Sunday, February 7, 2010

Cerita weekend yang biasa-biasa sahaja

Weekend yang biasa kerana kami tidak ke mana-mana.. Menghabiskan sepanjang waktu sesama sendiri sahaja. Hubby tidak dirumah kerana memenuhi tuntutan kerjanya. Adik saya pula meminjam kereta saya untuk berdating.. **Gila dating 2 hari berturut-turut!!**
.
Petang jumaat lalu, Kaka (owh, nama kereta saya adalah Kaka ~ Bukan Qaqa at Tamimi anak Amy Search~) saya bawa ke bengkel untuk diservis kerana penghawa dingin tiba-tiba sahaja tidak berfungsi.. Nasib baik hanya talinya yang putus maka hanya RM25.00 yang dibelanjakan untuk Kaka.. =)
.
Tokei : Apa pasat?
Saya : Uncle, aircond tak panas la..
Tokei : Aircond talak sejuk wooo.. Mana ada panas..
Saya : A'ah ye la tu uncle.. *malu sendiri*
.
Rayyan Ariff agak moody di rumah.. Mungkin kerana kebosanan. Semalam, apabila ayahnya pulang, dia membawa Rayyan Ariff bersiar-siar menaiki kereta. Sudahnya mengamuk tidak mahu turun kerana belum puas.
.
Hari ini pula, saya membawa Rayyan Ariff bersiar-siar sekitar kawasan kondo sahaja. Apabila masuk sahaja ke dalam rumah, dia menangis lagi kerana masih melum puas. Apabila saya membuka tudung, raungannya makin galak kerna maklum bahawa tiada lagi peluang untuk bersiar-siar.. ~@See how he relates it ~ mama pakai tudung = we'll be going out. Mama bukak tudung = no more jalan2.. :P @~
.
Hari ini saya bangun agak lewat. Bibik yang menguruskan Rayyan Ariff. Mengantuk kerana semalam saya tidur melepasi jam 4 pagi kerana bercerita bersama-sama BFFs selepas menonton Chucky, sambil menikmati burger Mekdi *Okeh, gemuk lagi di situ, tapi hati happy*
.
Hmm.. Ramai diantara rakan-rakan saya yang mengikuti blog ini tanpa pengetahuan saya. Setelah berjumpa kembali setelah beberapa lama, barulah saya tahu mereka merupakan antara silent reader KernaKasihKita.
.
Ok, at least it save me some times if I were to be asked about Rayyan.. Tapi yang tak syoknya, terasa seperti kurang sedikit modal yang ada untuk dibicarakan. Contohnya:

Situasi 1
Saya : Ni, ko gerak dulu la.. Aku nk tengok buku utk Rayyan. Dia suka buku..
Kawan 1 : A'ah betul.. Aku ada baca dalam blog ko..
*Okeh, kurang umphhh di situ*

Situasi 2
Kawan 2 : Wehh.. Bila nk tambah baby?
Saya : Relaks la dulu.. Yang sorang ni pun tak puas gomol lagi..
Kawan 2 : Sudahlah ko.. Aku baca blog ko kata memang ada niat nak menambah..
Saya : Hah, ko baca blog aku eh.. Hampeh betul..
*Okeh, makin kurang umphh.. Gelojoh beb!* :P

Dan situasi yang seterusnya, sudah malas mahu menaip.. Terasa diri seperti opened book.. What about you guys??

P/s - Notice tak entri saya kebelakangan ini agak 'kureng'.. Sungguh angin untuk menulis itu hilang. *sigh*

10 comments:

h4ni3 said...

Makin bijak rayyan ni :)

Yasmin Nabilah.. said...

hurm..ina pun sama jiey..since ina dah berenti dari opis lama dulu..ramai yang mengikuti hal Nabila dalam blog (yolah entry kuar kat FB kan..). Semua dok baca..Tapi masa ina keje dulu..takde sapa plak yang amik tau hal Nabila..huhu..takpelah..nak wat camne kan..klu ada yang tepon..tanya perkembangan nabila je lah..hurm..kdg2..malas nak jawab pun ada..huhu..

Mrs. Simplicity said...

aku ok je bila ko buat entry gini. heheh.. tp part yg ko cite rupenye ramai yg baca blog ni, mmg ye la. bak kata ko, bila jumpa, eh aku tgk nia gini2... aku gitu2.. so understood la diorg baca blog. bak kata kom takde modal dah nak cite nih. huhu..

incik said...

teringin nak jumpe ian...=)

Rizziela said...

jie,

sekurang-kurangnya dapat menjimatkan masa sebab x perlu bercerita panjang...semua orang dah tau..cuma tambah sikit-sikit ajer :D

Bukan Bidadari said...

Kecik jer dunia ne.... pusing2 tang tu gak... kadang teragak2 nak tulis entri blog.... kerana bakal tersiar serata dunia...

Intan and The Boys said...

ala jiey...nak wat camne. dah adat berblogging memang camtu. tak sempat nak cakap, diorang lagi tau dari kite. hehehe~

dah biasa terkena pon jiey. buat2 tak dengar je la ok?

Ian bijak sangat2. khalish pon dah nampak aura kebijaksanaan Ian tu. nampak mama pakai tudung, senyum meleret. hehehe~

Ummi Salsabila said...

em.actually malu gak bile jupe sape2 ckp baca blog kite.even kwn2 or sedara mara.

antara skrip2nye,
oo,ni yg dlm blog tu eh.
eh,best gak bc blog ko.:)

Farah said...

kalau dpt reader macam saya lagi kurang umph sebab saya adalah seorang yang kuat daya ingatan..sekali baca terus leh ingat hahaha

Elyn Sani said...

yelah la jiey kalo jumpe kwn2 skang ni macam kurang umph nak borak sebab dierang sume rajin skodeng blog.

cite sikit dierang sambung, cite sikit dierang sambung..... camtu nganga je la ekekekek