Tuesday, June 30, 2009

Ian can really sit.. =)

Yup, it's official that Ian can support himself while sitting. We found out about it last friday. Before this, he can only last for 2 or 3 minutes. But now, as long as he wants and as long as we want him to sit.. =)
.
But still, we didn't let him sit for more than 10minutes because his back bone is still not strong enough and we're still working on that one. I wish I could upload a video of him sitting but I can't. No internet connection at home anymore.. =(
.
Since we're moving to our new place in 2 weeks time, I guess, it's not worth it to call the streamyx guy to do the fixing. This is the reason why I have not been visiting my friends' blog and even if I did, most of the time, I could not leave any comment. Blame it on the office's internet connection.. :P
.
I'm so excited and looking forward for Ian's physiotherapy session. But taking into consideration of all the viruses that is floating in our air, and Ian himself that is recovering from high fever and pretty bad cough (in fact, it's the worst that he had so far!), do you guys think that we should stop going to the hospital for a while?
.
*Sigh* We have so many things to catch up and I want him to keep on progressing.. I'm afraid if we stop for a while, then we have to make him comfortable with his therapist again. I just feel that he's on the right track now and too afraid to jeopardize this.
.
Ape nak buat? Ape nak buat? Ape nak buat nih?!?
.
Muka syahdu budak demam.. *Abaikan lengan mama yang selambak.. :P*
.
P/s - Oh, entry emo di pagi hari.. Hmm...

Monday, June 29, 2009

24 jam sehari..

Kerana jadual seharian yang agak padat dan mengurangkan banyak masa yang seharusnya diluangkan untuk anakanda tercinta, ada waktu, saya bagaikan meminta, "Alangkah bagus sekiranya saya punya 36 jam sehari. 12 jam extra itu akan saya peruntukkan untuk Ian sahaja..".
.
Lantas saya mula terfikir lebih jauh, andainya saya punya 36 jam sehari, akan cukupkah? Bukankah sudah menjadi lumrah manusia apa yang ada tidak pernah menncukupi?
.
Kebiasaannya, saya keluar rumah untuk ke pejabat seawal jam 645 pagi. Dan kebiasaannya, hanya akan pulang sekitar jam 8.30 malam atau pun 9.00 malam. Paling awal, jam 7 malam. Paling lewat, jam 12 malam.
.
Apabila sampai sahaja di rumah, saya akan memperuntukkan waktu bersama Ian. Bermain membuat fisioterapi atau pun sekadar berbual-bual kosong. Kebiasaannya, saya tidak dapat meluangkan masa yang lama untuk Ian kerana dia sudah mengantuk. Dia hanya 'menunggu' kepulangan saya untuk bermain seketika sebelum ditidurkan.
.
Dalam waktu yang sama, saya juga akan memasak bubur buat bekalan Ian keesokan harinya. Alhamdulillah, setakat ini, tangan sayalah yang memasak untuk Ian. Mungkin kerana sudah terbiasa, pernah sekali mommy memasakkan bubur untuk Ian, dia tidak mahu makan. Padahal ianya resepi yang sama.. :P
.
Dahulu, teman sepejabat saya mempersendakan saya apabila saya katakan saya mahu terus memasak untuk Ian. "Sekali dua bolehlah.. Setiap hari mana nak tahan penat.." Katanya sambil tersenyum menyindir.. Alhamdulillah, sehingga sekarang, saya masih mampu menyediakan makanan Ian walaupun kepenatan. Itu sahajalah yang dapat saya tinggalkan untuknya setelah seharian di pejabat. Lagi pun, saya mahu dia terus mengingati saya dan merasakan air tangan saya yang terbaik. Sebagaimana saya yangs ering merindui air tangan mommy.. =)
.

Atuk kata, Ian kurang kasih sayang.. :P

Paginya, Ian bangun seawal jam 6.. Pada waktu itu, dapatlah saya meluangkan sedikit waktu dengannya, walaupun dalam kekalutan mahu ke tempat kerja.

Sebetulnya, saya akui, masa saya bersama anak ini terlalu sedikit. Membuatkan dia sering ternanti-nanti kehadiran saya. Matanya bersinar-sinar setiap kali memandang saya. Hari minggu juga merupakan hari yang paling dia nantikan dan pada waktu itulah dia menunjukkan perangai mengada-ngadanya dengan saya.

Saya tahu, dua tahun pertama dalam kehidupan anak-anak kita adalah waktu terpenting kerana sel-sel otak mereka sedang berkembang pesat. Tambahan pula untuk anak-anak seperti Ian. Terasa bersalah kerana memperjudikan masa hadapannya.

Kerana itu, saya sudah mengambil keputusan untuk mengambil cuti tanpa gaji. Surat sokongan dari doktor-doktor Ian juga sudah saya perolehi. Tinggal lagi, mahu menyiapkan memo untuk jabatan sumber manusia sebelum menghantar permohonan. Semoga permohonan dan rayuan saya akan diterima.. Aminnn..

Memang agak susah saya membuat keputusan ini. Saya bukan hanya akan kehilangan pendapatan bulanan, tapi juga terpaksa membiayai kos perubatan Ian sendiri juga dan tidak lagi ditanggung oleh tempat kerja saya. Bermakna, secara totalnya, kami akan kehilangan RM6000 sebulan! Bukan satu jumlah yang kecil bagi kami.

Tapi kali ini, kami nekad. Sesuatu yang perlu harus didahulukan. Saya akan berpuas hati sekiranya saya gagal setelah mencuba. Tapi pastinya saya akan menyesal seumur hidup kiranya saya tidak pernah mencuba. Semoga permohonan saya diluluskan.. Semoga dipermudahkan jalan. Aminnn...

Dengan tempoh waktu yang panjang bersama Ian, semoga banyak manfaat yang akan dia perolehi. Saya juga boleh memulakan segala aktiviti-aktiviti yang saya rancangkan untuknya.. =)

P/s - Hm.. Saya perlu memikirkan sebarang pekerjaan yang boleh saya lakukan di rumah.. Ada idea tak? (Jgn suruh saya menjahit atau membuat kek.. Saya tiada kemahiran itu.. :P). On the other hand, Ian demam lagi.. Agak teruk.. Kasihan.. =(

Friday, June 26, 2009

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Semalam, seperti kebiasaannya, kami ke SDMC lagi. Untuk sesi fisioterapi dan pertemuan dengan doctor rehab dan juga neurologist Ian.
.Sewaktu menunggu Ms. Sarjeet.. Sibuk mahu menanggalkan topinya.. :P
.
Sewaktu sesi fisio mahu dimulakan, Ian sudah menunjukkan tanda-tanda mahu tidur. Manakan tidak, dia bangun dari tidur seawal jam 5 pagi! Dan saya, terpaksalah ikut bangun walaupun malamnya tidur agak lambat kerana pulang lewat dari pejabat.
.
Sebaik diberikan pacifier sepanjang sesi fisioterapi, Ian tidak menangis.. Malahan tidak kisah apabila dipaksa berdiri dan mengangkat kepalanya tingi-tinggi. Mengikut sahaja arahan dari Ms Sarjeet.
.

