Wednesday, May 20, 2009

Tentang satu rasa dan penerimaan..

Apabila menyatakan tentang keengganan Ian menggunakan kaki untuk berdiri atau pun menyentuh sebarang permukaan, kami diusulkan dengan banyak cadangan. Kebanyakannya, yang menjadi petua orang tua-tua. Ada yang kami ikut dan ada yang biarkan sahaja. Kenapa Ian tidak mahu berdiri? Adakah kerana 'kekurangan' pada kakinya?
.
Alhamdulillah tidak. Kaki Ian baik-baik sahaja. Tapi otaknya yang 'mengarahkan' kaki untuk berkeadaan begitu.
.
Kata physiotherapist Ian, anak2 yang mempunyai masalah berkaitan dengan otak ini, perlu diajar berulang-kali. Ini sebagai proses untuk mengingatkan mereka, hatta cara untuk meniarap sekalipun.
.
Sebagai contoh, bagaimana dia telah berulangkali mengajar seorang anak syndrome down ini supaya berdiri. Berkali-kali juga anak itu tidak mahu. "We've tried so hard but I don't know why, her brain just doesn't want to accept it."
.
Hal ini dikenali sebagai sensory integration.
.

Ian with a bunny that was given by Abg Adam n Sara. As expected, he refused to touch it. BTW, it's not just Ian's feet. His hands are also sensitive to touch. He can hold and touch things, but he doesnt like his hands to be hold.. Aduhai anak.. Kitorg tak sedar until Ms. Sarjit bgtau.. Before this ingatkan dia saje je tarik2 tangan dia kalo org pegang.. :P

What is sensory integration?
Sensory integration, simply put, is the ability to take in information through senses (touch, movement, smell, taste, vision, and hearing), to put it together with prior information, memories, and knowledge stored in the brain, and to make a meaningful response. Sensory integration occurs in the central nervous system and is generally thought to take place in the mid-brain and brainstem levels in complex interactions of the portions of the brain responsible for such things as coordination, attention, arousal levels, autonomic functioning, emotions, memory, and higher level cognitive functions.
.
What causes sensory integration problems?
Sensory problems result from neurological differences, and new research is being done to confirm this. It’s a difference in how the brain and nervous system are wired. Sensory problems are quite often seen in children born prematurely (especially the smallest and the youngest), those adopted from overseas, children who have experienced birth trauma or prolonged hospitalization, and those exposed to heavy metals. Sensory problems are a common symptom of other special needs diagnoses. However, a child can have sensory problems and nothing else.
.
Maklumat ini baru saya perolehi dari seorang doktor yang pernah bekerja di Neuro Clinic di GH dan kini membuka kliniknya sendiri. Saya suka berbual-bual dengannya kerana dia sering berkongsi tentang banyak perkara berkisar tentang ilmu-ilmu perubatan dan keupayaan otak manusia. Harap-harap, banyak yang saya akan perolehi darinya dan mampu untuk saya kongsikan di sini.
.
Makanya, untuk mengatasi masalah Ian, sepertimana yang disarankan oleh therapist dan doktor rehab Ian, kami perlu mendedahkan Ian dengan seberapa banyak tekstur yang mungkin. Ini untuk merangsang deria rasa dan otaknya, agak tidak terlalu sensitif.
.
Kerana itulah saya berfikir beberapa kali untuk mendapatkan jumperoo untuk Ian. Bimbang andai Ian tidak mampu menggunakannya. Pasti membazir. Tetapi saya terperangkap di antara rasa serba salah antara ingin mencuba menggunakan jumperoo selain daripada cara yang diajar oleh MS. Sarjit atau pun hanya fokus kepada cara Ms. Sarjit semata-mata, iaitu rangsangan..
.
Kerana itu saya memohon pendapat teman-teman sekalian. Dan saya sangat terharu dengan maklumbalas yang saya dapat. Terima kasih semua. Sokongan yang anda nyatakan saya terima sebagai satu bentuk 'penerimaan' ke atas diri Ian. Terima kasih. Seharian saya diselubungi rasa terharu.
.
Bukannya hanya komen yang diterima, tetapi juga kiriman emel daripada beberapa teman. Salah satunya dari Mommy Miezrina yang mahu memberikan alat yang lebih kurang sama fungsinya dengan jumperoo, iaitu fisher price hop n pop kepunyaan anaknya Akid yang hanya beberapa hari lebih muda dari Ian.
.
Akid yang comel. Ikut muka daddy dia nih. Abangnya Anid, rambut cantik woo.. Seb baik hubby takde masa the Miezrinas datang umah, kalo tak mesti dok gila2kan rambut Anid. Dia dok bercita-cita kalo ada anak laki nak wat rambut cam Anid. Camne nak buat, rambut Ian kan titim.. :P
.
Cara Na menyusun ayat sama ada saya sudi menerima pemberiannya ataupun tidak, sudah cukup menyentuh hati. Bukan kerana dia mahu memberikan sesuatu, tapi kerana 'kesudian' memberi itulah yang tidak ternilai harganya. Berhamburan tangisan keterharuan saya di hadapan PC di pejabat hingga menyebabkan teman sepejabat saya datang bertanya. Bimbang andai saya mempunyai apa-apa masalah.
.
Mana mungkin saya menerimanya. Belum pasti Ian mampu menggunakannya. Nanti membazir. Lebih elok kalau ianya nanti diturunkan kepada adik2 Akid. Dan saya usulkan agar ianya dipinjamkan sahaja buat sementara waktu. Andai Ian boleh menerimanya, bolehlah kami membelinya untuk Ian. Lebih menimbulkan rasa syahdu apabila Na berkata, "Na x kisah la, terpulang pada Jiey.. Simpan la sthn ke, mn tau 6 bln lg ke br serasi ngan ian..". Air mata saya semakin laju.

