*Entry yang panjang namun berbaloi untuk dibaca*
.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan sepenuh terima kasih dan seikhlas perhargaan buat Cik Anon yang sudi mengikuti kisah kami yang tidak seberapa ini. Sungguh, seikhlas jiwa.. sepenuh raga, terima kasih! *sayang kamu*
.
Dan ini merupakan pandangan yang diberikan kepada saya untuk entri semalam. Terima kasih di atas komen yang diberikan. Sungguh ianya sangat berguna untuk saya mencermin ke dalam diri dan menilai persepsi orang lain terhadap apa yang saya lakukan. Terima kasih sekali lagi.. =)
.Sumpah, demi Allah saya tidak terasa hati.. Langsung tidak! Malahan, saya tersenyum tatkala membaca komen ini.. Malahan masih tersenyum tatkala entri ini ditulis.. =)
.
Ok, kali ini, biar saya kongsikan secara terperinci tentang apa dan bagaimana cara saya apabila bersama Rayyan Ariff dan adakah dia merasa tertekan.. =)
.
Di mana-mana blog sekarang ini, ramai yang bercerita tentang connectied tots bukan? Dan fakta yang paling nyata adalah, setiap bayi dilahirkan dengan 100billion sel otak yang menunggu masa untuk berhubung. Dan stimulasi yang betul adalah salah satu cara untuk membuatkan sel otak ini berhubung. Apabila sel otak mula berhubung, barulah pembelajaran boleh berlaku.. Wahhh sudah seperti iklan Anmum.. =)
.
Beruntunglah bayi-bayi yang dilahirkan dengan 100billion sel otak ini. Namun hakikat kejadian Rayyan Ariff tidak begitu. Dia hanya punya kurang 5% sel otak berbanding apa yang anak-anak lain ada. Nisbah kemandirian untuk dia terus bernafas melepasi 6 bulan pertama hidupnya adalah 1 kes di dalam 20j uta! Itu nisbah untuk hidup, nisbah untuk menjalani kehidupan yang baik? Wallahualam.. Hanya Dia yang maha mengetahui..
.
Dan adanya saya dan ahli keluarganya yang lain adalah untuk membantu dia membangunkan potensi dirinya dengan sumber yang terhad.. Mungkin kelihatan agak menekan, namun sebenarnya tidak jika kena dengan caranya..
.
*I bet, Watie GBOB pun kena tempias yang sama apabila dia mengajar Qarissa dan Quzayra menbaca di awal usia* :P
.Honestly, kerna terlalu disuakan bahawa Rayyan Ariff tidak akan hidup sebaik dilahirkan, saya sebenarnya tidak bersedia untuk menjadi ibu kepada severely injured child. Saya cuma tidak mampu untuk 'membunuh anak sendiri', maka saya meletakkan segalanya pada jalanan takdir yang Allah SWT tentukan dan meneruskan kandungan seadanya.
.
Saya hanya punya 2 botol susu, sehelai tuala, beberapa helai lampin dan set asas tilam dan bantal sewaktu menyambut kehadiran Rayyan Ariff. Betapa saya tidak menyangka bahawa Rayyan Ariff akan bersama saya sehingga ke hari ini! Betapa tidak sedia bukan?
.
Saya hanya punya 2 botol susu, sehelai tuala, beberapa helai lampin dan set asas tilam dan bantal sewaktu menyambut kehadiran Rayyan Ariff. Betapa saya tidak menyangka bahawa Rayyan Ariff akan bersama saya sehingga ke hari ini! Betapa tidak sedia bukan?
.
Namun saya tidak mengambil masa yang lama untuk bangkit dan berusaha memulihkan anak saya. Awalnya, segala kelihatan sukar.. Tetapi saya teruskan jua demi kasih sayang yang mendalam untuk anak ini..
.
Memang saya mahukan segala yang terbaik untuknya, segera berjalan dan cepat bertutur.. Tetapi saya belajar erti sabar yang sebenar apabila Rayyan Ariff membangun di dalam fasanya yang tersendiri. Namun sedikitpun saya tidak meragui keupayaan anak ini kerna saya yakin, dengan izinNya, anak ini pasti akan terus membangun..
.
