Serasa saya, para pengguna Star LRT atau pun Putra LRT Masjid Jamek pastinya pernah terserempak dengan seorang lelaki berkerusi roda yang gigih menjual kerepek. Tanpa mengenal erti jemu dan penat, dia menjerit, berulang kali.. “Kerepek.. Kerepek.. Kerepek..”
.
Apa yang dilakukannya cukup menyentuh hati saya. Dia tidak meminta sedekah, malah berusaha mencari rezeki yang halal. Dari pagi membawa ke malam. Gigih, tabah dan kuat..
Apa yang dilakukannya cukup menyentuh hati saya. Dia tidak meminta sedekah, malah berusaha mencari rezeki yang halal. Dari pagi membawa ke malam. Gigih, tabah dan kuat..
.
Di sisi kerusi rodanya, ada beberapa botol air mineral. Apabila masuk sahaja waktu maghrib, dia akan segera menggunakan air dari botol-botol itu untuk berwuduk. Dalam keadaan begitu, dia tidak pernah leka menunaikan perintah Allah SWT. Walau solatnya hanya di tengah alam, namun ia tidak pernah menjadi halangan buat dirinya.

Kebiasaannya, saya hanya meletakkan sekeping not seringgit dua setiap kali saya melihat dia. Begitu juga semalam. Namun bezanya, semalam saya terus berlalu dengan hanya memberi sebuah senyuman. Tiada bicara. Kerana kesibukan yang mengejar. Dan kerana dia juga sedang sibuk berwudhuk.

“Maaf yea kak.. Saya tengah ambil air sembahyang.”
“Takpe dik..” Senyum. Dan terus berlalu.
“Maaf yea kak.. Saya tengah ambil air sembahyang.”
“Takpe dik..” Senyum. Dan terus berlalu.
.
Saya melangkah dengan rasa bersalah. Selesai urusan, segera saya mempercepatkan langkah untuk kembali ke tempat dia berjualan. Dengan harapan dia masih belum pulang. Alhamdulillah.. dia masih di situ.

“Dik, maaf yea.. Tadi akak main letak jer.. Akak ada hal. Tak sempat nak tegur..”
“Takpe kak, saya pun tengah ambik air sembahyang tadi.”
“Dik, maaf yea.. Tadi akak main letak jer.. Akak ada hal. Tak sempat nak tegur..”
“Takpe kak, saya pun tengah ambik air sembahyang tadi.”
.
Saya tidak tahu sama ada dia mengingati saya atau pun tidak, kerana setiap hari, pastinya dia berjumpa dengan ramai orang. Dan juga, dia mempunyai kelebihan menyaksikan seribu satu ragam manusia. =)
Saya tidak tahu sama ada dia mengingati saya atau pun tidak, kerana setiap hari, pastinya dia berjumpa dengan ramai orang. Dan juga, dia mempunyai kelebihan menyaksikan seribu satu ragam manusia. =)
.
“Kakak taknak ambik kerepek ni ke?”
“Takpe la dik.. Kalau akak ambik pun, takde orang nak makan bleh jadi membazir gak. Baik adik jual aje. Sape yang buat kerepek ni dik?”
“Kawan saya. Saya bungkus sendiri kak..”
“Ohh.. Baguslah macam tu..”
“Saya orang susah kak.. Tapi mak saya selalu pesan, kita jangan meminta-minta.. Kena berusaha cari rezeki yang halal.. Tapi orang ni kadang-kadang, kata kat saya macam-macam.. Diorang kata saya kaya sebab ramai orang bagi duit.”
“Mulut manusia dik.. bukan boleh ditutup. Kalau adik kaya, akak tak rasa adik akan duduk di sini dari pagi bawak ke malam..”
“Itu la kak.. Hari ni, ada dua orang budak perempuan. Sombong semacam, mintak nak tengok buku bank saya, katanya dari Jabatan Kebajikan Masyarakat…” Dia meneruskan ceritanya. Dari satu cerita ke cerita yang lain.

Dia menghadapi pelbagai kerenah manusia yang tidak tahu untung nasib diri. Dia pernah dilemparkan wang walau hakikatnya dia bukan meminta sedekah. Dia menjadi salah satu bukti bahawa golongan istimewa ini masih diberi layanan yang berbeza. Tapi dia kuat untuk terus bertahan. Hidup bukan untuk ditangisi. Sudah takdirnya dia yang terpilih. Dan dia juga memberikan keazaman kepada saya untuk lebih berusaha.

Beberapa kali dia menceritakan tentang pesanan arwah ibunya. Begitu terkesan di hatinya. Saya kagum dengan ‘kejayaan’ ibunya kerana membekalkan sesuatu yang menguatkan jati diri anak itu. Mampukah saya meninggalkan kesan yang sama ke dalam diri Rayyan Ariff? Mudah-mudahan..

