Wednesday, July 15, 2009

Hati yang berbunga riang.. =)

Semalam, saya dan hubby bercuti demi membawa Ian Ariff melakukan rutin fisioterapi dan juga bertemujanji dengan doktor-doktor pakarnya. Semalam juga, kami menemui 3 orang doktor.. Penat? Alah bisa tegal biasa.. =)
.
Tiada apa yang menarik sepanjang sesi fisioterapinya. Seperti kebiasaannya, Ian Ariff memang patuh dan mudah dibentuk. Walau ada kalanya dia merengek dan menangis, sememangnya tidak sukar untuk mendapat kerjasama dari anak ini.
.
Sepanjang perbualan dengan Ms. Sarjit semalam, saya sekali lagi memperingatkan diri sendiri bahawa saya harus sentiasa bersyukur dan tidak terlalu menekan kerana pencapaian Ian Ariff pada hari ini sememangnya agak cepat berbanding sesetengah anak yang senasib dengannya. Kepekaan Ian Ariff pada persekitarannya juga merupakan suatu perkara yang harus dipuji. Dan ini seterusnya, meletakkan lebih tanggungjawab kepada kami untuk melakukan lebih usaha buat anak ini. InsyaAllah.. Niat kami hanya satu, mahukan dia duduk dan berdiri sebaris dengan anak-anak yang lain suatu masa nanti.. Aminnn..
.
Selesai sesi fisioterapi, kami ke klinik ENT. Ini merupakan kali pertama kami bertemu pakar ENT setelah segala ujian pendengaran dilakukan ke atas Ian Ariff sedari awal usianya. Mendengar setiap perincian daripada doktor terbabit cukup melegakan hati saya. Ada waktunya, kita harus berkompromi dengan banyak perkara. Mungkin kita tidak akan mendapat segala yang kita inginkan, tapi selagi ianya membantu, cukuplah.. =)
.
Kami seterusnya ke pusat diagnostik untuk melakukan beberapa siri ujian lagi. Pada mulanya, Ian Ariff perlu melakukan ujian BAEP sekali lagi. Ian Ariff perlu tidur untuk menjalani ujian ini dan Alhamdulillah, dia sememangnya sedang tidur sewaktu kami sampai. Tapi apakan daya, cepat sahaja dia terjaga dari tidurnya sejurus sebelum ujian dimulakan.
.

Tidur yang lena. Mungkin kerana kepenatan setelah melakukan fisioterapi.

Wide awake!
.
Beberapa kali saya cuba menidurkan Ian Ariff kembali namun gagal. Apabila dia sudah mula tersenyum, kami cukup pasti bahawa Ian Ariff tidak akan kembali dengan lenanya. Sudahnya, Ian Ariff terpaksa diberi sedatif. Sedang kami bersedia untuk itu, kami dimaklumkan kekuatan ubat bergantung kepada individu itu sendiri. Memandangkan Ian Ariff sudah terlebih dahulu tidur, mungkin kesannya akan lebih lambat.
.
Memandangkan kami masih mempunyai dua lagi temujanji di PMC, kami mengambil keputusan agar ujian ini ditunda ke minggu hadapan.
.
Setia menunggu.. He's such an angel.. Budak baik ni woo.. Tarak nangis2.. =)

Salah satu daripada ujian pendengaran yang dilakukan. But he was more interested to the staff who was handling the machine than the sounds and lights. What to do? Baby will always be baby.. So again, need to be repeated.. :P

At PMC Bangsar, he behaved so well and even busy with doing his own things. =)
.
Sewaktu berbicara dengan paed Ian, kami maklumkan tentang keengganan Ian untuk minum susu walaupun telah diberikan pelbagai jenis dan perisa susu. Isu tentang berat badan Ian juga dibangkitkan dan sememangnya dia kini dikategorikan sebagai tidak mempunyai berat badan yang mencukupi. Beberapa perkara lain dibincangkan dan secara keseluruhan, pencapaian dan kemampuan Ian amat memuaskan hati.
.
Sebelum masuk berjumpa doktor, Ian sudah pun terlena. Sepanjang sesi dengan doktornya juga dia tidak mahu bangun walaupun bersungguh-sungguh kami mengejutkan dia. Akhirnya, sewaktu suntikan imunisasi diberikan, dia terkejut, menangis untuk sesaat dua dan kembali terlena. Sangat comel.. :P
.
Perjumpaan seterusnya, dgn neurosurgeon yang bertanggungjawab melakukan 4 pembedahan pada kepala Ian. Setelah berbincang, barulah saya faham bahawa ada kemungkinan Ian Ariff tidak perlu dibedah lagi walaupun kemungkinan untuk pembedahan susulan lebih besar. Cukuplah dengan adanya harapan. Yang mampu kami lakukan hanyalah berdoa dan meminta agar tiada lagi pembedahan seumpamanya di masa hadapan. Aminnn..
.
Hari yang memenatkan namun cukup memuaskan hati.. =)
.
P/s - Kiranya nanti, Ian dapat 'bluetooth' la kan? Hahaha.. :P

