Friday, February 25, 2011

Pendidikan anak istimewa: beri dia masa hingga hujung tahun..

Hari ini, saya berkesempatan bercerita serba sedikit dengan guru kelas Rayyan Ariff. Kata cikgu, Rayyan Ariff suka sepahkan barang mainan di kelas.. Tapi dia yang akan kemas balik sendiri kerana itu syarat yang cikgu bagi.. Kata cikgu, Rayyan sudah pandai mengusik kawan-kawan sekelas. Kata cikgu, Rayyan sudah sering ketawa besar di kelas, tiada lagi Rayyan Ariff yang 'reserve' dan hanya menjadi pemerhati..
.
Saya senyum. Tadi juga, apabila cikgu tanya, "Where's your nose?" Dengan cepat dia tunjuk. Sekali tunjuk sahaja. "Where's your ear?" Tunjuk lagi. Kalau dengan kami, kita tanya hidung dia tunjuk kepala. Kita tanya mata dia tunjuk hidung. Bagus juga dia dihantar ke sekolah, sekurang-kurangnya lebih berdisiplin. Kalau dengan kami, memang banyak main-mainlah.
.
Tadi juga, physiotherapist minta kebenaran saya untuk membawa Rayyan Ariff ke sesi berenang. Saya hanya membalas dengan senyuman ceria. Sangat mengalu-alukan. Kerana saya juga sering membawa Rayyan Ariff berenang.. Hampir setiap hari suatu waktu dahulu. Kini, yang tinggal hanyalah hari ahad untuk dia berenang. Makanya, kalau dia berenang sekali di sekolah, sudah menjadi 2 kali seminggu termasuk sesi wajib kami pada hari ahad.
.
Nampaknya Rayyan Ariff mula menyesuaikan diri di sekolahnya. Dan kerna itu, saya rasa agak keberatan untuk menukar sekolah anak itu dalam waktu yang terdekat ini. Makanya, saya bercadang untuk membiarkan Rayyan Ariff di situ sehingga ke hujung tahun nanti. Walau saya tahu perlu untuk Rayyan Ariff belajar bersosial dengan anak-anak tipikal, namun saya mahu dia menikmati kemudahan terapi fizikal dan pengurusan diri di sekolah sekarang ini terlebih dahulu. InsyaAllah, akan saya usahakan sesuatu yang lain untuk Rayyan Ariff bersosial dengan anak-anak tipikal. InsyaAllah..
.
Hari ini juga ada sesi bergambar di sekolah Rayyan Ariff. Hampir tergelak saya menyaksikan anak kecil itu dipakaikan uniform sekolah yang sangat besar berbanding tubuh kurusnya. Ibarat gaun pun ada. Sudah saya tanyakan kepada hubby tadi agar dia mencari saiz baju yang sesuai untuk Rayyan Ariff dan hubby sendiri akan menghantar baju itu untuk dicetak logo sekolah. Projek hujung minggu mungkin. =)
.
Di sekolah, Rayyan Ariff adalah pelajar paling muda. Di kelas-kelas lain, ada pelajar yang sudah berusia sehingga belasan tahun. Menjadi 'bayi' di kalangan pelajar-pelajar ini membuatkan Rayyan Ariff agak dikenali. Datang dia bersambut dengan sahutan 'hai' oleh anak-anak di situ dan pulangnya berbekal lambaian dan jeritan "bye-bye baby".. Dan adakalanya, diiringi ciuman selamat tinggal.
.
Senang benar hati ini apabila anak kecil itu disayangi. Syukur Alhamdulillah..
.
.
Entah mengapa, sewaktu memandu pulang tadi, untuk kali pertama, saya bagaikan melihat gambaran halatuju pendidikan Rayyan Ariff. Untuk kali pertama, saya merasakan masa depan yang baik menanti anak ini di kemudian hari.
InsyaAllah.
.

21 comments:

yatie chomeyl said...

Mesti la abg2 & kakak2 kat sekolah tu Syg ko Ian, harap2 Ian semakin developed kat sekolah tu

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

ala babay raayan nie. so sweet.... kina dOakan ape yg mama rayyan doakan tue akan menjadi kenyataan. insyaallah...

Fysa Ismail said...

alhamdulillah..ian juga ada perkembangan yg baik seperti nabila juga saya baca tadi..
ian dah suke berkawan sebab tu cepat die belajar..
salam sayang ian dr umi sha & baby aiz

Anonymous said...

seronokkan melayan kerenah anak2 mcm ni..

akim pun skrg dah betah kat sekolah..dan cukup peramah dgn kawan2..dan dia ingat nama kawan2 dia tu..paling ramai bangsa cina

imanamani said...

jiey...tak tahu kenapa..tapi airmata ini berlinang lagi bila membaca coretan tentang ian di sekolah.

bangga rasa di hati..kerana ian sangat di hargai...

:: Mama Butterfly :: said...

masa depan yang baik menanti. berusaha & bertawakal lah .. insya allah

Mrs. Simplicity said...

ko bayangkan masa depan tak baik ke? ish2... tgk tu ian boleh ok! beyond expectation kan? aku suka part ko cakap bila dgn kita main2. mmg la sgt kan..

the3imans said...

mendoakan y baik2 utk ian...mmuahhh...

Rizziela said...

Rayyan memang hebat

Lynn Abd Latib said...

jiey

kalo jiey tersenyum skrg..lynn tumpang senang hati!!smg semuanya bertambah baik..i/allah :)

transformed housewife said...

It sounds like he's having good time in his school. that's great!

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Jie.Satu idea yang bagus bagi Rayyan untuk belajar lebih berdikari sebelum dimasukkan kekelas anak-anak tipikal.Rayyan akan masih memerlukan one to one coaching walau pun diletakkan dalam satu kelas dengan anak-anak tipikal.So dengan apa yang dia belajar sekarang akan memudahkan proses pembelajaran disekolah biasa.Lagi pun kebanyak guru di tadika biasa tidak dilatih secara detail untuk mengajar anak-anak istimewa.Teruskan apa yang Jie buat dan peluang untuk Rayyan terbuka luas dimana-mana.

linda said...

alhamdulillah...syukur....
hepy dgr pkmbngan ian...u're superb...insyaAllah jiey, ms depan yg baik akn menanti ian nnti...ian ank yg hebat....tumpang gembira utk jiey....sntiasa doakan yg terbaik utk ian...

**teringin skali bertemu jiey ngan ian....mmmmuuuahhh...syang ian...

zura_habibhaariz said...

abe ian makin lama makin bijak...bravo!
rindu kt kamu!

ain zuraini said...

mudah2an yek...aminnn...

mommyofTRIPLETSplusONE said...

alhamdulillah, with lots of exposure im sure ur son will progress well, insyaAllah.
maybe can consider horse riding gak tuk die

Mama Kembar Tiga said...

jiey, sounds like a really good school, InsyaAllah Ian dapat develop disitu. Happy for u & Ian :-)

AIN NAZRI said...

alhamdulilah.. seronoknya tengok perubahan positif Ian nie.. semoga terus membesar dan capai kemajuan yg lebih lagi ye dik..

Coffee Mama said...

Satu pencapaian yang memberangsangkan utk Ian..Teruskan usaha Jiey selama ini, mother's instinct is the best :-)

Meeza said...

apa nama tadika ni yer? Thanks

Mulan_Cinta said...

Setiap anak sudah dijanji rezekinya.. semoga cerah masa depan anak itu.. insyaallah.. =)