A glimpse of Kerna Kasih Kita
Tuesday, June 30, 2009
Ian can really sit.. =)
Monday, June 29, 2009
24 jam sehari..
Atuk kata, Ian kurang kasih sayang.. :P
Paginya, Ian bangun seawal jam 6.. Pada waktu itu, dapatlah saya meluangkan sedikit waktu dengannya, walaupun dalam kekalutan mahu ke tempat kerja.
Sebetulnya, saya akui, masa saya bersama anak ini terlalu sedikit. Membuatkan dia sering ternanti-nanti kehadiran saya. Matanya bersinar-sinar setiap kali memandang saya. Hari minggu juga merupakan hari yang paling dia nantikan dan pada waktu itulah dia menunjukkan perangai mengada-ngadanya dengan saya.
Saya tahu, dua tahun pertama dalam kehidupan anak-anak kita adalah waktu terpenting kerana sel-sel otak mereka sedang berkembang pesat. Tambahan pula untuk anak-anak seperti Ian. Terasa bersalah kerana memperjudikan masa hadapannya.
Kerana itu, saya sudah mengambil keputusan untuk mengambil cuti tanpa gaji. Surat sokongan dari doktor-doktor Ian juga sudah saya perolehi. Tinggal lagi, mahu menyiapkan memo untuk jabatan sumber manusia sebelum menghantar permohonan. Semoga permohonan dan rayuan saya akan diterima.. Aminnn..
Memang agak susah saya membuat keputusan ini. Saya bukan hanya akan kehilangan pendapatan bulanan, tapi juga terpaksa membiayai kos perubatan Ian sendiri juga dan tidak lagi ditanggung oleh tempat kerja saya. Bermakna, secara totalnya, kami akan kehilangan RM6000 sebulan! Bukan satu jumlah yang kecil bagi kami.
Tapi kali ini, kami nekad. Sesuatu yang perlu harus didahulukan. Saya akan berpuas hati sekiranya saya gagal setelah mencuba. Tapi pastinya saya akan menyesal seumur hidup kiranya saya tidak pernah mencuba. Semoga permohonan saya diluluskan.. Semoga dipermudahkan jalan. Aminnn...
Dengan tempoh waktu yang panjang bersama Ian, semoga banyak manfaat yang akan dia perolehi. Saya juga boleh memulakan segala aktiviti-aktiviti yang saya rancangkan untuknya.. =)
P/s - Hm.. Saya perlu memikirkan sebarang pekerjaan yang boleh saya lakukan di rumah.. Ada idea tak? (Jgn suruh saya menjahit atau membuat kek.. Saya tiada kemahiran itu.. :P). On the other hand, Ian demam lagi.. Agak teruk.. Kasihan.. =(
Friday, June 26, 2009
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Sewaktu sesi fisio mahu dimulakan, Ian sudah menunjukkan tanda-tanda mahu tidur. Manakan tidak, dia bangun dari tidur seawal jam 5 pagi! Dan saya, terpaksalah ikut bangun walaupun malamnya tidur agak lambat kerana pulang lewat dari pejabat.
Sebaik diberikan pacifier sepanjang sesi fisioterapi, Ian tidak menangis.. Malahan tidak kisah apabila dipaksa berdiri dan mengangkat kepalanya tingi-tinggi. Mengikut sahaja arahan dari Ms Sarjeet.
Di awal sesi, masih ceria.. Seterusnya, mula layu.. :P
Kemudiannya, doctor rehab Ian tiba. Dia melakukan assessment ke atas Ian sekali lagi.. Alhamdulillah.. kebolehan yang Ian tunjukkan meletakkan dia di bawah rating “fair to good”.. Syukur tak terhingga di atas rahmatNya.
Head and neck control, semakin baik.. Postur badan sewaktu duduk juga semakin baik. Dia juga mampu duduk tanpa sokongan untuk beberapa ketika. Tetapi kebiasaannya, masih memerlukan sokongan. Very minimal support. Proses pengimbangan badan juga baik. Aktif meniarap. Tangan dan kaki yang kuat walaupun masih sensitive dengan sentuhan. He’s also reaching for things.. Dan lebih alert. Alhamdulillah...
Kali terakhir doctor ini bertemu Ian pada bulan April yang lalu. Katanya, dalam masa yang singkat, Ian menunjukkan banyak perkembangan yang positif.