Ini kata-kata saya di dalam entry ini:
"I don’t know in which range will Rayyan falls in 10 or 20 years from now (kalau kami dipanjangkan umur.. ). One thing for sure, years ahead (sekali lagi, kalau dipanjangkan umur), I will be reading this post again. If Rayyan is doing so well, I’ll be proud of him and myself. Even if he’s not, I will still be proud of him and myself for TRYING!"
.
Dan pernah saya nyatakan di dalam entri yang lalu bahawa saya tidak meletakkan sebarang sasaran untuk Rayyan Ariff. Cukuplah seandainya dia bisa berdikari dan pandai membawa diri. Dan pernah juga saya maklumkan kepada Sarjit, physiotherapistnya bahawa saya tidak meletakkan impian yang tinggi untuk dia memasuki universiti dan seterusnya memegang jawatan profesional.. Kalau dapat, Alhamdulillah.. Satu bonus buat kami.. Kalau tidak, langsung tidak ada ralat di hati.. Tidak kiralah sama ada dia bekerja di 7 Eleven, di bengkel kereta atau di stesyen minyak, kerna pada kami, kejayaannya yang paling besar adalah untuk hidup!
.
Dan pada pendapat saya, dengan anak-anak (tidak kiralah anak istimewa atau anak tipikal) kita perlu sedikit tegas di dalam mendidik kerna kita mahukan hasil yang baik.. Memang saya akui, ada waktu saya terlalu menekan Rayyan Ariff seperti yang pernah terjadi suatu waktu dahulu, iaitu membawanya ke kolam renang setiap hari selama dua minggu sehingga dia selsema teruk. Belajar dari kesalahan, saya tidak lagi melakukan perkara itu kerana saya sedar bahawa sistem antibodi Rayyan Ariff agak berlainan..
.
Namun banyak waktu, saya menggunakan pendekatan yang agak santai kerna di dalam kamus anak sekecil Rayyan Ariff, mereka tidak akan tunduk pada paksaan atau tekanan.. Mereka punya cara tersendiri untuk mengamuk dan menzahirkan ketidakpuasan hati. Maka bergantung pada kitalah untuk lebih bersikap kreatif..
.
Contohnya pemakaian hearing aid. Sebelum meneruskan 'paksaan' ke atas Rayyan Ariff, saya terlebih dahulu menilai bentuk tindakbalas yang ditunjukkan Rayyan Ariff. Bukanlah buta-buta memaksa. Saya melihat dari beberapa sudut yakni kesakitan atau ketidakselesaan. Siri demi siri perdebatan saya lakukan di setiap temujanji bersama audiologist kerna tidak mahu anak saya menjadi 'mangsa' alat itu. Sehinggakan kesalahan diletakkan di bahu saya apabila penolakan masih diberikan oleh Rayyan Ariff kerana kononnya saya terlalu mengalah dengan kehendak anak kecil itu..
.
Sejujurnya, saya bukanlah ibu yang kuat seperti Ina Ibu Nabila, Ita Ummi Alisya, Ida Mama Aiman, Ayu Mummy Alanna, Kak Nonie Ibu Irfan atau pun Put Mama Idris! Paling nyata, saya tidak mampu menguatkan hati seperti mereka untuk melihat tangisan cinta hati saya maka sesetengah kaedah rawatan, tidak dapat saya teruskan contohnya, di Gedangsa.. *Tabik spring untuk kesemua ibu-ibu ini, Mama Jiey memang tak mampu.. Hati lembik*
.
Kali pertama dan terakhir kami membawa Rayyan Ariff ke Gedangsa.. Tangisannya terlalu meruntun hati! Mama tewas nak.. Kita ikhtiar sahaja cara kita yea..
.
Tahukah kalian bahawa saya sebenarnya agak garang dengan Rayyan Ariff? Bukanlah garang yang tidak bertempat, tetapi garang untuk mendidik.. Bibik, tidak pernah memarahi Rayyan Ariff. Hatta sedikit cuma, tidak pernah memarahi Rayyan Ariff selayak manapun kekasaran yang dilakukan anak itu.. Bayangkan, rambut ditarik-tarik, mata dipicit-picit, muka dicakar-cakar hanya kerana tidak puas hati.. Dan bibik hanya memujuk lembut.
