Alhamdulillah.. Proses berpindah sudah selesai. Namun proses mengemas masih belum sempurna seratus peratus. Barang banyak yang amat sehingga saya sendiri tidak tahu mana lagi hendak disimpan. Pening. Maklumlah, dari rumah teres ke kondo, pastinya keluasan yang agak terhad menyukarkan segalanya.
.
Ian masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan tempat baru. Pantang ditinggalkan berseorangan, berhamburanlah air matanya. Asyik mahu menempel dengan mamanya. Pantang mama bergerak sedikit, raungannya seperti dipukul. Ian juga tidak mahu tidur di katilnya sendiri. Mahu tidur menyempit di tengah-tengah mama dan ayah yang sedia maklum besar.. :P
.
Malahan, pagi ini, sewaktu mahu bersiap ke pejabat, saya terpaksa meletakkan Ian di atas katil dan bersiap-siap di sebelahnya. Sewaktu diambil bibik, meraung-raunglah dia..
.
Sekadar memenuhi permintaan Auntie2 yang mahu melihat bilik Ian, dekorasi belum siap sepenuhnya. Malahan, ada lagi kotak barangan Ian yang belum dibuka. Budak kecik ini barangannya cukup banyak yea.. :P
.
Katil hadiah dari uncle.. Mama top up separuh.. =)
.
.
.
.Esok, kami akan ke SDMC, sesi fisioterapi dan juga untuk temujanji dengan pakar ENT Ian, ujian BAEP akan diulangi bagi menentukan 'bluetooth' yang sesuai untuk Ian. Tidak sabar! =)
.
P/s - Penat masih bersisa.. Hubby akan ke PD pada hujung minggu ini kerana urusan kerja dan mahu kami turut serta. Hmmm.. Agak keberatan kerana masih mahu mengemas. =(
31 comments:
pehh..operasi pndah mmg memenatkan..:)
kemas sket2 jiey..jgn pulun sume nnt pengsan..:P
jiey,comel la katil Ian..ade car la..
teringin nk deco bilik anak siap ade katil tp hubby kate tgu dlu coz anak masih tdo bersama..huhuhuuh..
pe pon sweet je bilik Ian =p
mmg penat kalo pindah randah rumah...
cantik la bilik Ian.. penuh dgn kecerian... best!
pindah umah adalah perkara terakhir yg aku nak buat. kalau bole, bila da dpt umah sendiri, taknak pindah mana2 dah, sebab barang umah sentiasa bertambah, kalau pindah, betambah banyak la nak kena angkut & kemas. mmg penat...
alamak...ian ni mcm raziq...2 3 hari ni dok merap sajer...
p/s:Ian..katil tu lawa la...
wah......bestnye Ian..lawa bilik..rase ngantuk aa tgk katil Ian ni..
Umah baru..so..Ian takut2 ag kot sbb lain..hehehhe
cantiknya katil ian..seronok ada bilik utk baby..reena tak ada bilik extra for baby..tgh cari rumah...
alhamdulillah..murah rezeki Ian..mmg cantiklah katil Ian nih.. Jiey ni pandai lah men 'deko-deko' kat tepi katil Ian tu ek..malu2 plak nak mengaku yg diri'ada bakat' sebenarnyer...hihihi
wow katil ian!!!! nk tumpang tido leh ian????
lom abis kemas pon cantek je aku tengok bilik ian ni!..kan best kalau bilik anak aku camni... :P
blue for ian. sejuk mate memandang..cantik gak katil tu
eINa : a'ah.. betul la.. masa bujang2 dulu, dua kali gak pindah umah.. tapi tak terasa pun penat.. lupa plak, time tu mana la byk brg.. skrg ni, brg byk yg amat.. nak membuang sayang, last2 jadik sampah gak..
***********************************
mamaaunifirdina : ian pun tido ngan kitorg gak lagi.. letak crib dia kat sblh katil kitorg. tapi saje je beli katil tu.. lg pun kondo stakat 3 bilik ni, satu bilik kitorg, satu bilik bibik, so bilik ian la yang akan jadi guest room.. tu yang beli katil gak tu.. =)
***********************************
syahnur : a'ah la nurul.. lenguh2 badan.. stamina dah kurang gamaknya..
konon2 kalo ceria tu, leh la stimulate mind ian.. :P
***********************************
aly : itu la ly.. laki aku siap ckp, pasni jgn pindah2 lagi dah.. pastu aku tanya la, nnt abg tanak dok landed house ke? pastu dia tanya aku balik, nk pindah lagi ke? terus aku terdiam.. tak sanggup woo..