Di awal sesi, masih ceria.. Seterusnya, mula layu.. :P

Kemudiannya, doctor rehab Ian tiba. Dia melakukan assessment ke atas Ian sekali lagi.. Alhamdulillah.. kebolehan yang Ian tunjukkan meletakkan dia di bawah rating “fair to good”.. Syukur tak terhingga di atas rahmatNya.

Head and neck control, semakin baik.. Postur badan sewaktu duduk juga semakin baik. Dia juga mampu duduk tanpa sokongan untuk beberapa ketika. Tetapi kebiasaannya, masih memerlukan sokongan. Very minimal support. Proses pengimbangan badan juga baik. Aktif meniarap. Tangan dan kaki yang kuat walaupun masih sensitive dengan sentuhan. He’s also reaching for things.. Dan lebih alert. Alhamdulillah...

Kali terakhir doctor ini bertemu Ian pada bulan April yang lalu. Katanya, dalam masa yang singkat, Ian menunjukkan banyak perkembangan yang positif.

Seterusnya, appointment dengan Dr. Sofiah. Sekali lagi, hero kami mendapat pujian dari Dr. Sofiah. Dia bukan sahaja lebih alert dengan persekitarannya, tapi cuba untuk socializing. Mula-mula memasuki bilik doctor lagi dia sudah menegur Dr. Sofiah. He’s also vocabulizing a lot, although it’s just babbles. Ba.. Ba.. Ba.. Bu.. Bu.. Bu.. Ma.. Ma.. Wawu.. Wawu.. Dan beberapa lagi "perkataan" pelik.. :P

Sibuk menonton TV sewaktu menantikan giliran berjumpa dengan Dr. Sofiah.. =)

Sewaktu Dr. Sofia memegang tangan Ian, Ian menunjukkan ‘kekuatan’nya dengan menarik tangannya kembali, dengan kuat.

Ian juga menunjukkan rasa ingin tahu yang tinggi. Sewaktu Dr. Sofiah sibuk meneliti laporan-laporan perubatan Ian yang saya bawa dari PMC, Ian juga ‘sibuk’ mencapai kertas-kertas yang berada di atas meja Dr. Sofiah. Dan dia berjaya mengambil beberapa helai kertas yang berada di atas meja itu. Kelakar sekali aksinya waktu itu. Dr. Sofiah sangat berpuas hati dengan perkembangannya.

Sewaktu Dr. Sofiah sedang memeberikan penerangan kepada kami, beberapa kali kami menganggukkan kepala menandakan kami memahami penjelasan yang diberikan. Melihatkan reaksi kami, Ian juga sibuk memandang Dr. Sofiah sambil mengangguk-angguk kepalanya. Comel.. "Ishh.. Dia pun paham jugak rupanya.." Seloroh Dr. Sofiah sambil ketawa..

Dr. Sofiah juga mengatakan Ian lebih fokus dari sebelumnya. Dan saya mengakui kata-kata Dr. Sofiah itu. "Betul doktor, sekarang ni, tengok TV pun dah makin lama.." Saya menjawab sambil tersenyum. "Oh, takmo la tengok kartun, tak elok tu.." Jawab Dr. Sofiah. Hehhe.. Bad mama! InsyaAllah, nanti akan saya carikan DVD brainy baby seperti Auntie Watie.. Actually, Ian paling menyukai iklan di TV. Cuma kebelakangan ini, dia memilih untuk menonton semua rancangan. (Last nite I've stopped him from watching Keliwon.. Alahai anak.. Ni salah ayah la nih!!)

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan berat badan Ian stagnant, kali ini, berat badan Ian sudah 8.35kg. Walau naiknya hanya 600gm, itu sudah memadai kerana sudah lama berat Ian tidak naik. Sedari dia berusia 7 bulan.

Cuma satu yang agak menggusarkan hati kami, setelah beberapa ketika matanya semakin baik, kini, squint Ian kembali! Mata kanannya lebih teruk berbanding mata kiri. Tapi secara keseluruhan, kedua-dua matanya menunjukkan crossed eyes yang semakin jelas. Saya bangkitkan hal ini kepada kedua-dua doktor. Memandangkan Ian melihat dengan baik, mereka menyuruh kami memantau sahaja dahulu. Kata mereka, ini mungkin kesan demam panas tempoh hari.. Semoga ianya akan bertambah baik nanti.. InsyaAllah..

Kami juga bakal berjumpa dengan pakar ENT yang akan menilai sama ada Ian perlukan alat bantuan pendengaran pada usia sekarang atau sekadar memantau sahaja dahulu. Ujian pendengaran akan diulang pada hujung tahun ini atau pun awal tahun hadapan. I’ve stopped wondering and started believing. Ian definitely can hear. But of course, it is just with his right ear! :p

Hari ini, setelah 13 bulan usia Ian, baru saya tahu kenapa Ian h************, kerana dia menghidap h***************. Istilah yang semakin panjang dan semakin sukar untuk disebut. Hahahha.. Sewaktu saya mencari maklumat tentang keadaan ini di Internet, tahulah saya ia bukannya sesuatu yang simple. Patutlah majoriti doctor meramalkan Ian tidak akan panjang umur, kerana ianya sesuatu yang serius. Janin yang melalui keadaan ini bukan sahaja brain damaged, tapi mungkin juga mengalami kecacatan pada bahagian mulut, hidung dan mata.

Banyak kes seperti ini yang mencatatkan kecacatan seperti tiada hidung, hanya salurnya sahaja.. Mulut yang tidak terbentuk elok. Mata yang tidak sempurna. Kadar kematian untuk janin-janin ini juga tinggi. Sama ada meninggal setelah dilahirkan atau pun meninggalkan sewaktu dalam kandungan. Cukup menakutkan bukan? Apa lagi yang boleh saya katakan kecuali mengucapkan syukur kepadaNya di atas anugerah yang tak ternilai ini.. =)

P/s – Masih dengan rasa yang sama.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. =)
Mahu pergi ke Gedangsa.. Jom Put.. Jom Kak Reenaz.. Ina, Ita, bleh ke nak ikut?

Wednesday, June 24, 2009

Sambutan hari bapa..

Rata-rata blog yang saya singgah bercerita tentang sambutan hari bapa.. Kami pula, terlalu letih untuk beri-ria menyambut hari bapa. Banyak pula hal yang harus diselesaikan pada waktu hujung minggu yang lalu.
.
Hari Sabtu, kami sekadar ke Tesco Ampang, membeli beberapa keperluan. Yang utamanya, mahu makan pizza di sana.. =)
.
Sekarang ini, agak kasihan apabila keluar makan bersama Ian. Dia akan memandang tanpa henti. Setiap kali sudu diangkat dan disua ke mulut, dia tidak akan melepaskan pandangannya. Memandang dengan penuh minat. Setiap suapan. Saya tahu dia terliur.. Kasihan kan? Dan saya berikan sedikit chicken soup.. Sekadar mengambil syarat.. :P

Notice something Aunties and Uncles? Yup, I can seat on the high chair all by myself? See how 'strong' I am.. I always know how to 'fight'.. :P
.
Mind my fat parents. There's not much I can do on that.. :P
.
Hari Ahad, kami menikmati makan malam di Arina Seafood, Hulu Langat. Not bad la.. Itu sahaja sambutan kami.. Simple kan?
.
P/s - Gamba Ian nganga tu, habit terbaru dia.. Ada masa, nanti saya record.. So cute! Oh tak malu puji anak sendiri.. :P

Tuesday, June 23, 2009

Melihat langkahmu di dalam mimpi-mimpiku..

