Wednesday, March 12, 2008

Seribu tahun

Entry from my old blog

Semalam, pabila kami dilayangkan dengan berita itu, aku mula tak keruan.. Hubby kulihat cuba mempamerkan reaksi setenang mungkin.. Sesekali bersuara tatkala wanita berjubah putih itu berkata sesuatu dan memandang ke arahnya..

Aku mula melontarkan pelbagai persoalan. Setiap jawapan yang diterima daripada wanita itu, menolak mentah2 andaian yang aku buat.. Tiada apa yang mampu aku buat selain daripada cuba meletakkan ‘kesalahan’ itu ke atas bahu aku dan hubby.. Wanita itu masih menolak dan cuba mengaitkannya dengan kuasa tuhan..

Aku masih keras. Cuba menunjukkan yang aku kuat untuk menghadapi semuanya.. tiada tangisan walaupun hati mula pecah.. terasa panas menyerbu ke muka.. Melihatkan keadaan aku yang begitu, wanita itu mula memberi perincian terhadap kemungkinan yang ada. Aku dan hubby hanya mendengar dengan tekun. Saat ini, kami hanya mampu menyerahkan segalanya pada Yang Maha Esa..

Kami masih bergurau senda seperti biasa selepas itu.. Hubby menyatakan kebimbangan dan kami tetap berlagak biasa.. Dari awal, hubby terlalu mengharap.. Aku mula rasa bersalah kerana tidak berperasaan begitu pada awalnya.. Walau pun DIA kutunggu, ada kala aku merasa tidak senang kerana takut pada perubahan yang akan DIA bawa..

Dan pagi ini, apa bila hubby membawa satu lagi perkhabaran, tugu ketabahan yang cuba aku pertahankan mula runtuh.. Selepas meletakkan gagang telefon, air mata mula berlari di pipiku.. Ya Allah, kuatkanlah hambaMu ini.. “Abang, apa sekali pun yang berlaku kita harus redha.. Doakan yang terbaik ok?” Inilah ayat yang aku bisikkan pada hubby..

Tapi aku sendiri tidak sekuat itu! Inilah yang aku takuti selama ini.. Pelbagai andaian dan perbandingan masih sarat dalam kepalaku.. Kawan2, bolehkah kalian doakan segala yang terbaik untuk kami?


“Kelip2 disangka api..
Kalau api, mana puntungnya?
Hilang ghaib disangka mati..
Kalau mati, mana kuburnya?”

1 comment:

Jiey^Mien said...

Kerana entry ini, saya menerima panggilan telefon yang bertalu.. SMSes dan Emails juga.. Kepada teman-teman yang prihatin, terima kasih yea.. Doakan saja.. Kami semua baik2 shj seadanya.. :P