Thursday, June 4, 2009

Cinta antara kita..

Sesungguhnya, memiliki anak istimewa merupakan satu perjalanan yang tidak mudah. Ada turun naik dan tenggelam timbul.. Terlalu banyak gelombangnya. Kalau hanya satu pihak yang bekerja keras, mana mungkin segalanya berlalu dengan baik.
.
Seperti kata Neurologist Ian, "It's really a hard work. Both of you need to get involved. Not just the mother or the father."
.
Saya akui kebenaran kata-kata doktor itu. Saya sebenarnya cukup berterima kasih dan bersyukur di atas penerimaan dan kasih sayang hubby untuk Ian. Namun menerima dan menyayangi tidak mencukupi tanpa disulami dengan usaha yang gigih.
.
Itulah hubby, menerima seadanya, tanpa mahu usaha yang lebih..
.
Benar, hubby tidak pernah jemu menjadi pemandu kami setiap kali ke sesi fisioterapi mahupun pemeriksaan lanjutan. Namun itu tidak mencukupi. Dia harus turut sama terlibat. Menjadi pemerhati dan pelajar pada setiap sesi terapi, menjadi pendengar untuk setiap pesanan dan maklumat yang diberi oleh doktor.
.
Tapi dengan hubby, dia seakan melepaskan segalanya kepada saya. Mungkin kerana dia menyaksikan kesungguhan pada diri saya. Mungkin kerana dia melihat sifat monopoli yang saya tunjukkan.
.
Sesungguhnya, tiada niat mahu menunjukkan kekuasaan atau mahu mengawal segalanya. Namun kerana sikap acuh tidak acuh yang hubby tunjukkan, membuatkan saya terpaksa mengambil alih segalanya. Saya mahu segalanya bergerak pantas. Sedangkan hubby lebih mengamalkan sikap slow and steady.
.
Mungkin kerana saya kurang percaya padanya, membuatkan dia semakin 'bersenang-lenang' dan melepaskan segalanya kepada saya. Maka berlakukah pergaduhan antara suami dan isteri. Dan syaitan pun bersorak kegembiraan. :P
.
Pernah terlintas di hati ini, mahu lari dan meninggalkan Rayyan kepadanya. Tidak lama, mungkin untuk seminggu dua.. Mahu melihat sejauh mana yang akan dia lakukan untuk anak yang dia amat sayangi ini. Kata cinta dan kasih buat anak ini tidak pernah putus dilafazkannya. Pada fikirannya saya, andainya saya tiada di sisi, mungkin dia akan menzahirkan kasih sayangnya dari segi perbuatan pula.
.
Akhirnya, kami berbincang dari hati ke hati. Kami setuju, untuk dia lebih terlibat dan mendahului keperluan Rayyan dari segalanya. Dan saya juga perlu lebih 'percaya' kepadanya, supaya dia tidak lagi menjauh..
.
InsyaAllah, saya akan cuba.. Mungkin saya perlu meletakkan ke tepi mindset yang mengatakan hanya saya yang mampu membuat yang terbaik untuk Rayyan. Mungkin saya perlu beralih ke tepi dan memberi ruang untuk orang lain turut sama terlibat.
.
Inilah anak yang ditidurkan oleh ayahnya.. Tilam entah ke mana.. Bantal entah ke mana.. Macam mana nak percaya ek? :P
.
Ini cinta antara kita, jangan sekali-kali kita mensia-siakan cinta terindah ini!
.
Alhamdulillah, 'perbincangan' kami membuahkan hasil. Dan hubby mula cuba membuat fisioterapi Ian menggunakan gym ball. Agak kekok pada awalnya, namun saya gembira dia mencuba. Dia juga mula bersungguh dalam hal-hal yang lain. Andai saya suarakan sesuatu yang bermanfaat untuk Ian, bersungguh benar dia cuba dapatkan walaupun dalam kepenatan. Mungkin kali ini dia merasa diperlukan, bukan sekadar 'pemandu' yang perlu membawa kami ke hospital.. :P
.
P/s - Hebat juga kuasa diplomasi ya? :P
Kadang2, saya berharap hubby membaca blog saya. Tapi saya tahu dia tidak berminat.. Melainkan saya menulis sesuatu tentang Liverpool! :P

