Friday, June 26, 2009

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Semalam, seperti kebiasaannya, kami ke SDMC lagi. Untuk sesi fisioterapi dan pertemuan dengan doctor rehab dan juga neurologist Ian.
.Sewaktu menunggu Ms. Sarjeet.. Sibuk mahu menanggalkan topinya.. :P
.
Sewaktu sesi fisio mahu dimulakan, Ian sudah menunjukkan tanda-tanda mahu tidur. Manakan tidak, dia bangun dari tidur seawal jam 5 pagi! Dan saya, terpaksalah ikut bangun walaupun malamnya tidur agak lambat kerana pulang lewat dari pejabat.
.
Sebaik diberikan pacifier sepanjang sesi fisioterapi, Ian tidak menangis.. Malahan tidak kisah apabila dipaksa berdiri dan mengangkat kepalanya tingi-tinggi. Mengikut sahaja arahan dari Ms Sarjeet.
.

Di awal sesi, masih ceria.. Seterusnya, mula layu.. :P

Kemudiannya, doctor rehab Ian tiba. Dia melakukan assessment ke atas Ian sekali lagi.. Alhamdulillah.. kebolehan yang Ian tunjukkan meletakkan dia di bawah rating “fair to good”.. Syukur tak terhingga di atas rahmatNya.

Head and neck control, semakin baik.. Postur badan sewaktu duduk juga semakin baik. Dia juga mampu duduk tanpa sokongan untuk beberapa ketika. Tetapi kebiasaannya, masih memerlukan sokongan. Very minimal support. Proses pengimbangan badan juga baik. Aktif meniarap. Tangan dan kaki yang kuat walaupun masih sensitive dengan sentuhan. He’s also reaching for things.. Dan lebih alert. Alhamdulillah...

Kali terakhir doctor ini bertemu Ian pada bulan April yang lalu. Katanya, dalam masa yang singkat, Ian menunjukkan banyak perkembangan yang positif.

Seterusnya, appointment dengan Dr. Sofiah. Sekali lagi, hero kami mendapat pujian dari Dr. Sofiah. Dia bukan sahaja lebih alert dengan persekitarannya, tapi cuba untuk socializing. Mula-mula memasuki bilik doctor lagi dia sudah menegur Dr. Sofiah. He’s also vocabulizing a lot, although it’s just babbles. Ba.. Ba.. Ba.. Bu.. Bu.. Bu.. Ma.. Ma.. Wawu.. Wawu.. Dan beberapa lagi "perkataan" pelik.. :P

Sibuk menonton TV sewaktu menantikan giliran berjumpa dengan Dr. Sofiah.. =)

Sewaktu Dr. Sofia memegang tangan Ian, Ian menunjukkan ‘kekuatan’nya dengan menarik tangannya kembali, dengan kuat.

Ian juga menunjukkan rasa ingin tahu yang tinggi. Sewaktu Dr. Sofiah sibuk meneliti laporan-laporan perubatan Ian yang saya bawa dari PMC, Ian juga ‘sibuk’ mencapai kertas-kertas yang berada di atas meja Dr. Sofiah. Dan dia berjaya mengambil beberapa helai kertas yang berada di atas meja itu. Kelakar sekali aksinya waktu itu. Dr. Sofiah sangat berpuas hati dengan perkembangannya.

Sewaktu Dr. Sofiah sedang memeberikan penerangan kepada kami, beberapa kali kami menganggukkan kepala menandakan kami memahami penjelasan yang diberikan. Melihatkan reaksi kami, Ian juga sibuk memandang Dr. Sofiah sambil mengangguk-angguk kepalanya. Comel.. "Ishh.. Dia pun paham jugak rupanya.." Seloroh Dr. Sofiah sambil ketawa..

Dr. Sofiah juga mengatakan Ian lebih fokus dari sebelumnya. Dan saya mengakui kata-kata Dr. Sofiah itu. "Betul doktor, sekarang ni, tengok TV pun dah makin lama.." Saya menjawab sambil tersenyum. "Oh, takmo la tengok kartun, tak elok tu.." Jawab Dr. Sofiah. Hehhe.. Bad mama! InsyaAllah, nanti akan saya carikan DVD brainy baby seperti Auntie Watie.. Actually, Ian paling menyukai iklan di TV. Cuma kebelakangan ini, dia memilih untuk menonton semua rancangan. (Last nite I've stopped him from watching Keliwon.. Alahai anak.. Ni salah ayah la nih!!)