P/s – Masih terbayang-bayang lambaiannya kepada saya dan hubby. Sopan tingkahnya benar2 meninggalkan kesan. Kawan2, dia menjadi bukti, OKU itu bukan “Orang Kurang Upaya”, tapi “Orang Kuat Upaya” atau pun, “Orang Kuat Usaha”.. =)

34 comments:
salam..
selama neh sy jd pembca senyap blog akak neh.. tp.. entry kali ni wat sy rase nk tgglkn komen..
akak jgn risau..
dari cara akak didik ian..
cara akak sayang die..
x mustahil akak juga boleh jadi mcm arwah ibu lelaki tu..
selagi akak kuat dan trus percayakn ian.. ianya x mustahil..
mudah mudahan.. amin.. =)
Jiey, bila baca kisah ini...terpandang2 muka penjual kerepek tu! Dulu selalu lalu situ! Pernag bak beli kerepek dia. Sedap tau! Tp, hari tu lalu...tak pulak singgah. coz, nak cepat...
kalau yg betul2 cari rezeki takpe la.. takot ade sindiket.. (btul ke ejaan)
insyaalah awak juga boleh jadi cam arwah ibu lelaki itu...cara awak didik n jaga rayyan sudah cukup bermakna buat rayyan...
selagi awak kuat dan trus percayakn ian.. ianya x mustahil..
hmmm... mmg kuat laungan kerepek insan itu jiey.... lin penah gak beli kepek kat dia time tinggal di KL.. buat kudap2... hehehehe
btul jiey...wpun dia OKU tp dia x nyusahkan org lain...dia berusaha sindri tuk mencari sesuap nasi tuk diri dia n mgkn famili...asalkan rezeki dia tu halal..
ian pasti akan jadi Orang Kuat Upaya tuh....dun sory my dear... ian pasti kuat dan membesar dengan sihat dan bijak...itu doa akak!
jiey.... ian bukan OKU la..... die special la..... geget jiey kang!!
Tiada istilah OKU lar my dear..tapi ISTIMEWA..
jiey..tiara suka makan kepek..
kalo akak nk tau kan, sy x ske gelaran Orang Kurang Upaya utk mereka yg tdk normal cm kite. mereka bkn Orang Kurang Upaya, tp mereka Orang Kuat Usaha cm akak ckp td. they are very special. punya kelebihan yg kite sendiri x mampu nk wt. dan utk Ian, die bkn OKU, tp SPECIAL and MIRACLE. very special...ciptaan Allah paling indah di mate saye. semangat Ian wt hati sy jd lg kuat utk hidup slps sy penah kecundang dulu ^_^ and i love him very much. jgn marah ye kak..hehe
Jiey, anggaplah Ian anak yang sangat ISTIMEWA dari kanak-kanak yang lain. jue suka baca kisah2 sepanjang perkembangan Ian. Setiap cerita jiey, jue rasa mcm ada sesuatu yang orang lain tak dapat tapi jiey dapat. betapa rapatnya jiey dengan Ian... :-)
jiey..sedih la pulak baca citer u ni.kesiankan orang tu.tp boleh pulak ada org yg siap nk tgk buku bank.rasanya pompuan tu tipu je kot.kalo dia tau org tu ada duit tah2 dorang pulak nk pau org Istimewa tu.kesian...
Inilah kenapa akak begitu tak gemar dengan kewujudan istilah OKU tu. Diskriminasi dan melabel insan hebat ni je.
Pernah seseorang educated berkata, "Janganlah malu untuk mengaku anak tu OKU". Malu? Tak peka betul. Itu pandangan orang yang kerap membaca tu. Kalau orang yang kurang membaca agaknya macamana pula?
Kadang bila kita pandang orang istimewa di jalanan pernah tak kita terdetik dalam hati, "Alah OKU kat depan ni buat semak jalan je. Bawak la cepat sket". I bet mesti ada...
Hebatnya mereka bukan pada harta/rupa paras/keturunan, tapi hebatnya mereka kerana ujian yang mereka berjaya lalui.
Ya yg penting didikan kita pada anak kan.. Bagaimana kita mencorakkannya...
insyaallah, sy yakin, setiap didikan yg jiey berikan pd Ian pasti akan meninggalkn kesan mendalam pd Ian... yakin la, anak yg istimewa itu, mmg benar2 istimewa dr setiap aspek!
tersentuh hati oghe baco entry nih..mudoh-mudohan jiey pong leh didik Ian sampai jadi setabah dan sekuat semangat yang dimiliki oleh orang tu...ado hikmah tu pertemua Jiey dgn dio :)
dhidup bukan untuk ditangisi..mendalam maksud ayat nih..
betul OKU ni la yg kuat usaha..sbb dorg ade kekurangan jika dibanding dgn manusia sempurna yg lain..
