Monday, January 16, 2012

Kerna Kasih Kita: Tuan Rayyan Ariff dan Puteri Rifa Aleesya

Kasih kami; Rayyan Ariff dan Rifa Aleesya.. Terima kasih Ya Allah di atas kurniaan terindah ini..


Kasihan Adik, tak banyak update pasal development Adik di Kerna Kasih Kita ni.. Adik dah masuk 2 bulan setengah.. Macam budak-budak umur 2 bulan setengah yang lain, badan adik dah keras.. Adik dah mula hisap jari, sampai berbunyi-bunyi.. Adik dah banyak 'bercakap' dengan orang-orang sekeliling.. Adik paling suka bila Uncle OD dia nyanyi, dia pun turut 'bernyanyi'.. Comel macam anak burung.. :-)
.
Beberapa hari yang lepas, Mama letak adik dalam katil hijau kecik Adik.. Mama duduk sebelah kanan sambil 'borak-borak' dengan Adik.. Abang tiba-tiba datang and duduk sebelah kiri katil.. Adik pusing tengok abang dan terus 'bercakap' dengan Abang.. Bila Abang cuma senyum dan diam, Adik kerut dahi.. Macam tak puas hati.. Lepas seketika, Adik pusing balik dan sambung 'borak' dengan Mama..

Syahdu Mama tengok muka tak puas hati Adik bila Abang tak boleh layan Adik berborak.. Takpe, dari umur sekecil-kecil lagi Adik perlu belajar tentang kekurangan Abang.. InsyaAllah, mama yakin Adik akan menerima seadanya dan bersama-sama membantu dalam pemulihan Abang.. Seiring dengan maksud nama adik, muafakat..
.
Aminnn..

Abang nampak sayang dengan Adik. Geram tu yang lebih.. Dengan ketap-ketap gigi abang pegang Adik. Tak kira paha, kaki hatta tangan sekalipun, kalau ada ruang, Abang mesti pegang sambil ketap gigi tanda geram.. Dah lama Abang tak dapat cium Adik sebab Abang tak sihat.
.
Sekarang Abang dah mula sekolah balik. Tiap-tiap hari hampir sejam abang berulang-alik pergi sekolah and day care.. Mama tau dari Ampang ke USJ bukan dekat tapi buat masa sekarang, kita takde pilihan.. Bila Abang penat seharian di sekolah dan berjam di kereta, Abang mudah sakit. Mula dengan selsema, Abang dapat demam pulak.. 
.
Hari ni Abang dapat pakej tambahan,  sakit mata pulak.. Mata Abang merah menyala. Tahi mata sibuk melekat pada bulu mata Abang yang panjang. Bila Abang nangis tak selesa, hingus mula keluar meleleh.. Kasihan Abang..

Bila Abang cuba dekati Adik, Nenek, Ayah ataupun Mama akan ambik Adik bawak lari jauh-jauh.. Takut berjangkit. Abang cuma tunduk sambil senyum sumbing. Kasihan sangat Abang..

Mama suka sekolah Abang yang sekarang. Banyak aktiviti yang dibuat.. Tapi Mama tahu, Abang takkan dapat kekal lama di sekolah tu.. Main thing, sebab jarak yang jauh.. Bila tiap2 hari Mama usung Abang pagi-pagi buta ke sekolah dan hanya dapat balik lewat petang atau menjelang malam, badan Abang tak dapat tahan even though dah macam-macam supplement yang Abang ambik..

Pindah rumah? Tak semudah tu.. Nak berkemas barang bukan sedikit, paling-paling lama, mau sebulan baru siap packing. Sebulan tu sape nak jaga Abang kalau Abang tak gi school? Manalah Nenek larat nak jaga Abang dan Adik sekaligus. Belum lagi part nak cari rumah sewa dan angkat mengangkat. Ayah manalah boleh nak melasak dengan lutut dia tu, Mama lagilah, baru 2 bulan lebih operate..

Penyelesaiannya? Mama terpaksa cari Bibik baru.. Dan Abang mungkin akan Mama tukarkan bersekolah di sekolah berhampiran dengan rumah kita.. Sekolah half day sahaja supaya Abang tak letih, dan selebihnya Abang akan ada masa untuk spend dengan Adik.. Mama harap, bibik baru nanti akan dapat jaga Abang dengan Adik sebaiknya.. Dapat Abang dan Adik menumpang kasih sementara Mama dan Ayah bekerja mencari rezeki..
Mama sayang kamu, cinta!

11 comments:

Lynn Abd Latib said...

jiey


baguslah kalo ada maid baru..nanti share yek kalo dh dpt maid tuh..lin mencarik jugak ni..pening kepala dgn macam2 hal..dah tanya few agency ..mahalnya smp 7-8k..

Unknown said...

nice family.. sabar je lah.rayyan syg adik dia tuh.

AdaM Hawa said...

comel rifa dan rayyan yang kacak!

oren said...

abang long pakai baju harimau malaya..auumm..

Angah said...

chubby nye anak dara tu...

Anonymous said...

sewyius si rayyan arif lg comel..adiknye kurang cket dr segi rupa..tp takpe, asalkn sihat n sempurna..alhmdulillah..

Unknown said...

Salam Jiey...semoga kamu sekeluarga berada dibawah lindungan allah... Sian rayyan tak sihat siap ngan pakej... Nk bagi petua ni..untuk sakit mata rayyan... jiey ambil susu badan (BF) titiskan kat mata rayyan sambil tu selawat la 3x doa mudah2 cepat sembuh... sham penah buat kat baby n anak2... utk elakkn baby rifa berjangkit.. jiey titiskankn juga kat mata dia.. sham titis gunakan kain napkin... cicahkan bhg napkin yg lembut kat dlm susu perahan then ttis perlahan2..2/3 titispn dah ok... macam rayyan dh kene boleh buat 2/3 kali sehari.. rifa 1 kali jepn ok..sbb belum kene... kalau jiey nak elak jieypn kene.. bleh titiskan juga...

adianiez AIDA said...

suka aida baca post ni :)

purple_lav said...

salam.....

Saya Fiza dr majalah Harmoni. boleh tak bagi no telefon atau email utk saya hubungi. ada benda nak citer.

tq!

ni email saya : fiza_ukarya@yahoo.com

ch@ said...

abang sayang adik. adik sayang abang. jangan mama papa bimbang ok. setiap kekurangan itu akan ditutupi dengan kelebihan anggota keluarga masing-masing. suka melihat keletah anak-anak membesar walaupun kita sendiri letihnya tidak terkata.

jie, kita dulu czer makan jelly gamat satu hari satu sudu utk baikkan yg dalam2an tu. paling baik pati ikan haruanla.

ellis said...

syahdu jugak baca.... sob sob....