Sunday, June 14, 2009

Treasure from God

Dia : Ko tak takut ke?
.
Saya : Tipu la kalo kata tak takut..
.
Dia : Habis tu, ko nak try jugak?
.
Saya : Apa salahnya.. Manusia punya asa, tuhan punya kuasa..
.
Dia : Kalau jadik balik macam dulu, ko akan buat keputusan yang sama ke tak?
.
Saya : Aku taktau nak kata. Mintak2 tak jadi lagi la kan.. Tuhan tu kan maha adil..
.
Dia : Kalau aku, aku tak sanggup kot.. Siyan budak tu suffer.. Sedangkan kita ada pilihan.
.
Tangannya menolak sekeping keratan akhbar; "Hukum menggugurkan kandungan". Beberapa fakta yang dia kira penting, sudah digariskan dengan pena berdakwat biru.
.
Dia : Dalam keadaan kau, ia dikira harus. Bermakna, ko ada pilihan. Kenapa ko nak seksa darah daging sendiri?
.
Wajahnya saya pandang sedalam-dalamnya. Sambil menghela nafas yang panjang, saya memberikan satu senyuman.
.
Saya : Kadang-kadang, aku bertanya sendiri, bahagiakah dia dengan hidupnya? sengsarakah dia dengan hidupnya? Tapi hingga kini, aku tidak mendapat jawapan kepada persoalan yang aku cari.
.
Dia : Kau menyesal?

Saya : Tidak. Cuma aku tidak mahu dia berfikiran bahawa dia perlu mati di atas alasan kesempurnaan yang manusia ciptakan.

Kau tahu, tuhan tahu aku akan memilih untuk melahirkan dia, kerana itulah dia berikan anak seistimewa itu pada aku. Dan bukan pada kau.

Dia : Kau kuat. Kalau aku, memang tak sanggup.. Nak ada anak lagi pun aku akan pikir dua atau tiga kali..

Saya : Aku pernah diberitahu, bringing home a healthy baby is a treasure from God. But some of us, were given treasures that appear in a different way. And of course, something extra await those who are the chosen one. Kau patut bersyukur kerana ketiga-tiga anakmu sihat-sihat sahaja. Tapi tidak perlulah menolak sesuatu yang kau rasakan tidak sempurna..

Perbualan kami terhenti di situ. Keratan akhbar yang diberikannya saya lipat dan simpan di laci. Sejujurnya, saya sendiri sudah jemu memberitahu alasan yang saya pegang dari dulu hingga kini kepada dirinya.

"...JANIN yang mengalami kecacatan anggota yang membawa akan membawa kematian sejurus selepas dilahirkan. Hukumnya : Terdapat perbezaan pandangan ulama'
a) HARUS sebelum 4 bulan, Haram selepas 4 Bulan.
b) HARUS walaupun selepas 4 bulan, dengan syarat, Keyakinan tinggi hasil analisa Doktor2 pakar. .."

5 daripada 6 doktor pakar yang saya temui, mengatakan bayi saya tidak mungkin akan hidup. 4 daripada mereka, menasihatkan saya untuk menggugurkan kandungan dan 2 daripadanya, meminta saya menyerahkan segalanya pada tuhan.

Saya juga pernah menemui seorang ustazah untuk bertanya lebih lanjut tentang perkara ini sewaktu masih mengandungkan Ian. Dia juga berpendapat ianya harus. Namun begitu, pendapat-pendapat yang dia kemukakan sudah cukup menguatkan keazaman saya untuk melahirkan anak yang saya kandung.

Sebetulnya, rasa takut itu memang tidak pernah hilang. Kerana apa yang berlaku pada Ian, tidak dapat dikenalpasti puncanya. Bukan genetik. Dan bukan juga jangkitan virus. Ia hanya terjadi dengan sendiri. Saya katakan pada doktor, ini sudah rezeki kami..

Untuk kandungan seterusnya, saya dinasihatkan untuk melalui beberapa ujian dahulu sebelum mengandung. Dan semasa mengandung juga, mereka akan melakukan beberapa ujian lagi. Hampir pasti, saya akan kembali menjadi tikus makmal lagi suatu masa nanti. :P

Tapi ia sama sekali tidak melemahkan semangat saya. Anak adalah anugerah Allah walau dalam apa bentuk sekali pun. Dan saya pastinya tidak sabar menantikan detik-detik membawa satu nyawa di dalam rahim saya sekali lagi. Cuma tunggulah sehingga Ian boleh berjalan dahulu.. :P

Bulan lalu, period saya datang agak lewat. Mommy sudah mula risau. "Tak takut ke? Kalau mommy dah nangis2 dah.."

"Kalau ada kan bagus.." Saya hanya menjawab dalam senyuman.

"Kasihan la.. Ian kan kecik lagi. Lagi pun, larat ke nak wat fisio Ian? Nak bwk dia gi check up? Awak tu alahan bukan sikit."

