Friday, December 10, 2010

Orang Kelainan Upaya??

A : Hello Cik. Saya nak tanya pasal kad OKU anak saya..
B : Iye?
A : Actually kad anak saya hilang. Macam mana saya nak apply for a replacement card?
B : Puan ada salinan kad tak? Kalau ada, bawak salinan, isi borang baru dan bagi gambar dua keping. Kita akan buat yang barulah..
A: Saya tak pasti sama ada ada salinan ataupun tidak. Kalau takde macam mana yea?
B: Kalau takde, puan kena isi borang baru, bagi gamba 4 keping, dan kena mintak surat pengesahan OKU daripada doktor balik..
A: Kenapa? Jabatan cik takkanlah takde simpan semua record tu..
B: Err.. Ada.. Macam mana nak cakap ehhh?? Err.. Macam mana ni.. Hmm.. Sebenarnya, orang yang incharge buat OKU card ni dah abis contract..
A: Abis contract? Dia bawak skali record tu ke masa dia berenti?
B : Ish, takde la.. Macam mana nak cakap ni ehhh.. Saya ni bukan pegawai yang bertugas bahagian kad.. Macam mana ehhh..
A : Takpe la Cik.. Nanti saya buat la apa yang patut..
B : Ok. Terima kasih. Maaf yea puan..

Kesimpulan? Lu pikir laa sendiri..
=P

Kad oh kad, ke mana kau menghilang??
On a lighter note, I've found a school nearby our place for Rayyan Ariff.. Jap lagi nak gi survey.. *smile*

Thursday, December 9, 2010

Tentang lagu Rayyan, tentang lagu kita..

Saya bukanlah peminat tegar lagu-lagu semasa yang popular.. Bukan itu sahaja, saya juga tidak  lagi mempunyai penyanyi kegemaran setelah zaman remaja saya berlalu.. Tiada lagi Amy Mastura, tiada lagi Norman KRU, tiada lagi Zamani Slam, tiada lagi Enrique Iglesias, tiada lagi Evanescence dan tiada lagi Amy Search..Itu semua cerita lama walaupun lagu-lagu lama mereka masih saya hafal lirik dan melodinya..
.
Percaya atau tidak, seumur hidup saya, tidak pernah saya berjaya menonton sebarang program anugerah dari awal sehinggalah ke akhir rancangan. Apa-apa sekalipun; Juara Lagu, Anugerah Bintang Popular, MTV Awards dan banyak lagi.. Betapa saya bukan penyokong tegar industri muzik bukan? =)
.
Namun ada beberapa lagu yang benar-benar meninggalkan kesan di jiwa saya. Lagu-lagu yang bisa membuatkan saya 'hilang' seketika setiap kali saya mendengarnya..
.
Lagu pertama tentunya lagu Seribu tahun dari Imran Ajmain. Lagu ini agak popular sewaktu kali pertama saya mengetahui tentang kelainan yang ada pada bayi yang saya kandung.. Dengan lirik yang 'dalam' dan melodi yang membuai, saya begitu terkesan sekali.. Sering saya ucapkan pada bayi yang masih di dalam kandungan itu bahawa sekiranya benar dia akan pergi sebaik dilahirkan, saya rela mengandungkannya walau untuk seribu tahun lamanya! ~Entri Seribu Tahun~
"Relaku menunggumu
Seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup
Aku kan selama ini
Biar berputar ke arah selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia"
.
Sebaik Rayyan Ariff dilahirkan dan sewaktu dia sedang bergelut di NICU, lagu Hanya Kau Yang Mampu dari Aizat sering berkumandang di corong radio. Dan irama yang syahdu itu menjadi medan untuk saya melampiaskan kesedihan hati yang tidak terperi dan kerinduan yang mendalam buat anakanda tercinta.. Hanya dia yang mampu menakluki hati saya!
"Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku"
.
Kesibukan bersama Rayyan Ariff membuatkan saya lupa seketika tentang lagu-lagu semasa. Namun setahun berjuang bersama-sama permata hati yang cukup istimewa ini benar-benar membuka mata dan jiwa. Lantas lagu Tercipta Untukku dendangan Ungu saya tujukan khas buat dirinya sempena ulang tahun pertamanya bagi mengungkapkan betapa istimewanya Rayyan Ariff buat diri ini.~Entri Satu Jasad, Satu Nyawa, Satu Cinta~
"Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu"
.
Di dalam suka duka melangkah di atas medan perjuangan yang bagaikan tidak berpenghujung ini, ada beberapa detik dan ketika yang  mana saya merasakan saya tidak lagi mampu untuk bangun. Tiada daya dan tiada lagi keringat.. Lantas, saya berpegang kepada lagu Tafakur dari Zikraa dan Ketika Cinta dari Siti Nurhaliza untuk menguatkan kaki melangkah. ~Entri Tafakur di kesyahduan~ dan ~Ketika cinta memanggil~
"Pimpinlah daku dalam redhaMu
Kasihi daku dalam rahmatMu
Hanya padaMu aku mengadu
Ya Allah ya tuhanku"
.
"Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati 'kan memuja hanya pada-Nya"
Dan kebelakangan ini, lagu PadaMu kubersujud dan KebesaranMu menjadi saksi kesakitan dan redha kami pada jalanan takdir yang menuntut banyak pengorbanan ini..
"Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud"
.
"Kau tempatku mengadu hati
memberi segala hidup
dunia dan seisinya milik-Mu"
.
Melihat Rayyan Ariff pada hari ini, bagaikan sudah terlalu jauh kami melangkah.. Walau hakikatnya, perjalanan kami masih banyak bersisa.. Kami masih lagi di takuk kehidupan yang menuntut berjuta usaha..

