Dengan Rayyan Ariff, tipulah kalau tidak pernah ada kesal di hati ini apabila saya memutuskan untuk melahirkan dia setelah diberi peluang membuat pilihan. Rasa kesal itu paling nyata apabila melihat dia terpaksa mengharungi kesakitan demi kesakitan di dalam hidupnya suatu waktu yang lalu.
.
Rasa bersalah menggunung kerna saya merasakan bahawa saya terlalu mementingkan diri sendiri. Memutuskan untuk tidak melepaskan atas rasa kasih sayang dan peri kemanusiaan, namun tega melihat tubuh sekecil itu dikunjungi kesakitan yang bukan sedikit.
.
Namun iman memujuk hati untuk redha dan belajar menerima tentang hakikat sebuah perjanjian yang tertanam semenjak di Loh Mahfuz lagi. Apabila redha mengikat hati, segalanya berlalu dengan lebih tenang..
.
Untuk kandungan kali ini, saya bakal melakukan ujian imbasan anomali bagi membuat pemeriksaan menyeluruh janin pada minggu ke 12 nanti. Masih ada 4 minggu untuk ke tempoh itu. Gyne saya juga mencadangkan untuk melakukan down syndrome screening pada minggu ke 20 nanti.
.
Sejujurnya, saya menolak untuk melakukan down syndrome screening itu. Apa yang akan berlaku sekiranya kami mendapat sebarang keputusan yang menakutkan? Tiada apa bukan? Jadi mengapa harus mengambil ujian itu dan mendedahkan diri sendiri dengan peperangan emosi yang bukan sedikit.
.
Namun seorang teman yang juga merupakan seorang doktor memberikan satu ayat yang membuatkan saya berfikir kembali tentang beberapa perkara, "You're wrong. You'll be given option. You see, having a special needs child is one thing. But having 2, will really take a big toll on your life.."
.
Saya tahu maksud teman itu. Saya tahu erti "option" yang dinyatakan di dalam ayatnya. Saya faham bahawa dia mahu saya memikirkan kebarangkalian menggugurkan kandungan jika perkara yang sama berulang.
.
Bohonglah kalau saya katakan saya tidak terpengaruh dengan kata-katanya. Perjalanan yang saya lalui bersama Rayyan Ariff sudah menuntut banyak kekuatan dan ketabahan dari jiwa ini. Masih adakah sisa kekuatan dan ketabahan yang sama andai saya perlu mengulanginya kembali?? Sumpah saya penat! Saya letih! Saya tidak mahu!
.
Namun Allah SWT sering memberi nur kepada hambaNya melalui cara yang tidak pernah kita fikirkan. Tiba-tiba sahaja beberapa kisah dibentangkan di hadapan mata saya..
.
Ada seorang kakak yang saya kenali cukup tabah menjaga anaknya yang istimewa.. Anak itu dilahirkan normal namun disebabkan demam panas, segalanya berubah. Ada seorang anak istimewa di sekolah Rayyan Ariff yang dilahirkan normal, namun segalanya berubah setelah anak itu terkena demam panas di usia 2 tahun.
.
Anak saudara seorang teman di pejabat saya dilahirkan sebagai anak yang normal. Terjatuh pada usianya setahun lebih dan mengalami kecederaan di bahagian otak, lantas segalanya juga berubah. Di dalam rancangan Bersamamu semalam, anak yang sihat walafiat, terlantar sakit dan meninggal di usia belasan tahun setelah terkena kanser.
.
Di dalam contoh-contoh di atas, tiada pilihan untuk kita. Walaupun anak yang dilahirkan normal itu sudah jauh menyimpang daripada takrif normal, tiada pilihan untuk mereka 'membunuh' anak-anak itu.
.
Bila-bila masa sahaja, anak yang sihat dan normal boleh jatuh sakit dan segalanya berubah. Tiada jaminan untuk kita. Tiada jaminan di dalam hidup sesiapa sekalipun tentang apa yang akan berlaku di masa hadapan. Yang kita ada hanyalah doa agar segalanya dipelihara di dalam lingkungan rahmatNya dan kesejahteraan senantiasa milik kita. Hanya itu.
.
Terima kasih di atas peringatanMu ya Allah.. Syukur Alhamdulillah..
.
