Semalam berkesempatan menjenguk anakanda Idris yang sudah lebih 6 hari berkampung di Hospital Putrajaya.. Kasihan sungguh melihat tubuh kecil Idris yang semakin susut, sehingga jelas kelihatan ketinggian anak itu. Tangan kurusnya membengkak di bahagian belakang tangan dek kerana suntikan demi suntikan yang dilakukan ke atas. Tidak terkira air matanya yang gugur tanda kesakitan yang tak terperi..
.
Semoga segala kesakitan itu akan berlalu pergi dan semua kesembuhan milik Idris.. Aminnn..
.
Mak buyung ala-ala kanak-kanak ribena.. =)
.Setelah itu, saya mengambil peluang bertemu dengan teman yang sudah lama tidak bersua muka. Alang-alang sudah di Putrajaya. Namun sekadar bertanya khabar dan berbual-bual, tidak sempat singgah ke rumahnya dan berlama-lama kerna saya perlu bergegas pulang untuk mengejar waktu tidur Rayyan Ariff.
.
Rayyan Ariff yang saya tinggalkan bersama neneknya itu sudah punya habit untuk tidur awal semenjak dia mula bersekolah. Maka saya terpaksa bergegas pulang untuk memberikannya ubat kerana neneknya tidak tahu sukatan ubat-ubatan yang harus diambilnya. Tambahan pula, semalam ada Glee.. *Sengih*
.
Rayyan Ariff, menyebut sahaja namanya sudah menguntum senyum dibibir ini.. Senang benar saya dengan perilakunya kebelakangan ini. Baik benar dia semenjak ketiadaan bibik. Kalaulah ada ahli keluarga yang bisa menjaga Rayyan Ariff, pastinya saya tidak mahu ada bibik lagi.
.
Saya tidak tahu mengapa, namun jika ada bibik, tahap manja dan mengamuk Rayyan Ariff adalah diluar kawalan. Setiap pagi, di dalam kereta, dia boleh mengamuk sekuat-kuatnya setiap kali kereta berhenti kerana lampu merah atau kesesakan jalanraya. Tetapi kini, dengan saya, dia hanya tersenyum dan tersengih sepanjang waktu.. Tidak kiralah lampu merah atau kesesakan jalanraya, Rayyan Ariff penuh dengan senyuman dan sesekali bergurau dengan saya..
.
Hmm.. Kan bagus kalau sentiasanya dia begitu.. =)
Mungkin bibik terlalu memanjakan sehingga anak itu mengada-ngada..
Wallahualam..
Mungkin bibik terlalu memanjakan sehingga anak itu mengada-ngada..
Wallahualam..
7 comments:
ian seorang yang cute...
nak marah punnnnn xsampai hati...
mungkin itu yang bibik rasa...
kan kan kan...
mungkin dia seronok bila bersama dengan mama dia kot..tu yg sentiasa tersengih ajer....
Dengan bibik ...asyik kena tinggal dengan mama kot....pandai sungguh Rayyan
Glee? smlm baru dpt tgk! kalau tak, berebut kau dan aku dgn nia. huhu...
hope idris bole discharge cepat. amin...
dop pong abe Ian sie ko mama dio, dio xsey nyusoh ko mama dio. doh la bibik takdop, jd dio x peel la. kalu ado bibik, abe Ian raso takpola peel sikit2 kot :)
jiey
smg ada rahmat disebalik ketiadaan bibik..smg dipermudahkan ALLAH..ikut hati..kita mahu sj berhenti keja kan..nak tgk anak depan mata shj tp kita serba x mampu agaknya utk struggle di kota besar nih :(
semoga kedua2 anak kecil ni semakin sihat..insyaAllah =)
mama jiey,
terima kasih sebab mari melawat idris :)
-saya budak yang dah tak sakit-
lope a.k.a idris
p/s: imagine idris kecek kelate. bwahahaha.
Post a Comment