Anak comel saya..
*Perhatikan wajah nakalnya sewaktu dia asyik menggomol 'adik'nya.. :P*
.
Although it seems like this is an endless battle, we know that He will always be with us.. ~God does not burden any human being with more than he is well able to bear: in his favour shall be whatever good he does, and against him whatever evil he does..
.
As much as humanly possible, I will do my best for Rayyan Ariff.. 
.
As a human being, there will be times of ups and downs.. There will be time for me of wanting to be lazy, there will be time of me wanting to hang out with friends and there will be time of me just wanting to sit back and enjoy my child as what and who he is without worrying about the future..
.
I know that in the future, there will be a lot more songs that serve as a reflection of our feeling.. So, might as well we just enjoy the music of our life as positively as possible.. =)

Wednesday, December 8, 2010

Warning!! This post was written in anger and frustration!

Yes, the post title has nicely described it all!
.
Still struggling with the same old rejection.. It's very easy for them to tell me not to stop trying, to keep on putting the hearing aids on Rayyan Ariff even for just 10-15mins at a time.. Do they know that it's very hard to put it on, even for just 1 minute?
.
Come on la.. We're talking about one healthy and strong toddler here! It's hard OK!! You know what is the hardest part? To hear him crying and to scold him for something that he doesn't know that it is very important for him to wear..  
.
Yes, we keep on trying and hoping that he'll finally give in, but the rejections are too much for us to take.. It's like I'm torturing my own little baby!!
.
 Earlier, this morning.. It's very heartbreaking to face this every morning before leaving for work!
.
And this morning, with so much anger and frustration in me, I slapped my two and a half years old son across  his face for crying and pulling his hearing aids out! It was not really a slap actually, just merely a touch.. And because the 'so-called-slap' did not effect him any way, let alone to hurt him, he continued with his cry and tantrum! To add some extra spices to the drama, after he has pulled the hearing aids out, he threw the RM4K hearing aid away! My oh my, luckily we just put on one hearing aid.. Because honestly, if both of the hearing aids are broken, we DONT have extra money for a new pair!
.
How la not to feel any guilt with this innocent face??
I left for work feeling so miserable and ended up taking half day leave to compensate Rayyan Ariff with some Mama-son time.. My leave balance? Just another half a day after reserving two more days for Rayyan Ariff's doctor appoinments.
.
I'm just feeling so damn tired with all of this adjustment that we have to make.. I would do everything to distract him but to no avail, and he's still rejecting it.. 
.
I'm deeply tortured and so does him!
.
I dont think that he's hurt by the devices.. He's just being difficult. If it's my sister who put the things on, he will just let it be and will wear it for hours.. I guess my sister just has a good control over Rayyan Ariff..

Luckily, she's on her study break and she'll be coming in a day or two to help us in this difficult situation.. =)

Sunday, December 5, 2010

Ini bukan baby kita..

Semalam kami sempat melawat Auntie Lily yang baru sahaja melahirkan bayi sulungnya.. Bagaikan baru sahaja lagi kami meraikan detik perkahwinan Auntie Lily seperti di entri When he is no longer your fiance, namun kini Auntie Lily dan Uncle Fido sudah bertiga..
.
 Baby Ameena..
.
Kali pertama saya memangku Ameena, Rayyan Ariff marah.. Beberapa kali saya cuba menghalang tangan kecil Rayyan Ariff dari memukul kepala Ameena. Namun apabila saya memberikan bayi itu untuk dicium Rayyan Ariff, barulah dia tersengih-sengih..
.
Lebih mencuit hati, apabila saya berikan Baby Ameena kepada makcik-makcik yang datang menziarah, Rayyan Ariff marah, menangis dan menyuruh saya mengambil kembali bayi itu..
.
"Ian, baby is not ours.." Terang saya kepada Rayyan Ariff dan mengalih perhatiannya kepada sesuatu yang lain..
.
Comel. Hmm.. Kalau Rayyan Ariff punya adik dalam jangka waktu sekarang, pasti saya tidak menang tangan. Bukan senang mahu melindungi seorang anak sekecil Ameena dari tangan Rayyan Ariff yang beberapa kali rakus cuba memukul kepala dan mencucuk mata Ameena.. :P

Friday, December 3, 2010

Kita pakai baju cantik supaya kita nampak cantik..

Terima kasih di atas pendapat yang diberikan untuk entri semalam. Sungguh saya menghargainya, ada yang positif dan ada yang negatif. Jujur saya akui bahawa saya masih belum mebaca keseluruhan email yang diterima kerna kebanyakan email adalah agak panjang. Saya agak kesuntukan masa sekarang, malahan kebelakangan ini saya pulang agak lewat dari tempat kerja. InsyaAllah, saya akan memanfaatkan cuti hujung minggu ini untuk membalas kesemua pendapat yang diberikan.

