Monday, February 7, 2011

Bukan selamanya Mama boleh jaga Rayyan Ariff..

*Title tak bley bla* =P
.
Iyelah, kita hidup ni bukan menongkat langit. Kalau tak mak, anak yang pergi dulu.. Kalau tak anak, haruslah mak kan? Tapi tu la, sebelum mak ni tutup mata, harap-harapnya anak-anak dah boleh berdikarilah..
.
Ini sebenarnya adalah ayat memujuk diri sendiri. Syahdu benar rasa hati sewaktu meninggalkan dia di sekolah pagi tadi. Kerana hari ini Rayyan Ariff ke sekolah tanpa ditemani bibik. Bibik pulang ke Indonesia bercuti untuk sebulan lamanya.
.
Minggu lalu, Rayyan Ariff sudahpun ke sekolah tanpa ditemani sesiapa dan dia biasa-biasa sahaja. Oleh kerana saya bercuti minggu lagu, perginya berhantar dan pulangnya berjemput dan tidaklah saya kegusaran. Namun hari ini, Rayyan Ariff terpaksa pulang sendiri menaiki bas sekolahnya kerna saya sudah kembali bekerja. 
.
Saya memujuk hati agar tidak terlalu gusar kerana pemandu itu akan menghantar Rayyan Ariff terus ke loading bay di kawasan kediaman kami yang mana ibu saya setia menunggu untuk menyambut cucunya pulang. Tambahan pula, ada seorang guru pengiring di dalam bas tersebut.
.
Namun saya masih tidak dapat mengusir kegusaran ini. Bagaikan terlalu kejam untuk saya melakukan perkara ini buat Rayyan Ariff. Belum lagi dia bisa berjalan sendiri sudah terpaksa menaiki bas sekolah sendirian. Belum lagi menjejak usia 3 tahun, Rayyan Ariff sudah terpaksa menaiki bas sekolah untuk tempoh sejam kerana jumlah penumpang yang sarat dan dia adalah di antara penumpang terakhir.
.
Pagi tadi, sewaktu melihat dia yang sedang duduk bersila di gym sekolahnya sementara menantikan giliran fisioterapi, syahdu sungguh rasa dijiwa. Masih terbayang-bayang di mata, imej anak kecil berbaju biru itu sedang duduk bersila sambil berinteraksi dengan guru-gurunya. Kalaulah bisa Mama menemanimu nak..
.
Walau setinggi mana kegusaran di hati, saya yakin, ini yang terbaik untuk anak itu.. Semoga kamu senantiasa berada di dalam lingkungan rahmatNya wahai anak..
.
"Ian, walaupun mama tak selalu boleh ada dengan Ian, tak boleh jemput Ian, jangan takut yea nak.. Sebab Allah SWT akan selalu ada dan Dialah Yang Maha Melindungi.. InsyaAllah, Dia jaga Ian.. Dia lindungi Ian.."
.
Mama sayang kamu! *Mode sedih*

20 comments:

produk ococ said...

ye..x selamanya kita dpt jaga anak2..tapi Allah sentiasa lindungi mereka

Bicara hati ibu aisya said...

So touching..
Jiey jangan sedih dan bimbang.Insyaallah, ian xakan apa-apa.ian anak yang bijak.Allah sentiasa ada bersamanya.

shaliza said...

Dah berdikari ya Ian...takpe Jiey untuk Ian jugak. Lebih baik beringat begitu.

Eliss said...

hebatnya rayyan pergi sekolah sendiri.auntie form 5 pun abah amik-pergi sekolah lagi !! malu sendiri :*)

Mama Kembar Tiga said...

jangan risau Jiey, InsyaAllah Ian ok tuh. ntah ntah dia sronok tu dpt naik bas tiap tiap hari, budak budak kan suka je naik bas :-)

kayyana said...

kak, bc blog akak buat sye sgt riso tntg ian... aduhai.. moga2 die boleh berdikari sendiri.. rso pulak yana kak.. hehehe

Norhanafizah Husain said...

Terharu baca entry kali ni...huhuhu...Ian ok tak?terkejut bila Jiey kata Ian jatuh dalam bilik air

Yasmin Nabilah.. said...

huhu..mcm itulah ina rasa bila nabila balik naik van pas abis sek..huhu..syahdu jiey!!

Lynn Abd Latib said...

jiey

i/allah ian boleh..jiey kena kuatkan semangat ok..mana tahu ian boleh buat sesuatu diluar batasan fikiran kita..i/allah !!

ieda said...

ooo dear..ian dah macam budak besar.balik sekolah sendiri.syabas jiey...

Min said...

he'll be fine.. believe it! Allah sayangkan dia lebih dari kasih seorang ibu jiey...

emellia said...

syabas ian.. untie doakan ian sentiasa dibawah lindungannya..

Tika said...

jiey.. saya pun selalu terfikir hal yg sama. Kadang risau sangat. Dah laa anak masih kecil, special child pula tu.. panjangkah umurku untuk melihat mereka membesar dan pandai berdikari??

Selalulah berdoa pada Allah swt agar kita dipanjangkan usia, dan diberi kesihatan yang baik untuk kita terus mendidik dan dapat melihat mereka membesar ...sekurang²nya pandai berdikari... Aminn.

Tika said...

jiey.. saya pun selalu terfikir hal yg sama. Kadang risau sangat. Dah laa anak masih kecil, special child pula tu.. panjangkah umurku untuk melihat mereka membesar dan pandai berdikari??

Selalulah berdoa pada Allah swt agar kita dipanjangkan usia, dan diberi kesihatan yang baik untuk kita terus mendidik dan dapat melihat mereka membesar ...sekurang²nya pandai berdikari... Aminn.

linda said...

slam budak encem...hebat ian pg skola sendiri ye... insyaAllah jiey...Allah akan sentiasa bersama ian...sentiasa doakan yg terbaik utk ian...

YatieJay said...

Ian dah pegi sekolah sendiri? Hebat betul....Tapi saya pun faham, Jiey memang TERPAKSA membiarkan Rayyan pergi sekolah sendiri. Ibu mana yg nak susahkan mak dia, melainkan kalau betul2 terpaksa.

Insya Allah, harap2 nanti Rayyan membesar menjadi seorang yang kuat dan lebih berdikari.

Yg penting kita sebagai ibu sentiasa doakan keselamatan dan kesejahteraan mereka.

p/s : teringat kat anak jugak. Terpaksa bangun pukul 6am untuk mandi dan bersiap ke taska sedangkan budak2 lain masih diulit mimpi dan selesa dlm selimut. Semua gara2 Yatie terpaksa keluar rumah awal utk pergi opis....huhuuu...

Anonymous said...

hensem boy!

Ahliacikgukhairul said...

hensem boy!

Ahliacikgukhairul said...

hensem boy!

Ika Roha said...

terharu baca entry kali ni.baguslah ian dah mula ke sekolah.ian anak yg baik,teruskan semangatmu, anak yang comel..