Wednesday, May 27, 2009

Cinta hati mama..

Hari ahad yang lalu, kami ke JJ Maluri. Niat di hati mahu mencari hadiah hari lahir Ian. (Yea, saya masih berhutang hadiah dengan Ian..). Ayah sibuk bertanya "Mama bagi ape untuk birthday Ian?" Dengan senyuman perli. Sungguh, masa membataskan segalanya.
.
Apa yang Mama dapatkan untuk hadiah hari lahir Ian? Hehehe.. Cuba teka? Dua hadiah, tapi satunya agak 'kelakar' untuk dihadiahkan kepada bayi seusia Ian. Semoga ia membawa manfaat kepada Ian.
.
Setibanya kami di sana, kami terus ke Food Court untuk mengisi perut yang mula berkeroncong. Since Ian is getting better at sitting, we put him in one of the high chair there and let him play with his Mr. Bebo.
.
He's growing before my eyes. Pantasnya masa berlalu.. Sebelum ini, saya terlalu ingin melihat Ian duduk sendiri di atas high chair sementara kami semua menikmati hidangan. Tidak terduga bahawa waktunya akan tiba secepat ini. Ian, mama mahu lihat kamu merangkak dan berlari pula.. Sangat2 teringin..
.

.
Sangka saya, apabila dia sudah boleh duduk sendiri, dapatlah kami menikmati hidangan dengan aman. Saya silap. Sekejapan sahaja, Ian mula menangis kerana mengantuk. Selepas menidurkan Ian dan meletakkannya di dalam stroller, barulah saya dapat menjamah makanan.
.
Sewaktu saya sedang memilih hadiah Ian, Ian terjaga dari tidurnya. Sepanjang waktu mahu didukung. Tidak mahu duduk di strollernya. Tidak mahu dengan ayahnya juga.
.
Sekiranya ada saya, Ian agak sombong dengan bibik.. Segalanya mahu saya yang lakukan.. Sekarang ini, setiap pagi dia akan bangun awal dan mahukan sebotol susu yang dipegang oleh saya. Tidak mahu memegang sendiri dan tidak mahu dipegang bibik juga.
.
Menjadi kelaziman, setiap pagi saya akan mendukung Ian untuk beberapa ketika. Waktu itu, andai hubby atau bibik menghulurkan tangan mahu mengambil Ian, Ian akan berpaling ke arah bertentangan kerana tidak mahu diambil dari Mamanya. Andai diambil, Ian akan merengek kecil menunjukkan tanda protes.
.
Adegan inilah yang menyebabkan langkah saya ke pejabat amat berat sekali. Sarat dengan rasa bersalah. Sarat dengan rindu yang tidak bertepian. Betapa saya gagal sebagai seorang ibu kerana menyerahkan tanggungjawab itu kepada orang lain. Menyerahkan amanah yang diberikan Allah SWT kepada saya untuk dibentuk dan diasuh kepada tangan yang tiada pertalian darah dengan kami.
.
Satu perkara yang agak mendamaikan rasa adalah penerimaan bibik ke atas Ian. Kerana itu, saya juga tidak berkira dengan bibik yang sudah saya anggap sebagai sebahagian dari keluarga kami.
.

Ian mahu mama!! Bukan bibik!!

Ian, maaf.. Mama tahu mama salah. Mencuri waktu yang paling berharga dalam seumur hidupmu. Membiarkan anak seistimewamu terbiar.. Maaf. Maaf. Maaf.

P/s - Kalaulah dapat diundur masa.. =(

21 comments:

kamalnzura said...

Kan? Kdg2 kita rasa bersalah sbb terpaksa tinggalkan anak pd org lain. Membesar sekejap di tgn org lain. Tapi 'keadaan' kdg2 memaksa kita kan?

A.I said...

ala...nape ckp camtu?? apa pulak terbiar? kau ni..tak baik tau. Aku tau kau jaga dia baikkkk sangat. Kau adalah mak yg tabah tau. Jgn la kau ckp camtu lagi..huhuhu kau tu carik rezeki. Bukannye buat benda yg tak elok pon..

adex-aieda said...

xper jiey..
hanya utk sementarakan..
doa yg terbaik.. agar bibiq tu buleh jaga anak kita dgn cara yg terbaik...jgn pk yg bukan2...
setiap ibu ada perasaan begitu..
ian kuat...jiey pun harus kuatkan semangat k..

misz_nierah said...

eh, nape akak ckp cm tu? sy tgk akak dah wt yg terbaik utk Ian. really, x tipu! akak keluar dr rumah sbb nk cari rezeki, bukan keluar rumah utk berseronok nth ape2. kuatkan semangat akak k, Ian kuat, jd akak pon mesti kuat jgak. Aja aja fighting!!!

Eliss said...

Ian, saya pun x suka pegang botol sendirik dan mengada2 kalo Ummi ada sebab dah seharian duk umah pengasuh kan:D kiter duk ngan pengasuh baik2 tau, nanti kena cubit Ummi ckp :D

xoxo,
Nuha

Han said...

Biar aku teka.. Ko bagi Ian Beskal?

Mrs. Simplicity said...

oit, jgn la ckp pasal rasa besalah itu. tetibe rindu kat nia jugak..

btw, mmg bole nmpk yg bila ko ade kat sisi ian, muka dia pun nmpk bahagia je bila mama dia ade...

AiYa said...

ya la kan, pagi ni najwa tetiba nangis plak msa nk pi keje. lg rsa teramat bsalah bila hri khamis, kol 1 pagi bru amek dia. huaaaa.. kan best klu xyah keje

*Ian, mama bg hadiah apa?