Dan seperti yang saya katakan, maaf kerna tidak semua yang mendapat password untuk entri tersebut kerna isunya yang agak sensitive. OK, kita matikan cerita ini di sini.

Berbalik kepada cerita Rayyan Ariff. Kalau adalah audiologist ataupun speech therapist yang mengikuti blog ini, tolong dan tolonglah berikan saya expert opinion anda. (Aikk, mintak pendapat lagi??) :P

Ok, ini berkenaan dengan hearing aid Rayyan Ariff. Masih isu yang sama.

Sekembalinya kami dari HUKM hari selasa yang lalu, Rayyan Ariff memakai hearing aid tersebut hampir seharian untuk hari itu. Hampir seharian bermaksud hanya pengecualian pada waktu tidur dan mandi. Begitu juga hari rabu. Memang beberapa kali dia cuba menanggalkan alat itu, namun pengawasan ‘ketat’ yang kami lakukan menghalangnya daripada berbuat demikian.

Masuk hari khamis iaitu semalam, dia memberikan penolakan yang bersungguh-sungguh. Dahsyat.

Sebaik sahaja diletakkan di telinga dan belum lagi dimasukkan, dia sudah meronta-ronta. Menggelupur. Menangis dan meraung. Kami cuba mengalih perhatiannya dengan memberikan mainan namun gagal. Dia masih lagi di dalam laungan dan tangisan yang kuat.

Lalu kami mencuba untuk kesekian kalinya. Memujuk dengan membawanya menaiki kereta. Sepanjang langkah ke kereta, Rayyan Ariff masih lagi menunjukkan protesnya dengan cuba menarik alat yang ada di telinganya sehingga kami terpaksa memegang tangannya. Sebaik di dalam kereta, saya masukkan alat yang sudah terjatuh itu sekali lagi dan dia tetap dengan raungannya yang teramat kuat.

Berlainan sekali dengan sifatnya yang tersangat sukakan kereta dan gembira apabila tahu dia akan bersiar-siar menaiki kereta. Kali ini, segalanya tidak diendahkannya. Dia tenggelam di dalam amukannya sendiri.

Katakan kepada saya, sekeras mana lagi mahu saya kentalkan hati ini mendengar tangisan anak sekecil Rayyan Ariff? Saya sakit apabila dia sakit. Drama sebabak ini terlalu menyakitkan untuk saya teruskan kerna tangisan penolakannya bukan sedikit. Amukan penolakannya terlalu kuat. Siapa yang dapat memberikan jawapan kenapa penolakan yang teruk ini berlaku selepas dua hari dia ‘dibiasakan’ dengan alat itu? Pelik..

Bagaimana lagi mahu salahkan kami sekiranya kami langsung tidak berpeluang mengenakan alat itu ke telinga Rayyan Ariff. Dan hari ini, sebelum melangkah ke tempat kerja, saya masih lagi meninggalkan pesanan yang sama buat bibik dan adik saya, “Tolong pakaikan telinga Rayyan Ariff yea..”

Dan sebentar tadi, sewaktu saya menelefon bibik, saya dimaklumkan bahawa dia hanya mampu memakai alat itu sebentar sahaja kepada Rayyan Ariff. Maksimum, 15 minit sebelum ianya ditarik keluar oleh tangan kecil Rayyan Ariff. Namun bibik akan kembali memakaikannya, berulang kali. Penat namun sekurang-kurangnya dia tidak mengamuk.

Sejujurnya saya rasakan, if Rayyan Ariff is benefiting so much from the devices, he won’t be rejecting it that serious. Why should I wear something that doesn’t make a different on me?

Kita pakai baju cantik supaya kita nampak cantik. Kita pakai kasut bertumit tinggi agak penampilan lebih menyerlah. Bukankah begitu??

Kalaulah di satu sudut dunia ini ada satu jawapan dan penawar untuk deria pendengaran Rayyan Ariff, saya sanggup berlari mendapatkannya.. Memohon, memohon dan terus memohon kepadaNya..

*Mode penat mahu tidur*

Thursday, December 2, 2010

Password protected entry untuk sebuah ketidakpastian!

Maaf kerana kali ini, entri adalah password protected. Kerna takut ianya menyentuh sensitiviti sesetengah pihak.

Dan bagi yang ingin membaca dan memberikan pendapat, bolehlah mendapatkan password dengan menghantar email kepada saya di freaky_gurlz@yahoo.com.

Dan seandainya tidak semua yang mendapat password untuk entri ini, maaf kerna isunya agak sensitif.

Klik di bawah:

Pendapat rakan-rakan adalah sangat-sangat dialukan.


P/s - Budak comel dalam gambar ini telah menggigit ear mould nya sampai putus tanda protes taknak pakai hearing aid. Now, tggl sebelah jer.. Nak kena buat ear mould baru pulak.. Duit lagi.. Gigit pipi tu balik baru tau!