Mata memandang tepat pada kaca TV sambil tangan memeluk Ian yang duduk di ribaan. Khusyuk dia melihat iklan di TV. Sesekali memandang ke arah mamanya dan melemparkan senyum. Indahnya menikmati masa bersama anakanda tercinta, namun otak ligat memikirkan banyak perkara..
.
"Senaman Ian masih belum di buat."
"Flash card masih belum ditunjukkan."
"Masih belum bermain dengan activity toys lagi"
"Masih belum memberi urutan untuk Ian"
"Masih belum membuat rangsangan untuk deria rasa Ian"
Dan segala macam "masih belum" yang berlegar-legar di kotak fikiran..
.
Ada waktu, terasa ingin berhenti memikirkan tentang keperluan Ian sebagai seorang anak istimewa. Mahu melayan dia seadanya dan hanya bermalas-malasan sepanjang hari.. Namun apabila mengingatkan ini semua pelaburan untuk masa hadapannya, diri ini mula memaksa si kecil untuk mula 'bekerja'..

Tidak sesekali saya mahu berhenti menjadi ibu kepada Rayyan Ariff. Cuma ada waktunya, mahu berhenti menjadi ibu kepada anak istimewa.. Melupakan seketika segalanya dan hanya menikmati saat indah menjadi ibu.. Satu anugerah yang tak ternilai.. Namun diri ini tersedar, inilah kelebihan yang Allah berikan kepada saya.. =)
.
Beberapa hari ini, sering termimpi-mimpi Rayyan yang gagah berjalan ke sana ke mari. Bukan hanya saya, malahan teman-teman rapat dan bibik sendiri juga berkata demikian. Mimpi yang sama. Kebetulan? Atau ada sesuatu di sebalik mimpi? Wallahuaklam..
.
Satu istimewanya Rayyan, dia menunjukkan perkembangan yang cepat dalam banyak perkara.. Alhamdulillah di atas kurniaanNya.. Namun hati ini sering dihambat rasa bersalah. Kerana kekangan waktu, banyak perkara yang tidak mampu dilakukan untuk Rayyan Ariff.. Keluar dari rumah seawal jam 645pagi dan hanya kembali apabila malam sudah melabuhkan tirainya.. Sudahnya, dia ketinggalan. Banyak sasaran yang ditetapkan tidak tercapai. Maaf. Maaf. Maaf.
.
Pedih rasa hati apabila dia menangis sewaktu bibik mengambilnya dari dukungan saya setiap pagi. Sedih apabila dia menarik-narik baju saya sambil merengek, tanda tidak mahu pergi kepada bibik setiap pagi. Syahdu melihat senyuman bahagia dan sinar matanya apabila melihat wajah saya yang pulang baru dari pejabat.
.
Betapa setiap langkah saya dibebani rasa bersalah yang mendalam kerana melepaskan tugas menjaga dan mendidik anak seistimewa Rayyan kepada orang lain. Mempersia-siakan waktu yang berharga di dalam hidupnya. Dua tahun pertama dalam hidupnya sedang berlalu dengan pantas. Sedangkan, waktu inilah yang paling penting untuknya.
.
Maka kami sudah berbincang dan membuat satu keputusan. Moga dipermudahkan segala urusan.. Aminnn..
.
P/s - Rekod tertinggi so far, tiba di rumah jam 12am dari pejabat, which was last friday.. Hehhehe.. Rajin tak rajin la mama Ian nih.. Ni pun sbb dah kawen n ada anak.. Cuba bujang, mahu kena stay smpi kul 1 atau 2.. Haihhh.. Nasib badan..

Sunday, June 21, 2009

Ahad yang memenatkan..

Jam baru menunjukkan pukul 9 malam. Namun saya dan hubby sudah lena diulit mimpi.
Namun, harus 'berterima kasih' kepada Ian yang mengejutkan saya pada jam 930malam! Hadoii.. Mama penat la nakkk..
.
Banyak tempat yang kami kunjungi hari ini. Ke beberapa kedai perabut, kedai hardware dan kedai lampu.
.

Kat belakang tu, mesin proses color cat.. Teka, color ape? :P

Jadik kelabu mata bila tengok banyak sangat lampu yang best2.. Tapi tu la.. Ambik yang mana MoF approved je.. =(

Seterusnya, appoinment dengan contractor. Harga yang diusulkan telah membuatkan MoF telan air liur beberapa kali. Hahhaha.. Padan muka! Mokcik tak campur.. Kata kontraktor tu kawan baik abang.. :P

P/s - Seharian berlalu begitu sahaja. Hari ahad yang cukup berharga.. Sedih.. Sedih.. Sedih.. Scheduled post juga tidak sempat dibuat.. Moga tidak bersawang lah blog ini sepanjang minggu ini.

Tuntutan kerja di pejabat semakin bertambah.. Kuranglah masa untuk anakanda tercinta.. Sedih lagi.. Harap2 juga, tidaklah mengganggu perjalanan seorang penulis blog tegar.. =(

Saturday, June 20, 2009

Teman bermain

Teman : Rayyan di rumah main ngan sape?
Saya : Main ngan bibiklah. Nak main ngan sape lagi?
Teman : Siyan dia.. Sepatutnya, expose kan dia main dgn budak sama baya ngan dia.. Baru la dia bleh belajar apa yang budak lain buat..
Saya : Itu la.. Terpikir gak.. Tengok la camne..
Teman : Bawak la dtg umah saya.. Bagi main ngan anak saya. Diorg kan hampir sebaya..
Saya : Kalau nak bagi Rayyan main2 mana la boleh ngan budak sebaya dia.. Biar dia main ngan budak umur 7 atau pun 8 bulan dulu ke.. Kang tak pepasal kena gigit je kang.. Dia bukannya reti nak balas..
.
Ini sedutan perbualan dengan seorang teman semalam. Betul kan? Kasihan Rayyan, tiada teman bermain.. Nampaknya, kena advertise la.. "Playdate wanted!!" Ada yang berminat tak??
.
Saya yang keboringan.. :P
.
.
P/s - Kak Reenaz, bleh la wat playdate ngan Abg Ridhwan.. Rayyan tahu Abg Ridhwan mesti tak gigit punya.. =)

Friday, June 19, 2009

Sang putera bersiram.. =)