***********************************
izzahazfar : susah kan? ian smpi letak kejap coz nk tuka pampers dia pun gi bantai nangis smpi merah2 muka.. :P
*************************************
Cikpid : Jemput la dtg umah, bleh tido kat bilik ian..
Itu la.. Terpikir gak.. Tp atuk dia dh 'tiup'2 sket dah.. Still nangis2 gakk.. :P
p/s - Bestnya Afieq dah tumbuh gigi.. Ian ni gigi dok 3 btg tu je lagi..
***********************************
Reena : Ok la kalo tgh carik rumah, pasnih bleh decorate sggh2.. =)
***********************************
ibu_arifa : Itu la.. Kena cucuk2 atuk n nenek dia plak bia sponsor something else plak.. buruk nar perangai mama ian nih.. :P
tak pandai la.. itu main letak je tuh..
***********************************
Elyn : Bleh je.. dtg ah umah.. wafiq kena tido yang plg bawah coz wafiq lasak.. takut jatuh.. :P
***********************************
ai : kak ai, still bleh buat apa.. buat la skrg.. =)
P/s - ke sbb baru ank sorang n lom tahu meneyelongkar, tu yg jadi tuh.. :P
************************************
nina : mama ian nih mmg gila biru.. kebetulan plak ian bih boy.. masyuk la sesangat.. =)
**********************************
Cantik this room .. sesuai untuk kids yg tgh explore
ME : Itu la kak.. Niat di hati nak suh dia explore semua benda ni.. So far, kereta tu, dia baru tgk tang tayar.. Tp ayah dia kata pelan2 la.. Nnt dia tgk tang badan la plak.. =)
Toys tu plak.. dia baru explore yang bahagian bwh jer.. tu pun dah tak terhabis nak main..
Nnt nak bentang gym mat n pool ball dia plak.. Cam akak kata, biar bilik ni jadi activity centre dia.. =)
bab ni la na lemoh lutuk neh.... penyakit Malas tiada ubatnya
keh keh keh
ohhhh amik katil hok besar slalu ek... lawa lawa
wah cantik bilik Ian, best nya katil tuh... mana beli jiey? tak sabar juga nak ada rumah sendiri nih..
sukenye ngan katil ian tu,, kiut n kalerful..
bestnya bilik Ian... dulu auntie masa kecik takde pun bilik best mcm ni... untung Ian.... heheheh.. jeles ni.. Qila kalau tgk ni pun dia jeles... huhuhu
waah cool la katil ian! bentuk kereta tu...auntie nak tumpang tido boleh?
cantik lahh.....katil tuuu..memang sesuai untuk boy
shantek la bilik Ian! sejuk je mata memandang..:)
nice baby blue color...~!! and the bed too..hurmmm berangan nak decorate bilik for my baby nnti..heheee InsyaAllah..
wa...menangis ummi tengok bilik Ian... Cantik sangat. Biasa ler...Budak kalo tempat baru susah sikit nak sesuaikan diri. Nasib baik Husna hari tu tak ada masalah...ok jer..cuma malam pertama tu dia tak nak tido..Asyid main jer...
cantik bilik Ian tu...color pun lembut jek...ekeke Jiey ikut jek la hubby ke PD tu...bleh jenjalan sambil rehat2 kan diri....mengemas tu nanti sikit2 buat lama2 bleh habis gak....
Pinjaey kataey bbetar Ian.
comey nyo katil Ian...mesti sedap tidur ..tgk2 mama dio hok lebih2 nok tdo di katil Ian..hehehe
cantek bilik Ian!
mesti penat kan pindah umah. kite ni lepas bersalin maybe kena pindah jugak kot. tgk la dulu tuan umah nak kata apa.
jiey dah start cuti ek? atau masih keje lagi?
cantiklah bilik ian.. katil pun cantik... berkenan ita tgk.... umah jiey ni kat mana yer??
salam ziarah. 1st time singgah sini. syukur.. Ian membesar dgn bijak. sy salute awak....
wahh..Ian dah ada bilik sendiri...
bleh Danish pinjam katil? ekeke
Post a Comment