Wednesday, July 1, 2009

Doa seorang ibu..

Membaca coretan Mama Idris semalam benar-benar mengundang rasa sayu di hati. Seboleh mungkin saya menahan tangis, namun gagal..
.
"Moga Allah mendengar doa permintaan hati ibu ini, andai Dia ingin menarik nyawa saya, menjemput saya pulang kepadaNya, jemputlah Idris dahulu. Walau saya terlintas di benak juga amat ngeri untuk dibayangkan hidup saya tanpa Idris, tapi saya rela. Saya tak ingin selepas ketiadaan saya anak ini disia-siakan meskipun saya percaya pada janji Allah, Dia tidak akan mensia-siakan hambanya."
.
Tidak salah kalau saya katakan, mana-mana ibu kepada anak-anak istimewa mungkin juga pernah terlintas perkara yang sama di hati. Saya juga pernah mendoakan sesuatu yang sama. Atas alasan yang sama.
.
Pernah saya tanyakan kepada adik-beradik saya sewaktu Rayyan baru dibenarkan pulang setelah 45 hari berada di hospital di awal kelahirannya, “Kalau kami mati, siapa yang boleh jagakan Rayyan?”. Abang dan adik-adik saya hanya membisu sambil memandang antara satu sama lain. Pandangan yang penuh makna dan kesyahduan..
.
Soalan saya membuatkan suasana sunyi seketika. “Biar Jek jaga. Ian duduk ngan Ayah Chik nanti yea.. Kalau Ian jahat, Ayah Chik sekeh kepala Ian!” Adik lelaki saya memecahkan sepi dengan cuba berjenaka manakala abang dan adik perempuan saya masih membatu.
.
Saya tahu, ketiga-tiga mereka menyayangi dan menerima Rayyan seadanya. Abang dan adik lelaki saya tidak pernah merungut walau terpaksa bergilir-gilir dengan hubby untuk membawa Ian ke sesi fisioterapi atau temu janji dengan doktornya. Adik perempuan saya pula pernah bertugas menjaga Ian selama sebulan sewaktu cuti persekolahan yang lalu.
.
Tapi saya masih ada ragu, kalau mereka menerima sekalipun, bagaimana dengan pasangan hidup mereka? Adakah penerimaannya masih sama sedangkan Rayyan bukanlah darah daging mereka?
.
Saya juga pernah menyuarakan hasrat di hati ini kepada hubby. Andainya saya pergi dahulu dalam waktu terdekat ini, serahkan Rayyan kepada ibubapa saya untuk jagaan mereka. Tentu sekali kami berdebat hebat tentang isu ini. Dia mahu kekal sebagai ‘ayah’ dan ‘penjaga’ Rayyan sedangkan kemungkinan yang saya fikirkan lebih daripada itu.
.
Atas dasar ini, saya memohon kepada Allah SWT, dari menjadi beban kepada semua, ambillah nyawa saya bersama Rayyan kerana saya tidak sanggup kehilangannya dan tidak mahu sama sekali dia hidup tanpa saya.
.
Tapi itu dulu. Kini, saya mahu mencuba dan terus mencuba. Saya mahu, Rayyan bukan sahaja pandai menguruskan diri sendiri, tapi juga mampu bekerja untuk menyara kehidupannya sendiri.
.
Saya juga mahu suatu waktu nanti, apabila saya sudah tua, dia yang akan memotong kuku saya. Saya mahu, apabila saya sakit, dia yang menyuapkan bubur untuk saya. Walau hanya sekali, inilah yang saya mahukan! Dan saya yakin, semua ini tidak mustahil dengan usaha dan doa yang berterusan..
.

Pelukan pertama seorang ibu.. Suatu waktu dahulu, anak ini lahir dalam keadaan hampir tiada sel otak! Melihat perkembangannya setiap hari, membuatkan saya semakin yakin dengan janji tuhan. Saya pernah merasa cemburu melihat perkembangan anak-anak istimewa yang lain. Sehingga suatu masa, saya melihat perkembangan itu sebagai pembakar semangat untuk Rayyan juga berjaya seperti mereka.. =)

My dearest Puteri Nuur, mungkin, sekarang ini, Idris mahupun Rayyan masih belum mampu melawan walau seekor semut yang menggigit. Mungkin, waktu ini, Idris mahupun Rayyan tidak bisa melawan walau seekor nyamuk yang menggigit. Tapi dengan izinNya, tidak mustahil suatu waktu nanti, anak-anak kita akan berlari mengejar ayam itik di halaman rumah datuk dan nenek mereka. Tidak mustahil suatu saat nanti, anak-anak kita akan sibuk memukul lalat yang berterbangan, dan mungkin juga, berlari mendapatkan kucing-kucing liar di jalanan..

