Kekangan waktu menghalang diri mencoret di sini. Banyak yang ingin
dikongsi namun semuanya tersimpan kemas dek kekangan waktu yang bukan sedikit. Benar
bagaikan rasa berhutang pada rakan-rakan pembaca apabila tidak dapat berkongsi
tentang banyak perkara yang melibatkan Rayyan Ariff. Kerna saya tahu, di sini
masih ramai yang sudi mendoakan anak kecil itu..
Sudah lebih 4 bulan tahun 2012
menjengah, dan lebih kurang selama tempoh itu jugalah Rayyan Ariff teruji
dengan kesakitan. Bermula January, dia didatangi demam, selsema dan batuk.
Bunyinya seperti ringan. Namun secara realiti, episode kesakitan ini adalah
begitu menghimpit jiwa..
Sehingga Mei muncul, selsema dan batuk masih setia menemani. Terkadang
di sulam demam yang tinggi. Redanya hanya seketika. Sesuatu yang enteng apabila
berlarutan lamanya, mulalah bertukar menjadi sesuatu yang besar.
Makanan tambahan? Supplement? Sudah pelbagai yang kami cuba. Sudah
banyak wang yang dihabiskan. Namun hasilnya belum kelihatan.
Kata pasukan audiologist, ada cecair mula berkumpul di bahagian tengah
telinga Rayyan Ariff, kesan daripada selsema yang lama. Lalu kami diminta
bertemu dengan ENT. Dalam waktu yang sama, beberapa siri temujanji dengan
ophthalmologist dan opthortic juga perlu dipenuhi bagi mengetahui keadaan mata
Rayyan Ariff. Dan hasilnya, confirmed, Rayyan Ariff memerlukan cermin mata
kerna dia rabun jauh.
Selsema dan batuk yang berterusan ini memakan beberapa siri temujanji
juga. Dari paediatrician membawa ke immunologist. Recurrent infection? Beberapa
ujian dilakukan. Sampel darah di ambil untuk menguji system imuniti anak kecil
itu. Seterusnya ujian allergy. Namun kedua-duanya tidak memberi jawapan kepada
persoalan yang dicari. Penyebab kepada recurrent infection masih lagi menjadi
tanda tanya.
“I’ll give him antibiotic for one month first, if everything is still
not resolved, we’ll have to do another round of tests.”
“Then, how would it be?”
“We’ll take some blood sample, then vaccinate him. After 2 weeks, take
another blood sample. Then send it to the lab for testing, bla.. bla.. bla..”
Panjang ceritanya.
“Most probably we need to drip him with some medication to boost up his
immunity system, every month..”
Itu cerita dengan immunologist. Beralih pula kepada pediatrician.
Salah satu saluran pada hidung Rayyan Ariff mula tersumbat. Tidurnya berdengkur
kuat, kesan daripada bernafas melalui mulut. Sterimar dan Nasonex menjadi
semburan wajib pada hidungnya. Tiap kali itu juga dia menangis marah.
Pertemuan dengan pakar ENT pula mengiyakan penemuan pasukan
audiologist. Cecair kesan dari selsema yang panjang sudah berkumpul di bahagian
tengah telinga. Cara rawatannya adalah dengan mengawal selsema. Sesuatu yang
bagaikan terlalu mustahil untuk dicapai pada saat ini.
Cara kedua adalah melalui pembedahan kecil. Namun ianya tidak begitu
sesuai untuk seorang pemakai alat bantu pendengaran kerana ianya mudah terdedah
pada jangkitan kuman.
Kesakitan demi kesakitan. Temujanji demi temujanji. Cuti tahunan sudah sedikit bersisa.
Kesakitan demi kesakitan. Temujanji demi temujanji. Cuti tahunan sudah sedikit bersisa.
Sekarang ini, kami sedang bermastautin di SDMC, Subang Jaya. Sudah 5
hari Rayyan Ariff diserang demam. Suhu yang tinggi dan hanya turun dengan
bergantung pada ubat semata-mata. Pagi ini sahaja, keadaan kelam kabut apabila
dia dikelilingi oleh 7 jururawat. Suhu mencanak ke angka 40. Mata mula berkelip
seakan sawan mahu singgah. Dalam keadaan bogel, badannya dibasahkan dengan air
untuk menurunkan suhu.
