Oh, ini bukan kisah Rayyan Ariff.. masa Rayyan Ariff untuk ber'adik' belum tiba. Cuma sekadar berkongsi di sini..
.
Sering saya nyatakan kepada diri sendiri bahawa Rayyan Ariff akan selamanya mendapat tempat teristimewa di hati saya kerana keistimewaan yang dia miliki. Seringnya saya nyatakan bahawa kasih untuknya adalah sesuatu yang unik dan tersendiri kerana keunikan yang ada padanya.
.
Namun sejujurnya, jika dia punya adik nanti, saya sendiri tidak tahu bagaimana rasa berkongsi kasih itu. Terfikir sama ada akan adilkah saya nanti? Sememangnya ada sedikit rasa gusar yang terbit. Bimbang andai nanti ada yang terlebih dan terkurang.
.
Saya punya seorang abang. Makanya, saya tidak tahu bagaimana rasanya pembahagian rasa kasih itu. Kasih untuk seorang abang hanya untuk dia. Saya punya seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Rasa kasih pada mereka berdua adalah berlainan. Menyayangi adik lelaki ada bezanya dengan menyayangi adik perempuan. Saya menyayangi mereka dengan cara yang berbeza dan tersendiri..
.
Makanya, seperti dengan adik-beradik saya, mungkin untuk setiap anak nanti, saya akan mengasihi mereka dengan kasih sayang yang sama cuma dengan adaptasi yang berlainan.
.
Dengan Rayyan Ariff, saya tidak memanjakan dia berlebihan. Ada waktunya dia perlu dimarahi, dia pasti dimarahi. Agar dia tahu bukan semua kemahuannya bisa dituruti. Supaya dia tidak besar kepala.
.
Lagi pula, tahap manipulasi anak ini sama sahaja dengan anak-anak lain. Pura-pura menangis untuk menarik perhatian, tersengih memujuk seperti kerang busuk apabila dimarahi, mengamuk apabila mahukan sesuatu, dan menarik-narik tangan kita sambil menunjukkan apa yang dimahukannya.. Kalau kebolehan mentalnya lebih kurang sama dengan anak-anak lain, mengapa harus dia diberikan kelebihan hanya kerana dia anak istimewa. Ini bukan cara saya.
.
Fakta bahawa Rayyan Ariff adalah yang tersendiri saya terima dan akui. Namun kerana saya menerima kelainan itu sebagai satu cabaran untuk mengubahnya secara total, maka dengan itu saya melayannya seadanya.
.
Pernah saya dihadapkan dengan gelagat dua beradik yang sangat berbeza. Si abang sentiasa kelihatan berada di dalam ketakutan dan seringnya dikehendaki mengalah pada si adik. Kerana si adik adalah anak istimewa. Segala tentangnya adalah istimewa. Segala perlakuannya diangggap istimewa oleh si ibu dan bapa. Tiada kata larangan untuk si adik kerana dia adalah selamanya anak yang istimewa.
Menjelirkan lidah kepada orang tua, oh.. tak mengapa.
Menjerit kepada si abang, oh.. tak mengapa.
Kerana dia istimewa.
Segala kemahuannya dituruti. Tidak pernah dikunjungi kata-kata marah walau banyak waktu, perbuatannya sangat melampau untuk anak seusia lapan tahun. Kerana kecederaan pada otaknya, dari segi fizikal dia sememangnya agak kekurangan. Namun dari segi mental, orangnya sangat bijak dan dia bersekolah di sekolah biasa dan sering pulang dengan tempat pertama atau kedua di dalam peperiksaan.
Di hadapan si adik, si abang tidak boleh dipuji. Menjeritlah si adik tatkala mendengar kata pujian dan si ayah pula akan segera meminta si abang berlalu. Kerana tidak mahu mengganggu emosi si adik. Mainan, pakaian, dan apa sekalipun, harus diberikan kepada si adik sekiranya si adik mahukan sesuatu yang menjadi milik abangnya.
Kasihan si abang yang sering dibayangi si adiknya..
Saya sering memainkan kisah ini di dalam kotak ingatan saya agar suatu masa nanti, saya tidak akan melakukan perkara yang sama. Takut. Dan kawan2, seandainya nanti saya lupa, sila bawa saya kepada entri ini agar ianya dapat saya jadikan teladan.. =)
P/s - Pagi tadi dah dapat makan nasik lemak ayam Man Pis.. Terbaik dari ladang!! Kak Pinut, sok Jiey sambung diet balik neh!
=)

20 comments:
'nak adik' kata rayyan arif
;-)
dah jadi lumrah anak sulong dapat perhatian lebih
Huh!!! dapat gak makan nasi lemak ayam ek...
tetiba, tergugat iman nak makan nasi lak rasanya ehhehe
sebelum dpt anak 2nd, saya pun berfikiran serupa tapi saya percaya, as a mom, kite mampu membahagikann kasih syg seadil2nya..insya Allah:)
tak per jie...
nanti kalau jie terlupa..kami kat sini tolong ingatkan
i pun tak le bayangkan camne nanti kalo dh ade anak 2, camne nak sharekan kasih sayang tu.... hmmmm
gusar aku bukan sikit jiey tapi banyak! risau kan nia. mcm mana la nak bahagi 2 ye. ni kalau 2, kalau 3 ke 4 ke...
betulla jiey. risau kan kalau kite terleka fokus pada yang sorang je, lagi sorang kecik hati, kite tak perasan.
