Betul ke tajuk aku? Ke tak betul? Sekarang ni tak semestinya kan?? Kereta ni dah boleh jadi barang bermegah pun iyea. Hehehe.
Dulu kami pakai Proton Perdana, memang laki aku ajelah yang
bawak. Aku tak sentuh langsung. Aku kan penakut bawak kereta. Tambah-tambah
pulak kereta besar. Kancil aje yang aku berani sebab masa ambik lesen kan pakai
kereta kancil. So itu ajelah kereta yang penah aku bawak. Bila ada Rayyan Ariff
yang berkeperluan pergi spital everyday/every week dan dengan suami yang busy
kerja masa tu, kami belilah Perodua Kancil seketul masa tu. Beli pun second
hand aje, ikut kemampuan kami dengan aku yang masa tu tengah ambik unpaid
leave. Mula laki aku bising jugak kata rugi tambah komitmen, sebab Perdana tu
dia tak pakai on daily basis pun, elok la aku yang bawak. Laki aku ni gi kerja
pesen naik motor aje. Pegi mana-mana pun memang dengan motor aje dia ni, malas
nak hadap traffic jam kata dia.
Aku ni pulak memang kaki kereta. So Kancil aku tu sempat la aku
make up itu ini. Then tahun 2011, bila nak beranakkan si Rifa Aleesya, konon
bertambah ahli keluarga, nak la pikir nak MPV pulak. Ikut kemampuan jugak,
survey antara Nissan Grand Livina, Toyota Wish, Cherry Eastar dan Toyota
Innova. Last-last ambik Livina and jual Perdana. Bila aku lepas beranakkan
si Rifa Aleesya, dengan operate nya, bila aku dah nak start kerja, mak aku tak
bagi drive Kancil lagi sebab takde power steering and manual plak tu. Aku kan
masa tu ada problem sket dengan luka tempat czer tu. Elok dah 60 hari, dah
masuk kerja pun still tak OK. Tu yang mak aku suh belajar bawak Livina.
Panjang pun panjanglah kata dia, yang
penting smooth dan memudahkan. Aku pun gigih la belajar bawak.
Sungguh bagai di kata, kalau dah belajar bawak kete besar takmo dah kat kete kecik. Since then dah naik lemak, tanak dah
bawak Kancil. Nak bawak kereta auto aje. So Kancil tu tersadai la jugak sebab
weekend pun memang tak bawak. Nama nak keluar weekend dengan family mesti la
nak bawak kereta yang luas sket. Naik ramai-ramai. Kancil tu jadinya, satu
beban pulak nak panaskan enjin pepagi. Nak jual sayang katanya.
Lepas aku dah
terror bawak kete selain Kancil, mata aku mulalah galak tengok kereta tu kereta
ni. Simpan angan nak beli kereta tu la kereta ni la. Sekejap nak Toyota Rush,
sekejap nak Suzuki Sx4. Macamkan duit banyak. Padahal sebelum tu, kawan aku
siap bahankan lagi sebab penakut, “Nanti kalau naik Manager ke Senior Manager
ke, bawak Kancil jugak la kan??” Pastu dengan kereknya aku jawab, Ish kalau jadi
General Manager sekali pun bawak Kancil jugak. Tapi jaguhlah, beli 5 bijik
lain-lain kaler pastu rotate bawak yang berlainan setiap working days. Boleh?
Lahar tak?
Came 2014, bila laki aku dah mula kerja sendiri and take
over ambik hantar anak sekolah serta bawak gi therapy, perlulah 2 kereta.
Mula-mula aku mengalah bawak Kancil gi kerja sebab nak anak-anak selesa
especially bab berjalan jauh. Iyea la, Ampang ke Alam Impian jauh jugak. Pergi
balik dah 80km. Sama jugak Ampang ke Kelana Jaya. Dua tiga kali plak tu kan
dalam seminggu. Tapi sua suwei kemoning betullah. Si Kancil ni asyik la buat
hal. Rosak sana sini even dah tukar enjin seketul.
Masa tu pulak Honda City 6th
Gen baru keluar. Aishhh kecur sungguh air liur aku. Tapi still tak jugak kami
decide nak beli secara drastiknya. Iyea la, nak keluar down payment, nak commit
monthly benda baru bertahun-tahun. Ish banyak nak kena pikir. Masih bertahan la
kami dengan Kancil tu. Aku kena 2 kali dia buat hal tepi jalan, sekali kat
Bangi, sekali kat Bukit Damansara lagi 5min nak sampai office. Dah la pakai
cantik-cantik sebab ada course. Since then, aku tak berani bawak dah Kancil tu.