34 comments:

Elyn Sani said...

saya pun slalu harap hubby baca blog nilelagi kalo ade post "emo". biar die tau perasaan bini die ni tp ehmmm kalo saya tepek pic kete ari2 mmg die baca la kot!!!

hihi bapak tido kan anak mmg gitu kot jiey!!! wafiq pun slalu melintang tah kemana kalo saya tgglkan tido ngan bpknye......

mirah said...

ya jiey, mirah setuju bapa jga perlu main peranan dalam menguruskan anak. Bukan setakat memenuhi keperluan material shja. Husband mirah pun dah take over sesi membaca dgn aisyah, kalau harapkan kita semua, memang tak sempatlah nak buat.

Eliss said...

lelaki memang selalu amik mudah dalam semua aspek kan...huhuhu..kita sabar jer laa dan doa doa doa doa agar dier berubah mengikut apa yang kiter inginkan..Insya Allah...

Ina said...

Kdg2 org laki ni mmg xreti or xtau mcm mana nk start or buat benda tu. Kdg2 kiter pn terlupa nk libatkan hubby skali. Hubby plak kdg2 bila dh tgk kiter monopoli dia pn senyap je sbb kdg2 bila dia cuba sibuk2 kan diri kiter plak yg xlayan. Kalau kami ni mcm tu lah juga dlm certain hal hehe. So krg dok ajar2 jugak hubby so that dia tau n pandai sket. InsyaAllah nnt makin cepat la Ian pandai dh ada 2 coaches hehe.

PS- Baru baca entry lampu jatuh tu. Ya Allah, syukur nasib baik xkena sapa2!

Adinina said...

org laki mmg mcm tu kot...slow and steady...takley push2. hehe. nak2 lagi ada maid. Sekiranya ada maid, pasti sedikit lepas tangan. (contohnye kalau blk keje, bini nak masak, biar lah maid jaga, sedangkan dia baring tgk tv). It's the same trait that i've been observing over a few guys hihih.

Anonymous said...

toksah la suruh hubby bukak blog , ko print je kasik dia baca..hihi

izzahazfar said...

salam kak..

kadang2 suami mmg mcm tu...dan rasanya suami kita sama..

bila dia tengok kita mampu buat...kadang2 dia lupa..yg dia juga perlu bersama barulah kita juga sama kuat mendidik anak..

P/S:kuasa diplomasi mmg kuat..alhamdulillah saya juga menggunakannya demi Raziq Akmal..dan suami kita sama bila dia juga tak suka baca blog2 ni..hehehe

ibuVouge said...

salamm Jiey
lama tak tinggal komen
tapi tetap jenguk..:P

iv pun tengah berusaha untuk berdiplomasi dengan suami ku

jiey telah buktikan...so iv lagi teruja
mungkin bleh guna masa semasa balik kelantan besok..

Unknown said...

Salam jiey....

Akak pernah rasa dan faham apa yg jiey rasakan..Itulah sikap lelaki, ambil mudah..menerima tapi tak mau berusaha..Jika diikutkan hati, memang boleh bergaduh...Tapi apalah yg terdaya akak lakukan..hanya doa..cakap sudah, nasihat pun sudah..biarlah masa yg mengubahnya..Dan akhirnya, suami akak sendiri berubah tanpa perlu disuruh..Dia mimpi Iman berlari mengejarnya di taman..dan dia mahu mimpi itu jadi kenyataan..Dia akan turut serta dalam sesi terapi yg dilakukan..bahkan dia yg lebih excited..Dalam hati Alhamdulillah..Nasihat akak, kita kena bersabar byk2, bykkan bersuara dari hati ke hati, kalau tak sempat bercakap, guna sms..biar dia tahu apa yg kita rasa..jgn pendam, nanti kita yg sakit jiwa..Jgn ikutkan hati..tapi kadang2 geram gak kan..