insyaAllah jiey akan jadi ibu terbaik. aminn~
emm..setuju kak...zah pun praktik benda yg sama mcm akak buat..
apepun...zah sendiri tak tau mcmana nak hadapi bila beranak dua..oo....mungkin saya semakin kurus..
ermmm... cian bc kisah dua beradik tu... meh kita sama2 igtkan diri kita nnt ek jiey bila dorg dpt adik ek...
betui tu, yang 1st n last mmg slalu jd yang paling special :)
anak sulung slaloo parents kasik berdikari lebih berbanding adik2 yg lain..;).diyana pun,tk sure lg mcmane life lepas adik mia lahir nantitp doa2 bleh la bahagi kasih syg seadilnye..
ermmm..... same plak ape yg sedang aku fikir dgn yg Jiey fikir... Rase x sanggup menduakan kasih...ermmm
itulahh...leni kalo mrh si abg dia selalu ckp, "adik x kene mrh pun asikkk dia jerr"...huhu terkedu gak kdg2 tuh.
Last2 bg jwpn, "adik kecik lg...nanti kang adik beso mama mrh la adik"...hehe teruk betul mama ni kan. :)
betul tu Jiey... kalau nak beranak lebih dr satu, hati kena kuat dan ADIL.. qila mmg lately asyikkkkk kena marah dgn mak dia yg garang ni.. td baru jentik dan pukul tgn dia.. sbb dia tu tak dengar cakaplah.. dia gi tendang adik dia tadi.. lagi kita kata No, lagi dia buat... aduhaaaiii.. geram sgt.. nakal sungguh! tapi bila dia tido, muka penat dan kesian sungguh.. rasa bersalah pulak sbb yelah, dia kecik lagi blom tau ape kan??
tapi kalau rayyan ade adik nanti, mcm mana ek?? rayyan dah biasa manja,sorg lak tu... mesti susah woooo... jiey kena sedia lah start dr sekrg.. huhuh
salam jiey...betul..takleh bezakan budak2 ni takut mereka berdendam sesama sendiri bila besar nanti..
bab memujuk ni mmg lawak kan..nabila pun sama,kalau kena marah dia mesti buat macam2 muka & suara sampai kita tergelak.
joegrimjow:
"tunggu dulu" kata mama.. :P
***********************************************************************
pnut:
jom kak jom!
ala skali ni jer
sok smbg la blk diet tuh..
:P
*******************************************************************************************
maya amir:
itu la kan..
harapnya mmg adil la nnt..
=)
**************************************************************************************************************
rizziela:
thanks kawan!
=)
*************************************************************************************************************************
elyn:
cuba u try dulu pastu u bgtau i ek..
kalo ok, i folo..
=P
*******************************************************************************************************************************
aly:
a'ah.. lagi dekat masa lagi risau kan?
takpe ly.. takpe..
kayuh pelan2..
pastuh bgtau aku camne ek..
=)
*******************************************************************************************
puterikurekure:
intan pun akan jadi ibu yg terbaik buat junior en. alang!
aminnnnnn
=)
*****************************************************************************************************
izzah:
nak2 kalo sorang lagi pun boy, lasak plak tuh..
harus makin kecik..
=)
***********************************************************************************************
mama adwan:
baca tu dh kesian dh..
tgk dpn mata lagi kesian..
owh soklan yang bagus..
kena discuss ngan partner masing2 neh..
:P
**************************************************************************************************************
mummy adam:
yg 1st maybe sbb tgh kemaruk lagi kott..
yg last tu sbb takde yg lain dah..
kalo camni kena ada 2 je la..
:P
**************************************************************************************************************************
diyana:
insyaAllah..
naluri mak2 neh lain..
=)
************************************************************************************************************************
ema:
itu la kan..
=)
**************************************************************************************************************************************
gina marna:
hhhehee..
nnt adik besar abg tagih blk janji..
suh marah adik plak..
:P
*************************************************************************************************************************************
marsha:
uishh.. smpi tendang.. ganas gak qila neh.. seb baik takde pape..
itu la.. Ian ni manje kededek.. kalo bleh nk melekat kat mama dia..
tatau la nnt camne..
******************************************************************************
kakzue:
hahhahah..
ian plak, dah dia ngamuk2 tuh, pandai lak peluk cium kita smpi basah lencun pipi kita..
mujuk la tuh..
***************************************************************************************************************************************
abe Ian key baik, mesti dio akan saye dan jago adik dio molek. ;)
jiey.. sue masa ada anak sulung tu, dia la segala2nya. mmg takut sgt kalau ade adik nanti, takut kita tak pandai nk bahagi kasih antara 2. takut ada yg lebih, ada yg kurang. tapi bila da ada adik..selalu ingatkan diri supaya tak membeza2 kasih syg kpd anak. tapi si kakak selalu tantrum. dan selalu kena marah sbb mcm2 la.. yg penting kita penat dan adik merengek2 dan macam2. tapi lepas tu kita pujuk balik supaya dia tak jauh hati.
pd sue, mmg mencabar utk tidak membezakan kasih syg antara anak2. bergantung kpd kekuatan fizikal dan mental.
nasihat utk jiey, andaikata Allah beri rezeki lagi dan insyaallah si kecil nanti cukup sifatnya.. jgn lah dibeza2kan dgn Ian.... sbb Ian mmg perlukan lebih perhatian. Jiey mmg tabah. Sue respect Jiey. Allah hanya menduga hambanya yang terpilih dan Allah tahu Jiey boleh lakukannya.... Insyaallah
Post a Comment