Monday, February 22, 2010

Masihkah ada kesalan? Atau sekadar melepaskan rasa di hati..

Beberapa hari yang lalu, apabila berbincang tentang perjalanan kehidupan seorang anak istimewa, dan cabaran-cabaran serta kesulitan yang dihadapi Rayyan Ariff sendiri, mommy meluahkan sebaris ayat yang pernah diungkapkannya beberapa waktu dahulu, "Inilah kan.. Kasihan dia. Kalaulah ia bukan satu dosa.." Ayat mommy mati di situ.
.
Saya maklum, "ia" di situ merujuk kepada pengguguran kandungan sepertimana yang pernah disarankan kepada saya sewaktu saya masih mengandungkan Rayyan Ariff.
.
Saya hanya membalas dengan senyuman. Kerana saya tahu mommy tiada niat jahat. Juga tidak bermakud melukakan. Dia hanya meluahkan segalanya berdasarkan rasa kasih dan kasihan. Dan paling pasti, rasa kasih dan sayangnya pada Rayyan Ariff menggunung tinggi. Malahan, untuk menjaga anak kecil ini, mommy pernah berjauhan dengan suami dan anak bongsunya selama beberapa bulan.

Itulah pengorbanan seorang nenek.

Lalu saya ingatkan mommy, betapa kita harus bersyukur dengan letak duduknya Rayyan Ariff pada tika ini. Bukan sahaja dia melangkaui apa yang pernah dijangkakan padanya, malah dia turut menyerikan hari kami dengan gelak tawa dan telatahnya yang mencuit hati.

Itulah dia, "Pintu syurga yang bijaksana" milik kami..


Sejujurnya, saya berpendapat bahawa ketentuan ajal seseorang manusia hatta satu janin kecil sekalipun, bukanlah di tangan seorang manusia yang lain. Setiap seorang dari kita harus punya peluang untuk hidup. Tiada bezanya saya dan ibu-ibu yang membuang bayi mereka yang tidak berdosa kiranya saya turut bertindak membuang Rayyan Ariff.

Sempurna atau tidak, itu subjektif. Siapakah yang bisa memberi takrif sempurna atau tidak pada seseorang manusia sedangkan seringnya kita melafazkan bahawa tiada satu pun manusia yang sempurna di dunia ini?

Saya bukan malaikat. Tipulah kalau saya katakan tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa jalanan kehidupan kami mungkin akan lebih baik tanpa adanya Rayyan Ariff di sisi. Tapi itu dulu. Lama dahulu. Sewaktu saya masih bergelut dengan kesedihan tatkala mengira untung nasib anak kecil ini pada masa hadapan.

Ia hanya seketika cuma, kerana semua rasa itu segera pergi. Tiada rasa takut pada masa hadapan lagi. Yang ada hanyalah cinta, kasih dan harapan. Kerana Rayyan Ariff mengajar kami makna kasih sayang yang tulus suci. Dia yang membawa bahagia ke dalam kehidupan kami.

Dan melihat apa yang telah dicapainya pada hari ini, saya bertambah yakin bahawa dengan izinNya, Rayyan Ariff pasti mampu melakukan segala yang terbaik untuk dirinya kelak.

Mungkin pada masa hadapan, saya masih perlu menenangkan hati Rayyan Ariff andai ada waktunya dia meratap akan asal kejadiannya. Saat itu, akan saya ingatkan tentang perjanjiannya dengan Yang Maha Mencipta.. Agar dia tidak lupa, bahawa setiap janjinya dengan Penciptanya pasti melorongkan rahmat dan hikmat.

Anakku, doa seorang ibu sentiasa mengiringi setiap langkahmu..

12 comments:

joegrimjow said...

jgn dirisau pasal doa
ramai mendoakan kesejahteraan rayyan

pastikan ibunya sentiasa tabah untuk terus mengajar die
;)

Unknown said...

sesungguhnya saya amat kagum. noktah.

A.I said...

aku setuju ngan kau..

semoga kau akan terus tabah + kuatkan semangat. semoga semua yg terbaek utk anak2 kita..amin

Rizziela said...

semoga terus tabah menghadapi

Jiji said...

Haih, manusia cukup akal pon sanggup buang anak. Kadang aku terfikir tau Jiey, yang sempurna sebenarnya bukan kita yg cukup akal sifat ni, tp anak/golongan OKU ni. Kalo nak label sempurna, mereka lagi sempurna dari kita yg buat dosa tak henti-henti.

mummy_adam said...

kuatkan semangat k..

ian sgt bertuah ada mak mcm u :)

Ina said...

lumrah la kiter sebagai manusia ni selalu terdetik dihati kalau kiter buat begitu dulu mesti xjd mcm ni. tp sbnrnya Allah yg lbh tahu apa yg terbaik utk kiter walaupun mungkin sbnrnya kalau diberi pilihan kiter nk yg sebaliknya. in fact Allah boleh bg yg ujian yg lbh teruk kalau dia nk. siapa kiter nk lari2 dr ujian tersebut kan? sama2 kiter muhasabah n ingatkan diri sndiri dgn apa yg dh berlaku ye jiey. insyaAllah akan buat kiter lebih syukur dgn apa yg kiter ada.

Puteri Nuur At-Terawis said...

Jiey, doa ibu itu penting. Setiap kejadian sudah tersurat baik dan buruknya. Rayyan Arif banyak mengajar kita erti syukur dan kebesaranNya. Kita terus berjuang seiring untuk anak-anak yer :)

Intan and The Boys said...

sentiasa ada doa untuk anak bernama Rayyan Ariff ni.

auntie slalu berdoa untuk Ian setiap kali auntie singgah blog ni. :)

kak zue said...

akak pernah terserempak sorg patient kt market sedang mendokong anak perempuan berusia sekitar setahun..just a perfect girl..ibunya ini berkata kpd akak.."doc..ingat lg tak saya?nilah anak saya yg dulu saya minta ubat drp doc sb saya tak mahukan dia.."ibu ni nampak happy..akak tak tau nk cakap apa..just smile & said "ha..dah besar pun..comel"
deep in my heart akak rasa puas & lega sb dpt meyakinkan patient tu utk tidak menggugurkan kandungannya..

abt rayyan..he'll be fine...just fine.

iBu ZulFaQar RayYaN said...

saya doakan yang terbaik buat awak sefamili...

ibu_Arifa said...

sama2 kita doakan yg terbaik buat encem boy Ian nih..

aku rasa bangga dgn ko Jiey, tiap2 kali baca citer Ian. Moga segalanyer dipermudahkan..insyaallah :)