Entry ini, bagi menjawab comment(s) yang tidak sempat di balas sebelum ini. Untuk Kak Pinut, seganlah nak letak gambar beria, Jiey bukannya terror bab-bab decoration ni. Lg pun, rumah kecik jer.. Nak menghias pun terhad (cewahh.. ayat cover! Padahal mmg fail bab-bab decoration nih.. :P)
.
Actually, asalnya, seperti kebanyakan keluarga yang lain, kami juga bercadang untuk membeli rumah teres atas nama sebuah keselesaan. Setelah melakukan semakan harga pasaran, kami akur bahawa amat sukar untuk mendapat rumah teres dengan harga yang berpatutan di kawasan Ampang ini. Walau ada rumah yang cantik dan menarik dengan harga yang berpatutan di sekitar Puchong, Rawang mahu pun Sungai Buloh, hubby agak keberatan dan berkata sudah selesa di Ampang. Masakan tidak, dia dilahirkan dan dibesarkan di Ampang. Saya tak heran campak kat mana pun.. :P
.
Memikirkan jumlah wang yang harus dikeluarkan, kami setuju untuk membeli rumah dalam masa setahun dua dari sekarang. InsyaAllah, waktu itu, tentunya simpanan makin bertambah (harga rumah pun makin naik.. :P)
.
Tapi mungkin rezeki Rayyan Ariff, kami mengambil keputusan mahu membeli kondo bersebelahan Hospital Ampang. Harganya? Alhamdulillah, kurang RM40K lebih rendah dari harga pasaran. Inilah yang dikatakan rezeki. Setelah berbincang, tiada salahnya kami membeli unit kondo ini sebagai pelaburan untuk Ian. Kiranya, ini rumah Ian dan InsyaAllah, jika diizinkanNya, mungkin dalam masa 3 atau 4 tahun lagi setelah simpanan mencukupi, kami beralih kepada landed house pula sebagai rumah keluarga.. =)
.
Kepada yang bertanya jumlah kos yang terlibat dan apa yang perlu disediakan, (Han, Affi, aku tau ko tanya sbb ko pun nk beli umah gak kan?), rasanya, sama sahajalah seperti yang orang lain, bayaran muka sebanyak 10%, legal fees, stamping fees, valuation fees dan entah apa2 lagi.. Termasuk dengan kos pengubahsuaian, gedebak gedebuk, rasanya dalam RM40K. (Ini baru kondo je, kalau landed house, nampaknya lebih lagi la kos nya.. Ayayaiii.. Mana nk carik duit lagi nih??)
.
Sneak peak.. (Gambar2 ini diambil beberapa hari yang lalu. Masih dalam kerja pembaikkan..)
.
Bilik Ian
.
Bilik Mama
.
Dapur yang belum siap..
.
.
Bilik Mama
.
Dapur yang belum siap..
.
Hari jumaat, InsyaAllah, built-in cabinet and wardrobe akan dipasang. Hari sabtu, kerja-kerja pembersihan akan dimulakan dan kami akan berpindah pada hari ahad nanti.
.
Kalau diikutkan hati, banyak yang ingin saya tukarkan. Set bilik tidur berwarna putih dengan english style, set bilik tidur Ian, set meja makan baru, tapi itulah.. Banyak halangan buat sementara waktu ini. Pada awalnya saya berfikir, biarlah, alang-alang biarlah berhabis terus. Tapi bila memikirkan saya akan bercuti panjang nanti, saya tangguhkan dahulu hajat di hati.
.
Daripada saya menghabiskan ribuan ringgit pada sesuatu yang bukan menjadi keperluan, ada baiknya saya laburkan wang untuk keperluan Ian. Saya sudah berkira-kira mahu mendaftar Ian ke Tweedle Wink dan untuk membuat terapi di Pusat Spastik. Dengan kos perubatan di SDMC lagi, cukup pasti bahawa kami perlu berpada-pada dalam berbelanja. Selamat tinggat set bilik tidurku.. :P
.
