Saturday, January 14, 2012

Al-Fatihah untuk sebuah pemergian yang tragis..

Petang khamis saya dikejutkan dengan satu panggilan telefon daripada sepupu saya. Memaklumkan tentang pemergian isteri abangnya.. Berita kali ini terlalu perit untuk dihadam oleh otak dan jiwa saya kerana pemergiannya terlalu tragis. Arwah dikelar dan ditikam berkali-kali.. Subhanallah.. Allahuakbar.. Tragis benar pemergianmu dik..
.
Sedangkan baru sahaja beberapa minggu yang lalu kami berbalas komen di FB, namun dalam sekelip mata, dia sudah tiada. Jahanam sungguh si pembunuh yang zalim dan berhati binatang itu.. Semoga si pembunuh akan segera dikenalpasti dan ditangkap..
.
Apa rasa sang suami apabila melihat sekujur tubuh si isteri yang masih baru dinikahi berlumuran darah tatkala pulang ke rumah? Trauma yang  dahsyat, trauma yang hebat.. Ya Allah, berilah segala ketabahan dan kesabaran untuk sang suami.. Tidak pernah saya bayangkan adik yang menjadi teman sepermainan sedari kecil, yang tidak lokek membanting tulang di hari pernikahan saya akan teruji sedemikian rupa.. 
.
Semoga pemergian ini terbela dan si pembunuh menerima hukuman yang seberat-beratnya.. Tidak banyak yang saya dapat kongsikan di sini kerana kes ini masih di dalam siasatan.. Namun saya mohon dari rakan-rakan agar dapat turut serta berdoa dan bersembahyang hajat agar si pembunuh dapat dikenalpasti segera..
.
Buat sang suami, semoga ada sinarnya nanti..
Dan buat sang isteri.. Al-Fatihah.. Tenanglah di sana..

Rasulullah bersabda:

"Barangsiapa yang terbunuh kerana membela hartanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela agamanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela dirinya, ia syahid. Dan terbunuh kerana membela keluarganya, ia syahid." (Hadis Riwayat Ahmad(1565), Tirmidzi(1341), An Nasa’I(4026), Abu Daud(4142)* Source wikipedia..

12 comments:

AdaM Hawa said...

Al-Fatihah.. semoga pembunuh dapat menerima hukuman yang setimpal..

Unknown said...

rasanya saya baru baca dekat newspaper tadi. Ya Allah kejamnya!!

Syafinaz said...

Salam Jiey,

Alfatihah untuk arwah.Bkn ada masuk paper HM ke psl ni?

Moga si pembunuh mendapat balasan yg setimpal dgn perbuatannya.

Angah said...

Innalillah...semoga arwah ditemaptkan di kalangan hamba yang di kasihi Allah. Semoga seluruh keluarganye tabah.

ticher ina said...

al-fatihah buat arwah...
moga tertimpa balasan setimpal buat manusia tak berhati perut tu..

:(

EvisuKyme said...

dibunuh dlm rumah ke?
innalillahhiwainna ilai hirojiun....
semoga yg sepatutnya dapat ditangkap
dan diadili dgn seadilnya....

*xperasan pulak berita...yg tau kes student tunggu result SPM

Anah said...

Al Fatihah..

Salmi Khairil said...

Al-Fatihah, takziah buat keluarga arwah.

Yana Halim said...

al-Fatihah..
semoga pembunuhnya dpt ditangkap segera...

adarnadzmie said...

ada dgr pasal kejadian tu di paper... klu x salah hari sabtu...
alfatihah buat arwah...
semoga org jahat tu dapat hukuman yg lebih dasyat lagi...

Coffee Mama said...

Ya Allah...kejamnya! Semoga kematiannya terbela..

Lynn said...

Innalillah..al-fatihah..