.
Saya pula yang terpaksa mengambil pendekatan menjadi 'ibu tiri' kerna saya perlu mengajar anak ini erti kesakitan (bukanlah dengan cara memukul).. Kerana anak seperti Rayyan Ariff, mereka tidak tahu apa itu sakit, apa itu perit.. Harus diterangkan apa itu kesakitan walaupun dia sudah sering merasainya..
.
Namun segarang mana pun saya, Rayyan Ariff tetap memilih saya berbanding bibik yang memanjakannya.. Ye lah, mungkin anda berkata, "Mestilah, Jiey kan mak dia?".. Namun tahap clingy Rayyan Ariff terlampau tinggi sehinggakan apabila saya ada, bibik langsung tidak mahu dipandangnya.. Jika bibik datang dari arah kanan, sepantas kilat dia memalingkan mukanya ke kiri dan begitulah sebaliknya.
.
Saya tidak rasa kerana saya ibunya, tetapi kerana saya "fun to be with".. Saya menukarkan setiap yang ada di sekelilingnya sebagai satu mainan buat Rayyan Ariff.. Makanya, dia tega memilih saya berbanding yang lain..
.
Bagaimana cara stimulasi yang saya lakukan tanpa dia merasa terpaksa?
.
Senang sahaja, memberi pengajaran secara tidak langsung..
.
Contoh pertama, mengajar Rayyan Ariff mengenal body parts.. Selain daripada menggunakan lagu, buku dan flash card, saya juga mengajarnya tidak kira di mana..
Pic source : Google image |
Gambar ini ada tertampal pada cermin depan kereta ayahnya.. Jenama suspension kalau tidak salah saya.. Setiap kali menaiki kereta, dan Rayyan Ariff mulai restless, saya akan menunjukkan segala yang ada di dalam kereta kepadanya.. Saya akan mengambil jari telunjuk Rayyan Ariff, menyentuh pada mata imej di atas dan berkata, "Ni mata TEIN..", seterusnya saya mengalihkan jari yang sama, menunjukkan pada mata Rayyan Ariff dan berkata, "Ni mata Ian..".. Perlakuan yang sama saya ulangi, "Ni mata mama..". Berulang kali.
.
Seterusnya, saya tunjukkan pula kaki dan tangan TEIN, Rayyan Ariff dan saya secara bergilir-gilir. Secara tidak langsung, saya sedang merangsang minda anak saya.
.
Seterusnya, saya tunjukkan pula kaki dan tangan TEIN, Rayyan Ariff dan saya secara bergilir-gilir. Secara tidak langsung, saya sedang merangsang minda anak saya.
.
Contoh yang kedua, setiap kali saya keluar daripada kereta, saya akan meminta Rayyan Ariff menutup pintu kereta. Pastinya tidaklah sekuat mana dan saya perlu membuka pintu itu dan menutupnya kembali agar rapat, namun secara tidak langsung saya mengajarnya erti tanggungjawab dan dia sangat bangga kerana dapat 'membantu'..
.
Contoh yang ketiga, mengajar Rayyan Ariff mengenal bentuk dan nombor..
.
.
Tahu berapa lama masa yang diambil untuk mengajar Rayyan Ariff melakukan aktiviti ini? 6-8 bulan! Kerna dalam tempoh itu, saya tidaklah memberi fokus kepada perkara ini semata-mata.. Saya biarkan dia bebas meneroka apa yang dimahukannya namun tetap 'mengajar' dia tentang shape sorting beberapa kali dalam seminggu.. Dan yang pasti, saya akan menunjukkan kepada dia bahawa aktiviti ini adalah sesuatu yang menyeronokkan..
.
.
"Wahhh.. Mama very good.. Mama knows where to put 1, where to put 2.. Ian wants to try? Begitulah contohnya..
Dan apabila dia mencuba, sepenuh hati saya memberikan pujian kepadanya.. "Very good, clever boy!!" Dan dia akan menepuk-nepuk dada tanda bangga.. Tiada paksaan bukan? Tiada tekanan bukan? =)
.