Dari dulu lagi, kami biasanya memandikan Ian di dalam tub bayinya. Tapi memikirkan Ian makin lama makin besar, saya mula mencari alternatif lain. Sewaktu Ian berumur 6 bulan, saya belikan Winnie The Pooh Bath Seat untuk Ian. Harganya cuma RM50 dan ianya memang berbaloi.
.
Saya beli bath seat ini dari tiabarney. Used item. Apa salahnya kan? Barangnya masih elok. Tiada cacat celanya langsung. Tujuan utama saya belikan bath seat ini kerana maklum bahawa Ian makin membesar dan ini tentu sekali membantu. Kerana pastinya tidak seperti anak2 lain, apabila makin membesar, makin senanglah untuk dimandikan di bilik air sahaja. Ian masih memerlukan bantuan.. =)
.
Oops.. Sexy plak.. Buat tontonan awek-awekku di luar sana... :P

Ada toys yea kawan2..
.
Boleh recline.. Selesa yea kawan2..
.
Toys pun boleh dibuang..
.
Seksi tak saya? :P


Tapi kalau mahu Ian berendam, kami masih menggunakan baby tub biru ini.. =)

P/s - Kalau lihat pada growth rate Ian, memang lama lagi la dia bleh pki bath seat ni.. Tapi andai smpi satu saat bath seat ni dah tak muat, InsyaAllah masa tu Ian memang dah tak perlu bantuan... Boleh duduk without support n dah bleh jalan kot.. =)

Thursday, June 18, 2009

Sedetik waktu yang menginsafkan..

Serasa saya, para pengguna Star LRT atau pun Putra LRT Masjid Jamek pastinya pernah terserempak dengan seorang lelaki berkerusi roda yang gigih menjual kerepek. Tanpa mengenal erti jemu dan penat, dia menjerit, berulang kali.. “Kerepek.. Kerepek.. Kerepek..”
.
Apa yang dilakukannya cukup menyentuh hati saya. Dia tidak meminta sedekah, malah berusaha mencari rezeki yang halal. Dari pagi membawa ke malam. Gigih, tabah dan kuat..
.
Di sisi kerusi rodanya, ada beberapa botol air mineral. Apabila masuk sahaja waktu maghrib, dia akan segera menggunakan air dari botol-botol itu untuk berwuduk. Dalam keadaan begitu, dia tidak pernah leka menunaikan perintah Allah SWT. Walau solatnya hanya di tengah alam, namun ia tidak pernah menjadi halangan buat dirinya.
.
Kebiasaannya, saya hanya meletakkan sekeping not seringgit dua setiap kali saya melihat dia. Begitu juga semalam. Namun bezanya, semalam saya terus berlalu dengan hanya memberi sebuah senyuman. Tiada bicara. Kerana kesibukan yang mengejar. Dan kerana dia juga sedang sibuk berwudhuk.
.
“Maaf yea kak.. Saya tengah ambil air sembahyang.”
“Takpe dik..” Senyum. Dan terus berlalu.
.
Saya melangkah dengan rasa bersalah. Selesai urusan, segera saya mempercepatkan langkah untuk kembali ke tempat dia berjualan. Dengan harapan dia masih belum pulang. Alhamdulillah.. dia masih di situ.
.
“Dik, maaf yea.. Tadi akak main letak jer.. Akak ada hal. Tak sempat nak tegur..”
“Takpe kak, saya pun tengah ambik air sembahyang tadi.”
.
Saya tidak tahu sama ada dia mengingati saya atau pun tidak, kerana setiap hari, pastinya dia berjumpa dengan ramai orang. Dan juga, dia mempunyai kelebihan menyaksikan seribu satu ragam manusia. =)
.
“Kakak taknak ambik kerepek ni ke?”
“Takpe la dik.. Kalau akak ambik pun, takde orang nak makan bleh jadi membazir gak. Baik adik jual aje. Sape yang buat kerepek ni dik?”
“Kawan saya. Saya bungkus sendiri kak..”
“Ohh.. Baguslah macam tu..”
“Saya orang susah kak.. Tapi mak saya selalu pesan, kita jangan meminta-minta.. Kena berusaha cari rezeki yang halal.. Tapi orang ni kadang-kadang, kata kat saya macam-macam.. Diorang kata saya kaya sebab ramai orang bagi duit.”
“Mulut manusia dik.. bukan boleh ditutup. Kalau adik kaya, akak tak rasa adik akan duduk di sini dari pagi bawak ke malam..”
“Itu la kak.. Hari ni, ada dua orang budak perempuan. Sombong semacam, mintak nak tengok buku bank saya, katanya dari Jabatan Kebajikan Masyarakat…” Dia meneruskan ceritanya. Dari satu cerita ke cerita yang lain.
.
Dia menghadapi pelbagai kerenah manusia yang tidak tahu untung nasib diri. Dia pernah dilemparkan wang walau hakikatnya dia bukan meminta sedekah. Dia menjadi salah satu bukti bahawa golongan istimewa ini masih diberi layanan yang berbeza. Tapi dia kuat untuk terus bertahan. Hidup bukan untuk ditangisi. Sudah takdirnya dia yang terpilih. Dan dia juga memberikan keazaman kepada saya untuk lebih berusaha.
.
Beberapa kali dia menceritakan tentang pesanan arwah ibunya. Begitu terkesan di hatinya. Saya kagum dengan ‘kejayaan’ ibunya kerana membekalkan sesuatu yang menguatkan jati diri anak itu. Mampukah saya meninggalkan kesan yang sama ke dalam diri Rayyan Ariff? Mudah-mudahan..
.
.
P/s – Masih terbayang-bayang lambaiannya kepada saya dan hubby. Sopan tingkahnya benar2 meninggalkan kesan. Kawan2, dia menjadi bukti, OKU itu bukan “Orang Kurang Upaya”, tapi “Orang Kuat Upaya” atau pun, “Orang Kuat Usaha”.. =)

Wednesday, June 17, 2009

Hari mendera Rayyan.. :P

Seperti biasa, kalau bab-bab mendera Ian ni, Uncle la dalangnya.. Mama plak, tukang gelak n yang menurut perintah.. :P
.
Ni semua video-video lama yang Uncle record. Keje record2 ni memang favourite uncle la.. Aksi-aksi dinamakan, sesi terapi sambil bermain.. =)

video

In this clip, bleh tengok camne Ian amik n buang bola berduri tu, dia memang extremely geli ngan bola ni.. :P
.
video
Abaikan suara Mama yang mengilai cam hantu.. Happy dapat 'dera' anak.. Ian pun cool jer.. Siap sengih2.. :P
.
video
And this one, operasi melatih Ian untuk duduk..

Ian actually memang mampu duduk tanpa sokongan untuk beberapa minit. Tapi susahnya anak ini, baru sahaja diletakkan di dalam sitting position, dia sudah menangis. Kalau moodnya ok, dia akan tersenyum sambil menolak badannya ke belakang. Memang disengajakan! Kalau disambut, berderailah tawanya!

Tapi ada juga waktunya, dia memang tidak mampu untuk bertahan lama. Kerana tulang belakangnya belum cukup kuat. Pernah sewaktu bersama therapistnya, Ian menunjukkan kebolehan duduk tanpa sokongan untuk jangka masa yang agak lama. Memang mengkagumkan.