Seterusnya, appointment dengan Dr. Sofiah. Sekali lagi, hero kami mendapat pujian dari Dr. Sofiah. Dia bukan sahaja lebih alert dengan persekitarannya, tapi cuba untuk socializing. Mula-mula memasuki bilik doctor lagi dia sudah menegur Dr. Sofiah. He’s also vocabulizing a lot, although it’s just babbles. Ba.. Ba.. Ba.. Bu.. Bu.. Bu.. Ma.. Ma.. Wawu.. Wawu.. Dan beberapa lagi "perkataan" pelik.. :P
Sibuk menonton TV sewaktu menantikan giliran berjumpa dengan Dr. Sofiah.. =)
Sewaktu Dr. Sofia memegang tangan Ian, Ian menunjukkan ‘kekuatan’nya dengan menarik tangannya kembali, dengan kuat.
Ian juga menunjukkan rasa ingin tahu yang tinggi. Sewaktu Dr. Sofiah sibuk meneliti laporan-laporan perubatan Ian yang saya bawa dari PMC, Ian juga ‘sibuk’ mencapai kertas-kertas yang berada di atas meja Dr. Sofiah. Dan dia berjaya mengambil beberapa helai kertas yang berada di atas meja itu. Kelakar sekali aksinya waktu itu. Dr. Sofiah sangat berpuas hati dengan perkembangannya.
Sewaktu Dr. Sofiah sedang memeberikan penerangan kepada kami, beberapa kali kami menganggukkan kepala menandakan kami memahami penjelasan yang diberikan. Melihatkan reaksi kami, Ian juga sibuk memandang Dr. Sofiah sambil mengangguk-angguk kepalanya. Comel.. "Ishh.. Dia pun paham jugak rupanya.." Seloroh Dr. Sofiah sambil ketawa..
Dr. Sofiah juga mengatakan Ian lebih fokus dari sebelumnya. Dan saya mengakui kata-kata Dr. Sofiah itu. "Betul doktor, sekarang ni, tengok TV pun dah makin lama.." Saya menjawab sambil tersenyum. "Oh, takmo la tengok kartun, tak elok tu.." Jawab Dr. Sofiah. Hehhe.. Bad mama! InsyaAllah, nanti akan saya carikan DVD brainy baby seperti Auntie Watie.. Actually, Ian paling menyukai iklan di TV. Cuma kebelakangan ini, dia memilih untuk menonton semua rancangan. (Last nite I've stopped him from watching Keliwon.. Alahai anak.. Ni salah ayah la nih!!)
Alhamdulillah, setelah beberapa bulan berat badan Ian stagnant, kali ini, berat badan Ian sudah 8.35kg. Walau naiknya hanya 600gm, itu sudah memadai kerana sudah lama berat Ian tidak naik. Sedari dia berusia 7 bulan.
Cuma satu yang agak menggusarkan hati kami, setelah beberapa ketika matanya semakin baik, kini, squint Ian kembali! Mata kanannya lebih teruk berbanding mata kiri. Tapi secara keseluruhan, kedua-dua matanya menunjukkan crossed eyes yang semakin jelas. Saya bangkitkan hal ini kepada kedua-dua doktor. Memandangkan Ian melihat dengan baik, mereka menyuruh kami memantau sahaja dahulu. Kata mereka, ini mungkin kesan demam panas tempoh hari.. Semoga ianya akan bertambah baik nanti.. InsyaAllah..
Kami juga bakal berjumpa dengan pakar ENT yang akan menilai sama ada Ian perlukan alat bantuan pendengaran pada usia sekarang atau sekadar memantau sahaja dahulu. Ujian pendengaran akan diulang pada hujung tahun ini atau pun awal tahun hadapan. I’ve stopped wondering and started believing. Ian definitely can hear. But of course, it is just with his right ear! :p
Hari ini, setelah 13 bulan usia Ian, baru saya tahu kenapa Ian h************, kerana dia menghidap h***************. Istilah yang semakin panjang dan semakin sukar untuk disebut. Hahahha.. Sewaktu saya mencari maklumat tentang keadaan ini di Internet, tahulah saya ia bukannya sesuatu yang simple. Patutlah majoriti doctor meramalkan Ian tidak akan panjang umur, kerana ianya sesuatu yang serius. Janin yang melalui keadaan ini bukan sahaja brain damaged, tapi mungkin juga mengalami kecacatan pada bahagian mulut, hidung dan mata.