Cikpid said...

Hehhehe..comel Ian tido camtu..siap tunggang langgang dh sipi tilan die tido..

Camtu laa as husband n wife mmg kene byk bincang...

Queens said...

lelaki/bapak2 memang mcm tuh..depa slow n steady.. dari segi apa pun.. so kita as ibu mmg selalu nk cepat n alert cepat..sebb tuhan anugerahkan kita NALURI/instinct omputeh kata.. bapak2 tak ada naluri tuh..
itulah sebabnya syurga dibawah tapak kaki ibu..bukan bapak2...

hi hi hi

beckham pun suka liverpool..boring!

Syaz said...

bila jiey tulis entry ni sebenarnya bukan jiey je alami..saya pun alami cuma cara sedikit berbeza...kdg2 geram..pastu mula la nk gaduh...tp lama2 si dia mula berubah dan saya semakin memahami...

AiYa said...

ganas gak Ian tdo ya. comel.

Unknown said...

salam...sememangnya anak2 adalah harta yang tak ternilai dalam hidup kita...usah dipersia...

NizA said...

xperlah jiey...at least perbincangan hati ke hati menampakkan perubahan pd diri hubby tuk bersama2 membantu Ian...bg dia masa n peluang tuk dia membiasakan diri dlm menguruskan Ian...

SyahNur said...

hubby kite same la.. x minat dgn blog2 ni sbb dia minat muzik.. sebaliknya dgn sy yg langsung x minat muzik.. haha..

bagus sbb jiey buat perbincangan dr hati ke hati.. ini prnting utk meluahkan ketidakpuasan hati.. takdir sy yg mendpat anak 2 org utk 1st child (twins), menyebabkn hubby amik port utk membantu sy uruskan anak2, lebih2 lg bile ade yg 3rd one yg skrg ni menyusu dgn sy, lagi la hubby terpaksa uruskan twins sepenuhnya bile dia di rumah..

sy rasa mmg normal lelaki ni, bile anak masih sorg, dia lepas tgn kt ibu sbb itu lah yg terjadi pd salah sorg ipar sy, hubby dia lepas tgn terus kt si ibu utk uruskn anak diaorg yg sorg tu..

Mrs. Simplicity said...

huh, part slow & steady tu tersangat la aku setuju. kadang geram jugak dgn perangai lelaki ni yg jenis rilex jek. tu pasal bia kite yg buat dr kite rasa sakit hati nak tunggu & tgk dia buat.

tu la yg aku ckp, time anak sakit, aku la yg kelam kabut, dia bole buat sengal je.

kalo aku lepaskan kat wan sih jaga nia, bole sama kes dgn ian la. dgr nia menangis jek lps tu dimarahnye budak tu.

p/s : alamak, telepas perasaan lak. ;p

iBu ZulFaQar RayYaN said...

betol2..betol my zulfaqar pon bila tido dgn ayah dia..arah jarum jam tah pukul brapa???hubby involve???mmg orang lelaki gitu...

mOmmy of Triplets plus One said...

oh in my case,hubby baca my blog so mmg kena bertapis yer ape i nk suarakn die blog..haha

nway, alhamdulillah my husbang get involved with the kids. for a start u tolong lah die..tapi then again bak kate u jgn lar manapulasi the situation kang ade die kate "serupe u jer yg buat"

nanti once rayyan dah berjaya buat ape yg die ajar..im sure he'll be very happy with the success and tak sabar nk ajar mende baru to him.

i read somewhere, anak premie mcm mine is better off with dad sbb bapa lebih kasar..that would help toughen them up. ye lah, mak mak ni kn nk lambung skit pun dh risau.
but its good actually tebalik2 kn diorang.

but of coz ur case, ade lar limit kot nk tebalik2 kn die.

but bottom line is, do things together =)

yatie chomeyl said...

