Thursday, January 19, 2012

Bila mana Abang dah jadi pengacau..

Adik tak banyak gambar macam Abang.. Sebab tiap kali nak ambik gambar Adik, Abang mesti datang mengacau.. Kalau kita kuar BB, sibuk la Abang nak tengok gambar kat BB.. Bila kita kuar tab, sibuk la dia nak tengok flash photos.. Bila kita kuar DSLR, pun sama2 sibuk nak tekan-tekan n tengok gambar..
.
Abang dulu, lepas satu baju mama pakaikan, terus ambik gambar.. Tukar pakai baju lain, ambik gambar lagi.. Dh rupa model kecik mama dah.. Adik?? Nan hadooo.. Memang berperang la nak ambik gambar adik.. Kalo kita nak photoshoot adik sorang2, cepat je abang datang menepek..

Ni contoh2 dia:-

Snap sekeping dulu..
.
Eh, tetiba ada tangan datang sentuh-sentuh adik.. 
.
Tangan tu memang tak lari jauh la..

Kita umpan dengan toys, dia toleh la kejap..

Pastu dia hadap adik balik..

"Owh finally!! Dia blahh dahhh.. Macam2!" Kata Adik sambil tepuk dahi..

Sekali, dia datang balik tuuu..
.
Takpe la dik, kita gi ambik gambar kat studio je la eh..

Monday, January 16, 2012

Kerna Kasih Kita: Tuan Rayyan Ariff dan Puteri Rifa Aleesya

Kasih kami; Rayyan Ariff dan Rifa Aleesya.. Terima kasih Ya Allah di atas kurniaan terindah ini..


Kasihan Adik, tak banyak update pasal development Adik di Kerna Kasih Kita ni.. Adik dah masuk 2 bulan setengah.. Macam budak-budak umur 2 bulan setengah yang lain, badan adik dah keras.. Adik dah mula hisap jari, sampai berbunyi-bunyi.. Adik dah banyak 'bercakap' dengan orang-orang sekeliling.. Adik paling suka bila Uncle OD dia nyanyi, dia pun turut 'bernyanyi'.. Comel macam anak burung.. :-)
.
Beberapa hari yang lepas, Mama letak adik dalam katil hijau kecik Adik.. Mama duduk sebelah kanan sambil 'borak-borak' dengan Adik.. Abang tiba-tiba datang and duduk sebelah kiri katil.. Adik pusing tengok abang dan terus 'bercakap' dengan Abang.. Bila Abang cuma senyum dan diam, Adik kerut dahi.. Macam tak puas hati.. Lepas seketika, Adik pusing balik dan sambung 'borak' dengan Mama..

Syahdu Mama tengok muka tak puas hati Adik bila Abang tak boleh layan Adik berborak.. Takpe, dari umur sekecil-kecil lagi Adik perlu belajar tentang kekurangan Abang.. InsyaAllah, mama yakin Adik akan menerima seadanya dan bersama-sama membantu dalam pemulihan Abang.. Seiring dengan maksud nama adik, muafakat..
.
Aminnn..

Abang nampak sayang dengan Adik. Geram tu yang lebih.. Dengan ketap-ketap gigi abang pegang Adik. Tak kira paha, kaki hatta tangan sekalipun, kalau ada ruang, Abang mesti pegang sambil ketap gigi tanda geram.. Dah lama Abang tak dapat cium Adik sebab Abang tak sihat.
.
Sekarang Abang dah mula sekolah balik. Tiap-tiap hari hampir sejam abang berulang-alik pergi sekolah and day care.. Mama tau dari Ampang ke USJ bukan dekat tapi buat masa sekarang, kita takde pilihan.. Bila Abang penat seharian di sekolah dan berjam di kereta, Abang mudah sakit. Mula dengan selsema, Abang dapat demam pulak.. 
.
Hari ni Abang dapat pakej tambahan,  sakit mata pulak.. Mata Abang merah menyala. Tahi mata sibuk melekat pada bulu mata Abang yang panjang. Bila Abang nangis tak selesa, hingus mula keluar meleleh.. Kasihan Abang..