Banyak kes seperti ini yang mencatatkan kecacatan seperti tiada hidung, hanya salurnya sahaja.. Mulut yang tidak terbentuk elok. Mata yang tidak sempurna. Kadar kematian untuk janin-janin ini juga tinggi. Sama ada meninggal setelah dilahirkan atau pun meninggalkan sewaktu dalam kandungan. Cukup menakutkan bukan? Apa lagi yang boleh saya katakan kecuali mengucapkan syukur kepadaNya di atas anugerah yang tak ternilai ini.. =)
P/s – Masih dengan rasa yang sama.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. =)
Mahu pergi ke Gedangsa.. Jom Put.. Jom Kak Reenaz.. Ina, Ita, bleh ke nak ikut?
Wednesday, June 24, 2009
Sambutan hari bapa..
.
Hari Sabtu, kami sekadar ke Tesco Ampang, membeli beberapa keperluan. Yang utamanya, mahu makan pizza di sana.. =)
.
.
.
P/s - Gamba Ian nganga tu, habit terbaru dia.. Ada masa, nanti saya record.. So cute! Oh tak malu puji anak sendiri.. :P
Tuesday, June 23, 2009
Melihat langkahmu di dalam mimpi-mimpiku..
.
Sunday, June 21, 2009
Ahad yang memenatkan..
Kat belakang tu, mesin proses color cat.. Teka, color ape? :P
Jadik kelabu mata bila tengok banyak sangat lampu yang best2.. Tapi tu la.. Ambik yang mana MoF approved je.. =(
Seterusnya, appoinment dengan contractor. Harga yang diusulkan telah membuatkan MoF telan air liur beberapa kali. Hahhaha.. Padan muka! Mokcik tak campur.. Kata kontraktor tu kawan baik abang.. :P
P/s - Seharian berlalu begitu sahaja. Hari ahad yang cukup berharga.. Sedih.. Sedih.. Sedih.. Scheduled post juga tidak sempat dibuat.. Moga tidak bersawang lah blog ini sepanjang minggu ini.
Tuntutan kerja di pejabat semakin bertambah.. Kuranglah masa untuk anakanda tercinta.. Sedih lagi.. Harap2 juga, tidaklah mengganggu perjalanan seorang penulis blog tegar.. =(
Saturday, June 20, 2009
Teman bermain
Ini sedutan perbualan dengan seorang teman semalam. Betul kan? Kasihan Rayyan, tiada teman bermain.. Nampaknya, kena advertise la.. "Playdate wanted!!" Ada yang berminat tak??
.
Friday, June 19, 2009
Sang putera bersiram.. =)
Ada toys yea kawan2..
.
Boleh recline.. Selesa yea kawan2..
.
Toys pun boleh dibuang..
.
Seksi tak saya? :P
Tapi kalau mahu Ian berendam, kami masih menggunakan baby tub biru ini.. =)
Thursday, June 18, 2009
Sedetik waktu yang menginsafkan..
Apa yang dilakukannya cukup menyentuh hati saya. Dia tidak meminta sedekah, malah berusaha mencari rezeki yang halal. Dari pagi membawa ke malam. Gigih, tabah dan kuat..
Di sisi kerusi rodanya, ada beberapa botol air mineral. Apabila masuk sahaja waktu maghrib, dia akan segera menggunakan air dari botol-botol itu untuk berwuduk. Dalam keadaan begitu, dia tidak pernah leka menunaikan perintah Allah SWT. Walau solatnya hanya di tengah alam, namun ia tidak pernah menjadi halangan buat dirinya.
Kebiasaannya, saya hanya meletakkan sekeping not seringgit dua setiap kali saya melihat dia. Begitu juga semalam. Namun bezanya, semalam saya terus berlalu dengan hanya memberi sebuah senyuman. Tiada bicara. Kerana kesibukan yang mengejar. Dan kerana dia juga sedang sibuk berwudhuk.
“Maaf yea kak.. Saya tengah ambil air sembahyang.”
“Takpe dik..” Senyum. Dan terus berlalu.
Saya melangkah dengan rasa bersalah. Selesai urusan, segera saya mempercepatkan langkah untuk kembali ke tempat dia berjualan. Dengan harapan dia masih belum pulang. Alhamdulillah.. dia masih di situ.
