Tuesday, July 28, 2009

Anak manja mama..

Pagi tadi, sewaktu saya sibuk memasak nasi Ian Ariff di dapur, hubby memanggil saya agar menjenguk Ian yang sudah bangun dari tidurnya. Sebaik sahaja melihat muka saya, senyumnya melebar. Itulah Rayyan Ariff. Pantang melihat wajah mamanya, pasti mahu melekat.
.
Apabila di dalam pangkuan saya, pasti dia tidak mahu dengan sesiapa sahaja. Setiap kali ada yang menghulurkan tangan, dia akan menolak atau menepis tangan yang kononnya akan 'merampas' dia dari ibunya.
.
Setiap kali di pangkuan saya, dia akan mencium wajah saya berkali-kali. Dia juga suka merangkul dan memeluk saya. Tapi apabila ada sesiapa yang menyuakan muka untuk mencium pipinya atau minta ciuman darinya, dia akan menolak dengan kuat. Tanda protes!
.
Seboleh mungkin, mahunya hanya di ribaan atau dukungan saya sepanjang waktu. Manjanya juga berlebihan apabila mengetahui saya ada bersama. Merengek-rengek tanpa henti. Sedangkan tanpa saya, dia bisa bermain sendiri selama beberapa ketika.
.
Pagi ini, sampai ke telinga sengihnya apabila melihat saya bertudung. Mungkin dia tahu, bertudung maksudnya akan keluar rumah. Mungkin sangkanya, kami mahu berjalan-jalan. Apabila saya berjalan sambil mendukungnya ke pintu, senyumnya semakin lebar. Setelah saya berikan dia pada bibik, dia menghulur-hulurkan tangannya minta diambil, dengan sedikit rengekan kecil. Apabila saya keluar dari rumah, kedengaran ledakan tangisnya.
.
Kebelakangan ini, dia cukup suka berjalan-jalan. Kalau ternampak kereta ayahnya dan tidak di bawa naik, meraunglah dia. Terutama kalau dengan saya. Manjanya menjadi-jadi.
.
Pada sesi fisioterapi pada pagi sabtu yang lalu, Ms Sarjit juga mengatakan betapa dia tidak menyangka Rayyan akan 'membesar' dengan secepat ini. Dia sudah pandai menunjukkan protes sekiranya dipaksa melakukan sesuatu di luar kemahuannya. Dengan saya di sisi, manja berlebih-lebihan sehinggakan untuk sesi-sesi seterusnya, Ms. Sarjit sudah berpesan agar saya menunggu sahaja di luar dan hanya bibik dibenarkan masuk. Hahhaha.. Mama kena ban dengan Ms. Sarjit.. :P
.
Apa motifnya di sini? Senang sahaja, naluri antara ibu dan anak itu sesuatu yang pasti. Kasih sayang yang bersemi pastinya tidak mudah luntur. Walau saya meninggalkan dia lebih dari 12jam setiap hari, itu tidak pernah menghalang kasih sayangnya pada saya. Walau dia mungkin membesar dengan bibik, tapi mamanya masih menjadi pojaan hatinya. Motifnya lagi, walaupun tidak menyusu badan, kasih antara kami tetap kuat okey!!
.
Ibu susuan anak saya..
.
P/s - Mokcik emo coz pagi2 kena sound.. Macam bagus ek?

17 comments:

kamalnzura said...

mesti cumil Ian senyum2...
pemurah senyum nih...

Anasfadilah said...

best kan bila bangun pagi anak senyum pada kita..saya dapat rasa macam mana jiey rasa

ohhh bestnyeee rasa tu :)

NM said...

mmg anak akan lebih rapat/manja ngan mama dia tak kira susu apa sekalipn yg dia minum..jiey jgn risau sgt psl tuh k...

tengok anak senyum,ilang sume penat lelah.. =)

Mrs. Simplicity said...

fuh, sama cam nia. kadang aku rasa, aku da spoil kan dia la. ter over manja. padahal kalau kat nursery, bole je nak main2 sendiri. tapi kalau kite depan mata, dok mama2, kejar kite tak kire kat mana. time mandi pun nak tgk, ape cite? hahahah...