.
Apa kena-mengenanya tajuk entri dan cerita yang saya paparkan ini? Takde.. Hahahha.. Actually, sepupu saya ada memberikan dua pas masuk ke training session Man U Asia Tour yang akan diadaakn pada hari esok. Hubby adalah kipas susah mati Liverpool. Tak mungkin dia mahu pergi rasanya. Adik saya juga menolak.. Hmm.. Saya bukanlah peminat football tapi teringin juga mahu melihat Owen secara langsung. Macam mana yea?? :P
.
P/s - Berita baiknya, uncle nak finance 60% harga set bilik tidur Ian.. Murah betul rezeki budak ni.. =)
P/s - Berita baiknya, uncle nak finance 60% harga set bilik tidur Ian.. Murah betul rezeki budak ni.. =)
Ada sesiapa nk tolong angkat barang tak??
29 comments:
selamat berpindah jiey!..baik2 angkat brg masa pindah..hehehe..
*dah tak tau nak komen ape..
wahhh.. beshh nyer..
rezeki ian..
harap sume bejalan dgn baik..
peace!!
Wow .. untungnya Ian
nak pindah dah ek?
best2. rumah sendiri jiey...
kecik2 pon puas hati.
kan? kan?
kat manjung ni semua harga rumah sangat2 mahal. (tak padan ngan "ulu"!)
tak mampu nak sambar satu.
tunggu la lagi 3-4 tahun.
wuwuwuwu~
Applecrux : Penatnya nak ngemas.. Malas nih.. =(
Thanks for the comment.. =)
***********************************
Mrs K : a'ah.. rezeki Ian.. sebelum ni tak terpikir pun nk beli umah dlm masa terdekat, konon2 nak simpan duit dulu.. takpe la.. nnt ian takyah pikir2 nak beli rumah lagi.. adik2 dia plak, kita tgk la camne.. mn la tau rezeki terpijak dpt harga ok lagi next time.. =)
***********************************
ME : Masa decide nak beli ni dulu, still taktau lagi ability Ian. Kononnya, nnt ada jugakla yang kami tinggalkan utk Ian.. Tapi skrg, rasanya, InsyaAllah, Ian mesti bleh keje n beli umah sdr nnt.. :P
***********************************
puterikurekure : la gitu ke? ingtkan kalo luar KL mesti murah.. salah tanggapan rupanya.. baru nk berangan nak beli banglo kat Kelantan.. muahahhahah..
***********************************
wah.. tahniah.. lame x jenguk blog ni, bnyk betul cerita yg wajib di khatamkan.. hehe...
bestkan bile da ade umah sendiri.. teringin gak nk beli umah area ampang ni, tp tggu dpt posting cikgu dulu baru la blh confirm nk beli umah kt area mane..
p/s: my hubby plak x suke dok ampang (sy dibesarkan kt ampang) sbb dia kata, ampang ni sesak sgt! haha..
SyahNur : Best tu.. Loan gov interest br 4%.. Leh carik umah best2 tuh.. =)
p/s - Sama la my thot n ur hubby. Rs cam Ampang ni crowded sgt2 tau.. Asyik jam jer..
Syukur alhamdulillah...cik iela tahu Ian memang bertuah...murah rezeki Ian..nanti bila bilik dah siap jgn lupa bergambaw ek..
salam kak..
nampaknyer zah pun akan pindah rumah juga..
bukan rumah baru tp cukupla...janji hati kita gembirakan..
p/s: Ian memang sentiasa akan murah rezeki sebab..diakan istimewa
CIk Iela, mama kata segan nak amik gamba.. cukup la tu yang kat atas.. =)
izzah : betul2.. janji hati gumbira.. jom.. jom.. kita sesame mengemas n menghias.. =)
nok tiket..nok tiket..uwaaaaaaaaaa...bestnyo kalu leh gi tengok man u...
Tahniah..rezeki Ian...