Di dalam entri semalam, baru sahaja saya menyatakan kebimbangan saya tentang penerimaan masyarakat tentang keadaan Ian. Alhamdulillah.. Kami tidak keseorangan. Banyak tangan yang dihulurkan untuk memimpin Ian. Terima kasih teman-teman. Sungguh terima kasih. Kerana menerima anak-anak seperti Ian dan turut serta dalam perjuangan kami semua. Terima kasih di atas segalanya! Terutamanya di atas kata-kata dorongan yang tak pernah putus. Mokcik terharu!! Macam terima anugerah plak.. =)

MommyOfTripletsPlusOne juga membuka tawarannya, "nway if u nk try yg lompat2 tu..can try mince first. takyah beli lagi. kang bazir lak if ur son tak suke."

Sangat2 terharu.. =)

Ian dan Akid sewaktu kunjungan mereka sehari selepas sambutan hari jadi Ian. Thanks for the effort to come although it's one day after. Bila dok sebelah Akid, Ian nmpk cam abang kan? Padahal, Akid lebih 'abang' dari Ian dari segenap segi.. :P

Bak kata Elyn mommy Wafiq, "jiey kalo saya ade jumpeero tu bule saya bg Ian pakai tp saya pun x terbeli sbb rega nyer yg mahal....".

And Mama Put, "Kalau Sophia dah besar, sure Mama Put buwi jah ko Ian jumperoo hok ada dirumah ni.. ;)"

Dear, it's ok. It's the thought that counts!

Cutey Idris in his Fisher Price Hop n Pop, actually, Put lah yang bercerita tentang kebaikan jumperoo ini untuk anak-anak seperti Ian. Tapi saya takut untuk mencuba, takut tak menjadik utk Ian.. Kepala otak dok pikir, baik hire personal physiotherapist dtg umah dengan duit tuh.. Kira top up physiotheraphy selain dr yang Ian dok buat ngan Ms. Sarjit.. Tapi sudahnya tak hire jugak. Bibik takut kalo org tu dtg ms kitorang takde.. Aduhai.. :P

Terima kasih yea kawan2 semua.. Hari ini, tuhan tunjukkan saya tentang konsep "Penerimaan", mungkin kerana itu yang bermain di minda saya selama ini. Mungkin ada yang memandang dengan pandangan yang kurang menyenangkan, tapi saya cukup pasti kini, ada juga mereka yang memandang dengan pandangan penuh kasih dan pengharapan!! =) Alhamdulillah..

P/s - Biasanya entry mokcik scheduled post. Buat byk2 masa weekend. Tapi ni special entry buat teman-teman sekalian!! Bersengkang mata mokcik. Esoknya, kembali pada scheduled post yea.. =)

14 comments:

Unknown said...

Personally sy sygkan Ian bukan sbb kasihan tp sy mmg sygkan Ian sbb Ian seorang anak yg sgt istimewa.. the fighter... Hari2 sy baca blog ni.. Byk yg sy blajar bile baca blog ni.. Belajar tentang erti syukur dan tabah..

Love... said...

hye ian...
lamanyer aunty x jengok ian...
baru 2 hari aunty boleh bernafas lega...
last 2 weeks invigilate xm...
sampai keletihan ari2..
how r u now my dear...
aunty harap ian sihat2 jerr...
ian kan strong boy...
keep it up my dear....

Cikpid said...

See? Ian ni budak yg bertuah dan dilimpahi rezeki tau..ramai nk mmbantu kan? Semua org pon sayang kan Ian.. :)

Leen Die said...

betullah jiey.Rayyan pun kena ambo bawak p kenal2 ngan tekstur2 nie..1st tym leh perasan dia geli ngan rumput sebab aritue ado bawak dia g dataran putrajaya kan than letok atas rumput mula2 takseh pijok pong patsu last seklai dia jalan tapi jinjing..apa kata jiey way ko Ian gitu..suh dia pijak rumput..(alasan nak suh jiey bawok Ian p dataran Putrajaya nie..nanti Rayyan pun leh g samo..heheheh..jom jiey??)