Contoh keempat, tahu di mana saya mengajar saya mengajar Rayyan Ariff bersalaman? Sewaktu menunggu giliran bertemu doktor di hospital.. Apabila dia kebosanan dan mula restless, terpaksalah saya memikirkan cara untuk memenuhkan waktunya dan di saat itulah dia diajar perkara-perkara seumpama bersalam, high five, calit dan yang sewaktu dengannya..
.
Merangsang anak kecil bukanlah terhad dengan duduk di kerusi dan meja seperti ini sahaja kerna tahannya hanyalah untuk beberapa minit sahaja.. Sesuaikan segalanya mengikut keadaan dan masa.. Kalau dia mahu di lantai sahaja, di lantailah kita biarkan dia bermain..Yang penting, kita harus kreatif.. =)
.
Contoh kelima, saya dikehendaki membuat Rayyan Ariff banyak berdiri dengan 'memegang' pada dinding ataupun bersandar pada dinding.. Dan juga, memastikan dia banyak menggunakan kaki dengan berjalan..
.
Bersandar pada dinding pastinya agak menakutkan kerna saya tidak mahu Rayyan Ariff terhantuk.. Lantas saya buatkan 'dinding yang lembut' untuk Rayyan Ariff daripada ini:
.
Gambar sebelum dibalut cantik..
.
Mahukah Rayyan Ariff bersandar pada gabus ini? Jawapannya tidak.. Dia lebih gemar bersandar pada sofa. dan saya hanya biarkan. Biarlah usaha saya ini sia-sia, kerna seperti kita, dia juga punya preference.
.
Berjalan? Pastinya dia tidak begitu gemar kalau setakat mengelilingi rumah yang sekangkang kera ini.. Sebagai alternatif, kami membawanya berjalan di kawasan sekitar kondominium ini sambil menikmati udara petang.. Mengekek-ngekeklah ketawa dia! Tiada tekanan mahupun paksaan bukan? Malahan, dia yang menentukan arah ke mana yang harus ditujui..
.
Contoh keenam, belajar mengenai cause and effect. Bagaimana? Paling mudah adalah melalui remote TV dan suis lampu.. Tekan remote, channel bertukar.. Tekan suis, lampu akan terbuka atau tertutup. Sekarang ini, sudah menjadi kemestian bagi Rayyan Ariff iaitu apabila memasuki bilik yang gelap, dia yang harus membuka lampu.. Tentulah melalui dukungan saya.. Tiada paksaan bukan?
.
Konsep saya; just enjoy your child no matter no what.. Repitition is a must. Walau banyak waktu, penat juga apabila terpaksa mengulangi sesuatu yang sama untuk beratus kali..
.
Contoh keenam, belajar mengenai cause and effect. Bagaimana? Paling mudah adalah melalui remote TV dan suis lampu.. Tekan remote, channel bertukar.. Tekan suis, lampu akan terbuka atau tertutup. Sekarang ini, sudah menjadi kemestian bagi Rayyan Ariff iaitu apabila memasuki bilik yang gelap, dia yang harus membuka lampu.. Tentulah melalui dukungan saya.. Tiada paksaan bukan?
.
Konsep saya; just enjoy your child no matter no what.. Repitition is a must. Walau banyak waktu, penat juga apabila terpaksa mengulangi sesuatu yang sama untuk beratus kali..
.
Setiap apa yang saya mahu dia lakukan, saya akan jadikan perkara itu sebagai sesuatu yang menyeronokkan agar dia tidak merasa terpaksa.. Inilah yang saya kutip daripada Sarjit. Tahukan kalian bahawa Rayyan Ariff ketawa mengekek di setiap sesi fisioterapinya? Bersama Rayyan Ariff, bagaikan bermain dan bukannya melakukan fisio.. Begitulah remark yang diberikan oleh Sarjit kepada Rayyan Ariff kerna dia begitu mudah memberikan kerjasama.. =)
.
Banyak lagi cara pengajaran yang boleh kita lakukan untuk anak-anak ini.. Hanya mahu atau tidak sahaja.. Banyak lagi yang ingin saya kongsikan namun entri ini sudah panjang benar..
.