Sudah dua kali sampel darah diambil untuk menentukan jenis jangkitan
dan ubat yang sesuai. Sampel urine juga turut diambil. Kita nantikan sahaja
langkah seterusnya.
Bagaimana dengan Rayyan Ariff? Selamanya dia anak kami yang kuat! Dicucuk
berulang kali, tahan sahaja dia. Di ribaan ini, dia tidak meronta walau
sesekali wajahnya berkerut menahan sakit. Subhanallah, benar-benar pejuang yang hebat..
Proses memasang drip berlangsung mudah. Tidak meronta. Tidak melawan. Rayyan Ariff yang kuat!
Bagaimana pula dengan kami? Apa rasa yang ada di jiwa kami? Berbaur. Air
mata bagaikan terlalu murah apabila mengenangkan jiwa kecil yang kerap teruji
itu. Ada ketakutan di sudut jiwa apabila memikirkan tentang masa hadapan. Kabur..
Apabila kesakitan menyelubungi, segala rutin terpaksa dihentikan. Tidak ke sekolah. Tidak ada lagi aktiviti berenang. Tiada fisioterapi yang berat. Tiada apa-apa melainkan kelesuan..
Badan yang lesu.. Bibir yang kemerahan menjadi petanda untuk kami mengetahui bahawa badannya panas..
Sesungguhnya, saya benci melihat dia disakiti. Saya benci melihat
badannya dicucuk sana sini. Saya benci melihat air mata kesakitannya. Saya
benci melihat bibirnya yang kemerahan tanda suhu badan yang tinggi. Saya benci
melihat dia menggigil dan menggeletar apabila suhu mencanak naik. Saya benci
melihat dia yang kelesuan tanpa tenaga.. Paling saya benci, apabila ada yang
mula mempersoalkan keputusan saya melahirkan Rayyan Ariff dengan alasan
hidupnya hanya penuh kesakitan!
Aahhhh!! Dangkalnya fikiran seorang manusia. Di mana redha hati wahai
manusia? Di mana konsep ketuhanan wahai manusia? Sehingga sanggup kamu
persoalkan kualiti kehidupan seorang insan lain..
"Tidak
ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan
izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya
(untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan
(ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". (At-Tagaabun:11)
Rasulullah
s.a.w bersabda: Bencana senantiasa menimpa orang mukmin dan
mukminah pada dirinya, anaknya dan hartanya, sehingga ia berjumpa dengan Allah
dalam keadaan tidak ada kesalahan pada dirinya. (H.R. Tirmidzi, Ahmad, Al-Hakim dan Ibnu Hibban)
Walau di dalam hati rasa berperang, kami masih lagi teguh berpegang bahawa
Rayyan Ariff sedang di perjalanan mengejar syurga Allah SWT. Kesakitan dunia
tiada erti untuk sebuah kenikmatan akhirat! InsyaAllah..
35 comments:
u r an awesome mom, dear. Kita adalah ibu yg Allah pilih utk melalui dugaan sebegini.kita kena kuatkn semangat utk si jantung hati kita.mereka akan kuat bila kita kuat.sesungguhnya Doa kita tiada hijabnya di sisi Allah.semoga Rayyan sihat spt kanak2 lain juga kelak. Amin...amin...
Dear Jiey,
Sabar ye Jiey.. Asha doakan Ian cepat sembuh supaya boleh main dengan adik.. Org yang x merasa, mmg senang berkata-kata Jiey.. Tp diorg tak sedar yang Jiey da punya tiket ke syurga melalui Ian..
Moga Ian cepat sembuh.. Kesian tgk Ian terbaring je..
sedih sgt bila tgk anak sakit, rasa nak tukar sakit dia ke kita
Assalamualaikum....mudahan Rayyan Ariff akan cepat sehat :)...AMIN.
mama,be strong ya...and take care
di mana pun, bila2 pun, jika ada manusia yang pernah mempersoalkan ketentuan Ilahi,mempersoalkan kenapa rayyan Arif dibiarkan hidup, selama itu juga kamu tidak perlu mengambil peduli kedangkalan hati itu...jika perlu tanyakan kembali kepadanya, kenapa dia sendiri dibiarkan hidup oleh Allah.
Pastinya kewujudan Rayyan Ariff itu memang kehendak Allah, tidak ada keraguan di situ..kenapa dia diuji sedemikian, itu pastinya dalam rahsia Allah..bersabarlah...
