sahaja.. Saya sangat teringin untuk mendapatkan sehelai dress lace berwarna merah jambu untuk Baby RA.. Dipakai bersama stokin merah jambu berenda sambil dikepala terlilit headband warna senada untuk majlis akikahnya kelak.. Tambahan pula, En.Hubby dan Rayyan Ariff juga sudah punya baju melayu dengan warna yang sama.. Cuma perlu saya sahaja mencari kaftan warna merah jambu.. :-)
.
Yang sukarnya adalah proses pencarian.. Mahu online dirumah, posisi perut yang semakin membesar benar-benar menyukarkan untuk saya duduk di bangku kecil menumpang meja tulis Rayyan Ariff.. Wireless modem baru sudah dibeli bagi menggantikan yang sudah lama rosak namun masih belum dipasang. Beberapa kali saya cuba memasang sediri namun gagal. Tunggu sahajalah abang saya datang nanti.. Meja konsol berwarna putih untuk dijadikan meja laptop dengan kerusi berwarna yang sama juga sudah dibeli, namun masih belum dipasang. Yang itu, perlu menunggu adik lelaki saya datang kerna dialah jaguh kalau bab-bab bertukang.. Kalau sudah lengkap semuanya, barulah boleh melayari internet dengan aman.. Sakanlah saya menjenguk laman-laman web untuk membeli-belah keperluan ibu dan bayi.. :-P

Nama sahaja almari Baby RA, tapi kat dalam, dengan barang-barang ayah sekali.. *Gambar senget sebab most of the time, mama nak dok straight bebetul pun dah tak boleh* :P
.
Bahagian dalam.. Bila dah ada dress, boleh la hang dekat railing tu kan? Ntah bila la nak ada.. Hospital bag baby RA dah siap dekat shelves yang paling atas, Mama punya je belum.. =)
.
Segala-galanya bagaikan pengalaman pertama kerana bersama Rayyan Ariff tempoh hari, tempoh kehamilan saya tidak sampai sejauh ini.. Pada minggu-minggu sebegini, Rayyan Ariff sudah dilahirkan dan sedang berjuang di NICU. Untuk Baby RA, saya dapat merasai bagaimana penatnya melayan frequent urination dan bagaimana tidur yang terganggu disebabkan oleh sakit belakang serta mencari posisi terbaik. Maaf kiranya banyak jemputan rumah terbuka tidak dapat saya penuhi kerana keadaan fizikal yang semakin sarat sangat menyukarkan segalanya.. Bergerak sedikit, sudah senak perut menahan kencing.. Ini jugalah penyebab saya tidak mampu ke kompleks membeli-belah dalam usaha melengkapkan barangan saya dan Baby RA.. Pilihan yang ada; berharap sahajalah pada laman-laman web.. :-)
.
Semenjak daripada peristiwa berurut tempoh hari, kerap kali terasa kesakitan pada luka pembedahan yang lalu.. Perit benar menahan.. Kalau ditanya, memang saya teramat kesal dengan peristiwa itu, namun apakan daya, segalanya sudah berlaku.. Hanya doa yang saya ada agar dipermudahkan segalanya.. Kalau terlebih mengeluh tentang kesakitan kepada En.Hubby, nanti bisinglah mulutnya berbunyi, "Itulah, abang dah kata jangan gi urut.. Gi jugak.. Sejak2 mengada gi ngurut ni dah selalu sangat mengadu sakit sana sini.." Hmm.. Baik diamkan dan tahankan sahaja selagi terdaya..
.
Tentang nama Baby RA, sebetulnya kami sudah sepakat dengan gabungan nama yang diinginkan.. Namun tiba-tiba sahaja, beria benar ibu saya mahukan nama Rania untuk Baby RA.. Rania.. Nama yang indah dan merupakan nama yang saya sediakan sebagai nama alternatif kepada Rayyan Ariff lebih 3 tahun yang lalu.. Sekiranya Rayyan Ariff dilahirkan sebagai puteri, Rania Adriana adalah nama yang kami simpan untuknya.. Namun kini saya sudah punya pilihan lain.. Tapi itulah, bila bercakap tentang kemahuan ibu sendiri, rasa terkilan juga untuk tidak dituruti..
.
Tapi saya benar-benar sukakan nama Baby RA yang sudah dipilih kerana masih jarang yang memakai nama yang bermula dengan pangkal R ini.. Berbanding nama yang bermula dengan pangkal A yang menjadi pilihan hubby, sudah merata yang menggunakannya.. Maka saya melihat gabungan kedua nama ini sebagai unik.. Kalau digabungkan dengan nama Rania, kedua-dua nama itu sudah merata digunakan.. Hmmm.. Mungkin perlu hamil lagi sesegera yang mungkin untuk memenuhi impian ibu saya.. Hahahhaha.. *Rehat dulu yea..* :P
.
P/s - Bagaimana dengan pemilihan nama anak kawan-kawan? Adakah di antara pasangan sahaja atau mengambilkira kemahuan ahli keluarga yang lain sekali?
.
P/s 2 - Any suggestion untuk set bersalin yang bagus??
.
P/s 3 - Any suggestion untuk breastpump yang bagus??