usah memperlekahkan org camni kan..ttp makhluk tuhan..
mg kite semua diperingatkan selalu dgn perkara2 mcm ni..
kite suka tengok orang yang kurang upaya ni ada usaha sendiri. tak meminta2.
sebab kite pon ada pakcik yang buta. boleh bekerja. malahan, ingatan dia yang kuat tu slalu buat kitorang kagum.
tanya je no phone, anak siapa, tinggal kat mana, semua dia ingat. Allah ambil satu kurniaanNya, tapi Dia beri banyak kurniaan lain.
jangan risau jiey, Ian sangat berbeza dari kanak2 lain. biarlah dia lambat progressnya, tapi ada juga progress. seperti kata jiey jugak, Ian special kan? sebab dia special la dia lebih mahukan tumpuan orang sekeliling. tengok je auntie2 yang datang bertandang kat blog mama Ian ni, semua bagi tumpuan pada Ian je. semua pakat seronok bila Ian ada progress dan keletah.
Ian very special in our heart too jiey! mmuahhh!!!
handsomenya Ian pakai bowtie.. mcm bestman pulak.. hehehe..
betul tu, kadang2 manusia ni mudah jd lupe waktu susah bila sudah senang...
Aduh..sedihny baca entry jiey nie..satu perasaan yg sama..itulah apa yg ibu anak2 istimewa ni kerap fikirkan..bagaiman masa depan mereka bila kita menutup mata kelak..moga akak juga mampu utk menjadi spt arwah ibu bdk tu..meninggalkan jatidiri yg kuat buat iman..buat jiey..kuatkan semangat..sama-samalah kita lalui jalan yg berliku dgn seribu kelapangan..aminn..
ian istimewa...bukan OKU...sedari saya sendiri mempunyai abg ipar Downsindrome...mmg penoh cabaran melihat PIL menjganyer...usia nyer telah menjejak 32 tahun....ian sudah pandai buat mcm2..berlainan dg n DS...mereka tidak boleh dibentuk mcm penyakit ian...erm...hubby saya mmg snesitip bab2 gini....masih teringat masa bawak abg ipar g mall.dia taku nak naik eskelator...pastu sekumpulan budak muda....siap cakap..kecohla...buat apa bwk org macam nih jalan....hubby saya dah mengamok...sin baik tak kena terajang budak tu...
actually reena kan..selalu singgah blog akak...sbb rasanya reena kot lagi tak sabar nak tahu perkembangan ian...entah la walaupun tak pernah jumpe..hti reena ckp ian mesti bole jalan n hadapi hidup mcm normal..ian nie istimwa sgt..tapi reena bila buka blog akak gambar ian kat tepi tu...the arrival..memang sedih tgk tu...but ian strong boy..fight with all this things
Jiey...Iela rasa Ian pun kuat semangat gak. Jangan risau. Insyaallah, dia pasti boleh jalan janji jiey rajin bw dia exercise. Iela pun tak reti gak nak cite pasal nie, tapi iela kagum dgn semangat Jiey dan Ian. Nak gak semangat tu buat Amira n Baby Qis terutama Amira tu....
aku sebenarnya da baca entry ko ni. tp hati tgh menggelegak, skang baru nak komen...
penah sekali masa tu aku takde kete lg, naik komuter, tiap2 ari aku nmpk sorg budak handicap berniaga keropok.
tp ade 1 ari tu, aku tegerak nak beli kat dia, tp tak becakap ape, aku senyum je, bg duit lebih, masa tunggu train aku bole menangis sbb sedih teringat budak tu. nape tah, tetibe hati aku terusik. kagum dgn ketabahan dia. bekerja dan tak amik kesempatan...
Owh yea, tau tau orang tu yang Jiey citer nih.
Slalu nampak kat LRT Masjid Jamek kalo Dina gi sane kekadang tuh.
Die nampak penuh semangat, I'm proud of him.
I know Ian will make you proud too!
:)
see nisot : thanks for the comment dik.. rajin2 la singgah.. nnt akak visit blog adik yea.. =)
liana : oh sedap ke? jiey ni bukan penggemar kerepek.. itu yg tak penah ambik tu..
Mrs. K : Ada.. Ada.. Especially org2 myanmar tu.. siap marah kita kalo tak bg duit..
IEM : InsyaAllah.. =)
Adwindaa : sedap yea lin? tak penah try la..
niza : itu la.. guna tulang 4 kerat.. bukan meminta-minta.. =)
puterisatu : time kasih kak.. aminnnn..
org kuat usaha sekali.. =)
elyn : okeh.. okeh.. istimewa.. :P
p/s - kalo pegang kad oku, ape plak citer ian ek? :P
