Monday, January 9, 2012

Mencari kesalahan pada seorang anak..

Over. Itu perkataan yang tepat dalam menggambarkan saya sebagai seorang ibu.. Tapi serasa saya, ramai di antara ibu-ibu yang dikategorikan sebagai over bukan? :-)

Bersama Rayyan Ariff, saya adalah ibu yang terlalu melindungi.. Saya begitu rapat dengannya sehinggakan saya adalah segala-galanya untuk anak itu. Tiada ruang untuk mereka yang lain sehinggalah saya kembali bekerja dan mula ‘berkongsi’ Rayyan Ariff dengan orang-orang di sekeliling saya.

Kini, Rayyan Ariff bukan lagi milik saya seorang.. Dia lebih memilih datuknya berbanding saya.. Ruang juga terbuka untuk ayahnya lebih rapat dengannya.. Saya tidak lagi begitu menguasai.. Setiap petang, dengan riang, dia akan membonceng motosikal ayahnya.. Pantang ada kesempatan, dia akan bersiar-siar menaiki kereta dengan ayahnya.. Pendek kata, Rayyan Ariff bukan lagi anak manja mama seorang.. :-)

Bersama Rifa Aleesya, saya masih seorang ibu yang over.. Saya menjadi seorang yang terlalu memerhati dan bimbang.. Sepanjang waktu, saya ‘rajin’ memerhati Rifa Aleesya..
“Kenapa Adik masih tiada eye-contact? Normal ke adik?”..
“Kenapa badan adik menyusut? Normal ke adik?”..
“Kenapa adik menyusu sikit jer? Normal ke adik?”..
“Kenapa leher adik belum keras? Normal ke adik?”

Banyak lagi persoalan yang saya ajukan kepada diri sendiri. Ada waktu, soalan itu saya utarakan kepada mereka-mereka di sekeliling saya seperti ibu saya, bibik, Mr.Hubby dan juga paed Rifa Aleesya..

Kemuncaknya, saya persoalkan tentang ‘kelainan’ Puteri Rifa Aleesya kepada Dr. Sumi, doctor dan kawan yang sering bisa meneka setiap satunya kerisauan saya..

“Although she has reflux, she looks fine and big to me. Why do you questioned her milk intake? You want her to be obese is it? She knows how much she needs. Even if it is just a few minutes of breastfeeding, I’m sure she got enough already.. That’s why she stopped.”
.
Serious sahaja ayat Dr. Sumi.

“You know what Wan, just because you went through a lot with Rayyan, doesn’t mean that you will face it again with Aleesya. You know what you’re doing? You are finding fault on your daughter. You observed things, you feel that it doesn’t quite right and you started questioning it. I know you’re scared. But I don’t think you should act that way.. Just let her grow and enjoy each and every moment with her.. No need to be worried.. Deal with things as it comes, OK?”

Betul. Saya hampir lupa untuk menikmati anak perempuan saya seadanya. Saya takut dengan banyak perkara. Saya runsing dengan banyak benda.. Hingga satu saat, saya melakukan fisioterapi ringan kepada Rifa Aleesya untuk membantu dia menguatkan lehernya seperti mana yang saya lakukan kepada Rayyan Ariff suatu waktu dulu. Saya masih menjadi pemerhati yang sering dihantui kebimbangan..

Namun ayat-ayat Dr. Sumi di atas bagaikan menghentam saya dengan kuat. Lantas saya mula melepaskan keraguan dan memilih untuk menikmati saat-saat menjadi ibu untuk kedua kalinya ini dengan sepenuhnya.

Seketika kemudian, Adik mula pandai senyum dan bercakap-cakap.. Bukan sahaja itu, ramai juga yang mengatakan badan adik agak keras berbanding usianya.. Adik bagaikan mahu membuktikan kepada mamanya bahawa dia baik-baik sahaja dan mama tidak perlu gusar.

Mungkin saya terlalu terbawa-bawa dengan kekurangan Rayyan Ariff yang membawa saya berpaling kepada Rifa Aleesya bagi menampung kekurangan itu. Saya bersyukur kerana saya cepat tersedar dan kini, saya hanya mahu anak saya membesar dengan sihat dan cerdas. Sepanjang proses tumbesaran itu, saya mahu menikmati anak ini seadanya.. Tiada tekanan. Tiada paksaan. Yang ada hanyalah doa kepadaNya untuk dijadikan sandaran.. Semoga anak mama senantiasa di dalam rahmatNya.. Aminnn..


