Thursday, June 11, 2009

Yang paling menakutkan..

Demam Ian bermula seawal tengahari sabtu, dan saya sendiri dari hari khamis lagi. Kami tiba di Kota Bharu lebih kurang jam 12 tengahari. Cuaca di Kota Bharu tersangatlah panas. Pada awalnya, kami sangkakan badan Ian panas kerana masih memakai pijama berlengan panjang walaupun hari sudah mencapai tengahari.
.
Sesudah menyuap makan tenghari dan memandikannya, Ian tertidur dan begitu juga saya. Beberapa ketika, Ian mula terjaga dan merengek-rengek. Berkali-kali mommy memberitahu saya bahawa badan Ian panas namun saya masih meneruskan tidur kerana badan saya sendiri teramat panas dan letih.
.
Hanya setelah waktu menghampiri jam 3 saya bangun dan memberikan Ian ubat demamnya yang saya bawa dari KL. Kami bergilir-gilir mengelap badan Ian bagi mengurangkan panas badannya. Namun ianya tidak juga berkurang.
.
Menjelang jam 6 petang, saya semakin gagah untuk banun dan berjalan. Abah bersiap-siap untuk menghantar kami ke klinik. Memandangkan hari sabtu adalah hari cuti umum di Kelantan (saya lupa perayaan apa), banyak klinik yang tutup. Kami akhirnya ke sebuah klinik yang agak usang keadaannya dan pastinya dekor klinik itu juga agak menghampakan.
.
Di klinik itu, suhu badan Ian tidak diambil. Hanya pemeriksaan biasa. Pelik juga. Tapi tidak tahu mengapa, mulut saya berat untuk bertanya. Untuk dua pesakit iaitu saya dan Ian, bayaran yang dikenakan bagi konsultasi dan ubat demam, batuk, selsema dan antibiotik adalah RM100!! Sungguh mengarut. Mentang-mentanglah kami bukan penduduk tempatan dan klinik-klinik lain tidak dibuka, kami di sembelih hidup2!
.
Abah juga terkejut apabila saya memberitahu caj yang dikenakan kerana kebiasaannya, caj tidak akan melebihi RM40 untuk seseorang pesakit. Tambahan pula, ubat yang dibekalkan adalah ubat common.
.
Sepanjang di klinik dan di dalam perjalanan, Ian tidak berhenti-henti merengek. Mata mengantuk tapi tidak boleh tidur. Setibanya kami di rumah, badan Ian tiba-tiba terkulai. "Eh, Ian dah tidur bah.." Kata saya kepada abah. Suasana yang gelap tidak memungkinkan saya melihat wajah Ian dengan jelas.
.
Sewaktu mahu membawa Ian keluar dari kereta, badan Ian mengeras. Kakinya turut keras. "Mahu protes apa lagi anak ini?" Saya bertanya di dalam hati. Setelah naik ke rumah, saya tunjukkan Ian kepada mommy dan berkata, "Ian tidur. Bentangkan tilam mommy." Sambil muka saya menunduk melihat wajah Ian.
.
"Eh mi, muka Ian pucat!! Muka Ian pucat!! Tengok bibir dia!!" Adik-beradik dan kedua ibu-bapa saya mula berkerumun. Menyaksikan bibir Ian yang putih dan muka Ian yang kebiru-biruan merupakan satu detik yang cukup mencemaskan. Bibik sudah mula menangis. Saya juga sedaya-upaya menahan air mata.
.
Beberapa kali percubaan kami mengejutkan Ian tidak berjaya. Dia masih kaku dengan wajahnya yang kebiru-biruan. Tidak tergambar ketakutan saya ketika itu. Yang terucap di dalam hati hanya satu, "Ian, jangan mati dulu nak.." Saya serahkan Ian kepada abah dan mula menyiapkan barang-barang untuk menghantar Ian ke hospital.
.