~Thank you in advance~

20 comments:

yatie chomeyl said...

kalu jiey ado nk kirim brg2 baby dr jepun, ore leh tulong beli, sblm 26hb 9 ni la sbb hubby nk balik Msia awal bule 10

http://yatiechomeyl.blogspot.com/2011/09/baby-kids-pre-order-items.html

Norhanafizah Husain said...

Jiey. kalau nak breastfeed better jgn makan jamu bersalin. nanti baby panas & naik ruam lak. Pengalaman anak 1st, yg 2nd ni saya tak beli pun jamu bersalin tu

AIN NAZRI said...

akak enjoy ur preggy moment especially dalam persediaan brg2.. akak menanti bukan sikit punya masa.. jadi tak salah kalau kita beria2 nak yang sempurna buat anak.. *teringat kat kak baya yang excited hias bilik baby D dia..*

pasal nama.. nama anak ain panjang sangat hahaha.. nie sbb nak memenuhi permintaan org.. Muhammad - nie mak ain suruh letak.. ikut plan asal ain x letak..
'Auf - nama nie ain yang pilih dan nak letak jugak..
Irfan Naufal - nama yang en somi pilih.. sbb nama tu dia mimpi2 berturut2.. .. so mmg berjela laa gamaknya.. kang kalu x letak.. susah plak.. mungkin rezeki ain anak sorg je.. manalaa tahu kan..

baya said...

assalam Jiey

You and me sama, perasaan kita dlm preparing ourself and the baby's things. Like me, we all masih dlm ketidakpastian apa yg jadi dgn Dzafri becoz ada paeds berpendapat klu betul dia ada tumour, kemungkinan baby ini akan menerima nasib yg sama. kalau difikirkan boleh jadi gila, so we put aside apa kata doktor dan berserah kpd Yang Lebih Berkuasa, insyaAllah. so far, from the monthly check up, semuanya dlm keadaan yg baik. alhamdulillah

Anyway, I failed BF kan my 2 sons, but kali ni dah set mind awal2 to terus BF walau apa pun jadi. So I bought spectra 3 breastpump sbb :

1. since i tak kerja, so tak pe kot having a bulky one hehe
2. harga dia sbb I beli masa sale hari tu (ada dlm blog psl ni)

but my friends kata of course the best, yg senang nak carry sana sini is medela FS, but harga dia pun boleh tahan.

as in set bersalin, first baby I pakai amway, second one kak baya pakai Alfiat ... but cuma pakai yg luaran saja : mandian, minyak.. all the jamu tak pakai/mkn sbb ceaser kan.. better not takut panas. As for this coming baby, insyaAllah, thought nak cuba shaklee since dorang ada product for BF and set after pembedahan. and maybe I will go for amway set balik ...

