Semalam, seperti minggu-minggu yang lalu, kami menjejakkan kaki ke SDMC lagi. Alhamdulillah, sesi fisioterapi Ian berjalan lancar. Ian memberikan kerjasama yang baik dan menunjukkan beberapa peningkatan. Dia tidak marah sewaktu dipaksa berdiri dan mula menyokong berat badan dengan kakinya sendiri. Walaupun bukan untuk jangka waktu yang lama.
.
Apabila didudukkan, ada waktunya Ian memberanikan diri melepaskan tangannya setelah diumpan dengan mainan-mainan yang ada. Memandangkan tulang belakangnya masih belum kuat, Ian masih belum mampu menolak badannya ke atas dan ada waktu dia kelihatannya seperti akan tersungkur.
.
Tapi saya tahu, Rayyan Ariff saya kuat orangnya. InsyaAllah, sedikit waktu lagi dia pasti mampu untuk melakukannya segalanya sendiri. Dan kami, orang-orang yang berada di sekelilingnya inilah yang akan terus melatih dan membantu dia.
.
Saya tanyakan kepada therapistnya, “Looking at his physical condition now, can he walk by the age of 2 years old?”
.
“How old is he now?” Tanya therapist itu kembali.
.
“13 months old” Saya menjawab sambil memandangkan tepat ke wajahnya.
.
“I cant really tell. But there’re so many things that we need to work on. The back, hips, hands, and feet need to be strengthened before we can see him walking.”
.
Saya tahu maksud jawapan itu. Secara tidak langsung, dia mahu mengatakan tempoh 11 bulan sebelum Ian mencapai usia 2 tahun tidak mencukupi untuk kami melihat Rayyan berjalan.
.
“What if I continuously make him do all the exercise? When I’m with him all the time later, I can really focus on all of these. I can make him do all the exercise at least 15min per session for every 2 or 3 hours. Would that help?”
.
“There’s no point of making him overdo it. If he gets tired, it will certainly wont help him in any way..”
.
Saya terdiam. Terlalu bercita-cita tinggikah saya? Jangan salahkan saya kerana terlalu memaksa, saya hanya mahukan yang terbaik untuk Ian Ariff. Adalah sesuatu yang menyedihkan pada saya setiap kali saya melihat dia terlentang di atas tilamnya. Adalah sesuatu yang menyakitkan pada saya setiap kali melihat dia bermain “kejar-kejar” dengan unclenya, tapi dia tidak mampu bergerak ke mana-mana dan hanya memusingkan badannya untuk lari.
.
Saya mahu melihat dia bergerak bukan kerana mahu memenuhi impian saya, tetapi untuk dirinya sendiri. Untuk dia meneruskan ekplorasi bagi memenuhi tuntutan ingin tahunya yang merupakan sifat semulajadi seorang bayi dan kanak-kanak. Apalah yang mampu dicapai sekiranya dia hanya terlentang.
.
Ada waktu, saya membawa dia menyusur di sepanjang almari perhiasan yang separas dadanya untuk dia belajar. Matanya akan khusyuk memerhatikan setiap perhiasan di atas almari itu sambil tangannya sibuk menyentuh segalanya di situ. Ada kalanya, saya berdirikan dirinya di hadapan rak majalah untuk dia meneroka di situ, maka asyiklah tangan menyentuh segala suratkhabar dan majalah yang tersusun rapi.
.
Ada ketika, saya membawanya meneroka ke bawah meja dan mengangkatnya ke atas. Dia seakan kagum kerana terdapat suasana berbeza pada sesuatu tempat dalam masa yang sama.
.
Hanya ini yang termampu saya lakukan untuknya. Menjadi kaki dan tangannya. Menjadi anggota tubuhnya untuk dia bergerak dan meneroka. Untuk sesorang yang mempunyai masalah seperti dirinya, dia boleh dikategorikan sebagai anak yang bijak. Sifat ingin tahunya tinggi.
.
Sewaktu saya sibuk mencari baju untuk dipakainya pada bahagian atas almari, dia yang berada di pangkuan saya pula sibuk ‘mencari’ dan ‘mengeluarkan’ baju di bahagian tengah almari baju kecilnya. Sewaktu saya sedang sibuk membaca risalah yang ada di tangan saya, dia juga sibuk mahu ‘membaca’ risalah yang sama. Apabila digantikan dengan yang lain, tahannya cuma sekejap sahaja sebelum dia kembali cuba ‘merampas’ bahan bacaan yang ada di tangan saya.
.
Saya kira, perlakuannya sama seperti anak-anak lain. Dan seandainya dia dapat meneroka segala yang ada disekelilingnya sendiri, tentu sekali mindanya akan lebih tajam dan akalnya semakin banyak. Inilah yang saya mahukan. Saya mahu otaknya terus-terusan belajar.
.
Sesuatu yang mustahil pada pandangan manusia pastinya tidak mustahil dengan kuasa Allah SWT. Saya akan gigih berusaha untuk melihat dia bergerak dengan sendirinya. Saya tidak akan terlalu menekan dirinya kerana tidak mahu ‘merampas’ keseronokkannya menjadi anak kecil dengan memaksanya berusaha. Namun saya akan pastikan, dia akan mencapai sesuatu sebelum usianya menginjak ke angka 2 tahun. Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan kami.. Aminnn..
.
Semalam, Auntie Sarjit banyak kali puji saya smart tau.. Yes, I'm a smart baby even tho I'm brain-injured. See how special I am? =)
P/s - Oh sedih, pergilah.. Jangan menghuni di dalam hati ini!!!