Wednesday, March 3, 2010

Rayyan Ariff Aaaauuuuuu

Rasanya, salah satu perkara biasa yang mungkin menjadi pertanyaan doktor apabila si ibu membawa anaknya ke pemeriksaan bulanan ialah sama ada anak itu mengenal namanya sendiri ataupun tidak.

Alhamdulillah, Rayyan Ariff tahu bahawa nama ini miliknya. Dan dia memberi tindakbalas setiap kali namanya dipanggil. Bezanya, kalau anak lain pastinya menjawab dengan sebutan 'saya' ataupun 'ya', namun tidak untuk Rayyan Ariff. Dia biasanya menjawab dengan sebutan 'Aauuu' seperti di dalam rakaman ini.


Thanks to ayah yang mengajarnya "Rayyan Ariff, Aauuu.." Heh.

Rakaman ini dibuat pada bulan Disember tahun lalu. Dan ia pastinya bukan dengan penggunaan hearing aid. =)

Bunyi yang biasa, tidak kuat sama sekali. Namun dia memberikan tindakbalas. Jadi apa perlunya dia menggunakan hearing aid?

Di sinilah istimewanya Rayyan Ariff. Dengan kebolehan mendengar antara moderate to severe dan severe to profound, Rayyan Ariff masih boleh mendengar bunyi. Sebab itulah dia mampu bertepuk tangan apabila mendengar lagu kegemarannya. Sebab itulah dia mampu mengulangi apa yang kita sebutkan seperti di dalam entri INI. Sebutannya juga jelas.

Dan semalam, lagi best.. Sewaktu sesi fisioterapinya, Sarjit meminta Rayyan Ariff menolak badannya sendiri untuk bangun. "Up, Rayyan up!".. To our surprise, Rayyan repeated the word up.. Not exactly the same, but it sounds very similar to "UP", and with the same intonation. All without the help of the hearing aid!

Sebetulnya, Rayyan Ariff memerlukan hearing aid untuk membantu pertuturannya kelak. Kerana ada waktunya, apabila dia mendengar bunyi, ia tidak dapat diproses menjadi perkataan. Melainkan perkataan itu adalah perkataan yang biasa di dengarnya. This is what I've been told by the audiologist.

Susah juga apabila saya mahu menerangkan perkara ini pada bibik. Kerana katanya, kalau bisa mendengar, tidak perlulah membazir dengan membeli alat itu. Ada juga rasa ragu di hati saya, kerana beberapa hari ini, setelah saya tingkatkan penggunaan alat itu ke atas Rayyan Ariff, bagaikan sama sahaja tindakbalasnya. Tiada beza.

Tapi semalam, he reacted very differently. He rejected the hearing aid as if it was hurting his ears. Memang. Dari jauh sahaja saya sudah dapat mendengar bunyi dan yang terhasil dari alat itu. Cukup memeritkan. Saya jadi takut untuk memakaikannya pada Rayyan Ariff.

Hmm..Tunggu sahajalah 9 Mac untuk melakukan ujian pendengaran sekali lagi. Kali ini, aided pula. Tengoklah bagaimana jawapan audiologist nanti..

Mana-mana la.. Janji ini yang terbaik untuk kamu, Rayyan Ariff Aauuuuu.... :P

17 comments:

Unknown said...

Rayyan Ariff.... Auuuu...

so cute ler....muaahhhh...

kak zue said...

salam jiey..hearing aid ni mmg kdg2 ada bunyi bingit..
hmm..tak lama lg jenuhla nk melayan mulut ian plk.
btw jiey,akak baca satu entry kt blog kwn ttg speech therapy course..teringin nk attend tp jauh & hbby plk takde time tu..jiey bleh baca kt sini..
http://lifebeginsat-40.blogspot.com/2010/02/mediated-learning-experience.html
kalau jiey attend nti bleh citer kt blog.

M@y said...

Ian the coyote..aaauuuuu!! super comel la kamu ini!

yatie chomeyl said...

seksi la bibir rayyan arif auu nih hehe

A.I said...

Aauuuuu Rayyan!

Gud encem boy (^_^)

Rizziela said...

cumelnya Ian jawap..cute sangat

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

wahh... clap..clap ian!!
byk progress ian skang!!

Intan and The Boys said...

auuuu...
comel!
geram ok.

Elyn Sani said...

alahaiiii cute nyer!!

Pnut said...

ayyyyyooo Ian sangat cumillll....
sengih-sengih akak sensorang depan monitor ni..eheheheh sooo cuteee manis senyum dia

Pnut said...

ayyyyyooo Ian sangat cumillll....
sengih-sengih akak sensorang depan monitor ni..eheheheh sooo cuteee manis senyum dia

Sue said...

so cute....!!!! terharuu tgk Ian..

1st n 2nd time ayah dia panggil dgn nada tegas, mcm tak dgr respon dia. tapi bila dipanggil dgn lembut, mmg jelas respon Ian. Manjaaa sungguh!! :)

Eray Majid said...

rayyan ariff, aku sgt kagum dgn semangat yg ada pada ur son...really touched my heart...:)

kiki lala said...

kamu ni memangla teramat chomey...muawhsxx..kiss :-*

maya amir said...

auuuuu..sgt comel:)

BabyIntan said...

Cute sgt lah rayyan :) Aauuuuu!

Npk dia makin bijak ;)

Marsha~ said...

hahahaha...comelnyeeeeee... mcm kucing! qila takdenye nak jawap bila kita panggil nama dia.. sampai nak terkeluar anak tekak! tp ian bijak.. lebih bijak dr Qila... :)