Di kala itu, kita akan menjerit dan turut berlari. Kita akan kepenatan mengejar mereka. Kita akan cuba menghalang nakal mereka. Namun yang pasti, kita akan tersenyum puas kerana mereka mampu. InsyaAllah..
.
P/s - Semoga terus ditetapkan hati kita semua di dalam menjaga khalifah-khalifah Allah ini.. =)

27 comments:

nasazfrog... said...

hai salam kenal ...:)

Cikpid said...

kamu ni mama Ian..buat sy menitis air mata di opis pagi2 ni..

Sy doakan Ian akan dpt berlari mngejar ayam itik nenek..kucing2 liar..n mama Ian bisa penat mngejar Ian yg akan keletah bercakap dan berlari ke sana dan ke sini..

Semoga besar nnti Ian akan mmbls jasa mama nye..mnjaga mama nye seperti mana mama Ian mnjaga Ian semasa kecil...Aminnn...

Unknown said...

Salam...Jiey, setiap kali Jiey update entri ttg Ian, mesti k.iela jengok bagi mengikuti perkembangan Ian. K.iela percaya Ian kuat semangat seperti Mamanya.

eiNa said...

jiey jgn la tulis yg sedih2 cenggini..sayu baca..
sya Aira kena gigit kt taska pun dh melompat mrh sedih..wlu kta xde dgn dia 8jam saja..tak dpt bayangkan kalau kta xdak disamping mreka sepnajang masa.. huwaaaaaa
pagi2 ni emo la plak.. :((

misz_nierah said...

akak ni, dh la sy emo pg2 ni...bce post ni..lgiiiiii la emo. huhu...smoga doa dan impian akak tercapai. jgn putus asa. Allah bersame akak dan Ian. i love u.. huhu

Jiey^Mien said...

Nasazfrog : Salam kenal.. Takleh nk wat kunjungan balas la..

Cikpid : Syahdu ke? Bukan entry nih entry harapan ke? =)

Aminnnn.. Aminnn.. Aminnn..

Miela77 : Thanks kak.. =)

eINa : Dear, jangan la emo pagi nih.. Kang I pun ikut emo sama kang..

misznierah : alamak, sorang lagi emo..

p/s - Jgn dipikirkan sgt kata2 org ni dik.. akak ni gemuk banget nih camne? :P

izzahazfar said...

kak...baru 5 hari zah tak baca tulisan akak buat zah meronta2 pagi ni nak baca..

kan akak buat saya menangis lagi...huhuhu..

sayang Ian...!

A.I said...

Insyaallah, besar nnt ian bleh dah suapkan kau ayam kepsi, kek, donut kalau kau nk. Ian kan kuat semangat. dia musti boleh punye la...!

Jiey^Mien said...

izzahazfar : jgn gitu dik.. ni entry harapan nih.. bukan entry emo.. :P

kak ai: ko nih memang gila ah kak..
ian da besra, aku pun da tua kak.. mana leh makan ayam kepsi, donut ke mekdi ke..
kolesterol tinggi kang.. kena jaga wohh.. :p

Mrs. Simplicity said...

aku tak penah terfikir, andai aku pergi dulu.... tapi aku selalu fikir, jgn la aku sakit walaupun pening sekali pun sebab aku yang mandikan nia, salin pampers nia, bg nia makan. takde sapa yang buat ni. papa dia pun tak penah!

bila ko buat entry ni sedih pulak fikir mcm mane kalau kite da takde nanti. huhu...

Unknown said...