Walaupun cara saya kelihatan menekan pada sesetengah pihak, namun apa yang penting adalah Rayyan Ariff menyukainya.. Dan saya tidak akan berhenti 'mengajar' Rayyan Ariff.. Mungkin ada ketika, saya mahukan 'lebih' daripada Rayyan Ariff.. Namun minda seringnya mengingatkan saya bahawa ini adalah anak yang sama dilahirkan hampir tiada sel otak lebih dua tahun yang lalu.. Makanya, banyak waktu, harus saya berpuas hati dengan apa yang ada dan terus menolak diri untuk berusaha untuknya..
.
Lagi pula, ayah Rayyan Ariff agak lembut dengan anaknya, maka sayalah yang harus menjadi 'yang lebih tegas'.. Kalau tidak, tidak ke manalah jawabnya.. Lagipun, repetition is the key to help brain injured child.. Ulang berkali-kali tanpa jemu.. Memang anak kecil membangun dalam fasa mereka yang tersendiri, namun untuk brain injured children, mereka perlu 'ditolong'.. Kalau tidak, bukan sahaja mereka tidak dapat membangun, malah ada juga yang semakin mundur.. Tak gitu kawan2?
.
Rayyan Ariff sendiri, membesar dengan baik sehinggalah umurnya tujuh bulan dan mula didatangi sawan. Keadaannya semakin teruk dan pada umur 11 bulan head control masih belum baik. Namun selepas mengikuti sesi terapi yang berterusan, inilah hasilnya:
.
.
Ini komen adik bongsu saya di FB; "pah ceroh dk gulim kalu nk kiro xse tekanan gk".. Aka, "Sampai bila-bila pun berbaring sahajalah kalau taknak tekanan"..
=)
Lain orang, lain caranya.. =)
.
Rayyan Ariff sendiri, membesar dengan baik sehinggalah umurnya tujuh bulan dan mula didatangi sawan. Keadaannya semakin teruk dan pada umur 11 bulan head control masih belum baik. Namun selepas mengikuti sesi terapi yang berterusan, inilah hasilnya:
.
.
Ini komen adik bongsu saya di FB; "pah ceroh dk gulim kalu nk kiro xse tekanan gk".. Aka, "Sampai bila-bila pun berbaring sahajalah kalau taknak tekanan"..
=)
Lain orang, lain caranya.. =)
29 comments:
Salam kenal,
Tiada kata yang mampu saya ungkap bila membaca bait-bait entry ini.. cuma " Mama rayyan supermom, dan Rayyan, superkid"..
Kagum dengan kekuatan rayyan dan mamanya..
Mama Ian, kuat semangat yea.
teruskan tersenyum tau..awak Mama yang terbaik.
rindu Ian..alloooo jeles dengan bamboo seat Ian..Luna, tak dapat2 lagi ibu belikan..taktau jual kat mana..seriuuusss jeles ngan Ian.
#pelukcium tuk Ian..g sekolah rajin2 ya anak.
aku la kan jiey lebih suka cara pembelajaran secara tindak langsung mcm yg jiey buat berbanding "paksa" anak duduk dan belajar. kat rumah abis dah semua benda ada label. hehehe kalah tadika
Salam,
Setiap hari sy akan buka blog Ian ni..Tahu kenapa???? Pertama,Kerana saya rindukan anak kecil yang comel ni.Kedua, kerna saya nak pastikan yang Ian sihat2 saje..Ketiga ,sbb saya nak mengutip sebanyak mana mungkin ilmu dr blog2 ini (Arwah Alanna,Nabila,Idris,Aisya,Habib,Mawaddah) sebagai iktibar dan kekuatan untuk saya membesarkan anak2 saya...Berikan saya kesabaran dlm melayan karenah2 mereka walau dalam apa jua keaadaan.Terima kasih pada Mama Jiey, Mummy Ayu,Ibu Nabila,Mama Put, Ummi Min, Ibu Ayu dll)..Teruskan usaha2 anda...Pedulikan kata2 negatif dari komen2 tersebut dan ambillah kekuatan dr kata2 positif dari kami sebagai pendorong kalian untuk terus bangun demi anak2 ini...Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...Hanya Ibu yang tau apa yang terbaik untuk anak2 mereka...