Akak dulu plan asal nak renovate katanya ialah tidak melebih RM40K
tapi setelah mula kerja renovation, melihatkan azabnya habuk, debu dan teruk kerja nak mengemas semula, hubby akak yg tak suka selerak tarak ni, decide menjual segala neka saham dia ada, jual share bagai, gedebuk gedebak.. terlajak jadi lebih 70K..
lepas tu gigit jari sebab saving nan ado langsung, harap duit gaji semata-mata. tp berpuas hati sebab dapat keluasan yang berbaloi-baloi... bila ada anak kecil pulak lepas tu, seronok tengok dia duduk dalam walker ke hulu ke hilir rumah tu sebab luas ruang dia nak jelajah.
dan apabila saudara mara datang, tak bersempit-sempit, nanti akak baut entry tentang kriteria perlu ada dalam nak beli rumah, ada gak adik-adik tanya..
psstt Jiey, minat english style gak ke?? ada member forum kat wanita melayu.com ada jual perabot leh bayar ansur-ansur..ehehehe cukup bayar barang sampai...
akak alegik dgn english style decoration, terjebak sudah
selamt berpindah..syoknya Ian kecik2 dah ada bilik sendiri...aunty dah kawen baru ada bilik sendiri huhuh...murah rezeki Ian ni....
ps: You make me melt with your smile..anuar zain pun kalah...
wahhh meras juga pakai set katil putih english stail ye
tengok deco besama eric tu hari..cantik pula english stail dia
kerana saya bukan peminat english stail
bestnya Ian dah ade bilik sendiri......... Qila entah bila entah nak ade..
uwo0oo0. umah bru. ada house warming x? eheheh
*bley ja nk tlg angkat. bila?
**meh bg aiya tiket tu. ehehhehe.
tumpang seronok - umah baru
jiey,lawa la cat bilik u all tu..purple kn?nice2..ni baru jiey publish ckit ni..nnt nk tgk kitchen cabinet yer..da fully siap nk gak ditatap..hehhehe
wah,ari ahad ni pindah la ekk..seronotnyerrr..umh sya lom settle sepenuhnyer..insya allah,ujung bln ni pindah masuk ler...=p
Berjelanya org komen kat cni !!
wawawa mama Ian peminat purple ghupanya !!
Cayalah, sama la kiter!!
kak jie..
akak x yah p laa tgk MU training...heheh...bg jek kat sy..esok lepas tgk, sy citer jek kat akak..tak pun takat nak owen tu..sy bleh jek sampaikan slam akak pd dia..hehehehe..
saya pon suke purple! tp husband tak kasik cat bilik/rumah kaler purple sbb die kate cam bilik pompuan huhu..
murah rezeki ian !
Selamat berpindah.. :) mesti penat nnt kan... :) and kim salam pd Ian...
jiey da pindah ye? sonokkan time nk msk umah br..wah besh Ian ada bilik sendiri ;)
selamat berpindah jiey...seronok rasanya dok umah sendiri kn?...
cuma xlarat nak mengemas la pulak.
wah ..bestnya dapat umah baru! tahniah Jiey ...:) mesti Ian happy!!
kondo is a very gud investment ..takper, dah tua-tua sket baru duk jauh2 ..hehehe..skang hubby rasa jauh sebab dah biasa duk Ampan .. i plak tak leh Ampang ,jem oooo..tak sanggup..ehhhee
bestnyer ian ada bilik sendirik...
area ampang tu mmg crowded...tp kalau dah lama dok situ...senang..semuanyer ada...x payah g jauh2..
umah sekarang mahal2...coz renovation pon mahal..nak tambah skit pon...makan 5-6k...sabau jerlah...
adex ni entah bila dapat dok umah sendirik..umah sendirik ado...tp buat sewa...dok umah free...huahuahuahua
Syiok nyeeee ade condo sendiri!!
Boley DIY sesuke hati anytime.. hiks.
:D
Hai jie..murah yer dapat harga kondo tue..susah nak cari harga tue..saya org baru tengah servey gak nak beli rumah tapi suma mahal
Post a Comment