Aduiyaiii pepagi ku nangis sebb mu... jgn aarrr... tingat anak ku di taska... lin walau tak merasa melahirkan dan membesarkan anak seistimewa ian, pasti akan berdoa begitu kerana tak rela rasanya bila kita dah tak da anak kecil lagi tak terbela... huhuuuuu

Intan and The Boys said...

jiey ja'at! buat kite nanges pepagi ni tau.

insyaAllah jiey. Idris dan Ian akan mampu berlari bersama2 suatu hari nanti. kite doakan.

yatie chomeyl said...

jiey, teriok ore baco entry hari ni..raso sayu plop tp giutlah perasae seorang ibu kan?

Eliss said...

nanti Ian berlari laju tau.biar pada muka Anntie Jiey kejar penat2..hikss..

xoxo,
Nuha

[I][T][A] said...

Sedihlah... walaupun itu bukan yang kita inginkan...Tapi kita harus gak berfikir berlawanankan..

wanie md zain said...

ala jiey...saya dah menangis dah...sy pun pernah terpikir kalau saya pergi dulu saya minta hubby serahkan najla pd mak atau kakak saya...saya tkt nanti hubby kawin lain mak tiri dia garang...kalau dengan kakak saya, saya tau dia mcmna....

itu la ibu...sampai mcmtu sekali kita berfikir kan...

Jiey^Mien said...

aly : agaknya kalo dah tade kita ni.. bleh je bapak dia buat kot..
dulu sblm ada maid, ian dok ngan babysitter kejap..
alimin blk awal n amik dia dulu, aku standard la, kul 8 or 9 baru smpi.. skali tu, ian berak.. dah takkan nak tgg aku blk.. bapak dia la cebok.. hahahhaha.. suka ati aku! :P

Adwinda : Lin, entry ni sepatutnya jadik entry pembakar semangat, ropenya jadik entry syahdu plak.. Ish, tersasar nih.. :P

puterikurekure : Ish jgn nanes2.. nnt baby sedey..
nanti dh berlari kita plak yang tak larat nak kejar.. =)

yatiey : jange la tiyok.. baby SN tgk tuh.. pah dio pom tiyok jgk gak.. rasonyo memey gitu la dey jadik ibu lako2 gak.. =)

Jiey^Mien said...

elissmie : nuha, awk jgn risau, mak saya gemuk.. mana larat dia nk kejar sy.. -Ian-

ita : setuju.. takkan nk pikir yang baik je kan? =)

wanie_putra : kita ni mmg pikir jauh2.. smpi ujung dunia pikir.. muahahhaha..

Bukan Bidadari said...

kelu den....

Jiey^Mien said...

Ema : Biso bonar.. (tatau ape kaitan.. :P)

Adinina said...

Ajal maut dah ditentukan. Takde sape didulukan atau dilambatkan walau sesaat.

Jiey doakan yg terbaik saja utk Ian k.

*gmbr tu cun. ekekeke....

Pnut said...

Jiey-akak pun selalu terfikir andai akak pegi dulu camner anak-anak, boleh ke pak dia jaga depa, makan minum? pakaian?? sekolah...

huhuhu sedangkan ada kita semuanya hendak mama je, buat homework nak ngan mama, babah dia kurang sabar sikit, cannot imagine kalau akak dah tader...

Doalah moga panjang umur, sampai dapat melihat cucu..aminnn

Liana Manjaku said...

adoi...orang terakhir ler yang komen.Sedih sungguh baca! Apa pun jiey memang seorang ibu yang baik sekali... penuh dengan kesabaran. Semoga Jiey dan Ian dipanjangkan umur dan sentiasa gembira selalu.

Puteri Nuur At-Terawis said...

jiey,
saya nangis lagi...

:(
:(

harap kita sama-sama dapat mengejar diaorang nanti.

SyahNur said...

jiey,
tahniah kerana awak telah bertukar drpd -ve thinker kepada +ve thinker.. itu yg sebaiknya utk Ian.. berdoa lah agar Ian blh berdikari sendiri sepertimana org lain.. doa lah yg baik2 shj k!

leadleedeea said...

mama ian..ur entry really made me sad..huhu...jgn laaa mcm ni..saya yakin Ian boleh kejar ape2 yang dia suka k?...mmg kite mesti tabah n we must be strong...sabar yek..

miezrina said...

tersentuh!