Ok, saya tipu. Belum tiba esok, hari ini sudah kembali bersiaran.. ;P
.
Ada satu rasa yang membuatkan saya kembali mencoret. Satu rasa yang penuh kesyahduan dan penuh pengharapan.
.
Sebelum solat jumaat tadi, berkali-kali Encik Hubby berkata pada saya, "Kalau Ian boleh jalan, abang dah bawak dah pegi semayang jumaat.
.
Ayat itu diulang berkali-kali. Mungkin kerana tiada sahutan dari saya. Sungguh saya tidak tahu apa yang ingin dikatakan kepadanya. Kerana segalanya tetap sama. InsyaAllah, he will walk.. One fine day.. Saya tidak mahu mengulangi ayat yang satu ini kerna semuanya terlalu biasa.. Dia juga tahu tentang itu..
.
Pulang dari solat jumaat dan usai menikmati makan tengahari, dia berkata lagi, "Tadi abang jumpa Abang Ja kat Masjid. Dia pergi dengan anak lelaki dia yang kecik tu.."
.
Ayatnya bersahaja. Saya cuba menangkap irama kata-katanya. Berbaur cemburukah? Menyatakan harapan yang samakah? Atau sekadar bercerita. Sungguh saya tidak tahu. Nada kata-katanya terlalu bersahaja untuk saya tafsirkan.
.
Namun ada getir di hati ini. Hampir sahaja air mata ini menitis kerna sebetulnya, saya tahu bahawa sayalah manusia yang penuh dengan pengharapan itu!
.
Abang Ja adalah sepupu saya dan anak bongsu lelakinya adalah sebaya Rayyan Ariff. Irfan Syukran namanya. Katakan, jika bukan rasa syahdu, bagaimana lagi harus jiwa ini bergelodak?
.
Saya tidak cemburu, kerna saya cukup yakin dengan aturanNya dan saya tahu, Dia akan menolong Rayyan Ariff untuk berjalan sendiri apabila tiba waktu yang bersesuaian dengan kehendakNya nanti. Allah knows best, kan?
.
Cuma rasa ini datang kerna pertemuan dengan Abang Ja dan Irfan berlaku hanya setelah beberapa jam Encik Hubby mengulangi hasratnya untuk membawa anak lelakinya ke masjid. Anak lelaki yang usianya sebaya Irfan Syukran yang tertib bersolat di sisi ayahnya..
.
Irfan Syukran dan Rayyan Ariff, Aidil Fitri 2008 |
It's OK. My heart is really good at healing itself. InsyaAllah, semoga Dia kurniakan banyak lagi waktu untuk Rayyan Ariff bersama kita.. Bukan hanya untuk solat jumaat, malah solat 5 waktu, solat terawikh dan solat sunat hari raya. Aminnnn.. =)
12 comments:
amin...insyaAllah...tabahkn hati...sy ingin miliki hati setabah kakjiey...thnx kak jiey.
insyaAllah kak.. Ian akan berjalan dan berlari.. jgn risau.. sesungguhnya aturan Allah lebih baik dan teratur
inssaallah..~amin~
insyaallah kak jiey...amin
Insyaallah...Amin
Insya Allah Jiey. Hubby Jiey tu pun royak gitu sbb tu hok dio dop harap. mace doa jugok tu.
aminnn..insyallah
Speechless..
Insyaallah jiey...ian pasti akan berjalan malah berlari.
Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang kepada hambanya.
insyaAllah Jiey, Ian akan boleh berjalan suatu hari nnt.. sama2 kita doa k... Amin
insyaallah k.jie..hari yg indah itu akan tiba..
insyaallah kak saat indah tu akn tiba..
aminnnn. semua atas kekuasaan DIA..
Post a Comment