Jiey, membaca entry ni buat mama menangis, teringat kembali saat2 Mia dicucuk, dikelilingi pelbagai wayar, mama turut terasa bagaimana Jiey rasa tp ketahuilah Rayyan anak yang benar2 hebat, benar kuat dengan semangat. Dialah anugerah Allah, insyallah Rayyan pasti akan jadi anak yang sihat. Amin
Jiey,
auni dulu pernah kena otitis media,jgkitan telinga tgh & mmg puncanya adalah flu yg lama.auni ada stok ubt LORATADINE yg byk utk mgelakkan dia flu lama.under ENT H.ampang shj that day.alhamdullilah x berulang lg skrg
doa yg pjg utk ian,smg cpt smbh.jiey pun hrs jg dr ok utk ank2!!!
Smg ada sinar disebalik kesakitan ini,hanya ibu yg jg ank sakit shj yg tau apa rasanya.sabar jiey
jiey...i've found ian since 2yrs ago. since that i've never miss to read about him...feeling he was so closed to me..
with that...i'm understand u. don't hv words..just to let u know.. i'm always with u...supporting u from far...no matter what.. be strong!
Salam Jie...
Menangis saya melihat apatah lagi membaca coretan Jie tentang kesakitan yang sedang ditanggung oleh Abang Rayyan. Besar sungguh ujian untuk anak itu.
Jiey..
Awak seorang ibu yang tabah...saya bangga dengan awak. Biarla apa yang orang nak kata..ALLAH SWT sentiasa berada disisi awak. Saya doakan awak akan terus tabah dan kuat dalam mengharungi segala dugaan.
Abang Rayyan..
Awak kesayangan Mama Fyeza. Mama akan terus dan sentiasa mendoakan abang rayyan agar dilindungi ALLAH SWT. Rayyan Arif..awak seorang pejuang yang sangat2 hebat..semoga dapat bertahan dengan ujian yang menimpamu wahai anak...
menangis riena baca coretan ini. kekal tabah jie! moga kesembuhan milik rayyan..amin..
cepat sihat yer adik syg :)
salam jiey.. kuat yer dik.. akak doakan rayyan cepat sembuh.
izinkan saya untuk menumpang ketabahan kamu dan abg rayyan..
wahai anak, sayu benar hati ummi ini membaca kisah kamu.sudah lama ummi ini mengikuti kisah kamu dan hari ini air mata ummi ini menitis lagi.ummi doakan kamu segera sembuh dan terus diberikan kekuatan.yang pastinya ganjaran syurga menantimu.amin.
Semoga Ian cepat sihat. Semoga parents Ian pun sentiasa kuat. Amin.
Jiey.... tiada kata lagi yg mampu saya ungkapkan untuk menyuntik kekuatan pd Jiey sbb Jiey mmg sudah terlalu kuat untuk semua ini.. rayyan pun sebenarnya mewarisi kekuatan Jiey.. pedulikan kata semua org yg penting skrg adalah Rayyan... teruskan usaha dan tawakal.. lain2 semua kerja Tuhan.. redha sajelah dgn apa yg berlaku.. saya mendoakan yg terbaik untuk Rayyan..
Rayyan, teruskan kekuatan mu nak.. Rayyan mesti akan segera sembuh.. sbb auntie tahu rayyan anak yg kuat...
kak, bergenang air mata melihat kesakitan Ian.Saya doakan moga Ian kembali sihat.
Emm, akak ada cuba homeopathi tak?? mana tahu sedikit sebanyak boleh meringankan sakit Ian
Salam Jiey..... selalu baca blog Jiey silently. Moga Rayyan Arif diberikakan kekuatan dan semangat untuk melawan segala dugaan. Harap Jiey juga tabah dan kuat demi Ian....
Semoga diringankan sakit Rayyan. Aku doakan semua yg terbaik utk dia...
huwaaaaaaaaaa. sedih sgt tgk RA. meleleh airmata berjurai2 bwa cite awk. sya bygkan darwisy camtu. mmg menyakitkan bla tgk diorrg sakit, dicucuk bagai. xsuka. tp Allah merancang semua nya dgn tidak sia-sia kan? semga awk terus tabah & kuat demi RA. smga RA cpt smbuh yer syg...amin ya rabb.