Bila Abang cuba dekati Adik, Nenek, Ayah ataupun Mama akan ambik Adik bawak lari jauh-jauh.. Takut berjangkit. Abang cuma tunduk sambil senyum sumbing. Kasihan sangat Abang..

Mama suka sekolah Abang yang sekarang. Banyak aktiviti yang dibuat.. Tapi Mama tahu, Abang takkan dapat kekal lama di sekolah tu.. Main thing, sebab jarak yang jauh.. Bila tiap2 hari Mama usung Abang pagi-pagi buta ke sekolah dan hanya dapat balik lewat petang atau menjelang malam, badan Abang tak dapat tahan even though dah macam-macam supplement yang Abang ambik..

Pindah rumah? Tak semudah tu.. Nak berkemas barang bukan sedikit, paling-paling lama, mau sebulan baru siap packing. Sebulan tu sape nak jaga Abang kalau Abang tak gi school? Manalah Nenek larat nak jaga Abang dan Adik sekaligus. Belum lagi part nak cari rumah sewa dan angkat mengangkat. Ayah manalah boleh nak melasak dengan lutut dia tu, Mama lagilah, baru 2 bulan lebih operate..

Penyelesaiannya? Mama terpaksa cari Bibik baru.. Dan Abang mungkin akan Mama tukarkan bersekolah di sekolah berhampiran dengan rumah kita.. Sekolah half day sahaja supaya Abang tak letih, dan selebihnya Abang akan ada masa untuk spend dengan Adik.. Mama harap, bibik baru nanti akan dapat jaga Abang dengan Adik sebaiknya.. Dapat Abang dan Adik menumpang kasih sementara Mama dan Ayah bekerja mencari rezeki..
Mama sayang kamu, cinta!

Saturday, January 14, 2012

Al-Fatihah untuk sebuah pemergian yang tragis..

Petang khamis saya dikejutkan dengan satu panggilan telefon daripada sepupu saya. Memaklumkan tentang pemergian isteri abangnya.. Berita kali ini terlalu perit untuk dihadam oleh otak dan jiwa saya kerana pemergiannya terlalu tragis. Arwah dikelar dan ditikam berkali-kali.. Subhanallah.. Allahuakbar.. Tragis benar pemergianmu dik..
.
Sedangkan baru sahaja beberapa minggu yang lalu kami berbalas komen di FB, namun dalam sekelip mata, dia sudah tiada. Jahanam sungguh si pembunuh yang zalim dan berhati binatang itu.. Semoga si pembunuh akan segera dikenalpasti dan ditangkap..
.
Apa rasa sang suami apabila melihat sekujur tubuh si isteri yang masih baru dinikahi berlumuran darah tatkala pulang ke rumah? Trauma yang  dahsyat, trauma yang hebat.. Ya Allah, berilah segala ketabahan dan kesabaran untuk sang suami.. Tidak pernah saya bayangkan adik yang menjadi teman sepermainan sedari kecil, yang tidak lokek membanting tulang di hari pernikahan saya akan teruji sedemikian rupa.. 
.
Semoga pemergian ini terbela dan si pembunuh menerima hukuman yang seberat-beratnya.. Tidak banyak yang saya dapat kongsikan di sini kerana kes ini masih di dalam siasatan.. Namun saya mohon dari rakan-rakan agar dapat turut serta berdoa dan bersembahyang hajat agar si pembunuh dapat dikenalpasti segera..
.
Buat sang suami, semoga ada sinarnya nanti..
Dan buat sang isteri.. Al-Fatihah.. Tenanglah di sana..

Rasulullah bersabda:

"Barangsiapa yang terbunuh kerana membela hartanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela agamanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela dirinya, ia syahid. Dan terbunuh kerana membela keluarganya, ia syahid." (Hadis Riwayat Ahmad(1565), Tirmidzi(1341), An Nasa’I(4026), Abu Daud(4142)* Source wikipedia..

Monday, January 9, 2012

Mencari kesalahan pada seorang anak..

