Monday, June 29, 2009

24 jam sehari..

Kerana jadual seharian yang agak padat dan mengurangkan banyak masa yang seharusnya diluangkan untuk anakanda tercinta, ada waktu, saya bagaikan meminta, "Alangkah bagus sekiranya saya punya 36 jam sehari. 12 jam extra itu akan saya peruntukkan untuk Ian sahaja..".
.
Lantas saya mula terfikir lebih jauh, andainya saya punya 36 jam sehari, akan cukupkah? Bukankah sudah menjadi lumrah manusia apa yang ada tidak pernah menncukupi?
.
Kebiasaannya, saya keluar rumah untuk ke pejabat seawal jam 645 pagi. Dan kebiasaannya, hanya akan pulang sekitar jam 8.30 malam atau pun 9.00 malam. Paling awal, jam 7 malam. Paling lewat, jam 12 malam.
.
Apabila sampai sahaja di rumah, saya akan memperuntukkan waktu bersama Ian. Bermain membuat fisioterapi atau pun sekadar berbual-bual kosong. Kebiasaannya, saya tidak dapat meluangkan masa yang lama untuk Ian kerana dia sudah mengantuk. Dia hanya 'menunggu' kepulangan saya untuk bermain seketika sebelum ditidurkan.
.
Dalam waktu yang sama, saya juga akan memasak bubur buat bekalan Ian keesokan harinya. Alhamdulillah, setakat ini, tangan sayalah yang memasak untuk Ian. Mungkin kerana sudah terbiasa, pernah sekali mommy memasakkan bubur untuk Ian, dia tidak mahu makan. Padahal ianya resepi yang sama.. :P
.
Dahulu, teman sepejabat saya mempersendakan saya apabila saya katakan saya mahu terus memasak untuk Ian. "Sekali dua bolehlah.. Setiap hari mana nak tahan penat.." Katanya sambil tersenyum menyindir.. Alhamdulillah, sehingga sekarang, saya masih mampu menyediakan makanan Ian walaupun kepenatan. Itu sahajalah yang dapat saya tinggalkan untuknya setelah seharian di pejabat. Lagi pun, saya mahu dia terus mengingati saya dan merasakan air tangan saya yang terbaik. Sebagaimana saya yangs ering merindui air tangan mommy.. =)
.

Atuk kata, Ian kurang kasih sayang.. :P

Paginya, Ian bangun seawal jam 6.. Pada waktu itu, dapatlah saya meluangkan sedikit waktu dengannya, walaupun dalam kekalutan mahu ke tempat kerja.

Sebetulnya, saya akui, masa saya bersama anak ini terlalu sedikit. Membuatkan dia sering ternanti-nanti kehadiran saya. Matanya bersinar-sinar setiap kali memandang saya. Hari minggu juga merupakan hari yang paling dia nantikan dan pada waktu itulah dia menunjukkan perangai mengada-ngadanya dengan saya.

Saya tahu, dua tahun pertama dalam kehidupan anak-anak kita adalah waktu terpenting kerana sel-sel otak mereka sedang berkembang pesat. Tambahan pula untuk anak-anak seperti Ian. Terasa bersalah kerana memperjudikan masa hadapannya.

Kerana itu, saya sudah mengambil keputusan untuk mengambil cuti tanpa gaji. Surat sokongan dari doktor-doktor Ian juga sudah saya perolehi. Tinggal lagi, mahu menyiapkan memo untuk jabatan sumber manusia sebelum menghantar permohonan. Semoga permohonan dan rayuan saya akan diterima.. Aminnn..

Memang agak susah saya membuat keputusan ini. Saya bukan hanya akan kehilangan pendapatan bulanan, tapi juga terpaksa membiayai kos perubatan Ian sendiri juga dan tidak lagi ditanggung oleh tempat kerja saya. Bermakna, secara totalnya, kami akan kehilangan RM6000 sebulan! Bukan satu jumlah yang kecil bagi kami.

Tapi kali ini, kami nekad. Sesuatu yang perlu harus didahulukan. Saya akan berpuas hati sekiranya saya gagal setelah mencuba. Tapi pastinya saya akan menyesal seumur hidup kiranya saya tidak pernah mencuba. Semoga permohonan saya diluluskan.. Semoga dipermudahkan jalan. Aminnn...