Apabila badannya condong ke kanan, dia akan menolak ke kiri untuk mengimbangi badannya sendiri. Sehinggakan therapistnya berkata, "Hmm.. He's getting better at sitting. I think you can let him sit for a little longer than usual." Tapi itulah, hanya di hadapan Ms. Sarjit. Bukankah bagus kalau dia menunjukkan kerajinan yang sama sewaktu di rumah? Hmmm.. Well, kids will always be kids. Lebih cenderung untuk bermain.. :P

These are some of Ian's so-called-gadget to help him to overcome his sensory problem:
.

Ada bola berduri, Mr. Bebo, berus basuh kain, berus cat n thera-putty.. Thera-putty ni harga dia RM65 untuk sebesar bekas dadih. Rupa dia cam plastisin tapi lebih licin. And, it's toxic-free.. Safe la kalo baby terjilat ke apa.. :P

P/s - Kata doktor rehab Ian, anak yang mampu duduk tanpa sokongan, punya peluang yang tinggi untuk berjalan kerana mereka tahu untuk mengimbangi diri.. Mudah-mudahan.. =)

Tuesday, June 16, 2009

2nd official haircut

Kalau dibiarkan rambut Ian panjang, beginilah jadinya..
.Kerinting dan bergumpal di bahagian atas! Sewaktu di hospital, ciri-ciri kekerintingan rambut Ian mula menonjol keluar.
.
Kelihatannya, rimas sekali.. Tambahan pula, rambutnya kami basahi dengan air asam jawa bagi mengurangkan suhu badan. Makinlah 'tinggi' rambut Ian jadinya.
.
Selepas sahaja pulang dari hospital, kami singgah di sebuah saloon rambut. Kali ini, ianya tidak semudah sewaktu kali pertama dahulu. Rujuk entry : Ian's first official haircut.
.
Ian bukan sahaja tidak mahu badannya dibalut dengan kain, malah menangis sewaktu tukang gunting itu mahu memulakan kerjanya. Sudahnya, terpaksa separuh bogel anak mama ni.
.
Hencem tak saya? =)
.
Sedih yang masih bersisa..
.
.
Ok. Dah siap. Dah boleh senyum dah.. :P

Overall, gaya potongannya berpadananlah dengan harga yang dikenakan. Tapi biasalah, saya memang tak puas hati.. Kurang sket handsome Ian.. Hehehe.. Kata mommy, "Takpelah untuk sementara waktu.. Nanti balik KL, bolehlah pegi Cheeky Monkey"

P/s - Tunggu rambut Ian byk blk, kita gi Cheeky Monkey yea.. :P

Monday, June 15, 2009

Our boring sunday!

Ian belum benar-benar pulih lagi.. Ada waktu, panas badannya datang menjengah. Ulser juga memenuhi ruang lidah dan bibirnya, menjadikan dia sukar untuk minum dan makan. Sudahnya, merengek sahajalah kerja anak ini.
.
Ayah pula tiada sedari petang jumaat lagi. Ian memang tidak mahu dengan orang lain selain mama. Merengek-rengek tanpa henti. Cukup menguji kesabaran. Pagi sabtu, ayah pulang sekejap untuk membawa Ian ke Pantai Medical Centre. Kata doktor, demam yang datang dan pergi dan tidak sepenuhnya sembuh itu, disebabkan oleh fungal infection. Aduhaiii.. kasihan Ian.
.
Kami dibekalkan dengan beberapa botol ubat. Namun begitu, teramatlah sukar untuk memberikan ubat kepada anak yang sedang sakit. Perlu seorang untuk memegang dan seorang lagi untuk menyuap. Selama ini, Ian sememangnya mudah untuk makan ubat.
.
Sehinggakan nurse di hospital juga memuji. Tapi kali ini, mencabar sungguh. Itu tidak termasuk dengan ubat yang sengaja dimuntahkan. Haihhh..
.
Yang peliknya, Ian yang asyik merengek sepanjang pagi sabtu, boleh pula tergelak-gelak sewaktu menaiki kereta untuk ke PMC. Sepanjang perjalanan dia tergelak-gelak dan tersenyum-senyum, sambil mulutnya bising bercerita.. Sudah pandai minta di bawa berjalan rupanya anak bujang mama ini. :P
.
Hari ahadnya, dia kembali merengek-rengek. Bermacam cara yang mama lakukan untuk memujuk. Antaranya, mengeluarkan push car yang dihadiahkan ayah semasa harijadi Ian. :P
.
Hmm.. Apa bendanya ni nek?
. Vromm.. vromm.. vroom.. Tak gerak pun???

Warghhh.. Tak gerak pun!! Kete ni tipu!!

Waaaa.... Waaaa... Nak turun!! Nak turun!!
.
Sebaik sahaja kereta ini ditolak, bukan main suka lagi Ian. Bersungguh-sungguh mukanya. Tapi yang tak tahannya, tukang tolaklah! Sakit pinggang woo!!
.
P/s - Cepatnya isnin. Boring betul!!
Cepat la baik Ian.. Siyan Ian. Kan best kalo mama yang kena, bukan Ian. Baru la mama bleh diet.. :P

Sunday, June 14, 2009

Treasure from God

Dia : Ko tak takut ke?
.
Saya : Tipu la kalo kata tak takut..
.
Dia : Habis tu, ko nak try jugak?
.
Saya : Apa salahnya.. Manusia punya asa, tuhan punya kuasa..
.
Dia : Kalau jadik balik macam dulu, ko akan buat keputusan yang sama ke tak?
.
Saya : Aku taktau nak kata. Mintak2 tak jadi lagi la kan.. Tuhan tu kan maha adil..
.
Dia : Kalau aku, aku tak sanggup kot.. Siyan budak tu suffer.. Sedangkan kita ada pilihan.
.
Tangannya menolak sekeping keratan akhbar; "Hukum menggugurkan kandungan". Beberapa fakta yang dia kira penting, sudah digariskan dengan pena berdakwat biru.
.
Dia : Dalam keadaan kau, ia dikira harus. Bermakna, ko ada pilihan. Kenapa ko nak seksa darah daging sendiri?
.
Wajahnya saya pandang sedalam-dalamnya. Sambil menghela nafas yang panjang, saya memberikan satu senyuman.
.
Saya : Kadang-kadang, aku bertanya sendiri, bahagiakah dia dengan hidupnya? sengsarakah dia dengan hidupnya? Tapi hingga kini, aku tidak mendapat jawapan kepada persoalan yang aku cari.
.
Dia : Kau menyesal?

Saya : Tidak. Cuma aku tidak mahu dia berfikiran bahawa dia perlu mati di atas alasan kesempurnaan yang manusia ciptakan.

Kau tahu, tuhan tahu aku akan memilih untuk melahirkan dia, kerana itulah dia berikan anak seistimewa itu pada aku. Dan bukan pada kau.

Dia : Kau kuat. Kalau aku, memang tak sanggup.. Nak ada anak lagi pun aku akan pikir dua atau tiga kali..