“Dik, maaf yea.. Tadi akak main letak jer.. Akak ada hal. Tak sempat nak tegur..”
“Takpe kak, saya pun tengah ambik air sembahyang tadi.”
Saya tidak tahu sama ada dia mengingati saya atau pun tidak, kerana setiap hari, pastinya dia berjumpa dengan ramai orang. Dan juga, dia mempunyai kelebihan menyaksikan seribu satu ragam manusia. =)
“Kakak taknak ambik kerepek ni ke?”
“Takpe la dik.. Kalau akak ambik pun, takde orang nak makan bleh jadi membazir gak. Baik adik jual aje. Sape yang buat kerepek ni dik?”
“Kawan saya. Saya bungkus sendiri kak..”
“Ohh.. Baguslah macam tu..”
“Saya orang susah kak.. Tapi mak saya selalu pesan, kita jangan meminta-minta.. Kena berusaha cari rezeki yang halal.. Tapi orang ni kadang-kadang, kata kat saya macam-macam.. Diorang kata saya kaya sebab ramai orang bagi duit.”
“Mulut manusia dik.. bukan boleh ditutup. Kalau adik kaya, akak tak rasa adik akan duduk di sini dari pagi bawak ke malam..”
“Itu la kak.. Hari ni, ada dua orang budak perempuan. Sombong semacam, mintak nak tengok buku bank saya, katanya dari Jabatan Kebajikan Masyarakat…” Dia meneruskan ceritanya. Dari satu cerita ke cerita yang lain.
Dia menghadapi pelbagai kerenah manusia yang tidak tahu untung nasib diri. Dia pernah dilemparkan wang walau hakikatnya dia bukan meminta sedekah. Dia menjadi salah satu bukti bahawa golongan istimewa ini masih diberi layanan yang berbeza. Tapi dia kuat untuk terus bertahan. Hidup bukan untuk ditangisi. Sudah takdirnya dia yang terpilih. Dan dia juga memberikan keazaman kepada saya untuk lebih berusaha.
Beberapa kali dia menceritakan tentang pesanan arwah ibunya. Begitu terkesan di hatinya. Saya kagum dengan ‘kejayaan’ ibunya kerana membekalkan sesuatu yang menguatkan jati diri anak itu. Mampukah saya meninggalkan kesan yang sama ke dalam diri Rayyan Ariff? Mudah-mudahan..
P/s – Masih terbayang-bayang lambaiannya kepada saya dan hubby. Sopan tingkahnya benar2 meninggalkan kesan. Kawan2, dia menjadi bukti, OKU itu bukan “Orang Kurang Upaya”, tapi “Orang Kuat Upaya” atau pun, “Orang Kuat Usaha”.. =)
Wednesday, June 17, 2009
Hari mendera Rayyan.. :P
Ian actually memang mampu duduk tanpa sokongan untuk beberapa minit. Tapi susahnya anak ini, baru sahaja diletakkan di dalam sitting position, dia sudah menangis. Kalau moodnya ok, dia akan tersenyum sambil menolak badannya ke belakang. Memang disengajakan! Kalau disambut, berderailah tawanya!
Tapi ada juga waktunya, dia memang tidak mampu untuk bertahan lama. Kerana tulang belakangnya belum cukup kuat. Pernah sewaktu bersama therapistnya, Ian menunjukkan kebolehan duduk tanpa sokongan untuk jangka masa yang agak lama. Memang mengkagumkan.
Apabila badannya condong ke kanan, dia akan menolak ke kiri untuk mengimbangi badannya sendiri. Sehinggakan therapistnya berkata, "Hmm.. He's getting better at sitting. I think you can let him sit for a little longer than usual." Tapi itulah, hanya di hadapan Ms. Sarjit. Bukankah bagus kalau dia menunjukkan kerajinan yang sama sewaktu di rumah? Hmmm.. Well, kids will always be kids. Lebih cenderung untuk bermain.. :P
Ada bola berduri, Mr. Bebo, berus basuh kain, berus cat n thera-putty.. Thera-putty ni harga dia RM65 untuk sebesar bekas dadih. Rupa dia cam plastisin tapi lebih licin. And, it's toxic-free.. Safe la kalo baby terjilat ke apa.. :P
P/s - Kata doktor rehab Ian, anak yang mampu duduk tanpa sokongan, punya peluang yang tinggi untuk berjalan kerana mereka tahu untuk mengimbangi diri.. Mudah-mudahan.. =)
Tuesday, June 16, 2009
2nd official haircut
Overall, gaya potongannya berpadananlah dengan harga yang dikenakan. Tapi biasalah, saya memang tak puas hati.. Kurang sket handsome Ian.. Hehehe.. Kata mommy, "Takpelah untuk sementara waktu.. Nanti balik KL, bolehlah pegi Cheeky Monkey"
P/s - Tunggu rambut Ian byk blk, kita gi Cheeky Monkey yea.. :P
Monday, June 15, 2009
Our boring sunday!
