Saya masih belum berkesempatan bercerita tentang temujanji Rayyan Ariff dengan pakar neurologi beberapa minggu yang lalu. Sebenarnya, bukan tiada kesempatan.. Tetapi kerana tiada apa yang menarik untuk dikongsi..
.
Rayyan Ariff masih tetap Rayyan Ariff. Segalanya tentang dia adalah berkisar kepada keajaiban dan kekuasaan Allah SWT. Setiap satu daripadanya.
.
Apabila dia melangkaui setiap ramalan yang diletakkan ke atasnya, maka apa lagi yang tinggal untuk kami pertikaikan selain daripada bersyukur..
.
"Good, his brain background activities is good for his actual age. Considering what he'd went through, it's great actually.." Sambil melihat kepada graf daripada ujian EEG.
.
"Seizures pun OK ni.. Under control. Takde pun ni.. So OK la.. Kalau nampak dia buat pelik-pelik sket tu, habit dia tu.. Bukan seizures."
.
"Seizures pun OK ni.. Under control. Takde pun ni.. So OK la.. Kalau nampak dia buat pelik-pelik sket tu, habit dia tu.. Bukan seizures."
.
"Ni kenapa tak jalan lagi ni? Dah boleh ni.. Kena rajin sket.. Doktor lepas ni, takmau pegang.. Usaha sendiri.. Haaa.. Boleh pun.." Kata Dr. Sofiah lagi tatkala Rayyan Ariff mengatur dua langkah menuju ke arahnya apabila Dr. Sofiah melepaskan pegangan tangan..
.
"Dah boleh dah ni.. Tadi pun saya tengok awak pimpin dia sebelah tangan jer.. Kena banyak usaha ni. Bercampur malas ni.. Cuba hantar gi WQ Park. Buat intensive therapies kat sana.. Saya kalau boleh nak dia jalan sendiri by year end"
.
*Sekolah aka EIP kat WQ Park adalah RM2000 sebulan, apakahhh?? Mak tak mampu nakkkk*
Anak comel.. |
Wajah penuh kenakalan |
Penuh kemanjaan.. =) |
.
"This is Rayyan that we're talking about. Everything about him is a miracle that you need to celebrate because you know and understand the fact that his condition could have been worse.." Ujar Dr. Sumi apabila saya bercerita tentang Rayyan Ariff tanpa dibayangi keterujaan.
.Bukan tidak teruja, namun sebagai ibu, apabila kami berjaya mencapai sesuatu perkara baru, minda saya akan menerawang memikirkan "What are we going to do next?".. Sementelah, dengan Rayyan Ariff, dia agak cepat menunjukkan pencapaian di dalam kebanyakan cabang.. Tetapi, dia akan berada lama di dalam bidang itu sebelum bergerak ke peringkat seterusnya. Statik.
.
Sebagai contoh, Rayyan Ariff mula belajar melangkah sedari penghujung tahun 2009. Dan kami semua teruja dengan membayangkan dia akan berjalan sendiri tidak lama kemudiannya. Namun tempoh statik Rayyan Ariff adalah melangkaui jangkauan matlamat yang ditetapkan doktor dan ahli terapinya. Maka dengan sendirinya, keterujaan itu beransur hilang.
.
Lagi pula, dia senang dengan caranya sendiri. Dia bergerak ke serata tempat dengan caranya sendiri. Makanya, dia tidak melihat berjalan itu suatu keperluan untuknya.
.
Itulah anak manja kami.. =P
15 comments:
Assalamualaikum..
setiap kali membaca blog ni, air mata pasti bergenang..betapa tabahnya akak menghadapi setiap ujian & betapa besarnya kuasa Allah s.w.t melangkaui apa yg dijangkakan oleh manusia..rayyan arif is a gift for u..insya'allah pasti ada sinar & ganjaran buat akak sekeluarga..
cumei cumei...tergelak sorang2 bila doc kata Ian malas..Ian Ian...by end of this year not only you can walk...but jumping and runnning...Amin
banyakkan berdoa & jgn pts asa ye jiey!!
Alhamdullilah..sekurang-kurangnya...Rayyan dah boleh buat yg terbaik..insyallah..Anti doakan Rayyan boleh berjalan before end of this year...yakin boleh
takper Ian.. practise make perfect.. =) pelan2 asal sampai ..=)
MMuahh!!! sayangggg Ian..
lama tak tengok rayyan...
"rayyan.. ni aunty datang tengok rayyan.. rindu.. :)
Ian,
Kenola rajin2 sikit jale. Sie ko Mummy Ian ni.
Sori Jiey tanya, ayat last jiey tu.. Ian bergerak cemana? mengesot? merangkak?? sori kalau keterlaluan, sebab saya wonder juga cemana Ian bergerak dalam rumah tu, kemain lasak dia ye..
Izan.
alhamdulillah.
miracle Ians. :)
jiey
WQ ? kat mana tuh jiey..2k yurannya sebulan ke?aduii mahalnya kan..
apapun mungkin lagi banyak keajaiban IAN akan dtg..sapa tau doa ibu & ayah .akan termakbul jua..i?allah..
Hahahahaha..ayat yang sama jugak kena kat aisya.'Aisya malas, manja..sebab tu lambat jalan'
xper jiey, pelan-pelan..insyaallah xlama lagi jalanlah abg ian nih.
insyaallah tiba satu saat nanti keajaiban itu akan datang...kita hanya perlu bersabar dalam menunggunya...
insyaallah tiba satu saat nanti keajaiban itu akan datang...kita hanya perlu bersabar dalam menunggunya...
ian comey...comey sgt....:)
insyaAllah satu ari nnti abg ian pasti bole jalan.....
jiey.
akak sekadar nak bg pandangan, tak bermaksud apa2, akak yau jiey lg pakar.
apa kata jiey beli basikal roda 3,beli yg biasa je..beli yg takde pedal, guna kaki je utk gerakkan..
ian kan dah tegap duduk, msti takde masalah dia duduk atas basikal cuma akan meransang kaki dia bgerak utk mgerakkan basikal tu.
klau jiey dah try takpela..cuma masukkan video ian tu ye :)
Post a Comment