18 comments:

Cikpid said...

clap..clap...clap..yeay Ian good boy..semua mcm positif ek?

Sy harap suatu hari nnti Ian akan berlari n bermain mcm kanak2 lain..tgk dlm gmbr xde beza pon..comel n bijak cam budak2 lain...lg extra..sgt baik x nangis2...kalo anak sy..emmm...hero airmata...

Sy pingin sgt nk jmpa Ian...

Jiey^Mien said...

Cikpid : Harap2 cepat la dpt blue tooth Ian.. :P

Ade gak time melalak dia nih walaupun tak selalu.. Biasa la budak2.. =)

Tiara said...

wah..bagus ian..
keep up keep up..

jiey..dr ada suggest pediasure tak?
ayra smlm pn g check up dr ckp underweight!!!!!!!!

Jiey^Mien said...

Tiara : Ada.. Ada.. Siap suh campo ngan milo lagi kalo dia tanak minum..
doktor kata dah umo setahun dah bleh mkn macam2 dah.. =)

Unknown said...

HMMMM.... ian kurang minum susu ek... kurang berat badan ek...ntah2 dia nak meringankan badan untuk bertatih n berjalan seterusnya berlari berkejaran..... sbb adwan ritu dmm smp kurus kering n skrg tak larat dah lin nk ikut dia tatih keliling umah...sakit pinggang wooooo...

ian dear... cpt2 jln tau pastu tambah berat bdn skit kasi kuat k...

yatie chomeyl said...

Ian, auntie nk kelik rayo di msia nih..klu Ian kelik qelate, suruh mama Ian oyat ko auntie deh..leh auntie jupo Ian..muahhh muahhh

heheheh

Jiey^Mien said...

Adwindaa : Ian jauh lagi nak berjalan nih.. Creep belum apa lagi crawl.. So jauh lagi perjalanan nih.. Budak ni mmg tanak naik2 berat dia tau.. :P

***********************************

Auntie Yatiey : Mama kato, this year turn brayo di Rawang, InsyaAllah petey rayo br kelik Klatey.. Kito jupo rayo keduo deh.. Oh bestnyo Ian bulih saing nge Baby Nazhan.. =)

***********************************

Mrs. Simplicity said...

wei banyak nye appointment dlm satu hari. aku yg baca pun penat. ape lagi ko yg hadap nye kan?

ian cool je aku tgk ek. kalau nia kena buat menda2 tuh tak tau la mane gaya reaction dia..

izzahazfar said...

kak...
Ian tak minum susu eh...?macam leh kawan ngan adik raziq ni..
tapi raziq tak la tak minum langsung...cuma kurang ajer...hehhee

utk Ian sayang...semoga segalanya berjalan lancar ye sayang..

ikhlas dari kami
~ayah,bonda & raziq~

A.I said...

aloloooo..kene enjet masa tido ke? terjaga kejap, nangis..pastu sambung tido balik..mmg cute!

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

ujung bulan ni hadif ada hearing test lagi!! scary!!

e_nazz said...

Ian!!! kuat2!! ciayok2!!! mudah-mudahan Ian cepat berdiri berlari dan dapat buat mcm2 lg ye...kami doakan..

Adinina said...

ada bluetooth ye Ian...comel! hehe... :)

ME said...

Alhamdulillah semuanya nampak mcm positive..InsyaAllah Ian akan berjalan & berlari nanti ..

kamalnzura said...

good boy laa Ian nehhh

Intan and The Boys said...

kite harap sangat anak kite nanti well behave macam Ian. gerammm!!!

Liana Manjaku said...

Wa...good boy ler Ian... ummi terbayang muka ian masa lepas kena cucuk tu, bangun , menangis dan tido semula! Comel sangat!

Watie Aziz said...

Alhamdulillah, nampaknya Ian semakin baik & bagus perkembangannya Jiey ..syukur sgt ..:)