Dengan tempoh waktu yang panjang bersama Ian, semoga banyak manfaat yang akan dia perolehi. Saya juga boleh memulakan segala aktiviti-aktiviti yang saya rancangkan untuknya.. =)

P/s - Hm.. Saya perlu memikirkan sebarang pekerjaan yang boleh saya lakukan di rumah.. Ada idea tak? (Jgn suruh saya menjahit atau membuat kek.. Saya tiada kemahiran itu.. :P). On the other hand, Ian demam lagi.. Agak teruk.. Kasihan.. =(

32 comments:

Pnut said...

Salam Jiey, sure satu keputusan yang berat kan nak buat keputusan begitu, akak kagum sangat dengan semangat Jiey ni, dunno how to epxress.. bergenang air mata rasanya, sungguh besar jasa seorang ibu, sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak itu, tak kiralah hadirnya anak itu dalam keadaan apa pun,

sungguh Allah itu Maha ADil, dia berikan ibu bapa terbaik buat Ian, terus terang akak cakapkan, kalau akak sendiri di tempat Jiey, tak mungkin akak sekuat itu, tak mungkin juga akak mampu berikan yang terbaik macam Jiey buat tu..

Ya ALlah moga berbaloi dan berkat segala apa yang Jiey dan ibu-ibu anak istemewa yang lain lakukan.. moga kalian semua berjaya... akak doakan...

uhuhuh emosi sangat nih...

ibuVouge said...

jiey
insyALLAH niat yang baik ALLAH mudahkan. Wang memang menjadi keutamaan tapi ada byk lagi cara yang boleh dilakukan

'jeles la mama Ian boleh duduk umah dengan Ian, bila ibu nak duduk umah dengan anak anak ni?'

Queens said...

Ayra pun tekak merah lagi..tetiap bulan lak tu skran nih..tak tahu dah nk buat cmner :(

anyway jiey..manusia kalo100jam sehari pn x ckup..lumrah ar kan..
apa yg jiey pandai buat ? berniaga online? hmmm..susah gak kan?

tiara pun teringat nk ddk umah main ngan ayra 24 jamm.. hu hu hu sumer ibu ada cita2 cmtu ar tiara rasa..

Anasfadilah said...

Aminn,semoga diluluskan :)

pengorbanan mak ayah ni tak ternilai

aduh rasa nak nanges pula membaca entry kali ni

Ian,lekas sembuh dari demam ye

InsyaAllah,kami doakan segala urusan Jiey dan family di permudahkan Allah

p/s::hujung minggu adalah waktu beharga kami untuk Ziyyad,kalau boleh nak duduk,manjakan dia saja setiap saat.

eiNa said...

Ian..cepat sembuh okei.. mummy cuti jage Ian tu.. sure nnt Ian akan bertambah pandai dan kuat semangat..

Leen Die said...

Jiey syabas jiey coz ambil keputusan yang bagus utk bersama Ian..Bangga dengan keputusan Jiey..ibu mana yg sanggup tgk anak dia main sorang2 kan..membesar..kiter nak semua tue smeuanya didepan mata kiter kan..neway jiey gud luck menempuh dunai baru..

Ian demam lagi..alahai siannya..mesti rindu kat mama dia..balik lambt keje...huhuh

jiey gud luck untuk semuanya k..i alwiz pray for u dear n IAn..semuanya akan baik belaka dan dipermudahkan..amin

shima said...

Jiey, buatla yang mana terbaik ye. Semoga permohonan Jiey diluluskan. Akak kagum ngan Jiey..

Mrs. Simplicity said...

keputusan yang besar nak amik kan? aku dgr pun mcm berat je. tp takpe, susah sekarang, insyaAllah hasil nya di kemudian hari...

p/s : ko ari2 tak penah fail lg masak bubur untuk ian ek? jeles aku dgr. aku ni, skang asyik bg nia nestum je. tak lalu masak. sian nia... nak suh wan masak? takdela aku percaya. hehehe..

Jiey^Mien said...

Kak Pinut : Jgn terlalu mengangkat kak.. Jalan kami masih jauh.. =)

Penat gak pikir sebelum nak decide nih.. Last2 ckp, ah, redah je lah.. Yang lain blkg kira.. :P

iv : Jom wat cam jiey.. Pejam mata, redah jer.. Duit blkg kira.. :P

Queens : Ciyannya Ayra.. Moga Ayra pun cepat baik yea..

Meniaga online? Nak jual ape nih? Dpt tak 6k sebulan? :P

P/s - Kena jumpa Irfan Khairi nih.. Hehhehe

Anasfadilah : Aminnn..