Over. Itu perkataan yang tepat dalam menggambarkan saya sebagai seorang ibu.. Tapi serasa saya, ramai di antara ibu-ibu yang dikategorikan sebagai over bukan? :-)

Bersama Rayyan Ariff, saya adalah ibu yang terlalu melindungi.. Saya begitu rapat dengannya sehinggakan saya adalah segala-galanya untuk anak itu. Tiada ruang untuk mereka yang lain sehinggalah saya kembali bekerja dan mula ‘berkongsi’ Rayyan Ariff dengan orang-orang di sekeliling saya.

Kini, Rayyan Ariff bukan lagi milik saya seorang.. Dia lebih memilih datuknya berbanding saya.. Ruang juga terbuka untuk ayahnya lebih rapat dengannya.. Saya tidak lagi begitu menguasai.. Setiap petang, dengan riang, dia akan membonceng motosikal ayahnya.. Pantang ada kesempatan, dia akan bersiar-siar menaiki kereta dengan ayahnya.. Pendek kata, Rayyan Ariff bukan lagi anak manja mama seorang.. :-)

Bersama Rifa Aleesya, saya masih seorang ibu yang over.. Saya menjadi seorang yang terlalu memerhati dan bimbang.. Sepanjang waktu, saya ‘rajin’ memerhati Rifa Aleesya..
“Kenapa Adik masih tiada eye-contact? Normal ke adik?”..
“Kenapa badan adik menyusut? Normal ke adik?”..
“Kenapa adik menyusu sikit jer? Normal ke adik?”..
“Kenapa leher adik belum keras? Normal ke adik?”

Banyak lagi persoalan yang saya ajukan kepada diri sendiri. Ada waktu, soalan itu saya utarakan kepada mereka-mereka di sekeliling saya seperti ibu saya, bibik, Mr.Hubby dan juga paed Rifa Aleesya..

Kemuncaknya, saya persoalkan tentang ‘kelainan’ Puteri Rifa Aleesya kepada Dr. Sumi, doctor dan kawan yang sering bisa meneka setiap satunya kerisauan saya..

“Although she has reflux, she looks fine and big to me. Why do you questioned her milk intake? You want her to be obese is it? She knows how much she needs. Even if it is just a few minutes of breastfeeding, I’m sure she got enough already.. That’s why she stopped.”
.
Serious sahaja ayat Dr. Sumi.

“You know what Wan, just because you went through a lot with Rayyan, doesn’t mean that you will face it again with Aleesya. You know what you’re doing? You are finding fault on your daughter. You observed things, you feel that it doesn’t quite right and you started questioning it. I know you’re scared. But I don’t think you should act that way.. Just let her grow and enjoy each and every moment with her.. No need to be worried.. Deal with things as it comes, OK?”

Betul. Saya hampir lupa untuk menikmati anak perempuan saya seadanya. Saya takut dengan banyak perkara. Saya runsing dengan banyak benda.. Hingga satu saat, saya melakukan fisioterapi ringan kepada Rifa Aleesya untuk membantu dia menguatkan lehernya seperti mana yang saya lakukan kepada Rayyan Ariff suatu waktu dulu. Saya masih menjadi pemerhati yang sering dihantui kebimbangan..

Namun ayat-ayat Dr. Sumi di atas bagaikan menghentam saya dengan kuat. Lantas saya mula melepaskan keraguan dan memilih untuk menikmati saat-saat menjadi ibu untuk kedua kalinya ini dengan sepenuhnya.

Seketika kemudian, Adik mula pandai senyum dan bercakap-cakap.. Bukan sahaja itu, ramai juga yang mengatakan badan adik agak keras berbanding usianya.. Adik bagaikan mahu membuktikan kepada mamanya bahawa dia baik-baik sahaja dan mama tidak perlu gusar.

Mungkin saya terlalu terbawa-bawa dengan kekurangan Rayyan Ariff yang membawa saya berpaling kepada Rifa Aleesya bagi menampung kekurangan itu. Saya bersyukur kerana saya cepat tersedar dan kini, saya hanya mahu anak saya membesar dengan sihat dan cerdas. Sepanjang proses tumbesaran itu, saya mahu menikmati anak ini seadanya.. Tiada tekanan. Tiada paksaan. Yang ada hanyalah doa kepadaNya untuk dijadikan sandaran.. Semoga anak mama senantiasa di dalam rahmatNya.. Aminnn..


Puteri mama yang lentik bulu matanya..
@ 2 months old - 5.27kg..