Warghhh.. Tak gerak pun!! Kete ni tipu!!
Sunday, June 14, 2009
Treasure from God
Saya : Tidak. Cuma aku tidak mahu dia berfikiran bahawa dia perlu mati di atas alasan kesempurnaan yang manusia ciptakan.
Kau tahu, tuhan tahu aku akan memilih untuk melahirkan dia, kerana itulah dia berikan anak seistimewa itu pada aku. Dan bukan pada kau.
Dia : Kau kuat. Kalau aku, memang tak sanggup.. Nak ada anak lagi pun aku akan pikir dua atau tiga kali..
Saya : Aku pernah diberitahu, bringing home a healthy baby is a treasure from God. But some of us, were given treasures that appear in a different way. And of course, something extra await those who are the chosen one. Kau patut bersyukur kerana ketiga-tiga anakmu sihat-sihat sahaja. Tapi tidak perlulah menolak sesuatu yang kau rasakan tidak sempurna..
Perbualan kami terhenti di situ. Keratan akhbar yang diberikannya saya lipat dan simpan di laci. Sejujurnya, saya sendiri sudah jemu memberitahu alasan yang saya pegang dari dulu hingga kini kepada dirinya.
"...JANIN yang mengalami kecacatan anggota yang membawa akan membawa kematian sejurus selepas dilahirkan. Hukumnya : Terdapat perbezaan pandangan ulama'
a) HARUS sebelum 4 bulan, Haram selepas 4 Bulan.
b) HARUS walaupun selepas 4 bulan, dengan syarat, Keyakinan tinggi hasil analisa Doktor2 pakar. .."
5 daripada 6 doktor pakar yang saya temui, mengatakan bayi saya tidak mungkin akan hidup. 4 daripada mereka, menasihatkan saya untuk menggugurkan kandungan dan 2 daripadanya, meminta saya menyerahkan segalanya pada tuhan.
Saya juga pernah menemui seorang ustazah untuk bertanya lebih lanjut tentang perkara ini sewaktu masih mengandungkan Ian. Dia juga berpendapat ianya harus. Namun begitu, pendapat-pendapat yang dia kemukakan sudah cukup menguatkan keazaman saya untuk melahirkan anak yang saya kandung.
Sebetulnya, rasa takut itu memang tidak pernah hilang. Kerana apa yang berlaku pada Ian, tidak dapat dikenalpasti puncanya. Bukan genetik. Dan bukan juga jangkitan virus. Ia hanya terjadi dengan sendiri. Saya katakan pada doktor, ini sudah rezeki kami..
Untuk kandungan seterusnya, saya dinasihatkan untuk melalui beberapa ujian dahulu sebelum mengandung. Dan semasa mengandung juga, mereka akan melakukan beberapa ujian lagi. Hampir pasti, saya akan kembali menjadi tikus makmal lagi suatu masa nanti. :P
Tapi ia sama sekali tidak melemahkan semangat saya. Anak adalah anugerah Allah walau dalam apa bentuk sekali pun. Dan saya pastinya tidak sabar menantikan detik-detik membawa satu nyawa di dalam rahim saya sekali lagi. Cuma tunggulah sehingga Ian boleh berjalan dahulu.. :P
Bulan lalu, period saya datang agak lewat. Mommy sudah mula risau. "Tak takut ke? Kalau mommy dah nangis2 dah.."
"Kalau ada kan bagus.." Saya hanya menjawab dalam senyuman.
"Kasihan la.. Ian kan kecik lagi. Lagi pun, larat ke nak wat fisio Ian? Nak bwk dia gi check up? Awak tu alahan bukan sikit."
"Teringin.. Teringin nak ada anak macam anak orang lain." Saya membalas sambil ketawa, walaupun sedaya mungkin cuba menahan air mata.