Seronok la Ziyyad dimanja-manjakan.. =)

P/s - Masih menanti, bila la Ian nak pandai main nyorok2 nih..

eINa : Thanks dear.. =)
Belom start lagi la.. Hujung bulan 8 baru start.. Boss suh bagi 2 bulan notis (cam org nak resign plak kena bg notis).. Keje menimbun.. :P

Leen : Thanks dear.. AMinnnnn byk2.. Moga dipermudahkan.. =)

Puteri Nuur At-Terawis said...

jiey, moga permohonan diluluskan. sungguh jealous dengan keputusan ni, mama ian dok di rumah dengan ian. ish, nak jugak. nak jugak.tapi, itulah kasih ibu, kan? unconditional love!

AppleCrux said...

Insya-Allah niat yg baik akan dipermudahkan rezekinya. Mana tahu mungkin rezeki lain pulak yg akan melimpah..Semoga pemohonan Jiey akan diluluskan..

Cikpid said...

besar pengorbanan jiey..kalo ikutkan hati..mmg x sanggup lpskan anak utk di jaga org lain..main ngan anak ari sbtu ahad pon rase x cukup..

mesti ade rezeki Ian nnti..

gud luck jiey n take care..dh ddk umah msti Ian suke sgt2 nnti..

Jiey^Mien said...

Kak Shima : Aminn byk2.. =)

Aly : Berat tersangat la berat Ly weh.. :p

InsyaAllah..

P/s - Jgn gitu Ly, nama pun pembawakan budak.. Aku pun bg gak Ian mkn nestum.. Pagi2 la.. Tghari mkn porridge, petang mkn rusk n buah.. Mlm mkn spegeti or makaroni.. Penat gak memikirkan nk memasak tuk anak nih.. :P

Put : Jom ah Put, join the club.. =)

AppleCrux : Aminn.. Aminn.. Aminn.. =)

CikPid : Hopefully ada la rezeki kat mana2.. =)

Dh ddk umah nanti, ian suka la.. Mama dia pun suka bleh ngadap blog.. (Nawaitu mula serong.. ) :P

Jiey^Mien said...
This comment has been removed by the author.
Syaz said...

jiey wt bisness online...mmg la mula2 xle nk dapat 6k sebulan..tp insyallah sikit sebanyak ade la jugak duit masuk...kalau buat betol2 insyallah le cecah 5 angka...

saya tgh menuju ke arah itu skrg...insyallah...:D

Jiey^Mien said...

Syaz : Semangat nih dengar.. Tak sabar betul nk try.. =)

email2 la share..

misz_nierah said...

hurm, smoga dipermudahkan Allah dlm segala kerja2 akak. btol ckp MamaFarish, akak leh wt business online dr umah. ramai je yg dh berjaye. tp kene consistent tau. all the best yea kak. Fighting! ^_^

p/s: Ian, cepat sembuh yea T_T

Elyn Sani said...

i'allah mesti lulus tu jiey....hmmm i pun kalo duk umah x tau leh meniaga apa huhuhu

nieza said...

Jiey..
i think ur decison is good. takpe lah..duit boleh cari walaupun duit yg kekurangan itu banyak.. tapi rasanya Ian lebih perlukan Jiey buat masa ni.. semoga pengorbanan Jiey akan terbalas. semoga Allah mudahkan perjalanan Jiey sekeluarga.Ian sangat bertuah sebab ada mommy yg sangat berkorban apa saja utk dia...

ya jiey. buat lah business online. raya kan dah nak dekat..jual kuih raya ke...

Intan and The Boys said...

jiey, kite sokong keputusan jiey. tapi jiey cuti tanpa gaji ni for how long? 2 years?
insyaAllah jiey, keputusan yang jiey buat ni, ada hikmah disebaliknya. tentang rezeki tu, jiey cuba2lah berjinak2 dengan jual barang online ke...(biarpon tuan punya diri ni tak reti nak jual2 barang).
but again, insyaAllah rezeki Ian dan keluarga jiey ada jugak. Allah tu maha kaya kan? macam2 cara dia nak bagi rezeki.
:)

Sue.Aleen said...

Jiey,
Akak dah rasa tu semua. Hilang RM6k sebulan, malah negative income lagi. Tapi nilainya? Tidak boleh dinilaikan langsung...