ore laki mem gitu deh...kalu x oyat gop, wat x tahu jah. tp kalu sekali kito royat, insya Allah dio pehe. yang ore pue plop suko pende2, sipe2 dale hati..keno luahkan baru tok lakki pehe deh.

molek jugop entry nih, peringate ko diri ku ini...takpo jiey, slow2 'lepas' and 'cayo' ko hubby mu itu :)

ibuVouge said...

jiey..jom la
email iv analinaatbernasdotkomdotmy.
nanti kita tukar contact number

Puteri Nuur At-Terawis said...

jiey,
seperti yang pernah kita sama-sama suarakan di penghujung majlis birthday Ian ;P Itulah suami :D

Moga diplomasi kita difahami suami. Sekurang-kurangnya, ada juga yg jadi driver untuk Jiey ke hospital.

Sedangkan Put, ALL in one.

Sayalah driver.
Sayalah therapist wanna-be.
Sayalah yang mendukung Idris ke hulu ke hilir, dan Allah sayangkan Put, sebab tu dia berikan anugerah 'badan yang mekar' untuk Put gunakan dalam mendidik Idris.

:D

Dan, saya semakin tabah menghadapi hari mendatang, Insya Allah.

Intan and The Boys said...

lasak jugak si Ian ni tidor ek. boys...memang tido lasak.
:)
orang lelaki ni, kadang2 kite kena berzikir kat telinga dia, baru dia nak angkat bontot buat keje. hehehehe~

MeL said...

lelaki/suami mmg mcm tu la jiey. same happens to me here. kdg2 burst jgk. its like sumenye kt yg buat..

Jiey^Mien said...

Elyn : Tapi bukan En. Faiz (Bukan En.TEddy) baca ke ur blog?

Itu la kan.. Macam mana nak percaya kat kaum bapak nih kalo tido kan anak pun asyik lintang pukang jer.. :P

Mirah : Oh bagus la since hubby Mirah nak get involved. Hubby Jiey, dok nak tunggu Ian besar coz nak bwk gi tgk bola, main go-kart etc.. Haihh..

elissmie : itu la.. penat dah bebel.. berubah la 3 hari.. :P

Ina : Kena ajar pelan2 kan.. Tp kdg2, ego yang tinggi tu buat diorg tanak terima.. :P

Termonopoli sbb dah dia yang lambat sgt gerak.. haihh.. serabut mata.. :P

Adinina : Oh yes, it happened to me as well.. Skrg ni, I letak jer Ian kat ayah dia.. Tak bg bibik.. Nk suh beramah mesra sket ngan ayah dia..

Jiey^Mien said...

Anon @ Fad : Malas la weh.. Kang bebel kat aku plak kata ngutuk dia kat blog.. :P

izzahazfar : ramai rupanya kaum ibu yang senasib.. hehehhe..

iv : Hopefully, this time around, kekal lama la sket hasil diplomasi tu.. (jiey rs, bukan diplomasi tu yg hubby jiey takut, tp sbb kena ugut nk tggl berdua ngan ian.. muahahhaa)

nnt contact tau, jiey dah email phone no.

kerikil kehidupan : itu la kak.. hopefully nanti hubby jiey pun bleh involve camtu gak.. skrg ni, kalo fisio ke ape, dia dok kat luar, tgg sambil baca paper.. Pastu blk umah nnt, jiey la plak ulang apa yang therapist tu ckp, bia dia buat kat ian..

P/s - dia kata jiey byk borak ngan therapist tu.. tu yg dia malas nk join.. (hmm.. alasan ke betul agaknya nih? haihhh)

cikpid : pokcik nih memang tido lasak.. tak sabar nak tgg dia dah boleh gerak nnt.. mesti lasak sgt2.. Jgn nnt mama dia ni komplen plak udah la..

