Monday, February 8, 2010

Kalau dia satu dugaan, sumpah! Inilah dugaan terindah buat kami!!

"Sabarlah.. Mungkin ini dugaan buat kamu dan pastinya Allah SWT tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hamba itu sendiri."

Banyak kali kata-kata ini singgah di telinga saya.

Sumpah! Demi Allah!! Kalau benar jiwa kecil ini adalah dugaan buat kami, inilah dugaan terindah yang Dia berikan kepada kami.
.
Wajah penuh senyuman, wajah tanpa hipokrasi.. Itulah wajah seorang anak kecil..

Saya tidak menganggap kehadiran anak ini sebagai dugaan buat kami. Kerana hadirnya penuh kebahagian.. Kerana hadirnya penuh kecintaan..

Satu wajah tanpa hipokrasi, yang sering menyambut saya dengan senyuman tatkala melihat wajah saya dari kejauhan. Mata yang seringnya bersinar-sinar keterujaan apabila melihat kelibat saya.. Wajah ini tidak pernah menipu bahawa kehadiran saya adalah sesuatu yang sangat didambakannya..

Pada dunia, saya bukanlah sesiapa.. Namun padanya, saya adalah dunianya.

Walau sepenat manapun hari yang saya lalui, segalanya bagaikan berlalu apabila wajah ini menyambut saya dengan senyumnya, dengan sinar matanya, dengan tepukan dari tangan kecilnya dan dengan tawa dari bibir kecilnya..

Kalau kebahagian ini adalah satu dugaan, apa lagi yang harus saya ucapkan melainkan lafaz Alhamdulillah..

Rayyan Ariff,
Kamu mengajar diri ini tentang rasa kasih..
Kamu mengajar diri ini untuk menjadi lebih kuat dari semalam..

Apabila kita melihatnya sebagai suatu kebaikan dan dirinya pula melihat ianya satu bentuk penyeksaan.. Susah bukan? Namun ada masa, menjadi ibu membuatkan diri ini terpaksa bertindak kejam pada matanya..

P/s - Cik Anonymous, ini bukan kerana period atau PMS. Kalau kamu di tempat saya, mampukah kamu?? **Lawak kamu adalah tidak seberapa lawak kerana saya mmg tgh sedih**

16 comments:

Khaizarien said...

anak itu anugerah paling besar...dan menjadi ibu adalah darhat yg paling besar

Khaizarien @ atie Blog

Jiji said...

Wooot@!~

Eh Jiey.. hahah dulu kan masa time cintan cintun mcm bestnyaaaa lahaaii jatuh cinta blablabal mcm dunia ni kita yang punya yada yada yada. Tapi bila ada anak rasa mcm....... alahai satu jam tuh rasa seditik je je kan! ( lebih lebih lagi bila kita dalam bilik air, anak kat luar dah meraung nak masuk join sama)

Bukan Bidadari said...

mendengar kisah kerna kasih kita pun buat saya mengagumi awak Jiey...

A.I said...

Betol Jiey, bagi anak2 kita, kita ni la dunia dowang..dowang jugak la dunia kita kan? huhuhu...so touching.

# cik anon mana yg geletek kau tu? aiyooo...

h4ni3 said...

yup.. senyuman anak2 mencairkan segala lelah dijiwa... tapi kalau time diorang mengamuk/ meragam.. aduhai.. sendiri mau fahamlah.. hehe

Leen Die said...

thomeyy sungguh Rayyan wat muko gitu..leen kelik kb jugok 10hb malam naik flight. cuti sampai 15hb.15hb malam br kelik kl pulok...jiey kelik lamo ko?heheh gapo bg adik kat Rayyan2 nie..jiey bg dululah,lepas tue br ore menyusul...

Intan and The Boys said...

siapala anonymous yang lukakan hati jiey tu. tak baek tau buat orang kecik hati. meh sini kite luku dia! hehehe~

kehadiran anak memang sangat2 istimewa. bayangkan, kalau suami kacau tengah2 malam, kite mampu tolak2kan. tapi kalau anak merengek2, kite mampu bertahan tak tidor malam. besarnya cinta seorang ibu pada anaknya.

Jiey^Mien said...

atie:
mmg betul. setuju lah sgt2..
=)

*********************************************************************************************************************

jiji:
betul dear..
kalo boleh nak bwk masuk bilik air skali..
pastuh kalo nk gi mana2, nak letak dlm henbeg so that bleh tgk2 selalu.. :P
*gilo saiko*
:p

************************************************************************************************************************************

Jiey^Mien said...

ema:
takde ape yang hebat ema..
jiey ni pun cepat melatah gak..
:P

*****************************************************************************************************

kak ai:
betul kak ai..
sokong kak ai 400 peratus..

anon tu takde niat kot.. tp dah org tgh emo.. takyah la nak buat lawak..

muahhahahhah.. *saiko neh*

*******************************************************************************************************************

hanie:
kalo dia meragam, sampai kita pun nak ikut meragam..
muahahhah..
:P

*********************************************************************************************************************************

leen : lamo kalu jiey bg cepat2 gak, leen tertinggal plok.. skali lah...
:P

*******************************************************************************************************************************************

intan:
dia takde maksud kot.. sbb ayat dia cam gurau2 jer.. tp tu la.. org tgh emo.. harus lah effect..
:P

hehehhehe.. kalo laki demam, kita leh tido lagi.. kalo anak yg demam.. terus tak lena tido.. :P

Nadiah Sidek said...

anak mmg anugerah terindah walau dia mungkin tak sesempurna org lain. tgk muka anak2 rasa tenang je, kn? tgh2 marah pun blh hilang rs marah bila tgk muka anak :)

Marsha~ said...

yelah, sy yg tak pernah jumpa rayyan pun rasa sayang sgt.. cuba tenung mata dia dalam2.... ada sinar yg susah nak explain keindahannya.. sejuk mata memandang... :) rayyan bukan dugaan, tapi anugerah paling indah...

Pnut said...

yup Jiey-anak tu hadir dalam keadaan macam mana pun, tetap indah buat kita..

biar buruk di mata orang, tapi di mata dan hati kita, dia paling indah...

jangan sedey-sedey... orang tak lalui apa Jiey lalui, boleh la buat lawak gampang... cube dia kena cam korang, ape dia nak gembira sepanjang masa.. kalau akak, akak cakap Lu boleh Blah....

Rizziela said...

anak memang anugerah yg tak terhingga..... dunia nak kita adalah kita...dan dunia kita adalah anak-anak kita & family.

Memang handsomelah Ian bila buat muka mcm tu....memang mesra camera la Ian ni

Sue said...

jiey, tiap kali jenguk sini, tgk gambar rayyan...sejukk hati ni jiey. sumpah! comel sungguh.... senyumnya yg penuh iklhas.. betul kata jiey

Elyn Sani said...

mamat kechik ni makin pandai berposing la jiey!!! muah

Watie Aziz said...

i know how u feel Jiey, bila anak kita pandang kita dan senyum ..sangat susah utk menggambarkan rasa hati kita dalam bentuk kata-kata kan ..betapa bahagianya melihat anak tuh senyum...

everytime i turun ke bawah, Q akan terkedek2 lari kat i dan senyum ...& pretending to hug me kononnya (tapi pastu lari tempat lain..) & make me rasa bersalah sgt sebab tak join dia dr awal ..ahhaha..mama sibuk blog kat bilik atas ..wkakaka...

our child really make us happy in their own way kan ..:)