Sewaktu mula bercuti 6 bulan yang lalu, hati seringnya tertanya, "Apa yang akan dapat dilakukan oleh anak ini sebelum saya kembali bekerja nanti?"
Saya tidak meletak harapan yang tinggi sehingga mahukan dia berjalan dalam tempoh itu. Kerana saya tahu masih banyak yang perlu kami lakukan untuk mencapai sasaran yang sebegitu besar. Namun di penghujung tempoh 6 bulan ini, kami amat-amat bersyukur dengan apa yang dicapainya walaupun dia masih belum berjalan.
Malahan, dia juga memberikan kejutan kepada doktor-doktornya.
"He's doing really good. In fact, he's among the patient that shows really good improvement within such a short period." Kata Dr. Taayah semalam.
Kami bersetuju untuk mengurangkan fisioterapi Rayyan Ariff. Kali ini, lebih fokus akan diberikan kepada occupational therapy dan speech therapy. Dan kami juga perlu berusaha lebih dalam mengatasi Rayyan's rejection towards the hearing aid.
"Sarjit, boleh tak jalan dalam masa 2 atau 3 bulan ni?" Kata Dr.Taayah kepada Sarjit.
Saya cuma senyum. Tidak berani berkata-kata. Memang saya pernah menyatakan mahu melihat Rayyan Ariff berjalan sebelum usianya menyentuh ke angka 2 tahun. Namun semua sudah ditetapkanNya. Apa yang ada untuk kita hanyalah usaha. Tidak kiralah berapa usiamu nak, yang penting kamu mampu.. Itu sahaja yang mama mahu.
As we tackled the physical part, we also need to concentrate more on the other aspect as well. I'm really hoping that I can participate in his development program as much as possible. Tapi apabila mula bekerja nanti, pasti ianya agak mustahil untuk memaksimumkan segalanya. Hanya akan ada waktu malam sahaja untuk bersama dengan anak ini. Sayang sungguh.
Kalaulah ada duit sebakul. Hehhehe..
Seiring dengan pencapaian fizikal, akal Rayyan Ariff juga semakin banyak. Penat sebenarnya melayan kemahuan dan kerenahnya. Namun hati puas. Syukur diatas nikmat kurniaanNya.
Tempoh 6 bulan ini, benar-benar berguna. Walau kami agak 'sakit' dari segi kewangan, namun hasilnya memang tiada tolok bandingnya. Alhamdulillah..
Sebenarnya, dalam tempoh 6 bulan itu, banyak ruang yang dibazirkan sebegitu sahaja. Sama ada Rayyan Ariff atau saya sendiri yang tidak sihat, jadual kami juga 'terganggu' dengan perayaan dan musim cuti yang ada. Namun yang pasti, hasilnya tidaklah teruk bukan?
Untuk anak, bukan sekadar berkorban wang ringgit kan? =)
13 comments:
hi jiey..
firstly..apasal tajuk pendek plk this time?..hihihi..
insyAllah ryan berjln thn ni..rajin2 bawa dia g main2 kt taman..he'll get stimulated by other kids.
akak sendiri..ish..tak sabar tunggu nabila pandai bercakap bahasa kita..sekarang baru dapat tambah words like...abis,acik (nasi),tutu (susu),ateh (pakteh)..lg satu suka buat mcm imuda..tepuk2 peha pastu hulur tgn cakap..'peeyah'(peeraah)...jgn dia buat kt cikgu dia nanti dahler..
Kak Zue:
Edited! Sbb akak tegur, terus Jiey tarukk panjang2.. :p
InsyaAllah.. Jiey pun rasa camtu gak.. Cuma tak nak letak target.. Just let it be..
=)
Hheehhehe.. Tak sabar nak tgg turn Ian..
6 bulan dgn ian tak terasa pun lambat 6 bulan tu kan. alhamdulillah worth it. ian pun da banyak sgt achievement dgn progress dia. good job tuk ko & ian
great Ian!
insyaAllah tak lama lagi mesti Ian boleh jalan yea kak
betul jiey...utk anak2 byk perkara perlu dikorbankan. wang, masa, perhatian...dan k.sayang...
**ian...xsabar aunty nk tgk development yg strusnya....
terus kan bersabar jiey,don stop believing k.mudah2an berkat doa semua,tahun ni dia boleh..keep it up.
aly:
gile rasa cepat. Kalo bulih rewind, harus aku rewind.. kalo ada ongkos, memang aku smbg lagi 6 bulan..
:P
Alhamdulillah.. tak sia2..
=)
******************************************************************************************************************************
laila:
insyaAllahhhh..
Akak Aminnnnnn panjang2 neh..
=)
*******************************************************************************************************
izan:
betul la kan..
nama pun tanggungjawab kita kan..
=)
Sama la.. Tak sabar gak..
=)
mommyYen:
InsyaAllah, selagi hayat dikandung badan, tiada perkataan berhenti berharap dalam diari seorang ibu..
Selagi Dia mengizinkan, kami akan melakukan yang terbaik..
Thanks dear..
=)
sedar tak sedar dh 6 bulan ek Jiey..n dh nak naik keje semula..
Tapi berbaloi laa Jiey cuti 6 bulan sbb development Ian sgt mmberangsangkan..
:)
betul kan Jiey... jika ada banyak duit pasti kita akan buat yang terbaik untuk anak2. Contoh paling senang...tak yah gi kerja! Biar ayah dia jer gi kerja! hehehe... kaum ibu2 dok rumah jaga anak2! Bestnya...bila lah ia akan terjadi... :)
Ummi pun nampak perkembangan Ian yang AMAT bagus... Paling suka bila tengok Ian dah boleh berdiri dan berjalan walaupun dengan bantuan.
siapa sangkakan...Ian ni mmg miracle..besar pengorbanan Jiey ni.. :)teruskan usaha begini bile ada peluang lg...:)
rayyan miliki semangat kental dan tak putus asa mama & papanya :)
Post a Comment