Friday, January 6, 2012

Kesibukan beranak dua???

Jawapannya adalah sangat sibuk. Sebelum ni dok terpikir la, blogger A bila dapat anak baru, belog terus sepi.. Blogger B bila anak bertambah, belog terus sunyi.. Nahhh sekarang, amik ko! Kena batang idung sendiri.. Abang tido, adik hekhek.. Adik tido, abang melasak.. By the time dua2 tido, mama pun dah semput..
.
BTW, I'm maidless now.. Sangat letih, sangat penat.. Maybe sebab saya sendiri pun tak 100% recover lagi, so tu yang terasa sangat.. Kot energy macam muda2 dulu, anak 3 pun tak kisah agaknya.. Apa citer tak 100% recover lagi ni? Dah lebih dua bulan kot czer.. Hehehe.. Panjang citer dia n hari ni nan ado mood nak bercerita.. Len kali la saya share experience yang menakutkan neh.. :P

So apa citer anak2? Biasa-biasa jer.. Rayyan Ariff selsema. Akhirnya, setelah berbulan tak demam, dia tewas juga.. Hehhehe.. Last demam selsema masa raya hari tu.. Tu pun jangkit dengan mama.. Tapi expected pun.. Sebab dia dah start skolah balik.. Rayyan Ariff ni antibodi kureng sket.. Bila bercampur gaul, memang senang la nak demam selsema.. Bila dah sakit tu, senang la Encik Sim. Aliff. Wan nak datang.. So mama dah start cuak ni..
.
Tapi nak buat camner, takkan takmo bagi skolah plak.. Kat umah kang takde aktiviti berfaedah, mula la nak ngamuk n bosan.. Sekurang-kurangnya, kat skolah banyak pengisian.. Dah bagi macam2 jenis supplement and vitamin dah pun..
.
So macam mana abang kita ni gi skolah? Hari pertama ambik, masuk kete, mama buat susu. Belum sempat mama bagi, dia terus rampas botol susu dari tangan mama dan minum tak ingat dunia. Punya la haus, punyalah lapar.. Second day, ambik dari skolah, dia tido dalam kete.. Sampai umah, angkat letak kat sofa dia terjaga.. So mama ambik roti jagung gardenia tu.. Nampak roti kat tangan, terus bingkas bangun n tarik tgn mama yang ada roti tu suruh suap dia..
.
Hati mama?? Syahdu gilaaa!! Siyan anak mama lapar.. Ayah dah bising tanya sekolah tak bagi makan ke? Mama rileks aje lagi walaupun hati sedih sangat-sangat.. Honestly, saya tak salahkan cikgu. Saya tahu diorg bagi je makan.. Bagi je susu.. Tapi mesti ada timing la kan.. Contohnya kul 2pm minum susu or makan, kalo masa tu minum or makan sket je, tgg la next feeding pulak.. Iye la, bukan sorang budak nak dilayan.. Kalo asyik nak jaga tekak je, camne nak buat aktiviti???
.
Sighh.. Tapi sekolah baru ni bagus jugak la..Banyak aktiviti.. Semalam masa ambik, bukan main lagi cikgu dia cakap, "We did body parts flash card with him and he managed to show all parts.." Saya senyum je la sebab memang dah tahu pun. Dah lama Rayyan Ariff knows his body parts sebab dah lama pun kami ajar.. And then, cikgu Usha kat skolah lama pun ajar jugak dulu.. :-)
,
Cuma the problem is, sekolah tu jauh sangat. Sejam pergi, sejam balik.. Kul 630am dah turun umah n kul 645pm baru kitorag leh ambik. Lama giler kat sekolah n daycare.. Perjalanan jauh tu pun satu hal.. Tak sedap hati jugak mama nak proceed kat situ sebab bila badan penat, mudah la sakit.. Takmo Ian sakit sebab tau2 je la Encik Sawan ni..Sighhh..
.
Ya Allah, permudahkanlah urusan Rayyan Ariff ya Allah.. Aminnnn... :-(
.
 Ni first day kat school.. Syahdu giler tengok dia tgh makan.. :-(
.
Ni muka tagih simpati bila kitorang lambai tangan cakap bye-bye nak balik.. first day school dah kena tinggal dah..