Peluk cium untuk Ian
Ibu Salmiyah.....
salam akak, saya baru 2 bln jd silent reader, tp hari ini saya tergerak hati nak comment..biarlah ape org nak kata.. klu saya jadi sebahagian dri keluarga akak saya akan menyokong ape yang akak lakukan buat ian..ian mmg beruntung dpt supermum mcm akak..saya juga akan turut berdoa untuk ian..manalah tahu ada keajaiban utk ian..Muahh peluk cium mama alyn utk ian..
tekanan buat dia lebih kuat eliss rasa :) tekanan bagi orang lain yang melihatnya tapi berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
semua mak nak yang terbaik untuk anaknya.eliss tak nampak tu sebagai tekanan!
Baca entry ni ibuAqil tersenyum.. Dan semangat itu meresap terus ke dasar hati.. Insya'allah.. Segala yg Allah swt tentukan adalah perancangan yg terbaik.. Teruskan usaha & kami akan terus mendoakan kalian..
again.air mata saya menitis baca entry dr jiey..;).awak sangat hebat pd mata saya.bukan semua orang mampu seperti apa yg jiey buat.Allah uji insaNya mengikut kemampuan.dan ternayat anda adalah hebat. ya btul.alinorang,lain cara approach pd anak2nya.;)
Salam Perkenalan...
Saya ibu kepada seorang anak istimewa..ya memang betul kita sebagai ibu sedikit sebanyak ada perasaan kasihan..tetapi..saya selalu diingatkan oleh doktor dan guru diearly intervention program di KIWANIS bahawa kalau kita tidak paksa dia akan terus begitu dan no progress..anak yang lain perlu sedikit sahaja input terus dapat tapi anak istimewa perlu 200% latihan,paksaan..dan kalau nak tahu guru di KIWANIS itu sangat garang. pada mereka,mereka terpaksa buat begitu kerana itu adalah cara yg terbaik bagi anak-anak down syndrome.saya dah melaluinya,klu masa kecil dulu saya tak paksa anak saya berjalan dan melatih anak saya belum tentu anak saya boleh saya pada umur 1tahun 8 bulan..bagi setengah orang mungkin nampaknya lain tetapi percayalah,ini yang terbaik untuk anak kita.hati ini menangis sebab terpaksa buat begitu tapi insyaallah dengan berkat usaha yang melipat ganda anak kita akan mampu sedikit sebanyak berdikari.harapan saya tidak tinggi,cukup hanya agar anak saya dapat berdikari,tahu naik bas,tahu kira wang..cukup..tapi alhamdulillah..bukan mendabik dada..tapi dia sudah bersekolah rendah(10tahun) dan banyak perkara yang dia sudah pandai..dan banyak perkara yang saya tidak sangka dia boleh buat...tabahkan hatimu..biar apa orang kata yang penting itu adalah yang terbaik..
byk yg saya belajar dpd entry ni. terima kasih jiey :)
Salam..
sbg OKU, sya mungkin sdkit fham situasi ni.. harapan parent anak mmg wujud.. tp xla smpi mmaksa kot sbb depa lgi tau keupayaan anak2 depa..
Tahniah sbb awk mmg hebat! doakan yg terbaik utk awk skeluarga..
slm..akak..teruskan usaha n perjuangan akak..
hanya orang yang faham saja akan tahu kenapa dan bagaimana yang perlu dilakukan..
jangan sesekali rasa lemah,dun ever!
Allah ada dengan akak..n ian ada dan perlukan akak untuk terus bantu development dia...
moga Allah permudahkan segala urusan akak..
pedulikan mereka,golongan yang tak faham..
jiey
inilah entry paling "kental" yang pernah lynn baca dr jiey..jiey dah membuktikan apa jua kata2 org LUAR itu salah & hanya jiey yg melalui & tahu jatuh-bangunnya hidup jiey & ian selama ini!!
jiey,
lynn hanya nak jiey tahu..meski kita x kenal in person "lynn sgt kagum dgn usaha tanpa jerih jiey ini..dan lynn yakin ALLAH dah tetapkan rezeki kita msg2 dr alam roh lagik..
smg DIA jugak yg memberi kesembuhan & smg detik itu akan tiba & Ian will be proud having u as mommy..
