Monday, March 24, 2008

Sesudah Gerimis

Entry from my old blog

Sekian lama menyepi kerana ingin mencari secepis ketenangan dan jawapan.. Alhamdulillah.. Saya sudah boleh berpijak di bumi yang nyata.. Penat saya mempersoalkan "Kenapa saya yang terpilih?".. "Sudah habiskah orang jahat di atas dunia ini?" Bukan hanya saya, salah seorang daripada MEREKA juga berkata "This thing is a very isolated case! It is very very very rare to happen.. I don't know why it should happen to such a nice person like you.." Kata NYA sambil menggeleng-gelengkan kepala tanda kekesalan.. (Ini kata NYA, bukan saya yang perasan..)

Kalau dia sbg orang luar boleh mempersoalkan, jangan salahkan saya bila saya juga mempersoalkan.. Dia hanya mata yang memandangkan, sedangkan saya bahu yang memikul.. Tapi kini saya mengerti, mungkin ini dugaan Allah untuk menguji kasih sayang kami.. Dan yang paling penting, Allah tidak melupakan kami.. Kerana itulah ujian ini datang.. Sbg tanda yang Dia mengingati kami.. Bukankah ujian itu datang kepada hambaNya yang mampu menerima?

Dan jangan salah anggap.. Saya menulis bukan untuk mencari simpati.. Jadi tidak perlu ditanya apa cerita di sebalik kesedihan ini.. Saya menulis sekadar ingin melepaskan rasa di hati.. Rasa yang tidak dapat dikongsi.. Kepada yang mengetahui, diamkan saja.. Kepada yang tidak tahu, ianya hanya satu kisah kehidupan.. Yang penting, jangan kami diadili dan dihakimi hanya kerana kisah ini..

Walau apa pun yang terjadi, saya tidak akan putus harapan.. Saya percaya pada keajaiban.. InsyaAllah tuhan akan bersama hambaNya yang sabar.. Andainya satu masa saya terpaksa melepaskan, saya tetap redha.. Mungkin hati saya akan pecah, jiwa saya akan luruh.. Tapi ini takdirNya.. Seandainya DIA tidak dapat berada bersama saya untuk seumur hidup saya, biarlah saya yang menemani DIA untuk seumur hidupnya.. Semoga kasih sayang yang ada akan terus utuh selamanya..


"Ku tak putus harapan.. Sedia setia..."

3 comments:

Anonymous said...

jie,sama2 la kito bersabar deh..aku tau masaloh mum..tp aku xdok peluang nk bertanyo khabar..aku pehe gapo hok mum luahkan di blog ni..aku pun menghadapi ujian yang sgt besar dariNYA.Alhamdulillah la sentiasa ada ore yg setia menjaga aku.aku x oyak ko sapo2 pun,mungkin b n e tau tp tu pun x jelas.sikit2 jah.aku x sedia lg nk cerita kat sumer ore..ujian ni sgt perit..sehingga menyebabkan aku hilang mata pencarian aku…hummmm….LA HAU LA WALA KUWWATA ILLAH BILLAH..

Jiey^Mien said...

Tu la Niey, kadey-kadey kito ingt Allah uji kito dgn ujiey plg teruk.. Kito x ingt oghe lain pn face macey2 bendo jgk.. Kalu mu tau dr B, mgkin mu xtau d whole story.. Kalu mu tau blako2, mesti mu pn kkejuk.. Xpo la.. Aku pn redho dh.. Namo pom oghe isley.. Xpo niey, chaiyokk.. chaiyokk..

Anonymous said...

hemmm…b xdok plk oyak gapo2 pasal masaloh mum..aku agok2 yah dari blog mu nih..sapa la aku tau maso mum msg katku lepas beranok ritu..sori la..aku baru yah baco komen mu nih