- pelok cium dr ibu darwisy...
cepat sembuh ian......adik mesti tertunggu2 nak main ngan abang punya.... keep strong as u always be ya jiey :O)
Sayu hati baca entry ni. Berat hati yg membaca berat lagi yg memikul bebannya..tabahkan hati wahai ibu dan Rayyan Ariff..moga kembali sembuh yer nak.
HUGS.
Sayang kamu rayyan ariff.. semoga kamu sentiasa dilindungi olehNYA. Get well soon dear..
sabar yer sis.. kuatkan semangat..
sis kene kuat kerana anak ini bergantung hidup dengan sis....
walopun tak pernah jumpa jiey, saya tahu awak n Ian adalah manusia2 yg kuat..
kuat bukan diukur dari segi fizikal, tapi kuatnya kamu berdua menghadapi emosi..tak semua org mampu hadapinya..
*hugs awak n Ian ketat2*
semoga Allah cepat2 sembuhkan Rayyan. kesian tgk anak kecil yang terpaksa berjuang. dalam pasrah bertukar redha. semoga akak dan suami kekal kuat.. ketepikan kata2 org yg melunturkan semangat..
semoga abg Rayyan cepat sembuh. nanti leh main ngan adik Rifa
moga rayyan ariff cepat sembuh. saya sentiasa mengikuti blog ini dan sesungguhnya saya rasa rayyan ariff lebih kuat menghadapi segala dugaan dan kesakitan berbanding kita yang dewasa ini. dari dia saya dapat lihat kekuasaan allah. moga jiey dan family tabah menghadapi dugaan ini
Jiey,Kuat semangat dan terus berjuang demi Rayyan Ariff. Buat Rayyan Ariff, semoga Allah sentiasa melindungi dan diberi kesihatan yang baik.Amin.
menitis air mata akak wan...sabar ya dik...allah maha mengetahui...doa saja yg akak bisa hulurkan buat mu...Semoga Rayyan cepat sembuh...AMIN YA RABBAL ALAMIN
kuatkan smgt baby rayyan..acik x putus2 doakan rayyan kembali sihat..leh main ngan adik rifa..bangun rayyan..bangun..smgt rayyan mmg dh kuat..kuatkn lg yer rayyan sayang..acik yg x kuat..dh nangis pun nih..
insyaallah..selamatkan dan permudahkan perjalanan hidup anak kecil ini ya Allah..
Ian sayang.. moga cepat sembuh..
Ian kuat!!!
Semua rasa bercampur baur bila membaca luahan rasa hati Jie..Semua kalian terus dibekalkan kekuatan yang berpanjangan dariNYA...Insya Allah..:)
kehidupan begitu penuh dengan 'warna'....'terisi' kisah suka duka....tiap seorang yang bergelar insan.....
meski ada ketika nya....akal seakan 'tergugat'.....tatkala yang 'terzahir'....tampak begitu 'nyata'....namun hati sering 'memujuk'...agar kembali kepada 'fitrah'......
kerana 'ujian' tidak pernah 'tersilap' dalam 'menguji'......
semoga dalam Dia memberikan ujian....Dia juga memberikan kekuatan....dan mempermudahkan urusan dunia akhirat...buat tiap hati yang teruji dan diuji....dalam menuju redha Ilahi...
kerana sesungguhnya....Dia Maha Esa...Maha Mengetahui...Maha Mengasihani....
Dia yang sama sekali tidak akan memungkiri janji...Dia juga sama sekali tidak akan menzalimi....
buat 'mereka' yang lain.....
"biar pun ujian yang 'tertulis'...tampak 'tersendiri'...namun tidak kah sebahagian makhluk yang lain merasakan...'mereka' turut 'terpalit'....bersama 'bahagian' sendiri...untuk dinilai dan ditentukan....oleh Penentu...Pemilik...Pemutus....tatkala yang dibicarakan...adalah soal kehidupan....'disana' yang kekal abadi?"
ketentuan Allah adalah rahsia Allah....
wallahu'alam...
saya ingin memeluk anda *hugs*
maaf sebab tak sempat jenguk ke hospital. weekend kami yg bersimpang siur. insya allah nak jenguk ke rumah. jumpa baby girl pun belum lagi.
jiey, i know u r super strong mama. terima kasih kerana menjadi kuat, sebab anda telah inspire Put jadi kuat juga.
hugs and kisses to both ian and adik :D
Post a Comment