salam sayang dr jauh buat Ian :)
kak jiey..sy klik "like" utk entry nie..bila habib enggan buat terapi dgn sy dia menangis..sy akan kt ok ibu mtk maaf,ibu x paksa lagi...mungkin lepas nie sy kena kuatkan hati lagi...mungkin lepas nie sy kena guna pendekatan mcm kak jiey...mmg bila kenal kak jiey thn lalu sy btl2 kagum dgn semangat kak jiey...amat2 hebat bg sy...
lain org lain caranya..tp kalau cara org lain lagi bgs tak salah kita mengikutnya...mmmuahhh utk rayyan ariff...
semo mok ado motherly instinct. Bg Knur, Jiey ikut instinct Jiey doh bilo dok ngajar Ian. Ore hok tok pernoh ado masaloh anak tau adik "tak normal" ni tak kan dpt pehe sgt. Jd, biarlah gapo ore nok kato pong. Jiey, kuat semangat sokmo deh.
speechless...mohon yg terbaik utk ian...
salam jiey,
1st time sy berikan komen,setelah hampir setahun membaca blog ini setiap hari.kdg2 bl dipikir blk,mcmn la sy sanggup everyday without fail membuka blog jiey hanya utk membaca coretan jiey.byk yg sy peroleh dr cni jiey.terlalu byk.sy belajar erti sabar,erti tabah dan erti kasih sayang seorg ibu.dan walau apa jua yg jiey lakukan,sy percaya yg itu adalah yg terbaik yg jiey lakukan utk Ian.mengenal jiey melalui blog,kekadang rasa mcm terlalu dekat,terlalu kenal.wish that there will be one sweet day for us to meet each other.
Regards
Linda
saya silent reader yg dah lama follow progress rayyan... i am so proud of both of u n ian. you're the mother n u know what's best for ur child. dah byk yg jiey buat utk ian smpi ke tahap skrg. semoga terus kuat jiey. ingatlah ramai yg terus menyokong jiey w/pun kita tak pernah kenal.
saya setuju dengan ibuAqil..semangt saya terus membara utk praktikkan pulak pada ainie.. proud with u, jiey..
Salam Jiey. Apa yang jiey buat tu bukan paksaan, tapi dorongan... yang sangat sangat bagus untuk Rayyan. Mama kagum sgt dgn kesungguhan Jiey sekeluarga untuk membangunkan Rayyan, and I'm sooo proud of what Rayyan has achieved so far. No matter what, he's proof that miracles do happen, clever boy lah Rayyan.
oh Jiey darling, sesungguhnya benar apa yang ko tulis noks.... mmg tiada tekanan ketika bermain a.k.a stimulasi kan? cuma satu jer, aku rsa semua budak dan baby pun sama : repetition is the key to help them, no matter they are normal atau brain injured child. anak2 aku pun sama .. repeat sampai aku rasa nak muntah darah wei! hahaha...cuma kalau brain injured, ia kena lebih lagi, banyak lagi, tu yg orang nampak macam tekanan, tekanan kat mak sebenarnya, bukan anak ..ahahaha... anak rilek dan suka jer sokmo kan jiey .kita yang letih ..
ko ingat iklan burung kat tv3? hahahaha
first time n3 this blog...
agree wif proud mama's diary...u're superb mom, jie..n ur little handsome boy was so tought..Bravo!! mmmmuah 4 u shayunk...
Speechless..
Ayu tekan butang 'like'.
Hanya kita yang tahu apa yang terbaik untuk anak kita walaupun dari mata luar nampak seakan memaksa dan menekan.Pada ayu, untuk anak-anak seperti aisya.. pendidikan dan latihan mesti berterusan.Cari keseronokkan dalam pembelajaran.Barulah hasilnya terbaik!
Buat jiey, u are superb mom.Kiss for ian.
salam jiey....
kagum dgn cara jiey mendidik ian...biarla pe org nk ckap jiey...jiey tau yg terbaik untk ian...kami smua sntiasa doakan jiey & ian...insyaAllah Allah akan pmudahkan segalanya buat jiey sekluarga...semangat jiey amat sy kagum...u're really supermom & proud with u jiey..