Bibik mengambil Ian dari tangan abah dan membawa Ian ke satu sudut. Dia mula menangis sambil memangku jasad Ian yang masih kaku. Ian saya ambil dari tangan bibik. Matanya masih terpejam dan dia mula meracau-racau. "Jom la Kak, ikut sekali." Saya mengajak bibik ikut bersama kerana faham gelojak di hatinya.
.
Saya bersama abang saya dan bibik terus ke hospital. Yang lain tinggal di rumah dahulu dan akan menyusul kemudian bersama barang-barang keperluan Ian andainya dia dimasukkan ke wad nanti. Sepanjang perjalanan, Ian masih meracau-racau. Ada waktunya, dia terdiam tanpa kata, Dan saya beberapa kali membangunkan Ian kerana bimbang dia akan pergi seandainya saya membiarkan dia tidur atau tidak sedar. Sungguh, saya sebetulnya tidak tahu apa yang perlu dilakukan di dalan suasana seperti ini.
.
Setibanya kami di bahagian kecemasan hospital, Ian sudah boleh membuka mata walau hanya sekali dua. Saya ceritakan pada kakitangan di kaunter dan kami disuruh masuk ke bahagian rawatan. Untuk beberapa ketika, kami hanya dibiarkan berdiri di situ. "Adik, tolonglah anak akak ni dik.. Dia demam panas. Dari tadi meracau.." Kata saya kepada seorang kakitangan lelaki yang masih teramat muda.
.
.
Barulah dia menghampiri kami dan menyuruh saya meletakkan Ian di atas alat penimbang. Suhu Ian juga diambil. Setelah itu, Ian diberikan ubat yang dimasukkan ke dalam punggungnya. "Adik, anak akak ni h***********." Saya tidak tahu sama ada maklumat itu relevan atau tidak, tapi saya merasakan ia mungkin perlu.
.
"Oh ye ke? Habis tu, development dia delay la yea kak?" Dan beberapa pertanyaan yang saya anggap tipikal. Sudahnya, sepanjang kami berada di sana, banyak soalan tentang Ian diajukan kepada saya. Aduhaiii.. Kallau tidak diberitahu, serba salah pula.. Andai diberitahu, bermacam pula soalannya.. :P
.
Dan kami seterusnya dibawa ke wad sementara abang saya menguruskan urusan pendaftaran. Memandangkan tiada bilik lain, kami diletakkan di wad berkatil 4 terlebih dahulu. Dan esoknya sahaja baru kami akan dipindahkan ke wad lain. Sewaktu Dr. Mazidah datang, suhu badan Ian sudah turun ke 38 darjah. Masih demam.

.
Esoknya, suhu badannya kembali biasa namun kami masih tidak berhenti mengelap badannya seperti yang dikehendaki doktor. Dan kami juga berpindah ke single bed room. Syukurlah hubby juga ada bersama pada hari ini.
.
.
Malamnya, suhu Ian naik ke 38.6. Demamnya datang lagi. Esoknya, suhu Ian kembali kepada biasa dan malamnya, suhu Ian naik lagi ke 37.8. Kerana suhu yang tidak stabil walaupun telah diberikan ubat, doktor terpaksa melakukan ujian darah.
.
Sukar sekali untuk doktor mengambil sampel darah Ian. Tiga kali tangannya di cucuk. Namun masih tiada urat yang dijumpai. "Urat-urat dia seakan pecah dan baru sahaja hendak baik.." Kata doktor. Di kaki juga, selepas dua kali tusukan, barulah doktor berjaya memasang line. Kami sedia maklum akan kesukaran itu memandangkan dia pernah berada lama di NICU dan telah melalui beberapa siri pembedahan yang menyebabkan segenap uratnya menjadi mangsa cucukan doktor.
.

Hari selasanya, doktor masih tidak berpuas hati kerana Ian masih demam pada malam hari dan dia agak keberatan untuk melepaskan Ian pulang. Mungkin kerana kepenatan yang tidak tertanggung, saya membiarkan 'badan' berbicara, dan terus meminta kepada doktor agar Ian 'dilepaskan'. Dan mungkin juga terpengaruh dengan bebelan hubby yang perlu bekerja pada hari khamis nanti.. Sudahnya, kami pulang juga tanpa sempat ujian air kencing dilakukan.
.
Malam itu, sewaktu di rumah, Ian kembali demam. Hati saya runsing bukan kepalang dan menyesal kerana mendengar kata hubby dan 'badan yang penat' dan tidak mengikut naluri seorang ibu yang mengatakan Ian harus tinggal di sana untuk sehari sahaja lagi.. Sekali lagi, saya terasa gagal sebagai seorang ibu.. Mujurlah, selepas dimasukkan ubat melalui punggungnya, dan badan di lap tanpa henti, demam Ian mula berkurang..
.
Hari ini, kami sudah pulang ke KL. Kalau Ian masih lagi demam nanti, mungkin kami akan membawanya ke PMC pula. Penat, tersangatlah penat!! Moga2 Ian pulih sepenuhnya dan kami tidak perlu ke PMC.
.
Sepanjang di wad, senyuman Ian lah yang menjadi tarikan. Semua jururawat menegur Ian yang begitu mudah tersenyum dan senyuman manis itulah yang menawan setiap mata yang memandang. Hmmm.. Bila Allah SWT mengambil sesuatu, Dia memberikan sesuatu yang lain pula sebagai anugerah.. =)
.
P/s - Buat teman-teman, terima kasih di atas doa yang dihulurkan untuk Ian. Hanya Allah SWT yang mampu membalasnya.
Yang bertelefon bertanya khabar, menghantar SMS, meninggalkan comment, tidak terbalas rasanya.. Keprihatinan anda sangat-sangat dihargai!
Semoga Ian terus berada di dalam linkungan rahmatNya.. Aminnn..

