Tuesday, January 4, 2011

Bila anak masuk sekolah, duit pun keluar ribu ribu lemon.. :P

Sebenarnya, ada tiga pilihan sekolah untuk Rayyan Ariff setakat ini. Antara faktor penting untuk pemilihan ketiga-tiga sekolah ini adalah lokasi dan perkara-perkara seperti kemudahan, nisbah guru dan pelajar, serta kos yuran bulanan.
.
Yuran untuk ketiga-tiga sekolah ini berada di dalam lingkungan RM450 sehinggalah RM600 sebulan bergantung kepada jumlah masa dan saya mensasarkan untuk Rayyan Ariff bersekolah hanya separuh hari. Bayaran permulaan pula adalah dicampur dengan bayaran pendaftaran, sebulan deposit, yuran untuk tiga bulan, dan bayaran alatulis yang mana kami perlu ada sekurang-kurangnya RM2000. Lagaknya seperti masuk universiti pula.. Namun hakikatnya, rata-rata caj bayaran untuk persekolahan anak istimewa sememangnya agak 'istimewa' dan berlainan, melainkan jika ibubapa memilih untuk ke pusat pendidikan milik kerajaan seperti PDK.
.
Sekolah yang pertama adalah sebuah pusat perkembangan kanak-kanak tipikal yang menerima slow learner. Nisbah guru adalah seorang untuk 5 orang murid dan mereka menyediakan kelas berenang. Pengetuanya juga memegang PhD dalam jurusan yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Namun di sini, caj yang dikenakan adalah agak mahal walaupun saya sudah memaklumkan bahawa Rayyan Ariff tidak akan datang untuk seminggu penuh kerna dia akan menghadiri sesi terapi untuk salah satu hari dalam minggu tersebut. Tambahan pula, bibik akan ikut serta makanya Rayyan Ariff punya helper nya sendiri di sini.
.
Sekolah yang kedua adalah sekolah khas untuk kanak-kanak istimewa. Nisbah guru adalah seorang untuk 3 murid. Sesi persekolahan akan dimulakan dengan urutan dan pelbagai aktiviti minda juga. Namanya pun sekolah untuk anak istimewa, makanya mereka juga menyediakan kelas renang dan menunggang kuda. Kelebihan sekolah ini adalah kerana mereka menyediakan perkhidmatan penghantaran pulang dengan caj tambahan sebanyak RM80. Cuma satu, mereka tidak menerima 'helper' dan dalam hal ini, susahlah buat Rayyan Ariff kerna dia masih belum bisa menguruskan diri sendiri.
.
Sekolah yang ketiga adalah sekolah yang saya ceritakan di dalam entri isu sensitif. Nisbah guru adalah satu kepada 10 murid dengan 7 murid tipikal dan selebihnya adalah murid istimewa. Kurikulumnya pula adalah program intensif untuk menyiapkan anak-anak ini dengan persediaan ke pra-sekolah nanti.
.
Untuk ketiga-tiga sekolah ini, saya tidak tahu yang mana satu akan menerima Rayyan Ariff kerna mereka perlu menilai kelayakan Rayyan Ariff dahulu sebelum berkata boleh atau tidak. Seandainya jawapan mereka adalah tidak, maka saya terpaksa meneruskan pencarian.
.
Bagi sesi penilaian ini, kesemua mereka meminta kami untuk datang pada hari ketiga dan ke atas. Kerna pada hari pertama dan keduanya, masing-masing akan sibuk dengan murid-murid asal dan juga murid-murid tipikal baru. Namun kerana kesibukan di pejabat, saya hanya mampu membawa Rayyan Ariff pada hari jumaat nanti..
.
Kalau ditanya yang mana satu yang saya inginkan di antara yang di atas, jawapannya adalah pilihan kedua! Saya tahu, termasuk Dr.Taayah, ramai yang berpendapat bahawa Rayyan Ariff perlu didedahkan dengan anak-anak tipikal agar dia berkecerendungan untuk meniru mereka. Namun rasanya, saya terpaksa akur dengan hakikat bahawa Rayyan Ariff juga perlukan pertolongan dari segi fizikal dan hal ini hanya bisa di dapati di sekolah kedua. 
.
Hatta untuk sekecil-kecil aktiviti seperti menconteng sekalipun, kita perlu membimbing jemari dan tangannya untuk 'bekerja', termasuklah 'mengujakan' perasaannya agar dia terus memberi perhatian. Makanya, saya rasakan bahawa sekolah istimewa lebih sesuai untuk close guidance yang diperlukan Rayyan Ariff..
.
Belajar rajin-rajin yea nak!!

10 comments:

Bicara hati ibu aisya said...

Wahh..rayyan dah nak g school yer?selamat belajar ye sayang.belajar rajin-rajin.Semoga segalanya dipermudahkan untuk anak comel ini.

Min said...

be good boy ye rayyan! belajar rajin2, nanti bole jadi pandai macam mama n abah...

A.I said...

Yeay!! Rayyan encem dah nk skolah (^_^) u go rayyan!! rayyan boleh!!

Yaati Nor said...

apa2pun semuanya terbaik untuk rayyan

Lynn Abd Latib said...

jiey,


mahal sungguh yea...aduhai!!apapun smg bertemu yg serasi hdknya..:)

Intan and The Boys said...

yeayy!! Ian nak skolah dah...kejap je ye jiey. dah besar panjang budak Ian ni.

ICAZIESYIRA said...

WAH WAH WAH
sibujang dah pakai beg sekolah!
macam dah besar je gayanya
tentu segak bergaya :D

ieda said...

akak pun lebih suka sekolah yg kedua tu sb ratio guru kepada murid adalah 1:3.walaupun tak boleh bawa bibik keperluar rayyan pastinya boleh dipenuhi oleh pihak sekolah.
sekolah ke 3 tu mungkin boleh dipertimbangkan bila rayyan agak berdikari sedikit..
pandangan akak jer...

Marsha~ said...

gud luck rayyan.. belajar rajin2 ye nak.....

Emmy said...

akhirnya jiey letak rayyan di school yang mana? nak tau jugak.... =)