Dina said...

Sangat ramai yang sayangkan Ian, ikhlas dari hati mereka ni Jiey.

Termasukla Dina, walaupun kite tak penah jumpe lagi.
:)


Hey Ian cutey,
Always make your mom proud of you okay?

nieza said...

Jiey
since dah ada yang offer, maybe jiey boleh pinjam dulu. tengok ian suka atau tak.. kalau dia suka jiey boleh beli sendiri.. kalau dia tak suka, jiey boleh hire personal physiotherapist.

Jiey^Mien said...

Sutera Batik : Thanks yea coz sudi menumpahkan rasa sayang pada Ian.. =)

Ian pn mengajar kami suami isteri utk lebih bersyukur dan menerima..

love.. life : Ian tak brp nk sihat sket. Br lps diarrhea n skrg ni bdn panas2 sket, ari ni, physio pun separuh jalan je.. =(

cikpid : alhamdulillah, rezeki ian..

leen : tu la.. nk ngamuk nge ayah dio suh bwk gi taman2 nih.. tp taman pun kotor la leen, kot anjing or kucing lalu.. jiey ingt nk beli artificial grass..

Dina : terharu sgt2.. bila leh jumpe nih? :P

nieza: a'ah, dah ckp kat Na, pinjam je dulu.. kalo ian ok, kitorg beli la.. pastu, lg terharu, Na bleh ckp, pinjam la setahun pun takpe.. huhuhu.. smpi la terharu.. sob.. sob.. sob..

suealeen said...

Jiey, tak beli/dapat barang besar dulu pun tak pe.. in this case the jumperoo. I bought 5 types of balls.. ada yang bunyi, ada yang permukaannya tak sekata, ada yang boleh pusing²... selalu stimulate kat bahagian kaki, tangan dan tulang belakang. bola tu menggelikan pun ye jugak... so dia kerap mengeliat dan mengangkat punggungnye. tak dapat angkat kepala dapat angkat punggung dulu pun jadilah. at least ada juga reaction..

this is why up to day I still don't buy the walker even if I said I would buy one too. masih ada rasa berat dalam hati... lepas ni akak nak bawak dia pi pijak embun plak since dia bangun really pagi².. biar dia rasa yang natural pulak... kalau ada batu refleksologi tu lagi bagus gamaknya... wallahualam. sekadar berusaha..

Jiey^Mien said...

Kak Sue : Jiey pun ada gak beli 5 bijik bola playskool.. mmg type dia different.. Ada sebijik, Ian mmg tanak pegang lgsg..

Pasal embun tu, bapak mertua jiey ada gak buat untuk ian.. :P

Lg satu kak, akak bleh guna theraputty.. dia ala2 cam plastisin tp dia non-toxic. wrap dekat tgn or kaki n diorg mmg akan rasa tak selesa.. bila diorg try to take tht thing off, bleh jadik exercise utk diorg gak tau.. therapist ian slalu buat..

AiYa said...

murah rezeki sgguh Ian.

betul kata kwn jiey tu, mgkin Ian akn ambil msa yg lama utk serasi. try la dulu

Pnut said...

Jiey, maybe boleh try macam sue cakap tu try batu refleksiologi, just beli yg sekeping ka nurseri pokok yg ada tu je dulu, try-try letak-letak kaki Ian kat situ,

batu-batu tu boleh berfungsi sebagai ransangan untuk uratan urat saraf kaki juga... murah je rasanya sekeping batu ada batu-batu kecil tu dalam 8-10 rggt satu

Alesya pun dah nak masuk 1 tahun next month, belum gak merangkak, tapi dia sangatlah suka berdiri dan melompat, sampai lenguh org memegang. mgkn betul paed dia kata, dia tak merangkak ni, kang menapak, pastu terus jalan..

Jiey jangan kalut-kalut push Ian ye.. biar dia enjoy buat sesuatu tu, nanti dia lebih rasa dihargai, puji dia banyak-banyak, selain kata-kata pujian biasa, kata-kata ibu itu kan doa...

[I][T][A] said...

Semua orang sayangkan ian termasuklah autie. Ian seorang yang sangat istimewa dan kuat...

jiey...

petua orang tua kalau nak anak cepat bjalan berdirikan anak atas air embun pagi... jiey cubalah berdirikan ian atas rumput yang ada air embum tu.. mana tau baik utk ian..

Mrs. Simplicity said...

besengkang mata gak aku baca ni. hehehe..

miezrina said...

alahaiiiii ada rupanya entry ni....

T__________T

sedey balik doh kawe....

datang ye nnt... amik benda alah ni sekali.... hihi

tq terima juga akhirnya walaupun berkeras 'nak pinjam je' jugak.. x per... hihi

puas ati....