Cikpid said...

Saya pon ade perasaan x best bile antar anak kat pengasuh..rase cam berat ati sgt nk tgglkan die..tmbh bile die nangis n gapai2 tgn nk kite dukung die balik..adoi...entry ni buat maskara saya bersepah laa..hehehhe..tetibe trs rindu kat anak

Unknown said...

Ya betul jiey..semua ibu akan dibebani dgn perasaan yg sama..Akak ni walaupun cikgu, tp kadang2 blk lmbt lg dari org ofis..keje plak tak pernah hbs terutama kalau bdk exam..weekend pun kdg2 keje..Tapi kita perlu ingat, kita keluar membantu suami untuk kelangsungan kehidupan kita yg lbh sempurna..utk memenuhi keperluan si anak..Doalah agar anak yg dididik oleh bibik membesar dgn jatidiri kita..tapi kan, kalau tak keje dpt gaji bln2..best gakkan?..Sapa nak bagi ek?

Anonymous said...

salam jiey..
kalau boleh akak pun nak jadi fulltime housewife, nak jaga sendiri anak2, kalau boleh nak dorang 24 jam dpn mate ni, tp apekan daya..alhmdulilah anak2 pun semakin besar & faham ommy die ni keje nak cari duit besarkan dorang..huhuhu..sedih2..

Leen Die said...

Owh jie jgn rasa bersalah pada diri..jiey dah jago ian sebaik mungkin..sapa yang tak mau anak membesar didepan matakan..semua org nak kan..so apa2 pun Pencapaian Ian dah bagus..bagus sgt...semoga jiey bersemangat lagi ok..utk Ian..jangan patah semangat ok bb boy..geram sungguh tgk dia wat muka gitu..congek idung2..mokcik geramm..

Pnut said...

adoi sedih bila baca ayaat-ayat ni... Jiey tak kira anak istemewa ke tak, bagi emak-emak yang anaknya normal pun tetap sedih tinggalkan anak pada orang lain..
tapi what to doooo kalau tak kerja, mana nak cekau duit nak membesarkan anak-anak kalau berharap pada gaji bapa dia semata, cukup lepas bayar duit keter, hutang rumah, buat beli pampers susu, belanja sekolah anak-anak boleh la... tp belanja dapur, kehendak sendiri, kehendak anak-anak???

maka kita sebagai ibu kenalah keluar kerja.. jangan selalu rasa bersalah sangat, fikir yang positif sahaja, Insya-ALlah sekurang-kurang walau dengan bibik, tapi anak-anak kita tetap membesar dalam rumah sendiri, bukan di taska, bukan di rumah orang..

suealeen said...

Akak antara ibu bertuah dapat jaga anak sendiri. Keputusan yang tidak akan akak sesali sepanjang hidup ini.

Tapi jadi SAHM ni ada cabaran tersendiri, tambah lagi bab didikan pada anak... semuanya terletak 100% pada bahu si ibu. Takut.. takut tidak menjadi seorang ibu yang baik...

SyahNur said...

jika sy diberi pilihan pun, sy akan memilih SAHM.. tp ape nk buat ekonomi memaksa kami utk keluar mencari rezeki..

tp x pe, Ian bertuah kerana mendapat bibik yg dpt menjaga Ian dgn baik sepanjang ketiadaan ibunya..

Intan and The Boys said...

isk. apa lak tetiba rasa bersalah ni jiey. Ian kecik lagi. memang la nak melekat ngan mamanya je.

Farah said...

sape ckp jiey gagal menjadi seorg ibu yg baik??

i think u are superb!

nak wat cemane ...kite cari duit utk anak jugak :D

[I][T][A] said...

Manja betul ian dengan mamanya.. jiey tak perlu rasa bersalah sbb jiey telah menjaga ian dengan sebaiknya... ian pasti mengerti jika jiey tidak ada bersamanya....

Dina said...

Hmm, terpikir jugak kalo ade anak sendiri nanti memang cam tak sanggup nak tinggalkan bagi orang lain jaga.

Tapi kita pun kene cari duit nak bagi anak-anak hidup selesa kan?

Decisions in life... haihh.

ummuabdullahsyaakir said...

salam,kak..akk dah buat yg terbaik utyk ian...bertuah ian dapat ibu yg sgt2 caring n tabah.moga mudah semuanya:)

Jiey^Mien said...

Cuba membalas setiap comment di atas satu persatu, tapi tak mampu..

Meninggalkan anak yang istimewa kepada bibik bukanlah satu perkara yang kecil. Sampai sahaja di rumah, malam hampir menjelang.. Baru bermain seketika, dan melakukan sedikit fisioterapi, Ian sudah mengantuk.. Terpaksa berhenti.. Ada antara harinya, tidak sempat melakukan suatu apa pun..

Ada juga waktunya, bila badan sudah penat seharian di pejabat, kepala memikirkan hanya mahu tidur sahaja.. Terabai lagi di situ.

Fisio, masih boleh diserahkan pada bibik walaupun tidaklah se'gah' kita. Tapi takkanlah mahu bergantung pada bibik untuk menggunakan flash card bg merangsang minda Ian.. Susah, tapi tiada pilihan buat sementara waktu ini. Waktu semakin suntuk kerana tiga tahun pertama di dalam hidup bayi adalah momen terpenting.

Masih, ada rasa bersalah yang menghambat! Maaf! Maaf! dan Maaf!