Puteri mama yang lentik bulu matanya..
@ 2 months old - 5.27kg..

24 comments:

mila said...

semangatnye

Unknown said...

mungkin tertekan.saya tahu anda tidak mahu apa yg berlaku pada ian berlaku lagi pada rifa. Itu semua dugaan tuhan. tuhan itu adil, Dia tahu yang terbaik untuk hamba-Nya

Lynn Abd Latib said...

jiey

wah ...baby nampak chubby!!mesti isi lembut nih..geramnya..

yes jiey..kalo kita di tpt jiey akan rasa benda yg sama jugak..

Angah said...

jangan risau sangat jiey...

Farah said...

alalala debobnye pipi die.comel!

AdaM Hawa said...

geram tengok rifa aleesya.. semangat..

ch@ said...

2month = 5kg. deal la tu jiey, jgn bimbang sgt ok. setiap anak ada keistimewaan dan kebolehannya sendiri. selagi kita berikan dorang yg terbaik insyaALLAH dorang membesar dgn baik2 aja. enjoy this moment k... senyum-senyum.

izzahazfar said...

hehehe, zah setuju dengan kak jiey..dulu dengan akmal zah tak berjaya nak direct breastfeed..so dengan aqilah zah banyak gunakan ilmu yang zah ada,sometimes bila dia menyusu kuat sgt,zah risau takut dia ada penyakit 'lidah pendek' sedang benda tu biasa,cik b baru nak biasa kena hisap selalu dll lagi...huhuhu

apapun, pada zah,just enjoy moment jadi ibu..insyaAllah semua akan jadi biasa..

p/s:kak...muka adik tak sama dengan ian kan?tp muka adik mmg comel la..tang bulu mata tu..

Habibah said...

Salam Jiey,
Don't worry too much ok. Rifa should be fine and she will grow well. I know ur feeling because sometimes I did the same and have the same feeling towards my daughter. Eventhough I xde experience like u, I mean u have gone through a lot with Rayyan so it's quite fair if u hv the same feeling towards Rifa. Cuma sometime after read a lot of story sometimes I takut and always checked anak I normal ke tak. Well, that feelings susah nak control. But I'm sure u r ok now and enjoy the moment with ur cute baby.

adarnadzmie said...

semua ibu seperti jiey... inginkan yg baik2 saja untuk anak...doakan untuk mereka...amin...

Bicara hati ibu aisya said...

Wahh...baby rifa.Semangat sungguh dia.Comeii.Sedap dapat peluk + gomol2 dak debab nih.

Masya said...

geramnya... tgk baby ni...

AIN NAZRI said...

Rifa sgt kiut dan chumel.. suka tgk Rifa ni.. Sis, normal klu baby belom kuat lehernya.. bagi dia masa.. nnt sis dapat tgk dia membesar secara normal dan sihat.. she happy.. as long as berat dia tak drop.. it should be ok.. anak saya pon minum susu sikit even dah 5 bulan ++

miera said...

comel..bambam nyer..geram tgok..

Anonymous said...

tembam tuh adikk..geramm
ari tu tengok tok ttubuh ginimer..

Jiji said...

Jiey jiey... tarik napas.. pegi makan aiskrim nyorok nyorok belakang peti ais okeh@!~

wani johari said...

cubby nya..boolaat..comeyy...

taqwa said...

baby k.jiey sgt sihat..semoga dia membesar dengan baik dan jadi anak solehah.. tumpang gembira untuk k.jiey.. :)

Shiela Luddin said...

alahaiii bambamnyer diyerrr...

Anonymous said...

sabar jiey..sma ngan baby sya..lmbt dlm eye contact..lama2 ok jer..sya fhm apa jiey rasa..hehe

Anonymous said...

rayyan arif lg cute dr adiknye..

Puteri Satu said...

hish semangat dah tu jiey... tengok peha dia berketak2 tuh... tapi muka Rifa aleesya tak de mcm muka rayyan arif ye.. maybe lebih mirip rupa husband jiey kot eh... :)

the triplets said...

semangat sungguh baby baru nih...InsyaAllah sihat waalafiat

gina marna said...

Jiey sgt tabah...sy harap semangat saya juga x luntur mcm jiey.