Sewaktu Rayyan Ariff masih di dalam kandungan dahulu, saya menyediakan dua nama untuknya, Rayyan Ariff dan Rania Adriana.
.
Rayyan yang bermaksud pintu syurga sememangnya menjadi nama kesukaan saya setelah kali pertama mendengarnya pada usia 11 tahun. Nama ini dahulunya milik anak kawan sekolah ayah saya. Setelah mengetahui maksudnya, memang saya jatuh cinta.. Sudah lama saya tidak bertemu dengan Muhammad Rayyan, anak teman persekolahan abah.. Mungkin sudah besar atau mungkin sahaja sudah berkahwin.. Wallahualam.. Lupa pula mahu bertanya kepada abah.. :-)
.
Saya memang mempunyai soft spot untuk nama Ariff. Sesiapa yang mempunya nama Ariff akan membuat saya berpaling dua kali.. Dan sehingga sekarang, apabila menjejak belog ibu yang punya anak bernama Ariff, saya akan tersenyum sendiri dan ada waktunya, akan meninggalkan jejak untuk menyatakan betapa saya menyukai nama anaknya.. Kerna itulah saya letakkan Ariff untuk nama anak lelaki saya.. Tambahan pula, maksudnya yang baik; Yang Bijaksana, Yang berpengetahuan.. Mungkin kerna itulah Rayyan Ariff saya bijak orangnya walaupun lahir dalam serba kekurangan, nama memberi refleksi diri bukan? :-)
.
Nama Rania Adriana juga ada ceritanya tersendiri.. Rania adalah nama yang indah daripada seorang permaisuri yang kecantikannya cukup mempesona.. Saya sukakan Puteri Rania sedari kecil lagi.. Cantik dan sofistikated. Manakala Adriana pula satu nama yang moden dan menarik di mata saya.
.
Kali ini, saya juga sudah punya nama untuk baby RA, bagi kedua-dua jantina.. Nama untuk bayi lelaki sudah saya kunci rapat-rapat. Begitu juga nama untuk bayi perempuan.. Namun kerana ada beberapa percanggahan maksud bagi nama yang bermula dengan huruf 'A', saya kini kembali mencari.. Saya tidak mahu memberikan nama yang maksudnya kurang jelas..
.
Mommy pula dengan penuh semngat menyatakan nama Alisya untuk 'A' yang saya cari.. Katanya, nama itu cantik.. Maksud dan juga sebutannya.. Alisya bermaksud yang dilindungi Allah.. Memang nama yang indah namun saya masih meluaskan pencarian kerana untuk Baby RA, saya mahukan nama yang membawa pengertian seiring dengan maksud penyayang, bekerjasama, melindungi, boleh diharapkan dan sewaktu dengannya..
.
11 comments:
InsyaAllah,RA juga mampu jaga adiknya seperti orang lain. nama anak sedara wan pon ada rayyan.huhu
sebagai ibubapa tanggungjawab pertama ialah mencari nama yg baik utk anak2 mereka...
Semoga adik RA dapat nama yg terbaik dari ibunya dan membesar seindah nama yg diberikan
tahniah!
"nama ank2 girl akk mula ngan nur dan nama ank2 boy mula ngan muhammad.sedap nama rayyan,org nya pun kiut sgt...~nama memberi refleksi diri..betul3.."
Saya pun pernah simpan nama arif sejak kali pertama mengandung tp rezki sy semua perempuan...
Saya pun minat sangat ngan nama rayyan sejak zaman belajar dulu.hihihi.saya sokong 'nama memberi refleksi diri' tuh.
waahhh best nye name....
saya pun suka nama rayyan...selepas melihat cerita ustazah fatimah azzahra....ar-rayyan...yang bermaksud pintu syurga...
eheheh akak pilih Nur Alesya Qhaisara maksudnya
permaisuri yang dilindungi Allah.
Rasa kena sangat nama tu, sebab masa lahir kan dia kritikal, dan apa lagi kita harapkan selain dilindungi Allah,
salam untuk ibu dan rayyan yg comel....hanya cadangan nama baby rayyan... AUNI...maksudnya yang menyayangi...wallahualam.
Rina
salam kenal bt mama Rayyan Ariff...Baby saya pun Ariff jugak; Ariff Nawfal...agreed, nama tu mmg refleksi diri
Post a Comment