Budak skolah yang penat tak hengat.. Mama tolak dari kete pakai stroller jer.. I kan baru operate, so camne la nak dukung budak ni dari tempat parking bawak ke rumah.. Last resort, tolak pki stroller!

First day amik dia kat school, muka masam mencuka.. Muka tak puas hati.. Maybe dia marah tinggal dia kat situ.. Nak wat camne, takde pilihan nak.. Kalo bibik ada, surely Mama cari school yang half day jer so that Rayyan Ariff tak penat sangat.. After school, dok umah ngan bibik.. Bila tak penat, takde la anak mama mudah sakit.. Now, since takde bibik, terpaksa la mama tinggal hero mama ni kat school n daycare for special children ni.. Sobsobsob.. Sorry yea nak.. I have to work for us.. :-(
.
Adik Rifa Aleesya pulak dah start kena tinggal since Mama dah balik keje.. One day before nak tinggal, dia ngamuk tanak minum EBM.. Sangat la pelik sebab before that OK jer minum.. Menangis n meraung sampai naik biru muka.. Sudahnya, kul 9pm Mama n Ayah kuar cari botol NUK. 2 bijik botol + 2 bijik latex teats = RM87!! Fuhhh.. Dahsyat adikk.. Abg Ian pakai botol Anakku rege RM14.90 utk 3 bijik jer.. Nasib la dia accept botol NUK tu. Kalo botol tu pun dia reject, memang mama mati akal la sebab breastflow n tommee tippee pun dia takmo..

Ni la satu-satunya jenama yang adik accept.. Macam2 la peel anak ni eh.. :-)
.

\
Latest of Adik.. Puteri mama ni dah 5.27kg @ 2 months old.. Berkat susu mama eh.. Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan olehNya untuk merasa nikmat susu mama sepenuhnya.... *read: fully taking breastmilk, bukan exclusively taking breastmilk eh.. 
.
Memang adik ni bukan exclusively on breastmilk, tapi she's fully on breastmilk now.. Susu formula yang beli masa mama sakit hari tu, tak luak sket pun sbb since mama sihat, susu mama je la yang jadi santapan adik.. Agak-agak, kalo bagi pun mesti tanak dah.. Harap2, susu mama terus ada la untuk adik..
.
Buat Abang n Adik, semoga sentiasa di dalam lindungan dan rahmatNya.. Aminnnnn

Friday, December 30, 2011

Segala cinta yang ada.. III

Entry wajib untuk setiap hujung tahun - recap kisah sepanjang tahun. And again, I decided to use the same title as what I've used for year-end-recap-entries.. Kerana masa yang kesuntukan, hanya main things sahaja kita update yea..
.
January
Of course, the biggest thing would be Rayyan Ariff went to school for the first time.. Kali pertama menghantar putera tunggal ini ke sekolah, penuh rasa syahdu di dalam ruang jiwa.. Anak Mama dah besar.. Dulu, most of the doctors predicted that he wont survive after birth, namun dia kini ke sekolah..
.
.
Besar nikmat Allah SWT untuk kita nak..

Dan satu laginya, kami juga mendapat konfirmasi bahawa Rayyan Ariff tidak memerlukan cermin mata kerana hasil pemeriksaan, matanya baik-baik sahaja.. :-)



February
Bulan yang sibuk tanpa bibik yang pulang bercuti ke Indonesia. Bulan yang mana Rayyan Ariff menunjukkan peingkatan yang agak banyak. Berkemahiran menyiapkan puzzle dan sebagainya. Semakin cheeky dan Rayyan Ariff juga berjaya di dalam misi potty training. Tapi hanya di sekolah kerana di rumah, Mama tiada kerajinan itu.. =P

March
Satu berita yang sangat tidak dijangkakan kami terima. Alhamdulillah, syukur Ya Allah di atas rezeki dan kebahagiaan terhebat yang Kau kurniakan untuk kami..
.
Alhamdulillah.. :-)

April
For the very first time, Rayyan Ariff took his first two steps! But that was it.. Takde lagi dah.. Hopefully, with more stimulation, he'll do it again.. ;P

Bulan ini juga, kami menyambut ulangtahun perkahwinan yang keempat. Alhamdulillah kerna harmoni itu terus bercambah..