40 comments:

Sue.Aleen said...

Sabtu tu cuti Hari Agong la Jiey... hehehe...

Alhamdulillah Ian semakin baik. Doa Cik Sue moga Ian tak perlu masuk hospital kat sini lagi, ameennnnn!

Hugs and kisses for my lovely son. Muahhs! You take a good rest to Jiey.. jaga juga dirimu itu!

Cikpid said...

Aduh...sy baca dgn penuh berdebar2..mesti perasaan Jiey lbh dari ni kan??

Sejak pertama kali jumpa blog ni mmg senyum Ian sgt mencuit hati saya..die sgt comel..dan doa sy pada Ian sama seperti sy doakan anak sy juga..

Ian cepat sembuh yer...

Mamapinkie said...

Jiey, alhamdulillah Ian okay...akak bila baca part Ian kebiruan tu akak nak nangis aje cause teringat Ridhwan masa 4 days old and dapat fits masa tu..faham sangat2x perasaan cemas Jiey masa tu...all our kids are a fighter insya-Allah yea Jiey...we try to be strong for them and I know Ian has great potential...just monitor temperature dia a lot lah kot these few days..sometimes dia orang mungkin penat so senang demam kan...you take care too kay!! be strong mummy!

Dina said...

Terase kepenatan Jiey lepas bace entry nih.
Haduh, tatau la kalo Dina jadi camni tambah plak Hubby dok jauh takley call plak tu, ade mama nye yang pengsan dulu kang nih.
:P

Get well soon Ian!

Belly-Button said...

harap2 Ian makin ok skg... cuak ble bc td.. tak bule byg camne nak handle d situation..
takecare ye Jiey, b tough owez!

shima said...

Alhamdulillah Ian semakin sembuh ye. Doa akak semoga Ian cepat sembuh.

Yasmin Nabilah.. said...

Jiey..takut betul Ina baca entry Jiey kali ini..Ina tak penah kena lagi situasi camni..tapi mmg betul2 takut ina bila Ian tiba-tiba mcm tu..Apapun..Alhamdulillah..semuanya kembali baik..Jangan masu hospital lagi yek Ian..sayang dia..muahhh..

NizA said...

ya alah jiey...ngeri sy baca...alhamdulillah semuanyer selamat...

Jiey^Mien said...

Kak Suealeen : A'ah.. Hari Agong.. Muahahha.. Bad citizen betul.. Seb baik tak kata Hari Keputeraan Sultan Kelantan tadi.. :P

Moga2 tak payah dah.. Penat.. Ye la kak, malam ni nak tido awal.. =)

CikPid : Takleh nak cakap camne takutnya masa tu.. Harap2 jgn la berulang lagi..

Nurse tu dok tanya, mak dia kuat senyum ke masa pregnant.. Takde maknenya.. Mak dia byk nangis masa pregnant dulu.. :P

Mamapinkie : Ya Allah, Ridhwan umo 4 hari dah kena? Takutnya kak.. Tak bleh imagine macam mana takutnya akak masa tu.. Jiey yang first time ni pun taktahu nak buat apa..

Dalam hati, dok terpikir, taknak hilang dia.. huhuhu..

Tu la kak, skrg ni, kejap2 dok amik temp dia jer..

Jiey^Mien said...

Dina : Takpe dear, kalo ur hubby takde, mesti ade jer tangan yang rajin membantu.. Kawan ke, famili ke, Jiey ke.. =)

Thanks Auntie..

Belly-button : Thanks yea.. Masa tu pun cuak gak.. Tapi kena control.. Nnt jatuh saham dpn family.. :P

Nice nick, belly-button! Ala2 cute jer.. =)

Kak Shima : Thanks Kak.. Harap2, lepas ni takde lagi episod yang menakutkan.. =)

Noina : Harap2 tak penah kena n tak akan kena yea Ina.. Thanks Ina..

