Thursday, November 24, 2011

Pada saat kita diberikan kesakitan..

Barulah terasa betapa berharganya nikmat sihat!
.
Berpantang kali ini benar-benar menduga saya dari segenap segi..Pengalaman yang sangat berbeza sewaktu berpantang setelah melahirkan Rayyan Ariff suatu waktu dahulu.. Bersama Rayyan Ariff, lebih kepada cabaran mental dan pengurusan emosi. Seorang ibu muda yang sering dikejutkan dengan pelbagai berita yang menakutkan yakni, anak yang dilahirkan tidak dapat melihat, anak yang dilahirkan tidak dapat mendengar, anak yang dilahirkan kaku tubuh badannya.. Dan pelbagai perkhabaran yang menekan benteng kesabaran..
.
Pada saat ini, bersama Rifa Aleesya, sang puteri yang dinanti-nanti membawa bersama cabaran fizikal untuk si ibu. Karenah si puteri yang hampir setiap malamnya berjaga dan mahu mengempeng hingga ke pagi adalah sangat memenatkan. Ditambah pula dengan si abang yang cuba mencuri perhatian dengan cara yang mencabar kesabaran, menjadikan bukan sahaja fizikal yang keletihan.. Malahan emosi juga!
.
Kesudahannya, saya hanya terbaring tanpa bisa bangun untuk beberapa hari lamanya.. Migrain dan tension headache menurut doktor.. Maklumlah, berjaga dari jam 1.00am sehingga ke jam 8.00am bukanlah satu perkara yang enteng..
.
Lebih memeritkan, apabila urat leher terkehel mungkin kerana posisi tidur-tidur ayam yang tidak kena. Ialah, apabila si puteri mengempeng sahaja, hampir keseluruhan malam saya tertidur di dalam posisi duduk sebelum tersedar dikejutkan dengan tangisan si kecil itu..
.
Subhanallah.. Sakit yang memeritkan sehingga hampir menitiskan air mata.. Syukurlah, saya semakin pulih kini..
.
Rayyan Ariff, usah ditanya.. Pantang ditinggalkan bersama adiknya, ada sahaja karenahnya.. Rambut adik ditarik, telinga adik cuba dikoreknya, dan pelbagai lagi kerenah yang mencuit rasa sabar yang menipis.. Kalau dilarang, rajuknya bukan sedikit.. Habis rambut bibik ditarik-tariknya sehingga ada yang gugur bertaburan! Bibiklah yang menjadi mangsa tempat dia melepaskan amarah!
.
Cabaran. Namun saya percaya ini hanyalah satu fasa dan pasti segalanya akan pulih di kemudiannya.. InsyaAllah.. 
.

Abang kena sayang adik, sebab adik pun sayang abang!

Sampai di sini dahulu.. :-)
*Rindu mahu berblogwalking!!

19 comments:

me suya said...

sabar banyak2 yer kak jiey.insyaALLAh, Ian akan faham smua ni suatu hari nanti :)

Aisy Nasiha said...

tanhiah dah menjadi ibu kali kedua.. jangan susah hati ye..ramai kawan2 blogger yg sentiasa menyokong dan mendoakan Jiey. Kuatkan semangat demi dua anak yg comel tu....

Puteri Satu said...

akak pun menghadapi perkara yag sama masa berpantangkan naufal tempohari... stress dengan peel aqilah yang sangat2 mencabar kesabaran... sampai sekarang jugak..huhuh..walupun umur naufal nak mencecah 1 tahun bulan depan... aqilah stil jeles... tapi tak leh adik hilang dari pandangan mata dia... sebok mencari..adik pun cam tu.. tak leh kakak hilang.. meragamla dia... begitulah dalm membesarkan anak2 jie... lebih2 plak ian anak istimewa.. so ragamnya lagi lebih kan... :)

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Wah sekejapnya baby dah nampak semangat.Tahnia jiey.Take care

Kuazue Mohamad said...

wah rayyan dah ada adik... sayang adik selalu ya rayyan..

taqwa said...

BE STRONG K.JIEY..:)

Unknown said...

sabar je ye.ada hikmah disebalik smeua ini

mirah said...

Jiey, sekejap je nampak besar doh Rifa Aleesya..
Adat berpantang mmg mcm tu. Bertabahlah ya.. :) things will get better soon.

Eliss said...

comelnya heroin mu ni jie. bila dpt jumpa mau geget2 pipi. sedih pulak bila teringat bulan 4 ni, konon nak bagi adik kat nuha.hubby pun dah terindu2 bau baby.

mrs.krie :O) said...

yup...bila ada dua anak dalam jarak yang rapat memang mencabar fizikal dan mental...macam saya masa dalam pantang, uzma merebut nenen dari muhammad..bayangkan dengan badan yang sakit2nya lagi..aduhhh but i'm preety sure jiey mesti leh lalui cabaran ni coz u're super strong kan..... insyallah abes 44 hari ni dah kurang la ngempengnya tu..coz muhammad saya pon ngempeng secara duduk setiap malam sepanjang 44 hari tu...but on the 45 day...dia dah dapat corak tido yang baik.......(aritu saya pon tersalah bantal..sampai ke pinggang sakit dari lehernya...saya letak ice pack..alhamdulillah cepat kebahnya)

Mrs. Simplicity said...

rifa mcm nia la. masa pantang kan dia almost every night tido duduk. tido2 ayam. nak bf baring mmg tak reti dan tak berani. so duduk je lah. kena bukak tv takut telelap. ish tak leh lupa wei. malam mmg aku la mak guard kat umah mak aku tuh. hope lepas pantang rifa tune to normal routine. bagi mama rest sikit. :D

Eray Majid said...