Merecik dok tepi jalan weii.
Pastu laki aku pulak yang bawak kereta tu then aku bawak
Livina balik. Iyea la, kalau rosak ke apa dia tau mana nak godek. Dapat kat aku
memang aku tau tahan teksi n tinggal kereta tepi jalan aje la.. Tapi still la
aku tak sedap hati every time terpikirkan anak-anak aku dok dalam kereta tu,
pergi ke hulu ke hilir. Ada sekali tu balik daripada Alam Impian, hujan lebat
kata bibik. Air hujan masuk dalam kereta weh! Maybe getah kat tepi tu dah kena
tukar ke apa. Malas nak pikir banyak, duit dah habis banyak ke membaiki, asyik
dok pikir sayang, baik ambik aje kete baru dah tu bayar bulan-bulan. Takyah
pening nak membaiki.
So hari yang sama Kancil tu rosak tepi jalan masa aku
bawak, ptg tu jugak aku ajak laki aku pergi showroom Honda. Terus placed
booking. So happy la aku bersama kereta baru idaman kalbu. Rasa muda 5 tahun
even mula-mula tu pening jugak nak pikir ambik Jazz ke City. Hati aku berat ke
Jazz sebab nak enjoy bawak compact car. Tapi sebab dah target nanti nak tukar Livina
nak Toyota Estima kononnya, jadi aku amik aje la Honda City. Kan Estima kete
rekon, jadi katanya kena la standby kete sedan satu kalau tiba-tiba nanti kete
rekon buat hal ke apa time2 tgh siap nak balik kampung ke kan.. Boleh gitu
tahap pemikirannya? Marah la Munirah Hanim baca ni.
Tapi nak ambik City tu pun banyak kali jugak aku pikir.
Pikir antara keperluan dengan kehendak. Sebab pikir balik, if setakat nak ulang
alik pergi kerja, MyVi atau Saga FLX pun dah cukup bagus dah haa.. Main thing
kan nak bergerak aje. Tapi mak aku punya la saiko bukan main. Awak tu karang
nanti menyesal, benda nak pakai bertahun-tahun. Pastu komplen sibuk nak tukar.
Hahaha. Mak khennn.. Sangat memahami. So beli aje la ikut kehendak hati. Takut kempunan.
Nampak muda tak main letak-letak Bodykit Mugen? Hahaha. Laki aku tak banyak bising janji tak kacau duit dia. Bulan depan dah nak kena renew roadtax setahun dah haa.. Sadis.
Ok habis satu bab. Then si Livina pulak ok aje takde apa-apa
masalah. Tapi mengenangkan pertambahan ahli keluarga (mak aku la tu, lepas
bapak aku meninggal dia kan dok dengan kami most of the time), so kami decided
nak ambik Serena Hybrid pulak. Masa tu timbangtara yang dibuat adalah antara
Serena, Estima dan Starex. Nak bigger car bukan apa, balik kampung jauh-jauh
senang, dua-dua anak nak baring pun takde hal even ada 4 adults and penuh
dengan barang-barang. Kiranya space wise, memang kena cari yang berbaloilah.
Then tengok yang fuel consumption OK pun harus jugak memandangkan harga minyak semedang
naik. So setuju la dengan Serena Hybrid.
Panjang tak intro aku? So apa kisahnya?
Kisahnya gini, sebelum nak beli both cars, aku ada joined dua
group kereta kat FB ni. Satu owners’ club Serena Hybrid and satu lagi Honda
City 6th Generation la. Dua-dua aku joined before nak beli both kereta. Join
group ajelah. Satu tu tak register pun.. Kononnya sekiranya ada, nak
review la apa permasalahan yang masing-masing hadapi sebelum buat decision nak
beli tu. Then lagi satu, bila dah own the cars, ada apa2 masalah senang nak
tanya. Nak apa-apa spare parts pun tanya aje kat group. Senang kan?
Tapi few days back, kat group Serena ni ada la yang post
komplen pasal Honda City 6th Gen. Komplen n kutuk ni ada very fine line.