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan berat badan Ian stagnant, kali ini, berat badan Ian sudah 8.35kg. Walau naiknya hanya 600gm, itu sudah memadai kerana sudah lama berat Ian tidak naik. Sedari dia berusia 7 bulan.

Cuma satu yang agak menggusarkan hati kami, setelah beberapa ketika matanya semakin baik, kini, squint Ian kembali! Mata kanannya lebih teruk berbanding mata kiri. Tapi secara keseluruhan, kedua-dua matanya menunjukkan crossed eyes yang semakin jelas. Saya bangkitkan hal ini kepada kedua-dua doktor. Memandangkan Ian melihat dengan baik, mereka menyuruh kami memantau sahaja dahulu. Kata mereka, ini mungkin kesan demam panas tempoh hari.. Semoga ianya akan bertambah baik nanti.. InsyaAllah..

Kami juga bakal berjumpa dengan pakar ENT yang akan menilai sama ada Ian perlukan alat bantuan pendengaran pada usia sekarang atau sekadar memantau sahaja dahulu. Ujian pendengaran akan diulang pada hujung tahun ini atau pun awal tahun hadapan. I’ve stopped wondering and started believing. Ian definitely can hear. But of course, it is just with his right ear! :p

Hari ini, setelah 13 bulan usia Ian, baru saya tahu kenapa Ian h************, kerana dia menghidap h***************. Istilah yang semakin panjang dan semakin sukar untuk disebut. Hahahha.. Sewaktu saya mencari maklumat tentang keadaan ini di Internet, tahulah saya ia bukannya sesuatu yang simple. Patutlah majoriti doctor meramalkan Ian tidak akan panjang umur, kerana ianya sesuatu yang serius. Janin yang melalui keadaan ini bukan sahaja brain damaged, tapi mungkin juga mengalami kecacatan pada bahagian mulut, hidung dan mata.

Banyak kes seperti ini yang mencatatkan kecacatan seperti tiada hidung, hanya salurnya sahaja.. Mulut yang tidak terbentuk elok. Mata yang tidak sempurna. Kadar kematian untuk janin-janin ini juga tinggi. Sama ada meninggal setelah dilahirkan atau pun meninggalkan sewaktu dalam kandungan. Cukup menakutkan bukan? Apa lagi yang boleh saya katakan kecuali mengucapkan syukur kepadaNya di atas anugerah yang tak ternilai ini.. =)

P/s – Masih dengan rasa yang sama.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. =)
Mahu pergi ke Gedangsa.. Jom Put.. Jom Kak Reenaz.. Ina, Ita, bleh ke nak ikut?

39 comments:

Marsha~ said...

Alhamdulillah.... kan saya dah cakap Ian ni bijak, suma dia malu2 nak tunjuk je... hehehehe.. seronok dgr perkembangan Ian..puting Ian color pink lagi... hehehehehe...

Jiey^Mien said...

Marsha : Terlampau malu tak bleh la jugak.. Makin jauh ketinggalan.. Qila dah pandai merempit, Ian dok tepuk tangan tepi jalan jer.. Hehhehe..

Tu la puting feveret dia.. Ada kaler biru satu, tapi jatuh bawah kete ayah dia.. terus nenek dia suh buang.. takut kena toksin.. apakebenda toksinnya, mokcik pun taktau.. :P

Puan ApasH said...

Alhamdulillah..good boy Ian..

Belly-Button said...

ahlmdlh.. seronok dgr dia da byk improvement... harap2 kak jiey chiayyok2 lebih kuat lg, so dat Ian will b better, better, and best! ;)

Sue.Aleen said...

alhamdulillah... I'm waiting for cik Syafiah's turn... lambat pun lambat la...

Nina said...

syukur.....ian ni mmg kuatla.good boyy

AppleCrux said...

Alhamdullilah di atas perkembangan Ian. Boleh bwk gi tmn lepas ni eh..hehehe..eii..hensem aaa budak ni pakai topi..Nazif mmg tak nak langsung topi...haihh

cerevisieae said...

ALhamdulillah... Moga Ian terus dapat yg terbaik selalu..

Adinina said...

