Tuesday, February 9, 2010

Percubaan kali ketiga yang masih tidak membuahkan hasil..

Percubaan kali kedua lebih baik daripada percubaan kali ketiga. Percubaan kali ketiga semalam, menyaksikan titis air mata yang bukan sedikit. Tangisan kesedihan dari seorang anak kecil.

"Sudah-sudahlah tu dik.. Abang tak sampai hati.. Esok-esoklah cuba lagi.."

Namun saya pekakkan telinga. Sudah saya katakan, kalau menjadi kejam pada matanya adalah untuk kebaikan, maka biarlah saya yang menjadi si penjahat itu. Mohon agar terus dikeraskan hati. Sekeras batu.

Seiring dengan tangis syahdu, tangan kecil itu akan merangkul dan memeluk erat leher mamanya. Tanda memohon simpati. Dan saya, cuma mampu membalas pelukan kecil itu sambil menepuk-nepuk belakangnya.. Sekadar menenangkan.

Bukan tidak sayang, cuma mahukan yang terbaik. Sungguh.

Apa yang ada pada benak fikiran saya ketika itu hanyalah bayangan tubuh kecil yang mengesot di dalam duduknya menghampiri saya, Ita dan Ina sewaktu kami di Tasputra. Tiada kata bicara dari wajah putih mulus persis anak kacukan itu. Hanya sentuhan lembut dan bunyian yang tidak dapat kami fahami ketika dia cuba memberitahu sesuatu.

Rayyan Ariff, mama tidak sanggup melihat kesudahan itu pada kamu. Kerana kisahnya hampir menyamai kamu, biarlah mama jadikan ia dorongan untuk terus mencuba sehingga kamu rela menerima. Kerna mama sayang kamu..

Maaf.

10 comments:

Jiji said...

okeh kompius pasal percubaan ni.. ni pasal nak pakaikan dia alat bantu pendengaran tu ka?

Mrs. Simplicity said...

tu gmbr baru lepas nangis ke? tu la, bila nak nangis ni kadang kita kena jd hati kering sebab kalau nak ikut tak sampai hati tuh, mmg tinggi kan? cuba lagi jiey utk kebaikan ian. walaupun aku tak tau apa yg ko cuba itu ;)

Puan ApasH said...

cubaan ape tu jiey??

Sue said...

Insyaallah..jiey bole lakukan! demi rayyan.... teruskan usaha!!!

eiNa said...

apepun cuba lagi yer Ian.. dont give up for u both Ian n Jiey..ur hubby tu..

gina marna said...

Rayyan good boy...insyaallah semuanya dipermudahkan Allah :)

My Life My Journey.. said...

Buat apa tu Jiey, cuba exlain sikit.. Sayang Rayyan, nanti minta mama bawa jalan2 beli toy ok..:)

Yasmin Nabilah.. said...

Jiey..test hearing aid kat Ian ke? huhu.cian anak ibu sorang nih..nanes yek..Ala sikit je Ian..Kata Ian budak pandai kan..hurm..dengar cakap mama yek.. Cayang Ian.. :)

KIRIS.. said...

insyaAllah..berkat usaha yang tk pernah kurang dan doa yang berpanjangan..pasti satu hari nanti Allah makbulkan jua impian jiey n family.. teruskan usaha dan doa.. selebihnya..kita bertawakal dan serahkan pada yang lebih berhak..

P/s: be tough hensem boy!! ur mom did that for ur own good and future.. she do love u so much!!

ibu_Arifa said...

sabar yer Jiey..kita sbg Ibu ni kena selalu kuat utk kebaikkan anak kita jgk kan..