Jiey, cuba posisi mengiring atau letakkan bb di atas dada. Insyaallah kurang sakitnya.

ibu nabil syahmi said...

klu nk diikutkan, pantang anak yg normal dgn anak istimewa mmg berbaza.. saya pn mengalami pengalaman yg sama.. cume terbalik sbb anak pertama saya normal anak ke dua yg istimewa.. sewaktu berpantangkn si abang, mmg memenatka fizikal dan mental, anak saya menangis bkn sahaja mlm, malahan sepanjang hari.. selalu menangis smpi umur die hampir2 setahun.. bkn dlm pantang sje die menangis tp bile saya berpantangkan anak istimewa ni, amat mudah sekali.. die hanya tdo dan menyusu,, xsusah langsung.. die seolah2 memahami perasaan ibunyee.. bersabar yee, bile anak dh besar nnt insyaallah senang, mcm anak saye sgt syg pd adik die walau adiknye xsesempurna kanak2 lain...

transformed housewife said...

Ian jeles tuh. Meme biasaolah sbb barru dpt adik. Knur pehe sbb dulu maso baru beranok Hafizah, Fathini pun tengoh tantrum dasyat2. meme keno sabar jelah. Find some time to get ample rest dear.

Mamapinkie said...

Assalamualaikum Jiey, dah lama tak tanya khabar yea..oh yes Jiey, memang beza pantang anak normal dengan anak istimewa kan, memang lain with Ridhwan and adik ashraf...dah lah for akak, ridhwan normal delivery, ashraf caesar lak, memang mencabar minda, emosi dan fizikal sungguh lah! Hehhee...satu advice akak buat Jiey, Jiey kena sabar banyak2 dengan kerenah Rayyan with adik dia yea cause akak sekarang nie pun sedang melalui saat yang sungguh2 memeningkan kepala, kerana ridhwan tak dapat nak accept adik dia dengan baik, mula2 ok dah, dia dah mula main and kalau suruh sayang, dia akan sayang tapi ntah kenapa baru2 ni ridhwan a bit aggressive bukan saja dengan adik dia but with us, so akak memang tgh tension n risau nie, so Rayyan yang masih kecik ni Jiey selalu lah beritahu Rayyan untuk kiss adik dia, sayang adik dia and hopefully Rayyan akan slowly terima dengan lebih baik...and for now akak selalu kiss and hug ridhwan sebanyak mungkin supaya dia tahu walaupun ada adik ashraf dia amat disayangi...one thing about anak istimewa ni akak notice dia orang memang akan terasa lebih sikit and kena banyak kasi reassurance and encouragement bahawa kita sayang and appreciate them a lot, so Jiey sabar banyak2 dengan Rayyan yea, akak pun nie tengah banyak sabar dengan Ridhwan but i know Ridhwan doea love his baby brother cuma cara dia tunjuk tu berbeza sikit kot....and for us as their mother kita kena banyak sabar and love them both to bits no matter what kan, insya-Allah... Take care ya Jiey!

Yu'xan Lee said...

tahniah jiey, tahniah abg rayyan dah jadi ABANG...Lama auntie tak jengok blog nie sbb bizi sgt....Rayyan behave k, kiss baby skt untk auntie..:)

Ahliacikgukhairul said...

Salam. Anak pompuan mmg kuat ngempeng dan susah nak terima susu dr botol. Apapun, semua itu adalah nikmat Allah kalau kita hayati. InsyaAllah. Cuba jiey bf sambil mengiring, kepala baby atas bantal dan tangan jiey letak sblh kepala. InsyaAllah kurang sakit bdn sbb duduk lama. He. Ubat jgn lupa mkn.

tee said...

as salam... terjumpa blog jiey dengan tak sengaja... alhamdulillah dan tahniah utk kelahiran kedua ni...comei2 anak2 jiey nih.. semoga Allah terus memberi kekuatan utk jiey sekeluarga...

mohon utk link ke blog saya...

tee .

Auni said...

akak, tentang rayyan arif yang suka tarik perhatian tu, boleh google sibling rivalry. memang normal mcm tu. anak sulung sy pun sama perangainya waktu awal tempoh berpantang. memang mencabar kesabaran kak... sampai sy dan suami jadi risau kenapa lain macam sngat perangai anak sulung selepas dpt adik. tp after a month, alhamdulillah everything back to normal. dia dpt terima dan layan adik dia dgn baik. but it may take longer than that for rayyan ariff since akak ckp dia mmg sgt manja dgn akak dan dia dh jd tumpuan kasih sayang agak lama. anak sulung sy umur 2 tahun masa dpt adik tempoh hari. apapun, banyakkan bersabar ye kak..