Niza : Alhamdulillah.. Harap2 semuanye bertambah ok nanti.. =)

♥ Che NamNam ♥ said...

jiey waktu pertama haku masukk blogg nie doluu haku kagumm dgnn kekuatan hatey ko..tak ramai ibu yg kuat hatey macam ko...dan haku sendirik pon selalu tewas ngan perasaan haku sendirik...

doluu haku slalu masuk sini dan komen blogg kau..lepas tuhh haku stop dr mengomen...takutt perasaan kau haku guris..haku sekadar mnjadi silent reader kau...sikit sebanyak haku cuber utk menjadi kuat mcm kau...

dannn selama itulahhh haku terposana dgn senyuman Ian..haku juga kagum dgn kebolehannya...juga kekuatan yg ader dlm dirinya...tersimpan disudut atey anak ini ingin ku ketemu suatu ari nanti...

jiey...Doa haku sentiasa bersama Ian...

Jiey^Mien said...

Shi3la : Takde la terasa hati.. Mana ada.. Setiap org yang bagi komen tu, mmg la tersangat jiey hargai.. lagipun, pendapat org tak sama kan? best gak leh dengar 2 cents from others.. =)

InsyaAllah.. Ada masa, mesti bleh jumpe.. Jemput kitorg gi umah makan2 ke.. :P

Naddiea said...

Jiey,semoga lepas ni Ian akan sentiasa sihat.takut bile mengenangkan anak2 demam panas ni.sama mcm harraz aritu masuk pusrawi sbb high fever.berapa kali masuk ubt punggung pun x igt dh sbb banyak sgt.

take care jiey..

Elyn Sani said...

ian.... aunty windu sama kamu!!

iBu ZulFaQar RayYaN said...

alhamdulillah....takut budak fever nih...sayang sungguh bibik tuh yer dgn ian...dia jaga sejak lepas pantang ker?

Jiey^Mien said...

Naddiea : betul kan? risau sgt2.. sama la macam ian.. taktau nape degil sgt demamnya.. byk kali masuk ubat kat punggung tu.. ni pun doktor bekal berpapan ubat tu in case of emergency.. hopefully ok la tu.. bila harraz masuk pusrawi?

thanks dear.. =)

Elyn : Auntie Elyn, Ian pun winduuu sama Auntie!! =)

Jiey^Mien said...

ibu zulfaqar rayyan : Alhamdulillah.. So far nampak la yang bibik syg ian.. baru nak masuk 4 bulan dia jaga ian.. =)

Unknown said...

ian sayang... cepat sembuh ye... jgn buat semua org risau n takut lagi k terutama mama n ayah k... sihat selalu ye...muah...

Puteri Nuur At-Terawis said...

Jiey,
Tak tahu kenapa, Put nangis baca entry ni, sebab dah pernah melaluinya, demam Idris sampai 40 dan Idris setiap 2 minit kena mild fit masa tu..

Syukur, semua orang sayang Ian, baby yang suka tersenyum :) Bestnya dapat bibik lagu tu, I want my old bibik back :P

misz_nierah said...

i'm speechless...Ian, lekas2 baik yea..huhu...

Queens said...

Insyallah ian akan sihat sediakala..

Jiey.. RM100 kat klinik biasa ..gila betul!!

Leen Die said...

Jiey huhh lega lah klu Ian dah sembuh..risau jugak tau..hubby leen pun ada tanya Ian dah sihat ke?..apa2 pun senyuman Ian pengubat hati yang rungsing...semoga semuanya selamat..amin..

izzahazfar said...

salam kak...

moga ian cepat sembuh...doa dr saya & suami..

kak..suami saya juga telah mula membaca blog saya...dan mlm tadi kami sama2 mbaca coretan akak...

dia juga kata akak kuat...

kak..anak sayapun baru baik demam..baru pas cucuk..kita doa harap kedua2 anak kita sihat..

eiNa said...

Ian.. rajin2 makan ubat.. cpat sembuh kay..
suka tengok Ian senyum sweett sgt...

Jiey, u pun take care k..

Farah said...

memang menakutkan..saya pon cuak...alhamdulillah ian sudah kembali tersenyum..cepat sembuh k!

Bukan Bidadari said...

Jiey..... aku membaca entri ni dgn penuh minat dan cemas..huhuhuhuh... meremang dah ni....

semoga Ian cepat sembuh....