**peluk cium untk ian syg...:)
Jiey hanya yang melalui sahaja tau bagaimana rasanya sesuatu perkara yang berlaku...
macam akak cerita kat entry akak, orang tak pernah jaga orang tua nyanyuk, suka marah, emosi, takkan faham kenapa ada anak-anak stress jaga orang tau, da yangn orang kata satu ibu boleh jaga 10 anak, 10 anak belum tentu jaga 10 ibu,
ya betul, tapi lalui sendiri baru tau kenapa ianya berlaku.. macam Jiey, orang yang tak lalui boleh beri komen dan pendapat dia, tetapi hanya Jiey dan mereka yang lalui sahaja tau apa perasaannya, kenapa dan mengapa...
buatlah yang terbaik...
seorang ibu akan melakukan yang terbaik untuk anak-anaknya
Lain orang lain pendapatnya.
Pada saya pun ia bukan paksaan. It is more to dorongan kerana keadaan Rayyan memerlukan dorongan yang lebih berbanding budak2 lain. And he IS a miracle, memikirkan dia dilahirkan tanpa 100 billion sel mcm bebudak lain (cuma ada 5% sel otak aje - bak kata jien). And look at him now....siapa sangka kan?
KAGUM! TAHNIAH!! Saya ingin sangat mempunyai semangat, pengetahuan dan peluang seperti Jien.. Boleh jadi Idola untuk ibu-ibu lain. Terima kasih berkongsi segalanya.
Salam...
Wow...panjang sungguh coretan balasnya. Terima kasih kerna memahamkan saya bahawa keadaan dan situasi Ian sesungguhnya tidak sama dgn anak2 tipikal lainnya.(Of course la x sama kan)
Ian terlalu istimewa...
Sebagai peminat setia blog Jiey, tentunya segala perkembangan Ian sy ikuti dan rsnya aktiviti2 yg Jiey sebut tu ada dlm entri2 yg lepas.
Sy tahu Jiey terasa bab perkataan 'tekanan' tuh. Maaf sbb mybe x sesuai. Sy komen entry tersebut kerana bimbang juga bila mana jiey ada nyatakan bhw Ian kerap mendpt serangan sawan.
quote from u'r writting:
'Dan kemungkinan yang dapat saya fikirkan seterusnya adalah mungkin kerana sawan. Berbanding dahulu, Rayyan Ariff kini agak kerap mendapat sawan.. Dan apa yang saya perhatikan, apabila sekali diserang sawan, satu kebolehannya akan hilang.. Penatlah begini, sudah diajar itu ini, tiba-tiba sahaja hilang. Bagaikan hamster yang berlari setempat!'
Maka sy sekadar berpendapat bhw harapan dan hasrat (refer to u'r previous entry)serta dorongan2 Jiey mungkin terlalu advance sehingga keupayaan Ian (umur n keadaannya) utk menerima segala pengajaran tersebut belum cukup sesuai.
Ia hanya sekadar pdgn yg mungkin menjadi punca kpd serangan sawan. Sy hanya mengandaikan shj namun segala hubungkaitnya samada ada@tdk mybe kena refer pd yg lebih pakar.
Sy hanya membuat persepsi drpd apa yg sy baca melalui catatan Jiey dan hasilnya itulah yg sy rasa dan terjemahkan mengikut kefahaman sy.
As we all know that u'r son is a brain injured child (quote from u'r writting)of course he needs more especially u'r patience...
'Pernah suatu waktu dahulu, speech therapist Rayyan Ariff mensasarkan kalau pencapaiannya berterusan bagus, dia mungkin akan boleh berbicara dalam tempoh 6 bulan. Pernah suatu waktu dahulu, physiotherapist Rayyan Ariff meletakkan bahawa dia mungkin bisa berjalan dalam tempoh 4 atau 5 bulan sahaja lagi seandainya dia terus menunjukkan kemajuan..'
'Namun nampaknya kami tidak ke mana-mana dari sasaran yang diberi..'
Anyway...w/pon hanya sebagai orang yg memandang n membaca entry Jiey, tp harapan dan hasrat sy tetap sama sepertimana Jiey dan ibu2 yg lain. Mahu yang terbaik buat Ian...dan sudah tentu Jieylah orang yg akan mencorakkan Ian..
Hanya doa mengiringi setiap usaha yg Jiey buat untuk Ian agar tidak berputus asa dan tetap konsisten...
Wallahua'lam...
Post a Comment