"Teringin.. Teringin nak ada anak macam anak orang lain." Saya membalas sambil ketawa, walaupun sedaya mungkin cuba menahan air mata.

"InsyaAllah, ada la rezeki tu nanti.. Orang lain tak merasa membesarkan anak istimewa. Tengok, betapa bertuahnya awak.." Mommy seakan memahami gelodak di jiwa.

"Relaks la Mi.. Memang dah plan tahun depan pun.. Hahhaha.. Harap2, pasni takde ape2 la kan.." Saya menutup perbualan kami dengan tertawa.

Sebetulnya, hati saya takut juga tika itu. Kerana merasa belum bersedia. Kerana Ian perlukan lebih perhatian. Ayah Ian plak dok excited nak bagi little brother untuk Ian. Banyak la! Iye la.. Yang kena cucuk sana sini nanti bukan dia.

Tapi bila melihat ramai kawan2 yang mula menambah ahli keluarga, rasa excited melanda.. Takpe.. Takpe.. Pelan2 kayuh.. :P (Ian, cepat2 bleh jalan! Mama nak bagi adik nih.. :P)

Pertemuan pertama nenek dan cucu sulungnya.. =)

Untuk yang bertanya mengapa saya mengambil keputusan melahirkan Ian, jawapannya ada pada entry "Hanya seorang ibu".

P/s - Kata ayah, "Ian anak mama. Pasni yang no.2, anak ayah pulak!" Memang Ian manja berlebih-lebih ngan mama.. Mokcik banggo.. :P

22 comments:

Mrs. Simplicity said...

jiey, kebetulan! cepat la pregnant weh. ade gang!

aku pegang kata ko weh, amanah Allah tu.. harap semuanya berjalan lancar..

p/s : harap jugak nia cepat bejalan sebab kalo ikut due date masa tuh nia da 1thn 4 bulan, kalo ikut wan, time2 tu baru nak bejalan. haru aku nanti. huhu... (jauh nye aku fikir)

Jiey^Mien said...

aly : memang kebetulan! :P
takley la nak cepat2 ly.. aku kena pelan2 kayuh.. at least smpi ian dpt kaki dulu.. hehhehe.. kalo dah ter'accident' takley nak wat ape la kan.. hehehhe

aminnnn...

p/s - insyaAllah, Nia nanti, menjelang setahun da bleh jalan.. aunti doa nih nia.. :P

A.I said...

Aku pon banggo gak ngan kau. Lepas aku pikir2, kalau situasi aku mcm kau..aku pon amik keputusan yg sama gak..TETAP MELAHIRKAN!

Cm aku lak situasi tu lain. LEPAS aku branakkan angah la selalu org tanye soklan2 bodo! 'kau makan apa masa ngandungkan dia?' 'kau ada buat apa-apa ke masa ngandungkan dia?' 'kau ada ckp apa2 yg tak elok ke?'
eeeeeeee! BENGAB! Dah diturunkan Tuhan anak aku special camtu..aku mmg tak suka betul soklan2 camtu. Jawab aku senang je.. "ni semua Tuhan punye kerja" "kita x tau mungking 1 hari nnt akan terjadi kat keluarga kita sendiri"..terus diam! yg paling aku x tahan soklan2 bodo camni biasa aku dpt kat ceruk kampong yg ditanya oleh makcik2 yg kononnya kuat giler pegangan agama.. :S

Sori..dah macam blog aku lak aku kasi komen! keh keh..terEMO jap :P

ibu_Arifa said...

aku pun kecut perut gak bila dgr bab-bab nak beranak lagi nih.. time pregnen ok..best je..time nak bersalin tu yg paling takut tu..ku tak tahan time kontraksi tu..nak tunggu buka 10cm..huh! lama tul..dah buka 10cm kena operate lak..
harap2 biarlah Dalila nak msk umur 2thn dulu kot..seriau beb!! :P

Ummi Nuhlan said...

Jiey...setiap manusia Allah swt bagi dugaan berbeza.Allah sayangkan kita bila allah uji kita.

re:mama Ian....sekali sekala bercuti..heheheeh,..kalo x asyik kojeeee je...lgpon nak hilangkan sunyi..dah 3 thn menanti zuriat..

misz_nierah said...

wah...Ian nk dpt adik dh..xpe2, slow2 dulu eh... Ian, cepat2 jalan! nanti Mama nk bg adik kt Ian. hehehe... go! go! ^_^

Belly-Button said...

im so impressed with ur determination. yea sapelah kte nak menentukan fate life seseorang..
Ian is so lucky dat u r his mum, and u r so lucky to have him =)

yatie chomeyl said...

no 2 ko no 3 smp no 8 sekalipon, sumo anok mama...hehheeh..walau gapo pon, anok2 mesti rapat dgn mama dio lagi berbanding ayah , btul dop jiey? *wink wink*

mummy_adam said...

huhu.. u mmg super mummy.. i salute u.. kita sama2 do for the 2nd one yer.. insyaallah..dgn izin Allah.. apa jer boleh berlaku.. :)

AiYa said...

siapa la kta utk mneka apa akan jadi dlm msa 1 saat akn dtg pn. im proud of u.