Moga Allah swt mudahkan urusan Jiey.. ok!

yatie chomeyl said...

pengorbanan seore ibu buat anaknya..insya Allah jiey, niat yg baik akan di bantu oleh Allah.

takkan boring duk umah dengan Ian..layan kerenah dia sampai jiey raso mace x sio2 duk umah dgn dio ;)

Unknown said...

salam jiey..akak nak tabik spring kat jiey..tahniah..Dalam hidup serba duit, memang payah kita nak buat keputusan..akak nipun, walaupun cikgu..blk cpt kata org..tapi blk lmbt jgak, keje byk..cuma takla selewat org kerje ofis..tapi akak syukur, sekurang2nya akak ada lbh masa buat Iman..Tahniah sekali lagi..InsyaAllah Allah permudahkan jalan buat jiey..Untung Ian dapat mama sehebat jiey...

Anonymous said...

sabarlah jiey sume kje p0n baik biznez diam2 kat umah p0n mmg xde free time yg byk utk luang mase ngan anak2 kecualilah housewife yg bergaji.. xpe,sabtu ahad lah penuhkan mase ngan Ian.. zai tau tu p0n xckup n xpuaskan.. ape bleh wat.. papep0n m0ga Ian sihat cpt.. musim demam skrg.. miera p0n..

Farah said...

saya pon sokong jiey..walaupon tidak dpt membantu dr kewangan....harap2 tuhan permudahkan semua urusan jiey dan keluarga..

PurpearlLyna said...

Adek Ian, get well soon sayang !!

Watie Aziz said...

Jiey,i understand its not an easy decision for u. Percayalah. rezeki anak pasti ada. I buat bisnes onlinee, memang ada turun naik income, but memang percaya sesungguh hati yang Tuhan akan bg rezeki untuk anak i ..kalau pun bukan untuk i, tapi untuk anak i sentiasa ada .

insya Allah Jiey, percaya dengan janji Tuhan ...:)

Semoga Allah memudahkan segalanya bg Jiey..:)salam sayang ian ...ciannya demam, tak dapat dtg umah auntie kan .. hu hu..

Mamapinkie said...

my dear jiey, mesti susah nak decide untuk cuti tu kan...takpa Jiey, alhamdulillah... Insya-Allah ada keberkatan dalam keputusan Jiey tu yea...welcome to the club! Hehee...jiey cuti berapa bulan ke tahun yea? ..truthfully Jiey, akak yang tak keja nie pun tak dapat nak therapy Ridhwan non-stop jugak cause sian lak asyik therapy aje dibuatnya nanti penat pulak tapi akak buatlah apa yang mampu kan, as someone said to Jiey, its the quality that matters not quantity kan...tapi yelah, untuk anak special needs nie quality helps a lot actually..anyway, good luck dear! nanti leh lah buat playgroup for Ian and Ridhwan ;) too bad Jiey tak tinggal Shah Alam kan, leh buat playgroup se-often yang kita nak...hehee

izzahazfar said...

kak..
kalau zah diberi kesempatan..zah pun nak jaga raziq sepenuh masa..namun apakan daya...zah rasa tak mampu nak redah macam akak..

apapun..semoga Allah permudahkan semuanya ya..

Ian..semoga cepat sembuh!

Dina said...

I'm proud of you, really proud of you coz you cook for Ian every day.
Hebat Jiey, jangan mudah mengalah dengan kata orang lain.

Contoh cam Dina, adeeee je mulut-mulut yang cakap pasal Hubby;

"Nanti da ade anak susaaah.. hubby dok jauh, baik suh die keje darat je."


Tak pun, bile orang tau Dina masak kat umah hari-hari, or gigih jahit manik memalam pas balek dari ofis, ade yang cakap;

"Alaa.. tade anak lagi boleh laa.."

Nooooo!
I can do this.
You can do this.

Orang yang lemah saje akan banyak alasan.
Kita kuat kan Jiey?
Ian pun kuat jugak, of course :)

♥ Che NamNam ♥ said...

Moga dipermudahkan segala urusan ko Jiey...haku sokong aper jerk yg ko buat demi kebaikan Ian..Ian beruntung dapat ibu macam kau..

Liana Manjaku said...

Ya Allah...Jiey...keputusan yang dibuat tu...tersangat ler berat. Apapun ummi doakan semoga semua dipermudahkan olehNYA.
Pasal site income tu...apa kata jiey bizz online. Ada banyak benda yang boleh buat online nie. Cam jual tudung, kain ela, butang...macam2 ler.. Cuma kena kreatip sikit jer... Cam ummi, jual baju budak2. Alhamdulillah...dapat ler buat tambahan duit simpanan untuk Husna. :)