Great...Alhamdulillah...Ian mmg hebat! :) Auntie nak kasi flying kiss lah...muah2!

mOmmy of Triplets plus One said...

good to hear tat! alhamdulillah
chop kt Gedangsang ade ape?

ibu_Arifa said...

alhamdulillah..Ian dah banyak improve dah. suka sgt dengar.. alhamdulilah..

Mama Ian kuat, so Ian pun jd kuat jugak lah..

pasni tak leh lah buka surat/baca paper dekat2 Ian..nnt Ian nak nak pulak..bila nmpk kertas2 tu..hihihi

eiNa said...

hurmm..bangga saya baca pkembangan Ian.. alhamdulillah..berkat dr kesabaran dan kesungguhan Jiey jugak nih.. dan yg plg HeRO.. ian sbb buktikan kemampuan diri..=) gud job bebeh..

Tiara said...

Alhamdulillah..
Ian goodboy..

Berkat doa ibu juga .. insyallah semua akan baik2 saja..

Jue @ atanayuiman said...

perkembangan yang cukup memberangsangkan.. Go Ian.. Go Ian..

yanadzul said...

Ian semoga lebih aktif ok..senyum slalu..

Unknown said...

wow... best... perkembangan yg positif... yup.. ian akan berjalan tak lama lagik...chaiyookk ian....

Farah said...

alhamdulillah..sukanye hati bila denga ian byk improvement...

that's because ian has a great mother like u jiey!

Intan and The Boys said...

yeayyy!!!
Ian terer aaa...bangga auntie intan tau.
hehehee.

nieza said...

alhamdulillah.. Go Ian the hero.. so proud reading perkembangan dia, apatah lagi mama dia kan..kan.. Jiey you and husband deserve to be proud.. Ian memang anugerah terhebat!

AiYa said...

go Ian, good boy!

theres nothing impossible, hope both of u tetap tebah. :)

*topi Ian sma la ngan najwa. ehhehe

Eliss said...

wah..awak hebat la Ian...banyak dah improvement tu!!cium-cium sket..muashhhh...
p/s: saya kecik lagi auntie Jiey, tak per kan cium Ian?

xoxo,
Nuha

Liana Manjaku said...

Alhamdulillah...Bersyukur mendengar perkembangan yang amat baik untuk Ian. InsyaAllah...akan ada lagi perkembangan yang positif buat Ian. Tahniah Ian...

Anasfadilah said...

Yay for Ian :)

Alhamdulillah..

klakar betul tengok gambar Ian yang layu nak tertido..

cute aje layu pun..heheh

A.I said...

Wahhhhhhhhhhhhhhhh!!!! bagus la ian!!! Lega kan wei?

3740Journal said...

teringin nak jumpe Ian..:)

Unknown said...

Alhamdulillah..moga ian terus ada perkembangan positif..hati teringin jugak nak ke gedangsa tu..kalaula akak boleh drive jauh2..mau rasanya g sendiri...

Ummi Alisya said...

boleh ajer lah Ian sayang... bile Ian & mama dah get ready, jom lah konvoi ramai2. InsyaAllah ade 'jodoh' anak kite nak baik kat sane, sape tahu? kite hanya berusaha, Allah yang menentukan dgn izinNya...

yatie chomeyl said...

alhamdulillah jiey..syukur sgt2 dgn perkembangan terbaru Ian nih... speechless doh ore..over excited sgt2 sebab ore dah anggap Ian ni mace anok ore sendiri *walaupun x penoh jupo*...hopefully bilo2 nanti..ado lah jodoh baby nazhan nok jupo dengan abe Ian dio ;)

Jiey^Mien said...

Mama Qaseh : Alhamdulillah.. Most of the time, Ian mmg good boy, tapi bila dtg angin kus kus.. hohoho.. bleh tahan gak pakcik nih.. :P

Belly-Button : InsyaAlla.. Moga terus dikuatkan hati.. Ni pun nak tambah giatkan usaha la nih.. =)

Kak Suealeen : InsyaAllah.. Tak lama dah tu turn Syafiah.. =)

Nina : Alhamdulillah.. Rezeki tuhan..

