Sudah lama hati ini berhajat membawa Rayyan Ariff ke taman di KLCC. Kerna di sana ada buaian yang bersesuaian untuk bayi. Memandangkan hari selasa yang lepas masih merupakan hari cuti, maka saya nyatakan keinginan ini kepada hubby. Malangnya, permintaan saya dipandang sepi dengan alasan dia masih kepenatan memandu pulang selama 7 jam sehari sebelumnya.
Maka saya teruskan sahaja niat di hati bersama bibik dan Rayyan Ariff. Alhamdulillah, jalanraya masih kosong dan lengang. Mungkin kerana ramai lagi warga kota yang belum pulang.
Seperti yang dijangkakan, Rayyan Ariff mahu berjalan sahaja. Dengan dipegang, dia berjalan ke hulur ke hilir dan asyik memerhati anak-anak lain bermain.
Sewaktu diletakkan di buaian, Rayyan Ariff menangis ketakutan. Seperti yang dijangkakan. Sensory integration problem mungkin. Hmm.. Kalau ruang di rumah luas, pasti sahaja saya akan belikan buaian dengan jenis yang sama untuk mengatasi masalah ini.

.
Sewaktu di taman permainan, hati saya bagaikan digeletek apabila Rayyan Ariff menarik baju seorang kanak-kanak yang sedang bermain-main dengan salah satu alat permainan disitu. Melihatkan telatah Rayyan ARiff, ibu kanak-kanak itu meminta anaknya turun dan memberi laluan kepada Rayyan ARiff bermain.
Dengan senyuman, saya maklumkan kepada ibu kanak-kanak tersebut bahawa Rayyan Ariff tidak punya keinginan untuk bermain. Dia sebenarnya takutkan alat tersebut. Dan tujuan dia menarik baju kanak-kanak tersebut adalah kerana dia ingin 'menyelamatkan' anak tersebut. Mungkin di fikirannya, kanak-kanak itu juga 'dipaksa' menaiki alat tersebut sebagaimana saya meletakkan dirinya pada alat-alat permainan yang ada di situ.
Comel. Prihatin sungguh. Mungkin kamu bisa menjadi wakil rakyat apabila dewasa nanti anak.. :P
P/s - Off to SDMC.. Sarjit tunggu, kami datang.. =)

13 comments:
sungguh comel.. heheh..wakil rakyat ye? insya Allah..:)
kak jiey...aci tak lao saya kata ian dah mmg menunjukkan sesuatu yg bermakna...siapa sangka kan kak..alhamdulillah..syukur atas kurniaan Allah ye kak..
*ada air mata gembira menitis utk akak disini..
aduh..tersentuhnye ngan ian..kecik2 lagi dh faham..dia mmg prihatin :)
bijak rayyan :)
Wah bestnya dpt gi KLCC..I dah berkurun tak ke sana..Amboi Ian..makin syok berjln nmpknya..tunggu sikit hari lagi..haa penatla Mummy nya..
p.s. Nazif plak ada jln stail wakil rakyat..letak tgn kat blkg..hehe..
cerdiknya Ian!
boleh plak dia terfikir nak selamatkan kawan dia tu.
hehehe~
alololoooo.. rayyan bukan sane bijaksana, tapi 'penyelamat'... sgt macho okay...
cute nyer Ian.. pandai dia nak 'selamatkan' budak tu..hehehe
hahaha..baik btul ian cuba nak selamatkan budak lain jugak yang kena paksa naik mainan tu.
hihihi.. betul la jiey.. sangat prihatin.. bukan setakat wakil rakyat.. boleh jadi prime minister nih :)
hehe..comel..blh jadi hero ni
Jiey... nampak sungguh perbezaan Ian sekarang. Banyak perubahan yang ketara! Bermakna cuti tanpa gaji yang Jiey ambil memang betul2 bermakna dan membuahkan hasil pada Ian! Tahniah Jiey!
wkend ni apa pulak plannye?
p/s: dari dulu i selalu terbayang u ni chinese, sbb the name "Gee & Min" dieja sebagai Jiey Mien. hehe.peace!
Post a Comment