SyahNur said...

mmg saat yg menakutkan.. sy sendiri kalo berada di tempat jiey, sy akan menangis.. sbb one of my twins pernah pucat & bdn jadik biru ketika menyusu (time tu baru umur 2 minggu, n sy x tahu langsung yg prem baby kdg2 jadik lupe utk bernafas sendiri sehingga doctor n nurse bgtahu).. time tu mmg menangis tgk bby yg sgt kecil itu dikerjakn doc n nurse smpaikan hubby blh ckp "kite kene redha sbb baby ni bukan milik kita sepenuhnya, kalau Allah nk ambil, bile2 mase pun blh".. mmg menangis je sy time tu.. alhamdulillah skrg anak2 sy membesar dgn sihat.. time bile sy kenangkn balik saat2 itu, syg blh jadik menangis.. sedangkan ketika membaca kisah Ian ni pun, air mata sy bertakung! semoga Ian cepat sembuh... sy paham ape yg Jiey hadapi skrg! bukan senang utk hati kite jadi kuat..

Ummi Alisya said...

salam jiey, maaf yer. ita lambat tahu pasal berita Ian demam semula. teringat akan sarra yg pernah juga diserang demam panas hingga hampir kejang. mase tuh jam kol 4 pagi! abi sara juga demam panas...kene lah ummi nih bagi 2 badan nih..haha!

untuk anak ku Ian, cepat2 sembuh ye sayang. kuat kan semangat Ian. Ian anak yg baik...ramai doakan utk Ian. cian encem boy nih...

Ummi Nuhlan said...

Ian..semoga cepat sembuh ye sayang

re:jiey...tq atas doamu itu..
ian dah sihat ke..auntie doakan semoga ian cepat2 sembuh dari demam.

Jiey^Mien said...

Adwindaa : Dah macam ok dah temp Ian.. Cuma tinggal batuk n selsema.. Thanks lin.. =)

Put : La hai.. Idris pun rajin keno ko? Siye la kalu budok demey gak.. =(

Bibik baru ni x ok ko?

misz_nierah : InsyaAllah.. Thanks dik..

Queens : Memang giler ah.. cekik darah betul.. Kalah KL!

Jiey^Mien said...

Leen : Leen, thanks a lot.. Timo kasih ko hubby leen skali..

Izzahazfar : Thanks dik.. Wahh.. Hubby pun dah baca blog.. Bagusnya.. Hebat kan kuasa diplomasi? Ntah2 pasni, he's going to start his own blog.. =)

Takde yang kuatnya.. Kalo dah terpaksa, redah je la.. :P

Hopefully dua2 pun fully recover nnt kan..

Eina : Thanks dear.. Tak sabar nk tgg weekend, nak tido puas2.. Ganti blk.. =)

Farah : Alhamdulillah.. Thanks Farah!! Huarrgghhh.. Nak gi gath gak..

Jiey^Mien said...

Ema : Cuak gak kalo ingt2 blk saat tu.. Moga2 pasni takde dah.. =)

SyahNur : premies ni mmg survivor kan? Alhamdulillah.. twins membesar sihat sempurna..

Ita : It's ok Ita.. Uncle Farid dah drop comment smlm.. =)

Sarra pun penah high fever smpi nak fits? Adoyaiii.. Nasib baik takde ape2.. Ni yg risau kalo baby nih..

Susahnya la hai bila anak dan ayah demam serentak.. Jiey plak seb baik jadik kat kampung.. ada la org yang nk menolong.. =)

Jiey^Mien said...

Imah : No prob.. Nanti kita leh ank2 kita main same2..

Thanks Auntie Imah, Ian dah ok sket.. Tinggal selsema n batuk..

Mrs. Simplicity said...

syukur ian sihat dah. tp aunty ni ha yg nak demam2. bole ke nia jd kakak nih? ade tokoh ke? adoi... takleh fikir jauh dahhh...

Jiey^Mien said...

auntie demam ada makna tu.. =)

InsyaAllah.. Nia boleh.. Dah rezeki tuh.. Kang kecik ati baby Auntie Aly kang.. Congrats Auntie..

Wahh.. Ian dpt kawan baru lagi.. :P

jay said...

sedeynyer..berkaca mata bile bace..mmbygkn kalau tu terjadi pd diri sendiri..sabar n kuat yer.. Allah sentiasa bersama dgn org yg bersabar dgn dugaan Nya

Jiey^Mien said...

Jay : Kita mintak sama2 so that benda ni tak jadik kat sape2 lagi ek?? =)

Intan and The Boys said...

terketar2 tangan kite jiey. cemas sekejap.
alhamdulillah, Ian dah beransur pulih. risau kite. so, dah wat check plak kat spital biasa Ian pegi tu?

Liana Manjaku said...

alhamdulillah...Ian dah baik. Betul kata Jiey tu...senyum ian memang menarik dan mudah tertawan bila dipandang. Boleh rindu tau nak tengok senyum dia!

nieza said...

Alhamdulillah nothing bad happen to Ian. Baby demam memang menakutkan..