Bergantung la pada cemana korang nak nilai n ambik, kan? Dia ni komplen yang
Honda City mak dia banyak problem, berbunyi situ sana sini. Sebelum tu dia
pakai Nissan Almera dan puji melangit Nissan Almera nak compare dengan Honda City. Tapi cara
dia lebih kepada aku tengok, nak compare Nissan vs Honda, bukan setakat isu
Almera Vs City. Aku yang tak biasa nak join-join komen ni pun (selalunya baca
aje), dropped lah komen lebih kurang yang kata Honda City aku OK aje n aku
takde apa-apa komplen even sebelum tu aku pun drive Nissan jugak. 1.8cc Nissan
downgrade ke 1.5cc Honda.
Pastu dia balas komen dengan being sarkastik. Aku mula-mula
ignore aje, dah tu dtg pulak kawan dia bagi komen provoke kata, janganlah ejek aku,
1.8cc bagus apa. Save petrol nak compare dengan Serena 2.0 kita. Adehhhh. Apekahh?
Aku takde la bengang mana, cuma obvious la yang depa ni tak
paham maksud aku sampai nak ejek-ejek balik. So, aku rectified lah. Apa yang
aku nak cakap is, beli kereta ni kadang-kadang nasib. Kete ko berbunyi, kete
aku tak. Kete aku senget, kete ko straight elok. Ko bawak Nissan 1.5 tukar ke
Honda 1.5 ko komplen. Whereas aku pulak dari bawak Nissan 1.8 tukar ke Honda
1.5 ok aje. Happy lagi haa. Takde komplen-komplen. In between aku bawak Honda
tu, aku bawak jugak Nissan 1.8 gilir-gilir kadang-kadang. Saja tukar angin.
Takde pulak aku rasa Honda 1.5 tu underpowered ke apa. Best aje. So tu lah
maksud aku, beli kereta ni nasib. Aku highlight sekali sama jugak macam Serena
Hybrid yg depa nak bangga-banggakan tu (part bangga takde la aku sebut, kang kurang asam plak), ada
yang elok, tapi ramai yang problem jgk kan? Dah tu aku tambah lagi, Livina punya
fuel consumption is higher than Serena Hybrid even cc dia lagi rendah pun,
pada aku.. Hehehe..
Masa tu aku terpikir la, alahai.. Serena 2.0 je kot. Takyah
la nak up sangat. Sekarang ni BMW pun orang dah tak heran sebab berlambak dah kat
atas jalan. Vellfire pun dah banyak. Nak lagi best, ada yang sanggup bersesak
bab makan pakai janji bawak kereta grand. Spesies kereta gah bukan main,
hujung-hujung nak makan pun payah kan berlambak aje sekarang. Tapi kalau Porshe
918 Spider ke lainlah cerita. Lagi syok Ferrari Berlinetta ke apa.. Itu baru
mewah di pandangan mata aku. Hahaha. Memang mampu pandang aje lah bagi aku yang
rakyat marhaen aje ni. Kot dapat duit derma bleh jugak aku nak up ehh. Hekhek.
Itu aje la ceritanya yang mukaddimah panjang-panjang ni.
Cuma aku doa, biar la tuhan pelihara hati aku bab-bab kereta
ni. Aku ni bukan boleh. Napesu. Napesu. Keluar HRV hari tu aku dah gi tanya
dah. Nasib baik waiting time sampai 5 bulan, terus turned off. Dah tu, tengok
pulak BMW X6 abam Raden Amzar bawak, dah ada hati kira loan eligibility bagai.
Tolak dua-dua kete, angkat Axia seketul di sambing X6. Boleh?? Muahahhaa. Melayu, melayu. Dear hati dan otak, bergabunglah. Beli property lagi
bagus daripada kereta. Ingat tu. Ko bukan nak tido dalam kereta kan? *Dush*Dush*
Kira fair la aku main make up kete, aku pakai henbeg cikai je kot. Dah tu make up sdr pun pakai Silky Girl aje.
Next wish list, nak tukar kasut Cik Siti. Nak pasang complete bodykit Cik Rina. Tahun bila wallahualam. Tengok tabung gajah dah penuh ke belum. Harharharunnn..
2 comments:
gile. kau join group kereta ke limin? gile!
Kereta bagi aku memang untuk memudahkan kita bergerak terutamanya nak g kerja.
Tapi ko memang hebat la pasal kereta weh. Siap boleh buat perbandingan bagai.
Aku ni bawak la kereta apa pun, tak tau apa nak beza. Paling tak nampak yang ni cantik design.
Minat org lain-lain, ada orang sanggup ikat perut asal bole beli handbeg mahal. Ada orang berjimat untuk bole pergi melancong. Aku lagi suka mewah bab makan. Hehehe
Post a Comment