Ungkapan cinta terhebat.. Terima kasih tuhan.. =) |
13 comments:
Allah itu Maha Penyayang..suka la mama pic rayyanni..
salam kak Jie..
tersentuh hati Suya malam ni Kak jie baca entry ni.. Tambah pula dengan kepiluan ini tersendiri.. Kak jie, Dulu kan suya ada adik istimewa ni kak jie. yang mana lahirnya normal.. tapi selepas tersalah suntikan die kena sawan dan jadi terlalu istimewa kak jie.. tak boleh berjalan, xleh gerak dan tak mampu walau nak pegang botol susu kak jie..Sumua kena kita lakukan.. dari mandikan, suapkan nasi yang diblender bersama sedikit gula dan diberi susu mengikut tafsir kita sendiri.. Sebab arwah memang tak boleh berbuat apa-apa.. Tanpa suara, cuma air mata.. tak tahu sama ada die mendengar mahu pun tidak. Faham atau tidak kak jie..Setiap adik beradik Suya sempat jaga arwah walau hayat arwah hanya 11 tahun di dunia ni Kak jIe. tahun 2003, arwah adik pergi. Tapi sungguh.. Pengorbanan mama menjaga dan mengasihi arwah lebih dari kami adik beradik yg sempurna membuatkan kami sendiri celik dan berbakti semasa hayat arwah.. Semoga dijanjikan syafaat untuk ayahanda dan bonda Suya.. Tapi, Ian just a big miracle kak Jie.. Adik Suya dulu, smua kita kena lakukan.Terslaah suap makanan dengan lauk, kembung.. Terlebih bagi susu sakit perut.. Semua kite kena pandai aturkan untuk dia kak jie.. Lagi satu, kami adik beradik semua bersekolah asrama dan ada masa akan ke universiti..Sebab itu, setiap dari kami 7 orang..sempat jaga arwah dan Suya yang terakhir jaga dia bersama mama dikala semua kakak dan abang masuk U dan bekerja.. Di saat tu, umur arwah 13 tahun dan tumbesaran arwah pun ibarat gadis 13 tahun.. Kulit sesuci bayi kerana tak pernah berpijak ke tanah.. Senantiasa di dukung dikala nak mandi, didudukkan dan dipegangkan botolnya kak Jie.. banyak perihal arwah bermain di mata suya ni kak Jie.. Tapi, sungguh.. Mama Suya selalu kata.. "Arwah adik adalah nikmat keluarga kita sebenarnya.. mengajar erti susah senang dan kekeluargaan."
Suya harap kak jie terus tabah dengan ian dan takdir yang mendatang.Maaf komen yang terlampau panjang. Be hold Kak Jie
terima kasih jiey sbb berkongsi cerito ni. buat peringatan yg baik jugop utk parents2 lain
ian sgt comel...rindu dia sgt2...
doa terbaik utk jiey..
semoga Allah permudah urusan jiey..
jiey... setiap kali aku down... bila fikiran waras aku mcm nak tutup rapat... aku jenguk blog ko mengharapkan sesuatu...and u never failed to provide me with 'something'
thank u.
kita insan terpilih oleh Allah kerana mengurniakan anak2 istimewa begini..
berdoa banyak2 semoga kelahiran yg seterusnya sihat walafiat!
jiey
this entry make the tear drop one by one..
lyn x tahu apa yg jiey rasa tp lyn dpt rasa kalo lyn di tpt jiey,lyn mungkin akan buat perkara yg sama..biarlah apapun ketentuan ALLAH..dia ttp anak kita...
apapun smg ada 1001 rahmat disebalik dugaan ini..amin
AS SALAM....AKAK PEMINAT SETIA BLOG ni..everyday baca apa yang jiey luahkan tapi 1st time nak comment...semua yang berlaku adalah kehendak Allah dia tahu siapa yang layak untuk diuji..semoga jiey tabah dan menerima ketentuan dariNya...akak faham apa yang jiey rasa coz akak pun ada anak istimewa (cerebral palsy) dah lima tahun umur dia.tapi sekarang dah dapar baby baru 3 bulan...normal..akak doakan kandungan jiey tak ade masalah
semoga k.jie tabah menjalani hidup ini..
siapalah kita nak lari dr ketentuan-NYA. Doa banyok2 Jiey. Insyaalllah , "Allah tak akan menguji seorang hamba lebih dari kemampuan hamba tu sendiri".
perjalanan kehidupan....biar pun ada ketikanya dari 'kejauhan' yang hanya nampak....jalanan yang 'tertutup'.....ada jua ketikanya....simpulan yang asalnya 'kemas' menjadi begitu 'kusut'...hingga mengamit hanya rasa 'lemas'....'gusar'......
dan segala macam rasa yang me'rimaskan'....namun segala nya kan kembali tenang.....pabila tetap percaya dan yakin.....pada tiap ketentuan-Nya...kan terselit jua rahmat-Nya di sana sini...
kerana Dia Penentu...Pemilik...Pemutus...yang Maha Mengetahui...Maha Mengasihani...
dan Dia sama sekali tidak akan memungkiri janji....dan sama sekali tidak akan menzalimi...
semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat...buat tiap hati yang teruji dan diuji....dalam menuju redha Ilahi.....
ketentuan Allah adalah rahsia Allah...
wallahu'alam...
Setuju sgt dgn entry kali ni...wpun akak da anak normal setiap kali dia demam pun risau..tp dek kenakalan dia kdg2 kita terlupa syukur dgn kenaklan dia...hehe....akak doakn ian dan bakal baby yang lahir akan membesar sihat dan bijksana
Post a Comment