Jiey^Mien said...

queens : tapi nampak bekham ok jer ngan ayra.. ayra nak kat daddy dia jer tuh.. kalo ian, nangis2 tanak kat ayah dia.. cium pun tak bleh.. meraung la budak tu..

mama farish : alhamdulillah berubah.. hopefully hubby jiey nih pun berubah bebetul.. bukan utk dua tiga hari jer..

aiya : ganas tak ganas, memang takleh la kalo tido kat katil kitorg, kena letak kat katil dia.. kalo tak, kejap je dah menghimpit kita..

miela77 : insyaAllah kak, menghargai dan menyayangi selagi hayat dikandung badan.. =)

niza : itu la.. i shud have done this earlier.. skrg ni, ian pun dah tanak ngan dia.. dia plak bleh guna excuse tu la.. kata ian tanak kat dia.. haihhh.. takpe la.. better late than never..

Jiey^Mien said...

SyahNur : itu la.. kalo dah ada 2/3 org, nak tanak, diorg terpaksa join skali nak urus anak kan?

ni kitorg nih, dah la ada ank sorang, ada maid plak.. lagi la dia nak lepas tgn.. :P

aly : huhuhu.. aku sgt memahami.. anak sakit bukan benda kecik kan? penah skali, pokcik limin nak gi outstation, pastu rayyan demam.. aku suh la gi anta klinik dulu, boleh dia bising nagn aku kata dia dh lambat.. naik antu la mokcik.. pastu terus bersungguh gi antar.. muahahha.. selalu nk tgg aku bertasbih dulu..

p/s - alamak, melepaskan perasaan jugak plak.. :P

ibu zulfaqar rayyan : ikut arah jam, lawan arah jam, semua pun ada.. :P

mommy of triplets plus one : ms i marathon baca ur blog tu, touched giler bila tgk ur hubby mandikan ur kids.. ni rayyan dh one year old, baru terhegeh2 nak mandikan budak tu.. nangis2 la tanak ngan ayah dia..

i wish i had let him take care of rayyan long time ago so that rayyan will love his father like he loves me. skrg ni, tgk ayah dia pun dah nangis, macam stranger.. siyan plak kat both of them.. =(

yatiey : biar hubby jago baby SN lebih2 sket tau.. =)

Sue.Aleen said...

alhamdulillah.. husband akak banyak berinisiatif. kami dua² terpaksa berkorban. dia korbankan cuti semata-mata bawa Syafiah ke physio. kadang berkorban cuti juga bila Syafiah masuk hospital. di rumah tiada pembantu.

anak² akak perlu jaga. selalunya bila waktu sekolah memang akak takleh ikut hubby dan Syafiah sebab kena tunggu anak sorang lagi balik dari sekolah. dah ada anak lain ni tanggungjawab terhadap mereka tidak boleh diabaikan sebab mereka juga amanah.

bila hubby ada masa dia akan buat terapi dengan Syafiah sampai nangis² budak tu dibuatnya.. hihi!

Jiey^Mien said...

iv : dah! dah! dah email phone no.

put : tu sbb jiey x reti drive, cuba kalo jiey bleh drive sdr, harus la tersenget2 dukung ian..

p/s - samo la tu.. mok gak semangat jah body.. anakanda selim melim.. :P

puterikurekure : hadoii la.. bukan stakat berzikir, bertahmid, bertasbih pun ada.. kadang2 siap nyanyi lagu nasyid! :P

Mel : A'ah kan? Lagi2 la u dok ngan Mika 24/7.. Huhuhu..

Conclusion untuk topik hari nih, I'm not alone.. :P

Jiey^Mien said...

kak sue : bestnya la hai Kak sue.. kalo hubby jiey, bila kita buat fisio kat anak n anak nangis, kita yang kena marah.. :P

Sue.Aleen said...

hubby akak kalo bagi nangis Syafiah, si abang yang beria-ia marahkan ayahnya balik.. hehe...

Jiey^Mien said...

Kak Sue : Untung la Cik Syafiah ni, ramai yang protect dia.. =)

Farah said...

haha tilam kemana ian kemana...yup diplomasi mmg sgt power!

plg utama jgn berbincang dlm keadaan hati yg marah ..kalau tak mmg bergaduh je lebih dr berbincang hahaha..