"InsyaAllah, ada la rezeki tu nanti.. Orang lain tak merasa membesarkan anak istimewa. Tengok, betapa bertuahnya awak.." Mommy seakan memahami gelodak di jiwa.
"Relaks la Mi.. Memang dah plan tahun depan pun.. Hahhaha.. Harap2, pasni takde ape2 la kan.." Saya menutup perbualan kami dengan tertawa.
Sebetulnya, hati saya takut juga tika itu. Kerana merasa belum bersedia. Kerana Ian perlukan lebih perhatian. Ayah Ian plak dok excited nak bagi little brother untuk Ian. Banyak la! Iye la.. Yang kena cucuk sana sini nanti bukan dia.
Tapi bila melihat ramai kawan2 yang mula menambah ahli keluarga, rasa excited melanda.. Takpe.. Takpe.. Pelan2 kayuh.. :P (Ian, cepat2 bleh jalan! Mama nak bagi adik nih.. :P)
Pertemuan pertama nenek dan cucu sulungnya.. =)
Untuk yang bertanya mengapa saya mengambil keputusan melahirkan Ian, jawapannya ada pada entry "Hanya seorang ibu".
P/s - Kata ayah, "Ian anak mama. Pasni yang no.2, anak ayah pulak!" Memang Ian manja berlebih-lebih ngan mama.. Mokcik banggo.. :P
Saturday, June 13, 2009
MomBloggersPlanet Cutest Baby in Red Contest
In my case, it's not about winning, but I guess it's all about accepting him just the way he is. Biar pun ramai yang menegur bentuk kepalanya dan memberikan pandangan aneh.. Mind you, he spent most of his time lying on his back which makes the head went flat. Blame the mommy for not putting him on his tummy!! But now, he moves a lot.. =)
Ok, these are the steps that need to be taken :
.
- Include your baby’s photo in the post and mention his/her name and date of birth.
- Explain why your baby should grab the title “Cutest Baby in Red“
Later, he turned again. And this time, into a cute chocolate colored baby. Amazing right? In a year of life, this little miracle had appeared in so many cute ways! :P
That's why he deserves to win!! :P
MomBloggersPlanet: http://www.mombloggersplanet.com/825/cutest-baby-photo-contest-june-09/
- Leave a comment here with link to your blog post. That’s it! Easy peasy.
Friday, June 12, 2009
Demam nak pandai??
Hmmm.. Bleh masuk Cutest Baby Photo Contest tak? Tapi kalo kalah, nnt Mama saya sedih 6 bulan.. Lagi berganda dari Auntie Tiara.. :P
Apa progres terbaru Ian? Sekarang dia mula belajar menampung berat badannya sendiri. Weight bearing. Maksudnya, apabila dia diletakkan di dalam posisi berdiri, dia sudah bisa menegakkan lututnya. Walaupun tapak kakinya masih sensitif.. It's ok, one thing at one time.. =)
Oh no, it's two things at one time.. Ian sudah 'bergerak'! Dia sudah mampu menolak badannya untuk bergerak dalam keadaan meniarap.. He's creeping! Cumanya, Ian menggunakan 'gear reverse'.. Pergerakannya ke belakang dan bukannya ke depan.. :P
But of course, I'm not going to be too excited. Walau sudah dua tiga kali dia mampu melakukannya, itu tidak menjanjikan bahawa Ian akan mengesot dengan jayanya any time soon.. Seperti meniarap, dia mula belajar meniarap sedari usia 7 bulan.. tapi sehingga sekarang, dia masih lagi cuba memahirkan diri untuk meniarap..
Inilah kenyataan untuk brain injured child.. Apa yang perlu dilakukan untuk mereka ialah repeat, repeat dan repeat. Dengan mengulangi, InsyaAllah, mereka akan mampu mengingati dan menjadikan perbuatan itu sebagai rutin. Mungkin pada sesi fisioterapi yang akan datang, saya akan berbincang dengan Ms. Sarjit tentang cara yang betul untuk memastikan Ian terus crawl on his tummy.. =)
P/s - Sabar, sabar dan terus sabar..
Thursday, June 11, 2009
Yang paling menakutkan..
Tuesday, June 9, 2009
The not-so-fun vacation!
Sunday, June 7, 2009
Go-kart anyone?
Inilah bibik saya.. Posing sakan saya sampai terangkat-angkat kaki!