Thursday, September 3, 2009

Tak terkejar..

Walaupun sudah bercuti secara rasmi, tapi saya masih perlu ke pejabat untuk menyelesaikan kerja-kerja yang masih ada berbaki. Susah betul. Semalam, saya titipkan Rayyan Ariff kepada Atuk dan Wan nya di Rawang. Hari sabtu nanti, mungkin saya terpaksa tinggalkan Rayyan Ariff kepada ayahnya.
.
Penat sekali menjadi seorang surirumah. Dengan kerja-kerja rumah yang tak pernah surut dan melayan kerenah Rayyan Ariff yang perangai mengada-ngadanya semakin menjadi-jadi. Asyik mahu berdukung dan diriba. Waktu tidurnya, berkejaranlah saya mahu melakukan seribus atu perkara. Lamanya bibik cuti.. =(
.
Comment di blog tak sempat dijawab. Untuk meninggalkan comment di blog kawan2 juga berkejaran. Update di KernaKasihCollection juga terkejar-kejar. Buat yang teman2 yang mengirimkan SMS, maaflah kiranya tidak terjawab. Sewaktu mahu dibaca pun sudah berebut-rebut dengan Rayyan Ariff, apa lagi mahu membalas. Apabila sudah dibiarkan, langsung terlupa untuk membalas.. *guilty*guilty*guilty*
.
Bezanya antara menjadi surirumah dan seorang pekerja bawahan adalah, kepala tidak pusing kerana banyak perkara. Yang perlu kita fokuskan hanyalah keadaan anak, suami dan rumahtangga. Masalah orang lain dan negara bukan lagi menjadi beban yang terpikul di bahu kita. (Poyo bunyinya.. Tapi bidang kerja saya memang menuntut saya memikirkan isu kenegaraan dan kerakyatan.. Demmit! Astaghfirullahalazim.. Ikhlas.. Ikhlas.. :P)
.
Selain daripada menghabiskan baki kerja pejabat :-
.

Saya juga masih ada projek untuk Rayyan Ariff.. Yang masih belum berkesempatan untuk disiapkan.. :-

*sigh*

P/s - Petang ini ada appoinment dengan paed Ian. Mahu Ian di x-ray.. Sekadar mahu mencari kebenaran benarkah tulang Ian 'lari' seperti di entry ini -> Pertembungan yang mengusutkan.

8 comments:

Ummi Nuhlan said...

jiey...buat pelan2 na..insyallah semua akan setel..

Liana Manjaku said...

Aduh jiey...terasa dah penatnya sbg surirumah sepenuh masa kan... Tp, yg bestnya dapat tengok dan jaga anak sdn :)

Farah said...

takpe jiey..take ur time k..mmg penat jadi surirumah..dok opis ni atleast sibok ngan kerja je anak ade org jagakan..

nyza said...

be strong mama Ian..

Nina said...

mmg penat jd suri rumah, pernah gak amik cuti pnjg (sebulan) maser damiea kecik.mmg penat. Harap mama ian tabah dan kuat.

tini said...

sabar.. pelan2.. tu nak buat projek apa plak untuk ian tu? sekadar berkongsi, dl i'v learnt that montessory method is used to help special needs child. salah satunya buat shapes n letters dgn kertas pasir. helps to stimulate n good for normal child too.nnt kl sempat blh la buat :)

Intan and The Boys said...

jangan kalut ok jiey. kite pelik gak, jiey kata jiey amek cuti, tapi kena masuk ofis gak?

cian jiey...

[I][T][A] said...

Banyak betul kerja yang jiey harus setelkan.... Buat slow2lah.. Jadi suri rumah pun penat gak kan...

Harap tulang ian ok dan tak der masalah....