Ian nk adik gegirl ka boi? ehehheh

*ayah najwa kata, thn dpn. ahahahaha.

Cikpid said...

Anak ni amanah dr Allah..pembawa rezeki kepada kita.x kisahlaa sama ade die sempurna atau istimewa..die ttp terbaik kat mata kite sbgi ibu bapa..

Semoga Ian cepat2 dpt kaki n blh dpt adik...dpt adik dulu br dpt kaki pon boleh gak..hehehehhe...

usaha2..gambatte ne!!!

yanadzul said...

adik ipar yana haritu pregnant pestu janin tak normal..tak besaq cam usia kandungan..doc suspek yang janin tu tak sihat..pestu kena cuci..dlm 7w camtu..

lepas cuci tu..baru pregnant lagi..

yana sendiri pun risau..sebab pregnant tanpa plan nih..tingat slbm nih ada buat perkara yang tak patut semasa pregnt..tak tau..tgk2 ada..harap2 ok semua..

Ian cumel..membesar dgn sehat ok..

nieza said...

Jiey..
anak tu anugerah.. walau macam mana pun dia, dia tetap amanah tuhan. If i were at your place, i rasa i akan buat keputusan yang sama macam you. Jangan takut utk melahirkan anugerah Allah seterusnya kay. Ian mesti best kalau dia ada adik utk main nanti.

Ummi Salsabila said...

suka n kagum with ur determination.sgt2 tbh! hope termakbul doa jiey..amin..
tgk org peknen.kite pun tingin gak..tp tunggu aufa becau cikitla.xlrt lak rsnye..dia xmo berengang langsung..

kisses to Ian shomels!

izzahazfar said...

salam kak..

hihihi kalau hubby akak nak bb pas ian dah setahun ni ok lah..

hubby zah dah sibuk2 nak bb gigil pulak ni apa citer...adoi...

tapi nak wat camne..redha dan terima je la kak...sebab..

anak kitakan istimewa..!

Unknown said...

huhuuu... sabar ek jiey... ian special boy, clever boy, encem boy.... you are lucky to have him....

ian... cepat2 jalan n berlari tau, nanti leh dpt adik... leh men2 ngan adik.. leh jln2 ngan adik... ian dgr cakap mama tau..jaga mama tau...jgn kasi dia nangis lagik k cyg... muah kat ian..

Bukan Bidadari said...

Ian.....cepat beso ek? nanti mama nak bg adik..bole main2 same....

aku pun cam nak peknen lagi jer..hahahahaha....

Intan and The Boys said...

anak2 ni semua rezeki jiey.
cepat, lambat, sempurna, tidak sehat, semua tu ketentuanNya kan?
berdoa yang terbaik!

:)
hugs for Ian k!

Liana Manjaku said...

Wa...ian...mama nak bagi adik dah...hehehe...Ian budak baik, pandai... Cepat jalan, nanti ada teman baru...Boleh main2 dengan teman baru :)

SyahNur said...

anak itu kan rezki n kurniaan dr Allah.. sy rasa keputusan yg awk buat dulu amat tepat & mmg Allah pilih awk utk melahirkan Ian kerana ciri2 istimewa dlm diri awk..

itu lah juga yg sy sering fikirkan apabila Allah menguji sy dgn 3 org anak2 yg kecil utk sy & hubby jaga.. mungkin org lain rasa mcm x mmpu dgn keadaan ekonomi & taraf hidup yg tinggi (kdg2 sy pernah jugak dgr org lain merungut "utk menjaga anak sorg pun kelam kabut, mcm mane nk tmbah lagi?").. tp disbbkn Allah yakin kami yg berpendapatan sederhana ini mmpu membesarkn anak2 yg kecil dgn baik (masih x sempurna), jadik Allah pilih kami utk memiliki dayini & dayana (yg lahir prem dgn mcm2 dugaan ketika mereka dilahirkan) & nasuha (yg lahir ketika twins baru 1 thn 6 bulan..

segala2nya dlm tgn Allah.. kita hny mampu merancang...

mirah said...

ya lah jiey. Suka kan tengok newborn baby. Mirah suka sangat tapi buat masa ni mcm belum bersedia lagi lah. Tunggu khadijah wean off dulu plannya. Tapi impian nak dapat anak lelaki tu mcm apa dah perasaanya, siap ada nama lagi..hehe..

Takpe jiey, rezeki tu dari Dia kan. InsyaAllah moga kali ni semua dipermudahkan tu.

Adinina said...

"bringing home a healthy baby is a treasure from God."...

This one is a good reminder..semoga saya tidak kufur atas nikmat yg telah diberikanNya...

Semoga impian Jiey termakbul.. :)