tiara : okeh.. okeh.. noted! istimewa.. :P
nape tak ckp awal2, next time jiey amik sebungkus yea..
misznierah : time kasih coz menerima ian.. alhamdulillah.. terharu hati akak.. =)
jue : iman pun mesti rapat ngan jue kan?
anak n mak.. =)
naddiea : a'ah la.. tapi dia pun dah agak budak tu menipu.. dia pun tak bagi..
kak sue : people can be so ignorant.. and i used to be one of them.. tengok, kasihan, tapi tidak cuba utk memahami.. syukur tuhan utuskan ian untuk menyedarkan.. =)
mirah : macam kain putih dan kita pelukisnya kan? =)
syahnur : sesuai dgn perkataan istimewa tu kan? :P
yatiey : pertemuan yang menginsafkan.. dih? :P
mummy miqhael : moga akan byk lagi pertemuan yang mengingatkan .. =)
puterikurekure: intan, bergenang air mata baca komen intan, terharu.. =)
marsha : hensem pon, nk ngorat qila pun tak dpt.. ian dh out of league la pulak..
kerikil kehidupan : kak nanie, jiey pun selalu pikirkan bemda yang sama.. takut kan?
ibu zulfaqar rayyan : manusia ape camtu.. kena kat btg idung sdr baru tau.. takkan la nak simpan mereka ni dlm umah jer.. semata-mata mereka ni lain ngan kita..
reena : hopefully, he'll be stronger in the future.. =)
miela77 : kalo mira tak kuat, dia takkan berada di tahap dia skrg kan? =)
aly : itu la ly, kita ni kan, dok asyik bersungut nak lebih itu ini.. pada hal kita dah cukup bernasib baik kan? =)
dina : kuat betul semangat dia.. =)
hopefully.. aminnn byk2 kata2 dina.. =)
Hi Jiey
Selama ni saya juga seorang silent reader.
Tapi bila baca tulisan Jiey hari ni, menitik airmata saya...apatah lagi hari ini hari Jumaat - cukup menginsafkan
Semoga Allah murahkan rezeki Jiey dan beroleh kebahagian selalu sebab beri peringatan pada kita yg kadang2 alpa dan tak bersyukur sedangkan ada orang yang 100x lebih susah dari kita.
Salam jiey,
Betul kat sualeen tu. Sesetgh org kita mudah sgt melabel dgn org yang 'istimewa' sebegini. Apa yang mereka dpt bkn diminta pun. Dan mereka semua lalui dugaan yang diberi Tuhan dgn kesabaran. Kita tak tahu, mungkin di sana Allah yang sediakan sesuatu yg berharga sbg sisipan akhirat. Saham yg tak dpt dibayangkan.
Org kita masih dgn mentaliti yg lama. Mudah juga prejudis dan buat penilaian. Saya di sini, dpt lihat betapa tiada diskriminasi di antara orang normal mahupun 'disable'. Org yang istimewa ini ada ruang dan tempat. Bahkan diberi hak yg sewajarnya. Dr keperluan khas dan sbagainya. Mungkin kerana UK negara moden maka mereka mampu buat semuanya. Tp ini bkn soal moden. Tp soal asasi dan mentaliti. Percaya tak, rs kagum makin bertambah melihatkan ada sebilangan mereka yang kurang upaya bertugas di hospital sebagai nurse dan juga doktor!
Apa yg org lihat hanya pd fizikal. Dan selalunya begitulah kita menilai org pd awalnya. Nak tgk yg cantik dan hensem saja. Mudah2an kita tak tgolong dlm mereka yg lupa dan alpa bahawa setiap kejadian Tuhan itu istimewa.
:)
Rayyan itu anugerah yang istimewa.
sedihnya baca entry nih! betul jiey.. kalau dia dh kaya watpe la susah payah dia nk duduk situ pg smpi ptg. xselesa.. pns.. penat kan? i pn mmg cpt sgt kesian kalau selisih dgn org2 mcm ni n seboleh2nya akan cuba jugak hulur. sbb even dia tipu skali pun kalau dia xsusah, dia takkan buat keje begitu tul tak. mentaliti masyarakat kiter terhadap golongan mcm ni masih jauh ketinggalan. kalau kt jepun ni kan slalu tgk rancangan khas org2 oku. even pakai kusi roda, air liur meleleh2, berckp xlancar tp mmg diorg kuat sungguh, boleh keje, berdikari... bak kata boleh hidup sama mcm org normal. tp kalau org normal xnak bg sokongan, xbertoleransi, xkerjasama... susah la nk ckp...
InsyaAllah Ian akan jd anak yg sihat, kuat dan soleh. sbb mama nyer jer juga bukan calang2 org nyer :D
beliau memang tabah hadapi dugaan hidup...
Post a Comment