pasal nama, usually among me and hubby jer yg discuss, cuma bila nak tanya maksud nama or gabungan nama tu ok ke tak, we all mintak pendapat cousin/niece yg belajar arab.. but pemilihan still us, tak campur org lain

so, take care Jiey. have fun in preparing baby RA's stuff, kak baya pun tgh gilos mengsurvey sana sini. mana yg ada sale tu, I have to kuatkan semangat pergi shopping complex, yg mana boleh beli online, kak baya pun beli online jer .. sama kita, dah tak larat ...

kiss2 my darling rayyan kay


p/s keep on posting psl update baby RA, sbb excited jarak pregnancy kita tak jauh ... mcm sama jer dlm semua keadaan

jie said...

jiey,

kawan saya kata nonaroguy bagus. badan cepat rasa kuat dan sihat. tapi ini kata kawan la, sbb saya tak penah try lagi, dulu cuma guna jamu mak bidan kampung saya je. plan nak try nonaroguy utk anak no 2 (hehe berangan).

saya pakai spectra. bagus gak. medela pun bagus gak cuma rege mahal sket la kot dari spectra.

Ahliacikgukhairul said...

dear jiey
just nak share experience akak.. maybe tak suit dgn semua org but ok with me.. akak guna set nona roguy dan breast pump akak beli dr mumslittleones.com brand spectra 3.

Mrs. Simplicity said...

nama anak, mmg takde sape masuk campur. kitorg aje. so korang proceed dgn pilihan korang je la ye. :p btw, rania bukan kata bersepah jiey, ada korean girl group ni nama group diorg rania ko! motip?

Yaati Nor said...

saya pun tak sarankan set bsalin..tapi lepas 2 minggu boleh makan dah.saya dulu tak amik yang set.kebanyakkan kawan2 yg amik set bsalin semua tak makan habis.batter beli yang loase je..klu breast pum pulak pakai la spectra 3 double pumping sgt bagus dan tak mahal sgt. 300++ beli kat enjpybreastfeed.com..harga lebih murah dari online yg lain..service pun cepat klang valley nie. pastu klu nak fully bf jgn sesekali bg botol ms dalam pantang..nnt baby tak nak direct..dah terjadi kat kwn dan sepupu saya. nanti lepas pantang mst pandainya dia isap botol..

Pnut said...

good luck jiey untuk misi breasfeeding baby... bukan sikit cabaran tu.. tgh keja kena slot juga pi 'pumping' session.. ehehehe pegi outstation, berbaiklah dengan banquet manager/chef, agar dpt tumpa ng freezer letak susu.. eheh naik kapal terbang buat baik dgn pramugara/i agar dapat tumpang letak susu..

kuatkan semangat..

Nadiah Sidek said...

macam saya...nama anak saya dan suami je yang pilih. family lain memang tak masuk campur :). set bersalin tu saya tak tahu la mana yang bagus sebab 2 kali bersalin guna pdoduk HPA je...malas nak cuba produk lain :D

Noina said...

Jiey..ina bleh ckp pasal breast pump..ada kawan opis pakai madela.. sambil keje dia leh pam susu. mmg mahal tapi berbaloi..dia kata pun tak sakit masa pump. ina ingat klu mengandung lagi ingat nak sambar satu gak..hehe

Ibu Lala said...

Bestnya nak dapat baby. Tahniah...Nanti ziarah blog saya ye..

Papa, Mama & Azra said...

Jiey, saya pakai nonaroguy. Minyak herbanika dia terasa cam magik kalau sapu terus hilang sengal2 tapi tak berangin pon. Dan breastpump spectra 3. Harga murah sedikit dan masih selesa untuk digunakan.

Bicara hati ibu aisya said...