Puteri Nuur At-Terawis said...

jiey, mokcik pun x menyusu badan, tapi anak-anak masih utuh menyayangi si ibu ini :P

yatie chomeyl said...

sapo sound tu? meh ore nok sekeh palo dio

Pnut said...

part menyusu badan tu memang boleh buat kita emo.

even akak sempat juga full BF alesya berbulan-bulan, buat akhirnya akur bila susu makin kurang and baby tak cukup minum, kena top up dengan Formula Milk.

Sedih kerana tekad awalnya nak full BF.

Tak suka bila tengok orang overdose bangga dengan full BF, kalau yang jujur dan tulus ikhlas tak per, tapi kalau sampai tahap merendah-rendahkan orang yang tak mampu full BF baby, i was so meluat..

i'll write about it kat my next entry la lps ni..

turut emo ni...

Cikpid said...

emo pepagi??hehehhe

sy suke laa entry ni..bg sy motivasi..

walaupon x nyusu bdn..tapi bonding still kuat kan??walaupon byk masa Ian ngan bibik..mama die tetap di hati..

So, skang sy x risau ag..hehehehhe

KLMari said...

My special Dina jugak begitu...melekat aje especially bila si adik dan kakak dah tidur...minta didukung, dibacakan buku, suruh menyanyi tanpa henti..aduuh !!! Macam nak patah pinggang mendukungnya dah bertambah berat tuh...lebih 15 kg dah tu...tapi sebagai tanda terima kasihnya, pasti dipeluk dan dicium pipi mommynya...kehkehee...

Intan and The Boys said...

yup. anak tu kenal mak dia.
:)

Ian cerdik sangat la jiey. geram kite tau!!!
nak2 terbayang2 senyum dia tu. betul2 boleh buat runtun jiwaaa....
:D

Puteri Satu said...

kadang2 ada yang kata anak menyusu badan lebih rapat berbanding anak yang tidak menyusu badan...? Adakah benar atau cuma mitos semata... tapi terbukti anak akak cuma menyusu badan selama 2 bulan je... selepas tu... susu formula je... tetap rapat dan manja ngan akak... so... tak leh nak komen atas kenyataan tuh kan..sebab ada sorang anak... klu dua maybe dapat jawapannya....

Bukan Bidadari said...

Bila anak bermanja2 dengan kite..Rase berbunga2 jer hati... walaupun kadang rimas..hahahahaha

Tahniah Ian.... semoga akan terus membesar dgn pantas.....

Ina said...

hehe emo rupanya. semua mak nk buat yg terbaik utk anak nya bukan dr segi pemakanan je. not doubt bm is d best but by not bf doesn't make u any less of a good mother! u r a great mom jiey :)

oh menjadi2 ek manjanya ian tu. tu tanda dh makin pandai la tu. esok lusa lg la mcm2 pe'el ek ian hehe :D

Elyn Sani said...

monsun nk sampai ke jiey??? eh jiey kalo monsun merah jgn mkn tau!! lupe nk cite aritu..... apa2 sms ek!!

S-N-B said...

mm.. pakai botol Dr Brown yer, yg BPA free tak? sbb kalau tak BPA dier agak tinggi..

http://www.chej.org/documents/BabysToxicBottleFinal.pdf

ibu_umairah said...

fisrt time tengok botol itu.........

Haiza said...

Jiey...memang kasih anak dengan ibu tu tak boleh nak dipisahkan melainkan ajal & maut je Jiey...berapa lama pun kita tinggalkan anak tu dalam sehari...dia pasti ingatkan kita...sebab rindukan kita yang jarang berada di rumah ni lah yang menyebabkan anak2 taknak berpisah dengan kita bila dia ada peluang bersama kita...itu memang pasti...buktinya Damia ni pun memang taknak berenggang dengan saya bila dia dapat bersama saya..sampaikan saya menaip comment ni pun Damia ada di ribaan saya...dan dah terlelap pun di ribaan saya....memang anak ni anugerah Allah yang paling tak ternilai buat kita seorang ibu ni walau macam mana pun keadaan dia..