Saya : Aku pernah diberitahu, bringing home a healthy baby is a treasure from God. But some of us, were given treasures that appear in a different way. And of course, something extra await those who are the chosen one. Kau patut bersyukur kerana ketiga-tiga anakmu sihat-sihat sahaja. Tapi tidak perlulah menolak sesuatu yang kau rasakan tidak sempurna..

Perbualan kami terhenti di situ. Keratan akhbar yang diberikannya saya lipat dan simpan di laci. Sejujurnya, saya sendiri sudah jemu memberitahu alasan yang saya pegang dari dulu hingga kini kepada dirinya.

"...JANIN yang mengalami kecacatan anggota yang membawa akan membawa kematian sejurus selepas dilahirkan. Hukumnya : Terdapat perbezaan pandangan ulama'
a) HARUS sebelum 4 bulan, Haram selepas 4 Bulan.
b) HARUS walaupun selepas 4 bulan, dengan syarat, Keyakinan tinggi hasil analisa Doktor2 pakar. .."

5 daripada 6 doktor pakar yang saya temui, mengatakan bayi saya tidak mungkin akan hidup. 4 daripada mereka, menasihatkan saya untuk menggugurkan kandungan dan 2 daripadanya, meminta saya menyerahkan segalanya pada tuhan.

Saya juga pernah menemui seorang ustazah untuk bertanya lebih lanjut tentang perkara ini sewaktu masih mengandungkan Ian. Dia juga berpendapat ianya harus. Namun begitu, pendapat-pendapat yang dia kemukakan sudah cukup menguatkan keazaman saya untuk melahirkan anak yang saya kandung.

Sebetulnya, rasa takut itu memang tidak pernah hilang. Kerana apa yang berlaku pada Ian, tidak dapat dikenalpasti puncanya. Bukan genetik. Dan bukan juga jangkitan virus. Ia hanya terjadi dengan sendiri. Saya katakan pada doktor, ini sudah rezeki kami..

Untuk kandungan seterusnya, saya dinasihatkan untuk melalui beberapa ujian dahulu sebelum mengandung. Dan semasa mengandung juga, mereka akan melakukan beberapa ujian lagi. Hampir pasti, saya akan kembali menjadi tikus makmal lagi suatu masa nanti. :P

Tapi ia sama sekali tidak melemahkan semangat saya. Anak adalah anugerah Allah walau dalam apa bentuk sekali pun. Dan saya pastinya tidak sabar menantikan detik-detik membawa satu nyawa di dalam rahim saya sekali lagi. Cuma tunggulah sehingga Ian boleh berjalan dahulu.. :P

Bulan lalu, period saya datang agak lewat. Mommy sudah mula risau. "Tak takut ke? Kalau mommy dah nangis2 dah.."

"Kalau ada kan bagus.." Saya hanya menjawab dalam senyuman.

"Kasihan la.. Ian kan kecik lagi. Lagi pun, larat ke nak wat fisio Ian? Nak bwk dia gi check up? Awak tu alahan bukan sikit."

"Teringin.. Teringin nak ada anak macam anak orang lain." Saya membalas sambil ketawa, walaupun sedaya mungkin cuba menahan air mata.

"InsyaAllah, ada la rezeki tu nanti.. Orang lain tak merasa membesarkan anak istimewa. Tengok, betapa bertuahnya awak.." Mommy seakan memahami gelodak di jiwa.

"Relaks la Mi.. Memang dah plan tahun depan pun.. Hahhaha.. Harap2, pasni takde ape2 la kan.." Saya menutup perbualan kami dengan tertawa.

Sebetulnya, hati saya takut juga tika itu. Kerana merasa belum bersedia. Kerana Ian perlukan lebih perhatian. Ayah Ian plak dok excited nak bagi little brother untuk Ian. Banyak la! Iye la.. Yang kena cucuk sana sini nanti bukan dia.

Tapi bila melihat ramai kawan2 yang mula menambah ahli keluarga, rasa excited melanda.. Takpe.. Takpe.. Pelan2 kayuh.. :P (Ian, cepat2 bleh jalan! Mama nak bagi adik nih.. :P)

Pertemuan pertama nenek dan cucu sulungnya.. =)

Untuk yang bertanya mengapa saya mengambil keputusan melahirkan Ian, jawapannya ada pada entry "Hanya seorang ibu".

P/s - Kata ayah, "Ian anak mama. Pasni yang no.2, anak ayah pulak!" Memang Ian manja berlebih-lebih ngan mama.. Mokcik banggo.. :P

Saturday, June 13, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in Red Contest

The sentence that welcomed parents to join the contest is - As a mom, you should be very proud of your little angel. As a mommy who's really proud of her bundle of joy, I've decided to join this contest. I don't mind if Ian doesn't win this title, because in my heart, he'll always be my cute little boy (with a funny shaped head.. :P).
.
In my case, it's not about winning, but I guess it's all about accepting him just the way he is. Biar pun ramai yang menegur bentuk kepalanya dan memberikan pandangan aneh.. Mind you, he spent most of his time lying on his back which makes the head went flat. Blame the mommy for not putting him on his tummy!! But now, he moves a lot.. =)
.
Ok, these are the steps that need to be taken :
.
- Get a photo of your baby in RED (red dress/red shirt/red pant/red hat/red towel/red blanket… no! you can’t paint your baby red…ha..ha..ha)
DONE
.
Name : Tuan Rayyan Ariff Bin Tuan Alimin
DOB : 12 May 2008
.
- Write a blog post about this contest with title MomBloggersPlanet Cutest Baby in Red Contest
DONE
.
- Include your baby’s photo in the post and mention his/her name and date of birth.
DONE
.
- Explain why your baby should grab the title “Cutest Baby in Red“
Well, the reason is so simple, with his fair skin, he looks good in any color, and I think, he shines the most in red.. =)
.
After all, he could really use a HARDCOVER Photobook to capture a year of amazing life in cuteness that he has went through.. and mommy could really use a new bag.. :P
.
..
Littlemama, red-colored-bow-tie leh terima pakai ke? :P
.
And this little miracle, he has been a cute baby since day one of his life.. :P
At first, he looks like a cute baby alien which I don't have any photo to share (blame it on the hard disk!).
Then, after his first operation, he looks like a very cute baby ultraman.
.
Tgk kepala Ian yang tak center.. Bone yang berada di tengah2 tu make him looks like an ultraman. I have a photo where he was swaddled in red blanket that is showing his ultraman-shaped-head more obvious, tapi kesian plak nak post kat sini.. :P

Later, he turned again. And this time, into a cute chocolate colored baby. Amazing right? In a year of life, this little miracle had appeared in so many cute ways! :P

That's why he deserves to win!! :P

- Include a link to this contest page, PhotoBook Malaysia and AliceWonders in your entry.

