Sunday, May 20, 2012

Puteri hati kami..

Jarang-jarang Adik jadi main topic kat blog mama ni eh.. Kenapa? Bukan sebab tak sayang. Sayang sangat-sangat. Sayang melimpah ruah. Anak perempuan mama. Puteri hati mama..

Adik comel macam anak burung.. :-)

Terima kasih tuhan, dalam kelalaian aku sebagai hambaMu, Kau masih mengurniakan aku nikmat kehidupan berkasih sayang yang bukan sedikit. 

Ada anak lelaki. Ada anak perempuan.
Ada anak istimewa. Dan ada pula anak tipikal. 
Kasih sayang yang sama. Namun rasa dan pengalaman yang berbeza..
Syukur Ya Allah..
:-)

Puteri Rifa Aleesya.. Membesar seadanya anak-anak tipikal yang lain. Dengan keletah dan ragamnya yang tersendiri.. Umur-umur sebegini, sedang enak dipeluk cium.. Comel tatkala melihat tubuh kecil dengan bontot bulatnya bergoyang-goyang merangkak. Super comel!  Suka tengok gerakan adik yang lemah lembut.. Anak perempuanlah katakan. Super duper comel!

Umur 5 bulan 26 hari - kali pertama kena conjunctivitis

Kecik-kecik dah kena sakit mata, berjangkit dengan ayahnya.. Mujur tak lama.. :-)
Puteri Rifa Aleesya ini rasi benar dengan Bibik Titin. Panjang leher setiap kali memandang Kakak Titinnya dari kejauhan.. Kalau tak diambil, melompat-lompat teruja.. Bila diagah, mengekek-ngekek ketawa..

Adik juga anak manja mama berbanding ayah. Bonding yang lebih. Masih punya rezeki untuk menikmati air susu ibu. Sewaktu kesibukan mama bergelumang dengan kesakitan Abang Rayyan Ariff, stok susu Adik berkurang, malahan hampir tiada apabila mama tidak punya ruang untuk mengepam. Apabila ditambah dengan susu formula, Adik menolak. Malahan tidak sesuai dengan perut Adik..

Untuk Adik, mama giatkan usaha. Alhamdulillah.. Rezeki Adik masih ada.. Semoga akan berterusan, InsyaAllah..

Puteri kesayangan Mama, semoga menjadi hambaNya yang taat, anak yang solehah dan berbudi.. Aminnnn.. 

6 comments:

amalza abdullah said...

geramnya, comelll..

adianiez AIDA said...

da nama nye anak kita. 9 bulan di kandung, pasti tiada beza kasih sayang kita :)
adik yg comel!!!

Unknown said...

comel nya rifa

Anonymous said...

aduhh...comelnya..
rasa nk gigit..

Anonymous said...

Salam Kak,

Just nak bagi petua, akak titiskan susu ibu dlm mata untuk hilangkan sakit mata...petua nie dari mak saya. Dulu masa anak saya sakit mata, saya buat macam tue, alhamdullilah cepat baik.

ch@ said...

elelele comelnyaaa. dah merangkak? adli juga yg blm merangkak dah 8 bulan. adoyaiii. tak kacak sungguh. syabas aleesya.