Wahhh..seronoknya prepare barang-barang untuk baby.Enjoy yourself sis ;) ehmm..xsabar rasanya nak preggy lagi.huhuhu ;P
Bab nama baby tu, terpulang pada jiey n hubby.Asalkan ada makna yang baik dan enak disebut serta didengar itu sudah cukup bagus kan?
Berkenaan set bersalin tu pulak, kalau jiey nak breastfeed seeloknya jangan makan jamu dulu sbb takut baby panas + kuning.
Tentang breastpump tu, apa kata jiey try medela or spectra 3? ayu pakai pam tu..so far ok.yang penting jiey jaga pemakanan baru susu banyak.kena pam kalau boleh 2 minggu sebelum masuk kerja sebagai stok awal.
Buat jiey, semoga dipermudahkan.

Tika said...

BEST dan SYOKNYAaaaa shopping barang baby.. tak sabar rasa nak baby keluar kan...bestnya perasaan itu hehehe.

Nama? Kalau saya.. ikut jer apa yg kita dan suami dah plan hehe..

Jamu Bersalin? Saya teramat suka Sendayu Tinggi...Masa dalam pantang Anak ke 2 dan 3 memang mengambilnya. Puas hati! Selain tak memudaratkan baby, ia bagus untuk diri kita. Cepat cergas, sihat, cepat slim (skrg dah gumuk haha), dah mudah jer makan sebab pil. Set dia kalau digunakan dengan penuh teratur.. amat berkesan. Dengarnya nona roguy pun bagus.. ;)

Breast Pump? hmm saya ni guna madela manual jer.. takut nak beli mahal sbb tak kuat semangat bab bf ni haha. So beli yg biasa dulu ..tu pun mahei gak masa beli dulu hehe.

Apa pun.. semoga semuanya selamat dan berjalan lancar utk Jiey dan babay RA...amin

Lynn Abd Latib said...

Jiey

set bersalin lin ttp suka felisa,mudah pakai
tp rasanya utk cpt trn berat adalah sendayu tggi

breastpump - lin guna avent shj dr dulu

Anonymous said...

saya mn jamu tp anak jd jaundice kuat n cirit birit..troz berenti n mkn gamat zaniplus je..breastpump lak pkai medela fs..mmg berbaloi..

oren said...

setiap pregnancy, perjalanannya berbeza..just enjoy it, ok..

1. nama baby..kalo sanggup dan maknanya bagus, gabungkan saja nama pilihan ibu n pilihan mummy..itu yg saya buat utk anak bongsu..awatif adalah pilihan mak, dan as-syifa, adalah pilihan saya sendiri..sebetulnya, baby syifa adalah nama panggilan yg kami sebut2 sejak dia dlm perut lagi..walopun takmo tahu gender baby yg dikandung, si kakak berdoa pd Allah, hampir setiap mlm utk dikurniakan adik syifa..dan alhamdulillah, doa anak kecil tu dimakbulkan..dan kami namakan dia awatif as-syifa..yg bermaksud, kesayanganku, penyembuh..

2. saya guna jamu mak dara..tapi pilis dan krim hangat dia, mmg sgt hangat..pakai sikiiiiiiittt jek dulu..tp utk jamu, tak pyh mkn seawal minggu kelahiran..kalo bb ok, lepas sebulan baru start..sbb kalo bf baby, benda tu akan jadi mknan dia (thru menyusu..boleh sebabkan sembelit atau cirit birit)

3. saya guna spectra3 double pumping..harga mampu milik dan tahan lama..in fact, dah jual as preloved item..

pls take xtra care...

haniza said...

haaa..nak beli stroller untuk baby RA boleh ler beli ka kedai sy...tapi jauhla sikit...bdr baru bangi..nak beli online pon boleh...untuk baby RA..auntie bagi special nyer harga..nak buat installment pon boley..email jek auntie yek :) www.kidsmodehouse.com

Anonymous said...

breastpump medela freestyle yang terbaik untuk ibu yang berkerjaya.harga range rm1300-1600 online purchase