MomBloggersPlanet: http://www.mombloggersplanet.com/825/cutest-baby-photo-contest-june-09/
PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my/

DONE
.
- Leave a comment here with link to your blog post. That’s it! Easy peasy.
DONE
.
P/s - Tiara, contest ni utk 0-3 years old. Diorang buat monthly nih.. Kalo kalah, kita try masuk tiap2 bulan.. I ada lagi 24 chances. U lagi tinggi since Ayra is much younger than Ian. Hoh, mesti ada peluang menang sekali kot.. :P
.
P/s (2) - Elyn, sila mintak wafiq geget Auntie Tiara.. :P

Friday, June 12, 2009

Demam nak pandai??

Kata orang tua-tua, setiap kali anak-anak nak belajar sesuatu, hatta beralih bulan sekali pun, mesti perangainya akan lain.. Sama ada demam, cirit birit, cranky atau apa-apa sahaja.
.
So far, Alhamdulillah.. Ian tak pernah pula demam setiap kali usianya bertambah sebulan demi sebulan.. Sewaktu tumbuh gigi baru-baru ini juga Ian tidak demam. Tapi demamnya kali ini, cukup 'menakutkan' semua orang..
.
Lalu saya katakan pada mommy, "Hhmm.. demam nak pandai kot.." Dan mommy membalas sambil ketawa, "Orang lain demam nak pandai sikit2 jer.. Takde la sampai berkampung kat spital.."
.


Hmmm.. Bleh masuk Cutest Baby Photo Contest tak? Tapi kalo kalah, nnt Mama saya sedih 6 bulan.. Lagi berganda dari Auntie Tiara.. :P

Apa progres terbaru Ian? Sekarang dia mula belajar menampung berat badannya sendiri. Weight bearing. Maksudnya, apabila dia diletakkan di dalam posisi berdiri, dia sudah bisa menegakkan lututnya. Walaupun tapak kakinya masih sensitif.. It's ok, one thing at one time.. =)

Oh no, it's two things at one time.. Ian sudah 'bergerak'! Dia sudah mampu menolak badannya untuk bergerak dalam keadaan meniarap.. He's creeping! Cumanya, Ian menggunakan 'gear reverse'.. Pergerakannya ke belakang dan bukannya ke depan.. :P

But of course, I'm not going to be too excited. Walau sudah dua tiga kali dia mampu melakukannya, itu tidak menjanjikan bahawa Ian akan mengesot dengan jayanya any time soon.. Seperti meniarap, dia mula belajar meniarap sedari usia 7 bulan.. tapi sehingga sekarang, dia masih lagi cuba memahirkan diri untuk meniarap..

Inilah kenyataan untuk brain injured child.. Apa yang perlu dilakukan untuk mereka ialah repeat, repeat dan repeat. Dengan mengulangi, InsyaAllah, mereka akan mampu mengingati dan menjadikan perbuatan itu sebagai rutin. Mungkin pada sesi fisioterapi yang akan datang, saya akan berbincang dengan Ms. Sarjit tentang cara yang betul untuk memastikan Ian terus crawl on his tummy.. =)

P/s - Sabar, sabar dan terus sabar..

Thursday, June 11, 2009

Yang paling menakutkan..

Demam Ian bermula seawal tengahari sabtu, dan saya sendiri dari hari khamis lagi. Kami tiba di Kota Bharu lebih kurang jam 12 tengahari. Cuaca di Kota Bharu tersangatlah panas. Pada awalnya, kami sangkakan badan Ian panas kerana masih memakai pijama berlengan panjang walaupun hari sudah mencapai tengahari.
.
Sesudah menyuap makan tenghari dan memandikannya, Ian tertidur dan begitu juga saya. Beberapa ketika, Ian mula terjaga dan merengek-rengek. Berkali-kali mommy memberitahu saya bahawa badan Ian panas namun saya masih meneruskan tidur kerana badan saya sendiri teramat panas dan letih.
.
Hanya setelah waktu menghampiri jam 3 saya bangun dan memberikan Ian ubat demamnya yang saya bawa dari KL. Kami bergilir-gilir mengelap badan Ian bagi mengurangkan panas badannya. Namun ianya tidak juga berkurang.
.
Menjelang jam 6 petang, saya semakin gagah untuk banun dan berjalan. Abah bersiap-siap untuk menghantar kami ke klinik. Memandangkan hari sabtu adalah hari cuti umum di Kelantan (saya lupa perayaan apa), banyak klinik yang tutup. Kami akhirnya ke sebuah klinik yang agak usang keadaannya dan pastinya dekor klinik itu juga agak menghampakan.
.
Di klinik itu, suhu badan Ian tidak diambil. Hanya pemeriksaan biasa. Pelik juga. Tapi tidak tahu mengapa, mulut saya berat untuk bertanya. Untuk dua pesakit iaitu saya dan Ian, bayaran yang dikenakan bagi konsultasi dan ubat demam, batuk, selsema dan antibiotik adalah RM100!! Sungguh mengarut. Mentang-mentanglah kami bukan penduduk tempatan dan klinik-klinik lain tidak dibuka, kami di sembelih hidup2!
.
Abah juga terkejut apabila saya memberitahu caj yang dikenakan kerana kebiasaannya, caj tidak akan melebihi RM40 untuk seseorang pesakit. Tambahan pula, ubat yang dibekalkan adalah ubat common.
.
Sepanjang di klinik dan di dalam perjalanan, Ian tidak berhenti-henti merengek. Mata mengantuk tapi tidak boleh tidur. Setibanya kami di rumah, badan Ian tiba-tiba terkulai. "Eh, Ian dah tidur bah.." Kata saya kepada abah. Suasana yang gelap tidak memungkinkan saya melihat wajah Ian dengan jelas.
.
Sewaktu mahu membawa Ian keluar dari kereta, badan Ian mengeras. Kakinya turut keras. "Mahu protes apa lagi anak ini?" Saya bertanya di dalam hati. Setelah naik ke rumah, saya tunjukkan Ian kepada mommy dan berkata, "Ian tidur. Bentangkan tilam mommy." Sambil muka saya menunduk melihat wajah Ian.
.
"Eh mi, muka Ian pucat!! Muka Ian pucat!! Tengok bibir dia!!" Adik-beradik dan kedua ibu-bapa saya mula berkerumun. Menyaksikan bibir Ian yang putih dan muka Ian yang kebiru-biruan merupakan satu detik yang cukup mencemaskan. Bibik sudah mula menangis. Saya juga sedaya-upaya menahan air mata.
.
Beberapa kali percubaan kami mengejutkan Ian tidak berjaya. Dia masih kaku dengan wajahnya yang kebiru-biruan. Tidak tergambar ketakutan saya ketika itu. Yang terucap di dalam hati hanya satu, "Ian, jangan mati dulu nak.." Saya serahkan Ian kepada abah dan mula menyiapkan barang-barang untuk menghantar Ian ke hospital.
.