AppleCrux : Sbb tanak pki cap la tuh smpi berkerut-kerut muka.. Bila dpt buang jer, sengih2 terus.. :P

Jiey^Mien said...

cerevisieae : aminnn byk2.. thanks for the doa.. =)

adinina : auntie flying kiss ian bleh tahan lagi.. kalo nafisa bagi, ian sookaa penuh perasaan.. ;P

mommy of triplets plus one : gedangsa tu cam tempat yang buat alternatif treatment la.. dia wrap badan patient for few hours utk stimulate proprioceptors.. nak try jer.. hopefully good for ian.. =)

ibu_arifa : kita membaca, dia pun sibuk nak 'membaca'..

tapi Alhamdulillah la.. dia dah bleh handle buku for quite some times sblm dia bawak masuk mulut. Kalo dulu, dpt jer, terus bwk masuk mulut.. ni dia tgk2 dulu, pastu baru la masuk mulut lepas dia dah bosan..

eina : nak kata sabar sangat tu takde la jugak kot.. mama ni dia nih bukannya jenis penyabar sgt, tu yg ada masa rasa 'down' jer tuh.. :P

Jiey^Mien said...

Tiara : Hopefully, akan terus ok.. =)

Jue : Moga2 akan makin byk perkembangan yang ian boleh tunjukkan.. =)

yanadzul : ian ni memang kaki senyum.. sengih jer memanjang..

adwindaa : lama sket kot kalo nak jalan.. coz belakang n hips dia tak kuat sgt lagi.. :P

farah : jgn puji lebih2.. nnt pengsan plak..
rezeki ian, tuhan bagi.. Alhamdulillah..

Jiey^Mien said...

puterikurekure : harap2, bila auntie intan bersalin, ian dah leh jalan gi tgk baby auntie.. :P

nieza : thanks dear. Alhamdulillah.. bersyukur atas kehadiran Ian yang byk membuka mata.. =)

AiYa : InsyaAllah..

Sama ke? Tu birthday gift Ian tuh.. Auntie Elyn kasik.. =)

Elissmie : Amboiii.. Suka la saya.. Mak saya tak kisah la wak.. dia sporting.. :P

Liana : InsyaAllah.. Thanks dear.. =)

Jiey^Mien said...

Anasfadilah : Yayyy kembali for Ziyyad (tatau ape relevannya)

cuba letak gambar ziyyad layu plak.. takleh imagine la camne mata bulat dia layu.. :P

ai : takde la lega sangat kak.. jauh lagi perjalanan nih.. esp tang mata n telinga tuh.. :P

azzamoro : bleh jumpe masa gath kat sarakids.

Ayrill pegi tak? =)

Kak Nanie : Jom la kak.. Kira tumpang2 la.. Jiey pun kalo gi, 3 org jer dlm kete..

Ita : Kalo ikut hati ni, esok pun nak gi.. Tapi kena check schedule dulu.. Ita bila nk gi??

Yatie : Huhuhu.. syahdunyo bilo baco ayat neh --> ado lah jodoh baby nazhan nok jupo dengan abe Ian dio..
Tie, timo kasih kerana menerima.. terharu.. terharu.. InsyaAllah ado jodoh.. bleh la jupo.. meh kelik mesia meh.. =)

Yasmin Nabilah.. said...

Alhamdulillah..semua berkat usaha Jiey..akhirnya berbalas gak kan..Jom..kita reramaikan lagi ke gedangsa..hehe..baru la best kan..!Ina insyaallah..esok gi kalau takde apa2 yang menghalang..

Unknown said...

yea yea.. ian dah pandai mcm2 skrg.. suke aunty zai tau.. ian kiut n comel dlm sume pic kat atas..

Leen Die said...

waahh jieyy..syukur..amin ra RABB..Ian dah ada peningkatan...kyusuk tgk tv ye ian..hahha kecik2 pandai tgk keliwon..tak takut ke..pepe pun ian auntie bangga ngan ian..go go ian..

Puteri Nuur At-Terawis said...

jiey bila nak gi?

Watie Aziz said...

Jiey,sempat jugak i nyinggah dalam sibuk2 duk bayar bil online utk party qarissa nih ..dah pukul 3.15 pagi nih ha ..hehehehe...

tahniah Jiey, tahniah Ian ..Auntie is very proud of you Ian!! Yakin boleh sayang ..

awat tgk keliwon yg oi....notty ah Daddy ian!! hahahahha...haruss beli cepat2 DVD Education utk Ian Jiey ...:)

Dina said...

Sonot nye tengok Ian berkembang lebih maju ke hadapan!

Go go IAN!

^____^