Rayyan Ariff dan anak-anak syurga yang lain di majlis sambutan ulangtahun ke 3 Alisya Qaireen yang jatuh pada bulan April.. :-)

May
Encik hubby menjalani pembedahan pada lututnya penangan kecederaan sewaktu bermain futsal, dan di dalam pergelutan antara kepenatan dan morning sickness, saya mengambilalih segala tugasan di rumah. Super penat!
.
Bulan ini juga, kami mendapat pengesahan bahawa Baby RA bebas daripada kondisi yang menyerang Rayyan Ariff sewaktu di dalam kandungan. Syukur Ya Allah!
.
Result Baby RA aka Baby Rifa Aleesya..
.
Paling penting, when May comes, Abang Rayyan is 3!!

June
Pertama kalinya Rayyan Ariff 'bersolat' dengan mengangkat takbir dan mengucapkan Allahuakbar dengan bahasanya yang tersendiri.. Subhanallah.. Super comel!


.
Bulan ini juga menunjukkan Rayyan Ariff menguasai teknik ,merangkak dan dia tidak lagi mengesot seperti kebiasaan yang dilakukannya..


.
Bulan Jun juga menyaksikan kereta comel kesayangan saya rosak teruk kerana kemalangan. Dugaan.. Hubby pula masih lagi bercuti dan mengikuti fisio harian untuk lututnya..

July
Alhamdulillah, rezeki untuk orang baru datang dengan kenaikan pangkat. Pengiktirafan ini tentunya membuatkan saya mahu berusaha lebih di masa akan datang. InsyaAllah..

Mama outstation ke Lumut manakala Ayah dan Rayyan Ariff mengambil peluang bercuti-cuti Malaysia selama 5 hari 4 malam..


Bulan July juga merupakan bulan yang mana kita menyambut Ramadhan.. Subhanallah.. Rindu sungguh pada Ramadhan!
.
August
Hari raya!!


Dan, untuk kali pertamanya, Abang Rayyan pandai lukis bulat-bulat!! Mak banggoo.. :-)


September
Pendaftaran di sekolah baru Rayyan Ariff dan juga sibuk membuat persediaan menyambut ketibaan ahli keluarga baru nanti..
.


October
- Ulang tahun kelahiran saya yang ke 29! Tahun terakhir di siri 20an..
- Percutian singkat ke Cherating
- Pemergian En. Perdana diganti dengan kehadiran Cik Livina
- Paling sakit, Abang Rayyan Ariff diserang demam denggi di saat mama sarat mengandung!

Happy masa cuti-cuti chenta,, Next time bila adik dah besar, mesti lagi happy.. :-)
.
November
Kelahiran sang puteri yang dinanti-nanti, Rifa Aleesya pada 1 November 2011.. Alhamdulillah..

Adik Puteri di hari Aqiqah, 12.11.11

December
- Bulan yang suram kerana masih berpantang.. Hanya bersama keluarga dan anak-anak.. Sebulan di kampung adalah super best! Abang Rayyan, masih dengan akalnya lah.. Pantang mama leka, adik akan dirapatinya.. Pernah, dia mengambil botol minyak yu yi, hujung botol di calit dengan jari telunjuknya dan di sapu pada perut adik.. Super cute!! Apa yang Mama buat, itulah yang dia buat! Spending time with your loved ones are priceless!!
- Dan tentunya cerita bonus akhir tahun dan year-end-sale.. I must admit that I did lots of shopping this time around.. Most of them, online shopping!! :-)

.
Sampai ketemu lagi di tahun hadapan.. Terima kasih kerana setia bersama Kerna Kasih Kita.. Paling penting, terima kasih di atas setiap doa yang dititipkan buat kami sekeluarga.. Sangat-sangat menghargainya!!
.
Untuk 2012, InsyaAllah, saya mahu menjadi insan yang lebih baik di dalam segala aspek dan mahu meningkatkan usaha untuk anak-anak! Semoga segala keindahan terus milik kita.. Aminnnn..
.
Goodbye 2011 and welcome 2012!!