Bibik mengambil Ian dari tangan abah dan membawa Ian ke satu sudut. Dia mula menangis sambil memangku jasad Ian yang masih kaku. Ian saya ambil dari tangan bibik. Matanya masih terpejam dan dia mula meracau-racau. "Jom la Kak, ikut sekali." Saya mengajak bibik ikut bersama kerana faham gelojak di hatinya.
.
Saya bersama abang saya dan bibik terus ke hospital. Yang lain tinggal di rumah dahulu dan akan menyusul kemudian bersama barang-barang keperluan Ian andainya dia dimasukkan ke wad nanti. Sepanjang perjalanan, Ian masih meracau-racau. Ada waktunya, dia terdiam tanpa kata, Dan saya beberapa kali membangunkan Ian kerana bimbang dia akan pergi seandainya saya membiarkan dia tidur atau tidak sedar. Sungguh, saya sebetulnya tidak tahu apa yang perlu dilakukan di dalan suasana seperti ini.
.
Setibanya kami di bahagian kecemasan hospital, Ian sudah boleh membuka mata walau hanya sekali dua. Saya ceritakan pada kakitangan di kaunter dan kami disuruh masuk ke bahagian rawatan. Untuk beberapa ketika, kami hanya dibiarkan berdiri di situ. "Adik, tolonglah anak akak ni dik.. Dia demam panas. Dari tadi meracau.." Kata saya kepada seorang kakitangan lelaki yang masih teramat muda.
.
.
Barulah dia menghampiri kami dan menyuruh saya meletakkan Ian di atas alat penimbang. Suhu Ian juga diambil. Setelah itu, Ian diberikan ubat yang dimasukkan ke dalam punggungnya. "Adik, anak akak ni h***********." Saya tidak tahu sama ada maklumat itu relevan atau tidak, tapi saya merasakan ia mungkin perlu.
.
"Oh ye ke? Habis tu, development dia delay la yea kak?" Dan beberapa pertanyaan yang saya anggap tipikal. Sudahnya, sepanjang kami berada di sana, banyak soalan tentang Ian diajukan kepada saya. Aduhaiii.. Kallau tidak diberitahu, serba salah pula.. Andai diberitahu, bermacam pula soalannya.. :P
.
Dan kami seterusnya dibawa ke wad sementara abang saya menguruskan urusan pendaftaran. Memandangkan tiada bilik lain, kami diletakkan di wad berkatil 4 terlebih dahulu. Dan esoknya sahaja baru kami akan dipindahkan ke wad lain. Sewaktu Dr. Mazidah datang, suhu badan Ian sudah turun ke 38 darjah. Masih demam.

.
Esoknya, suhu badannya kembali biasa namun kami masih tidak berhenti mengelap badannya seperti yang dikehendaki doktor. Dan kami juga berpindah ke single bed room. Syukurlah hubby juga ada bersama pada hari ini.
.
.
Malamnya, suhu Ian naik ke 38.6. Demamnya datang lagi. Esoknya, suhu Ian kembali kepada biasa dan malamnya, suhu Ian naik lagi ke 37.8. Kerana suhu yang tidak stabil walaupun telah diberikan ubat, doktor terpaksa melakukan ujian darah.
.
Sukar sekali untuk doktor mengambil sampel darah Ian. Tiga kali tangannya di cucuk. Namun masih tiada urat yang dijumpai. "Urat-urat dia seakan pecah dan baru sahaja hendak baik.." Kata doktor. Di kaki juga, selepas dua kali tusukan, barulah doktor berjaya memasang line. Kami sedia maklum akan kesukaran itu memandangkan dia pernah berada lama di NICU dan telah melalui beberapa siri pembedahan yang menyebabkan segenap uratnya menjadi mangsa cucukan doktor.
.

Hari selasanya, doktor masih tidak berpuas hati kerana Ian masih demam pada malam hari dan dia agak keberatan untuk melepaskan Ian pulang. Mungkin kerana kepenatan yang tidak tertanggung, saya membiarkan 'badan' berbicara, dan terus meminta kepada doktor agar Ian 'dilepaskan'. Dan mungkin juga terpengaruh dengan bebelan hubby yang perlu bekerja pada hari khamis nanti.. Sudahnya, kami pulang juga tanpa sempat ujian air kencing dilakukan.
.
Malam itu, sewaktu di rumah, Ian kembali demam. Hati saya runsing bukan kepalang dan menyesal kerana mendengar kata hubby dan 'badan yang penat' dan tidak mengikut naluri seorang ibu yang mengatakan Ian harus tinggal di sana untuk sehari sahaja lagi.. Sekali lagi, saya terasa gagal sebagai seorang ibu.. Mujurlah, selepas dimasukkan ubat melalui punggungnya, dan badan di lap tanpa henti, demam Ian mula berkurang..
.
Hari ini, kami sudah pulang ke KL. Kalau Ian masih lagi demam nanti, mungkin kami akan membawanya ke PMC pula. Penat, tersangatlah penat!! Moga2 Ian pulih sepenuhnya dan kami tidak perlu ke PMC.
.
Sepanjang di wad, senyuman Ian lah yang menjadi tarikan. Semua jururawat menegur Ian yang begitu mudah tersenyum dan senyuman manis itulah yang menawan setiap mata yang memandang. Hmmm.. Bila Allah SWT mengambil sesuatu, Dia memberikan sesuatu yang lain pula sebagai anugerah.. =)
.
P/s - Buat teman-teman, terima kasih di atas doa yang dihulurkan untuk Ian. Hanya Allah SWT yang mampu membalasnya.
Yang bertelefon bertanya khabar, menghantar SMS, meninggalkan comment, tidak terbalas rasanya.. Keprihatinan anda sangat-sangat dihargai!
Semoga Ian terus berada di dalam linkungan rahmatNya.. Aminnn..

Tuesday, June 9, 2009

The not-so-fun vacation!

Little hero is down with high fever. Was admitted at KPJ KB last saturday and hopefully can be discharged by today.
.
The highest temperature he has reached so far was 40++ degree and yes, the 'friendly seizures' did come and visit him.
The fever is still not fully settle but the result of his blood test shows no infection and everything is ok. Now, pending his urine test result, hopefully everything is going to be ok too.
.
Dearest friends, pls keep him in your prayer.
.
P/s - Just a quick update from a restless mama.. =)

Sunday, June 7, 2009

Go-kart anyone?

Hari ahad yang lepas juga, dari Sungai Buloh, kami ke Shah Alam. Ayah mahu bermain go-kart. Kebiasaannya, kami tidak turut serta. Namun kali ini, kami terpaksa kerana sudah agak lewat sekiranya ayah mahu menghantar kami pulang ke rumah terlebih dahulu.
.
Saya taktau nape org sibuk dok tengok kete pusing2 tuh.. Paci saya lagi sedap tau..
.

Inilah bibik saya.. Posing sakan saya sampai terangkat-angkat kaki!

Mulanya, saya meminta hubby menghantar kami ke taman tasik. Tapi katanya sekejap sahaja. Satu pusingan pun sudah mencukupi. Tapi biasalah, setelah bertemu kawan-kawannya, tentunya tidak sebentar masa yang diambil.
.
Memang hectic hujung minggu kami yang lalu. :P
.
P/s - Terpancar kebanggaan di wajah hubby sewaktu membawa Ian ke tempat kawan-kawannya. Memang inilah kebanggaan ayah, little fighter yang mengejutkan ramai orang kerana mampu survive.. =)